Share

Chapter 5

   "Amani.... keluar kau. Amani.." Namanya dilaung beberapa kali oleh suara garau itu dari luar pintu. Tak cukup dengan itu, pintu turut digegar bagai mahu runtuh.

"Amani.. bukak pintu. Mana kau hah? Kau jangan nak menyorok dari aku."

Sekali lagi suara itu kedengaran. Semakin kuat dia menggegar grill. 

Terkocoh kocoh Amani mencapai tudung bawal dan segera disarung kekepala. Wang yang telah dipersiapkan tak lupa diambilnya sekali.

Menyaksikan daun pintu mula terkuak dari dalam, Razi menghentikan launganya. Bibir disungging senget, tapak tangan digosok-gosok tak sabar-sabar. 

Melihat tampang lelaki itu, Amani mengambil langkah selamat dengan tidak membuka pintu grill. Wajah tanpa senyumnya sengaja dipamer, menandakan kehadiran lelaki itu sangat tidak di alu-alukan olehnya.

"Hehehe.. mana?"

Tanpa basa basi, Razi menghulur tangannya pada celah-celah pintu jeruji itu seperti meminta sesuatu. 

Wajah tanpa senyum Amani sekali diperlihatkan. Tanpa membuka mulut, Amani meletekkan dengan kasar segulung wang kertas diatas tapak tangan itu. 

Bertambah lebar senyum Razi. Wang ditangan terasa tebal dalam genggaman. Hati jahatnya sudah bersorak gembira.

"Wuhuhu.. macam ni la. Baru lah cantek!" Ucapnya disertai huluran tangan selah kiri cuba meraba wajah Amani. Tidak sudi wajahnya disentuh oleh lelaki durjana itu, Amani mengelak laju.

Wang ditangan dibuka pengikat getahnya. Dikira setiap lembar memastikan jumlah yang dia mahukan cukup dan tidak kurang. Lebih lagi bagus, katanya.

"Ni je?"

Soalnya sambil mengangkat wang setinggi muka.

Kening Amani yang hampir bertemu semakin menampakkan wajah itu sarat akan kebencian. Walaupun dia tahu, lelaki itu tidak kesah pun dengan mimik mukanya.

"Itu jelah." Hanya sepatah jawapnya kasar kedengaran.

"Kalau ada bagi lebih." Sekali lagi Razi cuba meminta. Tangan kasarnya telah dicengkam pada jeruji, membuat Amani sedikit terhinjut kebelakang. 

"Mana ada lagi. Itu jelah!"

Kembali Amani memberi tahu dengan suara sedikit kuat. Berharap lelaki itu segera beredar dari depan rumahnya. 

Razi kembali koyak senyum senget dengan wajah puas. Wang ditangan digenggam erat. Sekali lagi dicuba meraba wajah gadis itu, dan kali ini agak sedikit memaksa. Nasib baik pintu besi tidak dibuka. Dengan mudah Amani mengelak walau tangan Razi mengena sedikit kepipi mulusnya. Cepat-cepat Amani sapu menggunakan tangan. Terasa jijik dirinya disentuh lelaki itu.

"Eleh, nak mengelak konon. Dah barai kan. Apa nak malu-malu lagi dah?"

Ucapnya memperlekeh Amani.

"Oh ya. Best tak penangan orang tua tu? Heh, duda hot kan. Mesti dibarai habis-habisan. Hahahaha."

Selesai hamburnya, lelaki itu segera mengankat kaki meninggalkan kediaman itu dengan hati gembira. Wang yang dimahu sudah ditangan.

Amani mengeluh lega. Daun pintu dikatup semula. Segera dia memusing badan dan mengorak langkah menuju dapur untuk membuat sarapan.

  Satu senduk bubur nasi Amani isikan kedalam mangkuk putih dengan hati hati. Serbuk lada hitam serta daun bawang menyusul diatasnya.

Berlapik dulang, mangkuk dibawa menuju kebilik mommy nya. 

Daun pintu ditolak dengan kaki memandangkan ianya tidak terlalu rapat. Dilihat Ramona sedang terbaring dikatil, begitu lemah keadaannya. Amani yang tiba dimuka pintu ditolehnya. Amani lorek senyum kecil. Mangkuk berisi bubur dibawa mendekat. 

"Mommy makan bubur dulu. Amani baru je siap masak."

Tuturnya penuh kelembutan. Mangkuk bubur diletak perlahan diatas meja kecil disisi katil.

Ramona cuba ukir senyum dibibir pucatnya. Anggukan menyusul menyetujui kat-kata Amani.

Sesuap dua bubur berjaya masuk kedalam rongga mulutnya, Ramona meminta Amani menyudahi suapan. Selerannya masih terasa tawar. Mangkuk diletak semula diatas meja. Giliran air masak pula Amani berikan. Perlahan dia memantu ibu angkatnya minum tanpa meminta wanita itu untuk bangun.

Selesai minum, Ramona menghela nafas. Kepalanya yang masih melekat dibantal, membiarkan anak matanya merenung tunak wajah gadis polos itu. Baiknya budak ni. Sanggupkah dia menyimpan rahasia lagi? 

Rahasia yang dia pendam rapi, demi masa depan gadis itu. 

"Mommy. Amani bawa mommy pergi hospital ya? Amani tengok mommy semakin lemah. Kita cek doktor ya."

Ucapnya lembut cuba mengusulkan. Memandang keadaan Ramona yang semakin lemah itu, tidak sanggup dia melihatnya. Mujur masih ada baki wang pemberian Muaz yang dia simpan tanpa sepengetahuan Razi. Dia bercadang mahu membawa Ramona keklinik untuk mendapatkan rawatan menggunakan wang itu.

"Tak apalah Amani. Mommy ok je. Amani tak payah risau. Besok mommy sehat la balik." 

Tipunya cuba menyedapkan hati sendiri dan juga Amani.

"Tapi mommy. Amani tengok mommy semakin lemah. Kita keklinik aje lah. Tak payah hospital kalau mommy tak nak. Yang penting cek doktor."

Paksanya. Rambut mommy Mona diusap lembut. 

Kembali bibir pucat Ramona melorek senyum. Tangan mulus Amani diraih dan digenggamnya erat. 

"Setakat ni mommy tak rasa nak pergi klinik lagi. Tapi nanti kalau mommy rasa betul-betul tak larat, barulah mommy beri tahu Amani ya."

"Mommy ni, degil tau."

Muncung mulutnya berujar manja. Wajah ibu angkatnya ditenung hiba.

Amani yang tidak pernah kenal siapa ibu dan ayah kandungnya telah menggap Ramona adalah satu-satunya keluarga yang dia miliki.

Dialah ibu, dialah kawan, dialah segala-galanya bagi Amani. Wanita ini yang dia lihat sebaik dia celik mata melihat dunia. Wanita ini yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang meski serba kekurangan. Dia perlu membalas jasa wanita ini dengan segenap kudrat yang dia ada.

Wajah senyum Ramona masih didalam tenungnya. Tangannya kembali mengusap lembut rambut wanita itu.

"Mommy. Lepas ni mommy tak payah kerja ya. Amani dah kerja ni boleh la sekadar menyara hidup kita. Amani cuba kumpul duit, lepastu kita cari rumah sewa kat tempat lain, keluar dari kawasan ni. Kalau boleh, jauh-jauh dari tempat ni."

Kata-katanya hanya mendapat senyuman dari mommy nya. Meski hatinya tidak yakin yang usaha Amani itu akan berjaya, namun kata-kata itu turut diaminkan olehnya. 

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status