Share

Chapter 4

Amani telah duduk berhadapan Muaz dan juga Razi dikedai Jemmy. Kepala berbungkus tudung bawal biru laut itu ditunduk terasa berat. Cuba sembunyikan wajah muram yang tak mahu dilihat oleh Razi dan juga Muaz. Walaupun Ramona berkeras melarangnya datang memenuhi tuntutan Razi untuk hadir kekedai Jemmy sepeeti yang diminta oleh Razi siang tadi, tapi demi tidak mahu lelaki itu menderanya lagi, Amani terpaksa mengabaikan kata-kata Ramona.

"Amani.."

Razi membisik padanya perlahan namun ditekan.

Amani mengerling sedikit, wajah sugulnya tidak sanggup diangkat.

"Senyum. Aku kata senyum."

Razi semakin menekan kata-katanya, mata dibesarkan meminta gadis itu mengangkat wajah serta tersenyum manis didepan lelaki yang bakal menjadi pelanggan pertamanya malam ini.

Benarlah kata orang. Kalau sudah terlahir dilorong, maka lorong jugalah yang akan menjadi masa depannya. Keputusan SPM secemerlang mana sekalipun, tak akan dapat mengubah nasibnya. Amani sedar akan hal itu. Kubur sahaja keinginan untuk menjadi wanita berjaya. Apatah lagi mahu menjadi wanita solehah. Heh, mimpi siapa yang kau pinjam itu? 

Hatinya cuba menasihati diri sendiri dan meminta dirinya sedar dengan kenyataan kini. 

Lelaki didepan matanya yang lebih layak menjadi ayah kepadanya, justeru lelaki itu yang akan menjadi pelanggan pertamanya malam ini. Dia harus merelakan nasibnya musnah ditangan lelaki itu. Demi wang yang Razi mahukan, demi nasib diri dan ibunya, marwah yang cuba dipertahan selama ini akhirnya akan tergadai jua.

"You pasti ke Razi?"

Muaz melirik gadis yang masih tak mahu mengangkat wajah itu lalu bertanya pada Razi

"Pasti Tuan. Budak ni suci murni lagi Tuan. Masih tak terusik sikitpun."

Ucapnya pasti, diselingi tawa mesra yang dibuat-buat. 

Bagi Amani, tawa itu hanya lakonan. Bila berdepan dengan bakal pelanggan, tampang itu yang dipamer. Namun bila didepan wanita-wanita lemah sepertinya, lelaki itu akan berubah menjadi syaitan yang menakutkan serta menjijikkan.

Muaz menyilang tangan didada sambil melepaskan keluh pendek. Amani kembali dipandang.

"Hei, budak. Awak pasti ke?"

Soalan kali ini dituju pada Amani.

Dibawah meja, kaki Razi berjalan meyepak kaki Amani, meminta gadis itu mejawap soalan Muaz. Dan sudah pasti, jawapan 'iya' yang mahu didengarinya dari mulut Amani.

Sekali lagi Amani mengerling. Dengan gugup dia cuba mengangkat wajah memandang Muaz, walaupun wajah itu langsung tak sudi dipandangnya. Namun dengan terpaksa, Amani memberi jawapan apabila kembali Razi menunjuk isyarat 'mati' dengan meleretkan jari telunjuk pada lehernya.

"Errr, bo-boleh Tuan."

Bibir gementarnya cuba menzahirkan jawapan.

Muaz tersenyum kecil. Kening diangkat. Wajah nakal mula dipamer.

"Then, come with me. Don't waste my time."

Meski tanpa kerelaan, lelaki yang telah mengangkat punggung itu perlu diturutnya. Langkahnya dihayun begitu berat mengekori lelaki itu menuju kereta.

Razi hanya mengiringi dengan senyum sumbing melihat gadis itu turut melangkah mengekor dibelakang Muaz. 

Heh, dah anak pelacur tu pelacur jugak lah perginya. Nak tunjuk alim macam mana pun tetap badan jugak dijual. getusnya dalam hati.

***

  Pagi itu, Amani tidak pergi bekerja seperti biasa. Ramona yang masih cedera dirawat luka-lukanya oleh gadis itu. Sedikit aneh, biasanya Ramona tidaklah selemah ini. Bukan tak biasa makan penyepak serta penendang lelaki bernama Razi itu. Tapi kali ini Ramona kelihatan begitu lemah selepas mendapat perlakuan itu. Amani beraggapan mungkin semalam Razi telah membelasah mommynya lebih teruk dari biasa. Sehingga kepagi ini wanita itu masih lemah untuk bangun.

Air matanya dibiar berlinang sambil menuam luka diwajah Ramona dengan kain tuala yang dibasahkan dengan air suam. Sedikit ubat-ubatan sempat dibelinya malam tadi turut diberikannya. 

Semalam, semasa Muaz menghantarnya pulang, sempat lelaki itu memberhentikan keretanya didepan farmasi. Dia tak menyangka, lelaki seperti Tuan Muaz itu sudi melakukan itu semata-mata memberinya masa untuk membeli ubat buat ibunya. Terimakasih Tuan Muaz. Desisnya dalam hati.

"Amani."

Suara lemah Ramona menyebut namanya. Segera Amani menghampiri wanita itu yang terbaring dikatil.

"Ya mommy. Mommy nak apa-apa?"

Tanyanya lembut.

"Amani tak pergi kerja ke?" 

"Tak, mommy. Amani tak boleh biarkan mommy sorang-sorang dalan keadaan macam ni. Biar Amani jaga mommy hari ini."

Wajah gadis itu ditatap sayu olehnya. Air mata yang ditahan tumpah jua meleleh dari hujung mata hingga jatuh ke bantal. Sedaya upaya dia mencuba menjaga kehormatan gadis ini, namun akhirnya kecundang jua. Sesal dan kesal merejam hatinya bertubi-tubi. Tangis yang hanya berupa esakan sedari tadi akhirnya bertukar menjadi raungan kuat. Tubuh gadis itu dirangkul kejap.

"Maafkan mommy, Amani. Maafkan mommy. Mommy tak mampu pertahankan kehormatan Amani. Mommy sudah berusaha supaya Amani tak jadi macam mommy, tapi...."

Amani risau melihat wanita itu larut dalam kesedihan. Bahu wanita itu lalu dipengang, lalu dijarakkan dari badannya. Matanya menghantar renungan tepat kemata Ramona, meminta ibu angkatnya itu supaya bertenang.

"Mommy. Bertenang mommy. Mommy, Amani tak apa. Mommy jangan risau."

Tangisan Ramona terhenti. Wajah anaknya yang seakan tersenyum dipandang aneh.

"Apa maksud Amani? Amani tolong jangan cakap, yang Amani suka melakukan semua itu?" Dahinya berkerut diwajah serius menanti penjelasan Amani itu. Dia tidak rela Amani menjadi seperti dirinya. 

"Tak, mommy. Mommy bawa bertenang. Biar Amani bagi tahu mommy satu perkara."

Pujuknya meminta wanita itu untuk bertenang. Kemudian Amani menyambung semula bicaranya.

Ramona cuba menunggu penjelasan Amani dengan sabar walau hatinya sedang risau.

"Mommy tahu tak. Tuan Muaz itu baik. Dia tak sentuh Amani pun mommy."

Semakin berkerut dahi Ramona. Apa maksud Amani sebenarnya? Dia langsung tak mengerti. Apa yang keluar dari mulut Amani kedengaran begitu mustahil baginya.

"Amani masih suci, mommy. Mommy jangan risau. Tuan Muaz tak melakukan apa-apa pun pada Amani."

Sambung Amani menjelaskan.

"Tapi, duit tu. Bukan Tuan Muaz bagi Amani duit kan? Banyak tu."

Tanya Ramona sekali lagi. Kelihatan kekeliruan diwajahnya.

Amani koyak senyum kecil. Bahu mommynya dipegang sekali lagi.

"Mommy. Tuan Muaz bagi sahaja duit tu tanpa menyentuh Amani. Dia kata tak sampai hati nak sentuh Amani sebab Amani sebaya dengan anak dia. Tapi dia tetap beri Amani duit untuk dan menyuruh Amani memberi tahu yang Amani telah melayannya. Padahal duit itu diberi secara percuma olehnya."

Ramona terdiam. Sukar dipercaya Kan kata-kata Amani. Tetapi dia tahu, anaknya ini tidak pandai menipu. Wajah Amani dilihat lagi sekali. gadis itu hanya tersenyum meyakin kannya. betul ke apa yang Amani katakan ini?

 Tetapi jika betul, kenapa Muaz melakukan itu? Atau mungkin selama ini dia silap percaturan terhadap lelaki itu? Mungkin selama ini, lelaki itu sebenarnya baik. Cuma dia hanya seorang duda kesepian yang hanya mahukan keseronokan. Jika benar begitu, hatinya sangat bersyukur dan juga berterimakasih pada Muaz kerana telah tampil sebagai penyelamat baginya dan juga Amani.

Duit yang diberi Muaz lebih dari cukup untuk sekadar membungkam mulut si Razi jika dia datang sebentar lagi. Dan dalam masa yang sama, kehormatan Amani masih kekal terjaga.

Terimakasih Tuan Muaz!

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status