Share

Chapter 8

     Hampir setengah jam perjalanan didalam kereta. Amani bungkam. Pandangnya kosong dibuang kehadapan. Bahkan air mata yang tadinya membanjiri wajah, kini setitis pun tak kelihatan.

Hatinya kesal. Sesal dan marah. Sampai hati mommy Mona berbuat begitu padanya. Seorang wanita yang dianggapnya sebagai ibu. Satu-satunya manusia yang dia miliki didunia ini, tempatnya bergantung selama ini. Tak sangka, mommy Mona begitu tega menyerahkan dirinya pada lelaki hidung belang seperti Muaz hanya kerana wang. 

Jika selama ini dia pendam sahaja rasa sakit dicemuh orang, kali ini rasa sakit itu berganda-ganda datangnya. Dia tidak kesah akan ejekan atau cemuhan orang padanya. Tetapi bila Ramona membuatnya begitu, ianya sangat tidak boleh diterima olehnya.

"Ehem, Amani."

Terdengar suara garau menegur memecah lamunnya. Amani hanya menggulir anak mata sedikit. Tidak berminat untuk menjawap sapaan lelaki itu. Bahkan dia tidak tahu pun apa lelaki ini mahu lakukan padanya. Kini hatinya pasrah. Apapun akan berlaku selepas ini, dia redho. Kalau mati boleh dia pilih, itu lebih baik baginya saat ini.

"Amani ok ke?"

Kembali Muaz menegur. Kali ini Amani menoleh sedikit walau mulutnya masih bungkam. Teguran lelaki itu seperti sedang bersimpati dengan dirinya.

"Amani, saya akan bawa Amani kerumah saya, Amani tahu kan?"

Soalan itu hanya ditoleh sedikit oleh Amani, disusul oleh angguk perlahan. Wajahnya masih kosong tanpa riak.

"Amani tak payah risau. Dirumah, saya ada anak perempuan. Sebaya dengan Amani. Saya harap Amani boleh jadi kawan anak saya."

Amani masih tidak mahu membuka mulut. Kata-kata Muaz langsung tidak membuatnya tertarik. Apa yang dia tahu, dia akan ikut sahaja kata lelaki itu. Kalau Muaz suruh dia terjun jambatan pun dia akan lakukan sahaja. Perasaannya begitu kosong ketika ini.

   Terrace 2 tingkat tak berpagar. Kawasan elite itu dilengkapi security system. Mercedes Muaz tiba dan memasuki garaj rumah berkenaan. Terdapat lagi tiga buah kereta mewah lainnya diparkir digaraj yang cukup luas itu

Enjin kemudian dimatikan setelah memastikan kereta berhenti sepenuhnya.

Muaz keluar dari tempat pemandu, lantas berpusing menuju pintu sebelah. Pintu dibukakan, dan mempersilakan Amani untuk keluar.

Dengan wajah masih tanpa riak, Amani mula menurunkan kakinya untuk keluar dari kereta.

Terus Muaz menuju pintu dan membukanya. Amani tak lupa ditunggu yang mana gadis itu masih menyusun langkah lemahnya menuju pintu.

"Silakan masuk."

Ujar Muaz sebaik Amani tiba dimuka pintu.

"Ayah....."

Laung suara manja menyapa pendengaran Amani. Matanya lalu tertumpu pada sosok seseorang yang muncul dari dalam rumah menyambut kepulangan Muaz.

Gadis itu sama tinggi dengan dirinya. Sudah siap berpakaian pajamas bercorak kartun Frozen dengan cekak bulu-bulu dikepalanya.

Gadis itu terus menerpa memeluk Muaz erat-erat. Muaz tersenyum lantas membalas merangkul gadis itu serta melepaskan kucupan didahinya.

"Baby ayah tak tidur lagi?"

Tanya Muaz selapas pelukannya terlerai. Wajah anaknya dipandang sayang.

"Tak. Baby, baby tu-tunggu, A-ayah!"

Mimik muka manja ditunjuk. Sedikit kesusahan gadis itu untuk bertutur. Namun tuturnya masih boleh difaham.

"Mak Tom mana? Dah balik dah?"

"D-dah ba-balik. Dah. Ba-baru je."

"Oh. Baby dah makan?"

Soalan itu hanya mendapat anggukan manja. Tidak mahu memaksa tekaknya untuk mengeluarkan kata-kata jika ianya boleh diwakili dengan pergerakan. 

Semua tingkah gadis itu diperhatikan oleh Amani yang masih berdiri dipintu.

"Amani. Mari masuk."

Kedengaran Muaz mengajaknya masuk. Amani melangkahkan kaki perlahan-lahan. Sejuk tapak kakinya memijak lantai ceramic rumah itu.

"Baby. Ni lah kawan baru baby yang ayah ceritakan tu. Suka tak?"

Muaz mula menunjukkan Amani pada anaknya. 

Gadis bernama Maya yang mesra disapa Baby itu menilik Amani atas bawah dengan mulut terbuka dan mata membulat teruja.

"Woaaah, ka-kawan baru? Yeayyy! Ba-baby suka."

Gadis itu melompat riang melihat kahadiran Amani. Terujanya dia. Selama ini dia hanya dengan pembantu rumah sahaja. Itupun waktu siang. Kawan? Hummm, tak ada. 

"Amani. Ini anak saya. Maya nama dia. Tapi kami lebih suka memanggilnya Baby. Saya harap, kamu tak keberatan berkawan dengan anak saya."

Perlahan Amani mula memberi respon. Wajah Muaz dipandang sekejap, kemudian pandangnya dituju pada Maya yang sudah tersenyum manis padanya. 

Perasaan Amani kini mula sedikit membaik berbanding tadi. Yang mana sedari tadi jiwanya serasa kosong dan hampa. Jika kena bunuh pun dia sudah tidak perduli. Tapi melihat layanan Muaz pada anaknya, dan juga melihat wajah polos gadis dihadapanya, perasaan Amani mula sedikit terisi. 

Perlahan senyumnya terukir diberikan pada gadis yang memiliki IQ sedikit rendah itu. Tangan dihulur dan mula menyapa.

"Assalamualaikum. Nama saya Nurul Amani." Ucapnya sembari menghulur tangan.

Salam Amani tidak disambut oleh Maya. Namun malah gadis itu bertindak merangkul Amani dengan teruja.

"Yeayy,, Baby..  su-suka..."

Rangkulan gadis itu agak erat sehingga membuat Amani hampir lemas. Muaz yang menyaksikan lantas bertindak meleraikan nya.

"Eh, Baby, Baby. Tak mo macam ni. Baby. Lepaslah kawan tu. Kesian dia tak boleh nafas. Nanti dia tak nak kawan denga Baby macam mana?"

Mendengar teguran ayahnya, pelukan terhadap Amani pun dileraikan. Amani mengatur nafas termengah-mengah. Hampir-hampir dia kehabisan nafas tadi.

"Amani, awak ok?"

Muaz menyoal bila mana gadis itu mula mebetulkan pernafasannya.

"Ok." 

Itu sahaja jawapnya bersama anggukan. 

"Amani. Maafkan anak saya. Perlu awak ketahui, anak saya ni dia memiliki IQ sedikit mundur. Perangainya tak ubah seperti kanak-kanak berumur lima tahun. Saya harap, Amani tak kesah berkawan dengan anak saya ni."

Barulah Amani faham. Kepalanya di angguk-anggukkan sebagai wakil jawapan. 

"Baby. Bawa kawan Baby ni naik bilik. Tunjukkan katil dia apa semua okey?"

Ujar Muaz pada anaknya. Gadis itu hanya mengangguk beserta senyum mengiakan kata-kata ayahnya.

"Err, Tuan.."

Amani mula sedikit berani untuk bertanya.

"Iya. Ada apa?"

"Saya. Saya tak ada bawa pakaian."

Muaz tersenyum sambil memandang redup pada Amani.

"Awak boleh pakai pakaian Baby. Saya sudah memberi tahu dia supaya kongsi pakaian dia dengan awak buat sementara. Nanti ada masa, saya bawa awak untuk beli pakaian baru ya."

Ikhlasnya kata-kata lelaki ini. Adakah dia sememangnya orang yang baik? 

Amani mula berasa selesa mendengar lelaki itu bertutur. Maka tanpa ragu-ragu, Amani pun mengangguk setuju.

"Amani.."

Kembali suara garau Muaz menyebut namanya. Amani pusing tengkuk memandang lelaki itu.

"Saya harap, Amani selesa tinggal disini. Tak perlu segan. Anggap seperti rumah sendiri. Kalau mahukan apa-apa, beritahu saja pada saya." 

Amani kembali mengangguk mendengar ucap Muaz begitu. Mahu tak mahu, buat sementara ini dia harus menserasikan diri dirumah itu. Walau dia tidak tahu apa tujuan sebenar Muaz mengambil dirinya. Dia pun tak pasti, berapa lama dirinya akan berada disituasi ini. 

Yang pasti sekarang ini, dia mesti menserasikan diri dengan Maya, gadis OKU yang bakal menjadi kawannya.

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status