Share

Chapter 3

   Peperiksaan besar SPM telahpun selesai. Kesemua pelajar yang terlibat telah menjalaninya dengan selamat. Syukur tak tehingga mereka panjatkan. Gelaran 'budak sekolah' kini tak lagi sandang. Tinggal menunggu keputusan yang akan keluar beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Amani telah fokus mencari kerja parttime sebaik sahaja tamat sekolah. Pagi Amani bekerja disebuah pasar raya. Sehabis itu, sebelah malam dia terus membantu Jemmy diwarung. 

Meski banyak kali dinasihati oleh Ramona supaya jangan terlalu memaksa diri, namun gadis itu tetap melakukannya. Katanya untuk membantu dirinya mendapatkan wang.

Langkahnya terburu-buru membawa senyum lebar. Kertas keputusan ditangan digenggam erat. Sesekala mulutnya menggumam kata syukur yang tak puas-puas diucap. Dari lantai bawah, kakinya dihayun laju meniti tangga menuju tingkat tiga. Mommy mesti bangga dengan pencapaian dia. Keputusan SPM yang cukup memuaskan.

Meski disekolah dia disisihkan oleh rakan-rakan kerana dirinya adalah anak seorang pelacur, tapi itu tak membantutkan semangat Amani untuk meraih keputusan cemerlang. Puas dirinya memberi tahu bahawa Ramona bukanlah ibu kandungnya, namun kata-katanya hanya dipandang sebelah mata oleh rakan-rakannya.

Bagi mereka, perempuan lorong tetap perempuan lorong. Walau bertutup purdah sekalipun tetap kotor dihadapan mereka. Amani yang sudah lali akan cemuhan itu membiarkan saja. Asalkan mereka tidak mencederakan secara fizikal, Amani rela pekakkan telinga.

Hatinya yang sudah lama cedera sudah kebal akan kesakitan itu. 

Alhamdulillah. Walaupun tidaklah stright A, tapi keputusan yang diperolehinya cukup membuat guru-guru turut mengucap tahniah kepadanya. Amani sangat gembira.

Tangga dititi semakin tinggi, semakin hampir menuju rumah. Kaki Amani tertahan. Suara raungan itu berasal dari tingkat tiga. Tepatnya, dari rumahnya. Bergema satu flat itu akan suara rintih kesakitan seorang wanita, yang dia kenal pasti itu adalah suara,,,, Ramona.

Langkah yang tertahan lalu dihayun semula. Wajah gembira sudah hilang, kini bertukar dengan wajah tegang. Mommynya mungkin dalam kesusahan.

Maka benar tekaannya, wanita itu sedang menerima beberapa sepakan kaki diwajah serta perut oleh lelaki bernama Razi. 

"Mommy....."

Jeritnya bersama kaki yang telah berlari mendapatkan wanita itu yang mana wajahnya sudah melekap pada dinding dihempas oleh lelaki itu.

"Mommy." 

Tubuh yang sudah tidak berdaya itu dirangkul. Tubuh kecilnya cuba menampung, namun upayanya sangat terbatas. Tubuh Ramona melorot kelantai walau Amani cuba menahan.

Air mata Amani mengalir hiba sambil merangkul tubuh wanita itu yang telah berlumuran darah dibahgian wajah.

"Abang Razi, kenapa buat mommy macam ni? Apa lagi salah mommy?"

Tersenggut-senggut suaranya bertanya diantara esakan. Tubuh Ramona dipeluk erat.

"Aku nak duit aku. Kau faham tak. Aku nak duit tu besok."

Suaranya kuat menengking Amani. Tak lupa kakinya turut disepakkan ke kaki Ramona yang mana wanita itu telah dipangku oleh Amani dikaki lima.

"Perempuan sundal ni tak faham bahasa. Aku dah kata, duit RM500 tu simpan untuk aku, aku nak guna besok. Tapi dia pergi bayar sewa rumah pulak. Sial punya perempuan." Sambungnya sambil mengepal penumbuk yang lalu dihayunkan kedinding angkara amarahnya yang meluap-luap.

"Kalau abang Razi nak duit tunggu Amani dapat gaji dulu. Amani boleh bagi, tak perlu belasah mommy macam ni." 

Beritahunya.

"Bila gaji kau? Hujung bulan? Hei, budak. Aku nak guna duit tu besok. Aku dah pesan kat mak kau ni suruh simpankan 500 untuk aku. Tapi dia guna jugak."

Jari telunjuk ditunjuk geram pada Amani yang meringkuk dilantai memangku Ramona.

"Dah memang kena bayar sewa, nak buat macam mana? Kitorang mana ada duit lebih?"

Amani cuba memenangkan ibunya.

Namun malah ujarnya itu mengundang api amarah semakin marak didada Razi. Lelaki itu menghampiri Amani, tudung gadis itu direntap kasar bersama rambutnya sekali. Amani menyeringai kesakitan. Tubuhnya terpaksa bangun walau tanpa kemahuan.

Razi mengetap rahang begitu geram. Sambil mencengkam rambut berlapik tudung, wajah gadis itu didekatkan kemukanya.

"Aku nak kau cari duit untuk aku malam ni. Aku tak kira. kalau kau tak nak aku belasah mak kau ni lagi, baik kau buat apa aku suruh. Kau faham tak?"

Kata-katanya itu diucap tanpa menjarakkan gigi. Cengkaman pada rambut Amani dilepas kasar usai kata-katanya selesai. Nafas pendek Amani cuba diatur kembali. Wajahnya ketakutan semakin panik. 

Ramona kembali dihampiri. Wanita itu sudah tidak berdaya untuk bangun. 

"Kau ingat. Aku nak duit tu besok. Pukul 8 malam aku jumpa kau lagi kat kedai Jemmy. Kalau kau tak datang, aku cari kau kat sini, dan belasah kau orang dua-dua sekali."

Usai menghambur kata-kata itu, Razi segera mengangkat kaki meninggalkan kedua wanita lemah itu tanpa sikitpun rasa simpati.

Amani mengucap panjang. Wajahnya lenjun oleh air mata yang dibiar tanpa diseka. Dia sudah tidak mampu berfikir lagi. Kata-kata Razi perlu dituruti. Dia tidak mahu lelaki itu mencederakan ibunya lagi.

TBC

Comments (1)
goodnovel comment avatar
Hany Bell
Jahat betul bapak ayam tu
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status