Share

Chapter 1

"Mona..."

Pekik seorang lelaki berewajah bengis serta berbadan sedikit tegap, melaung nama itu. Matanya turut melilau kesana kemari mencari kelibat wanita yang dipanggilnya itu.

"Mona.. mau kau hah?"

Darah panasnya semakin menggelegak bila bayangan wanita itu masih tidak dikesannya. Biasanya tengah tengah hari begini tiada lain portnya kalau bukan ditempat itu. Tetapi sehingga puas dia mecari, wanita yang dicarinya itu tidak juga kelihatan.

"Oi, yang kau terpekik terlolong macam ayam hilang anak tu dah kenapa?" Tegur penuh gemalai oleh seseorang yang sedang asyik membancuh minuman digerai bawah jambatan itu. Berasa rimas dirinya dengan suara Razi yang terjerit-jerit sedari tadi.

"Wei bapok, kau boleh diam tak? Aku tengah cari Mona ni." Marah lelaki itu. Jari telunjuk diacu garang pada lelaki lembut pemilik gerai makanan dan minuman yang menggelar dirinya Jemmy itu dengan wajah bengis.

"Kau cari Mona kat sini buat apa? Cari la kat rumah dia. Memekak pulak kat kedai aku. Menyampah." Menyampah lah. Balik-balik Ramona dia cari. Cubalah sesekali tu cari aku. Cair jugak hati aku ni. Ahaks! Monolog si Jemmy.

Razi mengepal genggam erat, sebelum diagahkan pada Jemmy atau nama sebenar Jamal itu.

"Kau,, kalau aku letup mulut kau sampai berkicap kau jangan nak salahkan aku eh. Dasar pondan sial." Tempiknya kasar.

"Weh, kau pergi bla lah. Nak cari Mona, pergilah cari. Nak ugut-ugut orang pulak. Aku simbah kau dengan air panas ni baru tau." Jemmy balas memarahi.

Semakin berasap kepala Razi mendengar omelan lelaki bukan, perempuan pun bukan itu. Ikutkan hati, mahu saja dia belasah mulut bechoknya. Namun memandangkan dia perlu mencari Ramona, maka diurungkan saja niatnya.

***

"Uuh, aah.. uuh, aah. Oooohh,, aaaww!"

Suara rintihan ditengah hari buta itu berasal dari sebuah unit ditingkat tiga rumah flat murah dikawasan itu. Begitu jelas kedengaran hingga keluar. Razi yang sudah tiba didepan rumah berkenaan semakin mendongkol. Genggamnya diramas erat, sebelum menerajang pintu grill yang berkunci dari dalam itu sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

"Bangsat.! Dasar pelacur murahan. Aku tengah on nak kan dia, dia pergi layan jantan lain pulak." Kembali dia melayangkan penumbuk pada grill tingkap perlahan. Tidak terlalu kuat, sakit nanti tangannya. Cukup untuk sekadar menghasilkan bunyi kuat sudah puas hatinya.

Matanya kemudian teralih pada tangga. Terjengul kepala berlapik tudung putih muncul dari tangga itu. Bibirnya melorek senyum sinis sebaik wajah itu sudah muncul dari sebalik tangga. Gadis yang masih beruniform sekolah menengah dengan bag sandang yang tersilang dibadan itu ditunggu ketibaannya.

"Tak dapat Mona, aku ratah anak dia pun baek jugak. Dah confirm-confirm dara lagi." Gumamnya perlahan bersama senyum sinis.

       Nurul Amani sudah berasa tidak sedap hati melihat kemunculan Razi didepan rumahnya. Mesti ada sesuatu tidak baik yang lelaki ini mahu lakukan. Wajahnya ditunduk sambil sambil terus mara menuju rumah. Jelingnya mencuri pandang kewajah Razi yang makin menyeringai senyum gian dengan ketibaanya itu.

Sebaik sahaja Amani tiba didepan pintu grill, kakinya telah ditahan menggunakan kaki oleh lelaki itu. Amani bertambah risau. 

"Apa ni abang Razi. Amani nak masuk rumah lah." Ucapnya perlahan meminta supaya lelaki itu tidak menghalangnya.

Razi semakin memperlebar senyum jahatnya. Muka bengis lekaki itu sedikit didekatkan pada Amani, membuat gadis itu melarikan sedikit wajahnya.

"Mak kau tengah memantat kat dalam rumah. Kau nak masuk jugak ke?" Bisik Razi ke wajah Amani.

Mendengar Razi berujar begitu, Amani yang tadinya mahu melangkah, kini mengundur semula kakinya. Wajahnya juga berubah. Keluhnya kedengaran perlahan.

Jika tahu begitu tadi sudah tentu dirinya terus kekedai abang Jemmy saja. Biasanya ibunya akan mengabari dirinya dari awal pagi lagi jika hari ini ada 'tamu' datang kerumah, supaya gadis itu dapat lepak dulu diluar sehinggalah ibunya itu selesai melayan tetamunya itu. Tapi hari ini tiada pula Ramona mengabari dirinya.

Razi semakin galak merenung gadis itu. Tangan disilang didada sambil memerhatikan Amani atas dan bawah.

Amani mula membuka langkah mahu beredar dari situ. Tenungan Razi membuatnya semakin ketakutan. Namun tanpa dia sangka, tangan Razi telah laju menyambar pinggangnya dari belakang. Amanni bergelut mencuba melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu. Kawasan ditingkat tiga itu agak sunyi. Ronta Amani tidak memberi kesan apa-apa untuk menyelamatkannya.

"Lepaslah. Lepaskan..." Amani masih mencuba mempertahankan dirinya. Lilitan tangan lelaki itu cuba dilerai dengan segenap kudrat yang dia miliki walau dia tahu ianya hanya sia-sia. 

"Kau nak pergi mana? Hah? Kau tahu tak, aku tengah 'on' ni. Aku datang sini sebab nak 'projek' dengan mak kau. Tapi mak kau pergi memantat pulak dengan jantan lain. Kau pulak muncul. Bodoh lah aku kalau lepaskan rezki macam kau ni." Kata-kata itu diucap geram sambil terus bergelut merangkul Amani. 

"Abang Razi lepaslah. Amani tak nak." Meski dia tahu dia tidak kuat ma a, namun sedaya upaya Amani cuba mempertahankan diri dari lelaki itu. Dia tidak mahu menjadi mangsa nafsu durjana si bapak ayam tersebut.

"Razi..."

Kedengaran jerkah seorang wanita dari belakang selepas terdengar pintu grill dibuka. Rangkulan Razi pada Amani serta merta terlerai. 

Amani tercungap-cungap membetulkan pernafasan selepas bergelut dengan lelaki itu. Tudung putihnya juga yang telah herot menampakkan rambut cuba dibetulkan.

Ramona yang berada dimuka pintu dengan rambut serabai serta hanya berkemban kain batik berdiri memelototi lelaki yang tak serik-serik mencuba untuk merosakkan anaknya itu. 

Tak lama kemudian, seorang lelaki berusia sekitar 30an muncul dari dalam rumah sambil membutang baju kemeja yang baru disarungnya. 

"Ok Mona, I balik dulu. Nah upah you. Nanti I datang lagi tau. Muaah, darling."

Beberapa keping note lelaki itu selitkan dicelah dada Ramona sebelum dia mengangkat kaki berlalu meninggalkan tempat itu.

Setelah mengucap terimakasih pada pelanggannya yang telah berlalu, mata Ramona lalu kembali dihalakan pada Razi, dimana lelaki itu sekali lagi cuba mengganggu Amani.

"Kau nak apa Razi? Datang memekak, lepas tu kacau anak aku." Marahnya.

Namun wajah ketat yang ditunjuk oleh wanita itu sedikit pun tak membuat Razi gentar. Malah lelaki yang merupakan bapak ayam itu semakin memperlebar senyum sinisnya.

"Aku nak kau lah, apa lagi. Aku tengah on ni. Dah kau layan customer, aku nak try la anak kau." Razi menjawap enteng.

"Kau kalau nak aku kau cakap je, yang kau sampai nak try anak aku tu buat apa? Aku dah pesan banyak kali dengan kau kan, Amani kau jangan usik. Kau pekak ke?"

"Heh, lepas kau dah kena lanyak dengan jantan lain, terbantut terus selera aku kat kau tahu tak?." Ujarnya kemudian. Sementara matanya telah tertumpu pada celah dada wanita itu dimana terdapat wang yang pelanggan tadi beri sebagai upahnya.

Tanpa basa basi, tangan Razi pantas menyambar pada celah dada Ramona dan merampas kesemua jumlah wang hasil kerja wanita itu hari ini.

"Razi, bagi balik duit aku. Bak sini." Ramona cuba merampas semula wang miliknya itu. Tidak rela bila Razi sekali lagi membolot upah hasil kerjanya.

Dan Razi hanya perlu mengelak sedikit sahaja apabila Ramona cuba merampas semula wangnya. Apalah sangat tenaga wanita itu berbanding dirinya. Semakin lebar senyum sumbing lelaki itu. Wang ditangan dikira dengan muka penuh nafsu.

Empat keping note RM50 cukup membuatnya tersenyum lebar hari ini. Wang kertas dihentak pada dahi Ramona dimana wanita itu masih mencuba merampas semula wang miliknya.

"Heh, kalau dapat macam ni kerap sikit kan bagus. Cepat sikit aku kaya." Wang ditangan telah membantutkan kemahuannya untuk bersama wanita itu hari ini. Maka segera kakinya diatur menuju tangga dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Razi, kau nak bawak kemana duit tu? bagi balik duit aku Razi." Pekikan Ramona yang mula tersengut-senggut oleh tangis itu tidak lagi dihirau oleh Razi. Terus saja kakinya melangkah meninggalkan Ramona yang telah terjelepok dikaki lima koridor flat tersebut.

"Aku nak guna. Ada baki nanti aku pulang la balik." Sempat lelaki itu melaung begitu sementara tubuhnya mula hilang dari pandangan.

Ramona masih meringkuk dilantai. Tangisnya tumpah penuh kekesalan. Wang yang sangat diharapkan hasil kerjanya hari ini lesap begitu saja. Tangisnya meraung hiba bergema dikoridor tingkat tiga tersebut.

"Mommy, jomlah masuk." Amani menghampiri ibu angkatnya dan mengusap kedua bahu wanita itu untuk memujuknya masuk kerumah.

Perlahan-lahan Ramona mengangkat badan yang dipapah oleh gadis itu dan menyeret kaki yang tak sempat menyarung selipar itu menuju rumah.

***

  Air dari cerek dituang kedalam cawan. Segelas air masak Amani bawa kedepan tanpa sempat membuka tudung dan uniform sekolahnya. Ramona yang duduk disofa kayu diruang tamu itu dihampiri. Air ditangan dihulur perlahan.

"Mommy, minum dulu."

Cawan telah berpindah tangan. Amani mengusap belakang Ramona yang terdedah cuba menenangkan wanita itu dari tangisnya.

Setelah air diteguk, Ramona mula sedikit stabil. Wajah anaknya lalu ditoleh perlahan.

"Periksa hari ini macam mana? Ok?" Tanyanya dengan nada serak akibat sisa-sisa tangis yang masih ada.

"Ok mommy. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Besok last papper, mommy doakan Amani berjaya ya." Ujarnya perlahan sambil berbalas tenung dengan ibu angkatnya. 

Ramona cuba zahirkan senyum manis diantara wajah lesunya. Kepala Amani yang masih terdapat tudung sekolah diusap lembut.

"Mestilah mommy doakan. Semoga Amani berjaya, dapat keputusan cemerlang, dapat masuk university, lepas tu boleh tinggalkan tempat ni."

"Dan bawa mommy keluar dari sini jugak." Balas Amani yang mula terdapat getar dalam nadanya.

Ramona mengeluh panjang. Pandangnya kosong dialih kearah jendela, sebelum terdengar gumam dari mulutnya.

"Mommy ni pasrah je Amani. Kehidupan disini dah sebati dengan mommy. Ada ke tempat diluar sana yang layak untuk mommy? Mommy tak mahu berangan. Tak layak pun untuk berangan." Bicara Ramona, lemah kedengaran.

"Mommy...." Jerit Amani, langsung merempuh tubuh wanita yang masih berbalut kain batik itu. Wajahnya juga telah lenjun oleh air mata yang barusan meletus dari pelupuk matanya.

"Jangan cakap macam tu mommy. Kalau Amani berjaya keluar dari sini, Amani akan bawa mommy sekali. Amani tak akan biarkan mommy terus terperangkap didalam dunia hitam ini."

Ramona sungging senyum pahit. Rangkulan Amani juga tidak dibalasnya.

Mulutnya berdecih memperlekeh janji Amani.

"Mommy tak berani berangan terlalu jauh, Amani. Tapi mommy aminkan saja doamu itu. Amani bukan tak tengok sendiri tadi, baru aje mommy dapat duit, terus disambar begitu saja oleh si Razi. Mana mommy nak dapat modal lagi? Asal dapat je dia ambil, dapat je dia ambil. Mommy dah letih Amani."

Kembali kesedihan membuak dihati wanita itu. Tangisnya dibiar tumpah dibahu Amani yang masih bersarung uniform sekolah.

Amani mengusap perlahan belakang Ramona. Direlakan saja bajunya basah oleh air mata wanita itu. Matanya menerawang jauh kesudut dinding, manakala akalnya pula berputar memikir sesuatu.

Dia harus membantu ibu angkatnya untuk mendapatkan wang. Dia tidak boleh terus terusan membebankan wanita itu. 

TO BE CONTINUE...

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status