Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

By:  Pink Rose  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
7 ratings
22Chapters
6.6Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Kisah seorang gadis lorong yang cuba mencari kebahagiaan ditengah perit kehidupan. Terpaksa merelakan diri dijual kepada lelaki bernama Tuan Muaz, seorang duda kaya lantaran himpitan hidup yang makin mencabar. Mampukah Nurul Amani mempertahankan maruah diri dari dinodai oleh lelaki yang lebih layak bergelar bapa kepadanya itu? "Dan aku akan pastikan, kau akan simpan dara kau, hanya untuk aku." Tuan Muaz

View More
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia] Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
Siti Maziah Muhamad Nor
bila nak update ni
2023-05-09 14:46:41
0
user avatar
Swastika
bila nak update lagi citer ni?
2021-08-09 09:43:21
1
user avatar
Rabetkha
okey, tunggu update seterusnya
2021-07-03 04:35:26
3
default avatar
jiliebaharin
best cerita ni,
2021-06-24 23:12:49
3
default avatar
Manajmi
👍👍👍😢😥
2021-06-22 18:45:30
1
user avatar
Ardorah Asli
best cerita ni...sy tunggu update episod seterusnya...,🤗🤗
2021-06-20 18:27:34
2
user avatar
Hi you
good story' 🤩🤩
2021-06-13 23:06:37
1
22 Chapters
Prologue
    Gadis itu duduk memeluk kedua kaki diatas katil bersaiz king dihotel mewah itu. Wajah dibenam pada lutut dengan mata terpejam erat seperti memerah air dari dalamnya sebanyak mungkin. Tersenggut-senggut bunyi tangisnya cuba dikawal.      Air matanya berlari-lari semakin laju menuruni pipi, tatkala terdengar olehnya bunyi pintu bilik air mula terkuak. Hatinya pilu memikir akan masa depannya yang sudah pasti kelam.       Lalu terdengar olehnya, derap sepasang kaki melangkah semakin mara. Gadis itu semakin mempererat memeluk kakinya juga tangisnya bertambah pilu.     Terasa permukaan tilam tempanya duduk seperti sedikit bergerak lantaran ada individu lain turut meletakkan badan disitu. Tidak berani dia untuk melirik, apatahlagi melihat. Yang pasti dia tahu, nasibnya akan musnah malam ini ditangan lelaki yang lebih layak bergelar ayah kepadanya itu."Awak takut ke?" &nbs
Read more
Chapter 1
"Mona..."Pekik seorang lelaki berewajah bengis serta berbadan sedikit tegap, melaung nama itu. Matanya turut melilau kesana kemari mencari kelibat wanita yang dipanggilnya itu."Mona.. mau kau hah?"Darah panasnya semakin menggelegak bila bayangan wanita itu masih tidak dikesannya. Biasanya tengah tengah hari begini tiada lain portnya kalau bukan ditempat itu. Tetapi sehingga puas dia mecari, wanita yang dicarinya itu tidak juga kelihatan."Oi, yang kau terpekik terlolong macam ayam hilang anak tu dah kenapa?" Tegur penuh gemalai oleh seseorang yang sedang asyik membancuh minuman digerai bawah jambatan itu. Berasa rimas dirinya dengan suara Razi yang terjerit-jerit sedari tadi."Wei bapok, kau boleh diam tak? Aku tengah cari Mona ni." Marah lelaki itu. Jari telunjuk diacu garang pada lelaki lembut pemilik gerai makanan dan minuman yang menggelar dirinya Jemmy itu dengan wajah bengis."Kau cari Mona kat sini bua
Read more
Chapter 2
   "Amani... Tolong ambik order jap."Jerit Jemmy yang sedang membancuh air, meminta Amani mengambil pesanan pada pelanggan yang baru tiba.Gadis bertudung bawal warna peach yang sedang membasuh pinggan itu segera menyudahi kerjanya. Langsung dia menuju meja dimana pelanggan sedang menunggu.Sesaat kemudian, Amani telah kembali kekaunter air dan menyerahkan beberapa catitan pada Jemmy."Nah. Teh tarik kurang manis, roti bakar satu set, nasi goreng biasa dengan sirap barley ais. Nak Amani tolong ke abang Jemmy?"Tutur gadis itu dengan terperinci.Jemmy mengerling jengkel wajah comel budak itu tanpa menghentikan kerja membuat airnya."Boleh. Boleh tolong.""Tolong apa dia?" Tanya Amani begitu polos."Tolong jangan panggil abang Jemmy lagi boleh tak? Panggil la akak ke, sis ke, mommy ke. Balik balik abang, balik balik abang. Nyampah tau dengan kau ni. Puas aku berdandan cantik cantik macam ni, abang jugak kau panggil ak
Read more
Chapter 3
   Peperiksaan besar SPM telahpun selesai. Kesemua pelajar yang terlibat telah menjalaninya dengan selamat. Syukur tak tehingga mereka panjatkan. Gelaran 'budak sekolah' kini tak lagi sandang. Tinggal menunggu keputusan yang akan keluar beberapa bulan kemudian.Sementara itu, Amani telah fokus mencari kerja parttime sebaik sahaja tamat sekolah. Pagi Amani bekerja disebuah pasar raya. Sehabis itu, sebelah malam dia terus membantu Jemmy diwarung. Meski banyak kali dinasihati oleh Ramona supaya jangan terlalu memaksa diri, namun gadis itu tetap melakukannya. Katanya untuk membantu dirinya mendapatkan wang. Langkahnya terburu-buru membawa senyum lebar. Kertas keputusan ditangan digenggam erat. Sesekala mulutnya menggumam kata syukur yang tak puas-puas diucap. Dari lantai bawah, kakinya dihayun laju meniti tangga menuju tingkat tiga. Mommy mesti bangga dengan pencapaian dia. Keputusan SPM yang cukup memuaskan.Meski disekolah
Read more
Chapter 4
Amani telah duduk berhadapan Muaz dan juga Razi dikedai Jemmy. Kepala berbungkus tudung bawal biru laut itu ditunduk terasa berat. Cuba sembunyikan wajah muram yang tak mahu dilihat oleh Razi dan juga Muaz. Walaupun Ramona berkeras melarangnya datang memenuhi tuntutan Razi untuk hadir kekedai Jemmy sepeeti yang diminta oleh Razi siang tadi, tapi demi tidak mahu lelaki itu menderanya lagi, Amani terpaksa mengabaikan kata-kata Ramona."Amani.."Razi membisik padanya perlahan namun ditekan.Amani mengerling sedikit, wajah sugulnya tidak sanggup diangkat."Senyum. Aku kata senyum."Razi semakin menekan kata-katanya, mata dibesarkan meminta gadis itu mengangkat wajah serta tersenyum manis didepan lelaki yang bakal menjadi pelanggan pertamanya malam ini.Benarlah kata orang. Kalau sudah terlahir dilorong, maka lorong jugalah yang akan menjadi masa depannya. Keputusan SPM secemerlang mana sekalipun, tak akan dapat mengubah nasibnya. Amani s
Read more
Chapter 5
   "Amani.... keluar kau. Amani.." Namanya dilaung beberapa kali oleh suara garau itu dari luar pintu. Tak cukup dengan itu, pintu turut digegar bagai mahu runtuh."Amani.. bukak pintu. Mana kau hah? Kau jangan nak menyorok dari aku."Sekali lagi suara itu kedengaran. Semakin kuat dia menggegar grill. Terkocoh kocoh Amani mencapai tudung bawal dan segera disarung kekepala. Wang yang telah dipersiapkan tak lupa diambilnya sekali.Menyaksikan daun pintu mula terkuak dari dalam, Razi menghentikan launganya. Bibir disungging senget, tapak tangan digosok-gosok tak sabar-sabar. Melihat tampang lelaki itu, Amani mengambil langkah selamat dengan tidak membuka pintu grill. Wajah tanpa senyumnya sengaja dipamer, menandakan kehadiran lelaki itu sangat tidak di alu-alukan olehnya."Hehehe.. mana?"Tanpa basa basi, Razi menghulur tangannya pada celah-celah pintu jeruji itu seperti meminta sesuatu. Wajah tanpa senyu
Read more
Chaprer 6
   Warung Jemmy. Begitu ramai pelanggan datang malam ini. Dia dan Amani bertungkus lumus menyiapkan order. Amani yang sudah semakin cekap telah mengambil alih bahgian membancuh air, membolehkan si Pondan Jemmy itu fokus pada bahgian dapur pula. Meski hanya berdua, namun mereka dapat tanganinya dengan cermat."Amani.. tolong pergi kedai kejap boleh?"Laung si Jemmy bersama lenggoknya. Sementara tangannya sedang melagakan kuali dengan sudip bagi mensebatikan nasi goreng yang sedang dibuatnya."Boleh. Nak beli apa?" Dijawap pantas oleh Amani yang baru siap menghantar pesanan pada meja pelanggan."Tolong beli sos ikan, kicap manis, plastik pembungkus size kecil, lepas tu topup mi kuning sikit. Takut tak cukup. Belilah empat ke lima bungkus lagi."Omelnya sambil menggoncang-goncang kuali ditangan."Apa dia abang Jemmy? Tulis boleh tulis? Tak clear lah abang Jemmy cakap."Jemmy kacip gigi seketika. Ishh, budak ni. Api dimat
Read more
Chapter 7
    Ramona termangu seorang diri. Menongkah dagu dimeja makan, menikmati nasi goreng kicap buatan Amani. Sempat gadis itu menyediakannya sebelum dia berangkat pergi kerja pagi tadi. Nasi goreng disudu perlahan dan dibawa kemulut berlaukan air mata yang berjurai melalui pipi. Sedap!Air tangan gadis itu dinikmatinya sehingga habis meski dadanya terasa sesak oleh tangis yang tumpah tak dapat dibendung.Fikirnya berkecamuk. Bila lagi dia dapat menikmati air tangan gadis itu kalau bukan sekarang. Selagi masih tersisa waktu bersamanya, Ramona mahu menghargai walau sekecil-kecil usaha Amani sepuas hati.Perbualan bersama Muaz malam tadi telah membuat hatinya berbelah bagi.  Sayang. Siapa tak sayang anak? Walaupun sekadar anak angkat? Tidak!Itu tidak benar. Amani bukanlah anak angkatnya. Gadis itu seutuhnya terlahir dari rahimnya. Demi masa depan Amani supaya nantinya tidak menjadi bahan ejekan oleh masyarakat jika diketah
Read more
Chapter 8
     Hampir setengah jam perjalanan didalam kereta. Amani bungkam. Pandangnya kosong dibuang kehadapan. Bahkan air mata yang tadinya membanjiri wajah, kini setitis pun tak kelihatan.Hatinya kesal. Sesal dan marah. Sampai hati mommy Mona berbuat begitu padanya. Seorang wanita yang dianggapnya sebagai ibu. Satu-satunya manusia yang dia miliki didunia ini, tempatnya bergantung selama ini. Tak sangka, mommy Mona begitu tega menyerahkan dirinya pada lelaki hidung belang seperti Muaz hanya kerana wang. Jika selama ini dia pendam sahaja rasa sakit dicemuh orang, kali ini rasa sakit itu berganda-ganda datangnya. Dia tidak kesah akan ejekan atau cemuhan orang padanya. Tetapi bila Ramona membuatnya begitu, ianya sangat tidak boleh diterima olehnya."Ehem, Amani."Terdengar suara garau menegur memecah lamunnya. Amani hanya menggulir anak mata sedikit. Tidak berminat untuk menjawap sapaan lelaki itu. Bahkan dia tidak tahu pun apa lelaki ini mahu
Read more
Chapter 9
    Sudah seminggu Amani tinggal dirumah Muaz. Alhamdulillah, Amani kini semakin dapat menyesuaikan diri. Kehadirannya sangat bermakna bagi Maya. Gadis itu kini semakin gembira bila Amani ada bersamanya. Tidak lagi kuat merajuk dan kerap menangis seperti sebelum ini.  Amani pula pandai mengambil hati Maya. Amani pun mula mengajar Maya membaca dan menulis. Begitu seronok gadis itu belajar bersama Amani. Amani redha, walau dia masih belum tahu statusnya dirumah itu sebagai apa. Sama ada sebagai pembantu rumah, atau sebagai peneman Maya. Dia masih belum tahu. Yang pasti sekarang ini dia tahu Muaz melayannya baik. Bagaimana layanan diberi pada Maya, begitu juga padanya. Apa yang Maya dapat, Amani turut mendapat benda yang sama. Ucapan terimakasih tak pernah lekang dari bibirnya.   Selepas seminggu, Amani cuba memberanikan diri datang berjumpa Muaz yang mana lelaki itu sedang menikmati sarapan dimeja makan sebelum berangkat kerja. "Tuan
Read more
DMCA.com Protection Status