Share

Chapter 7

    Ramona termangu seorang diri. Menongkah dagu dimeja makan, menikmati nasi goreng kicap buatan Amani. Sempat gadis itu menyediakannya sebelum dia berangkat pergi kerja pagi tadi. 

Nasi goreng disudu perlahan dan dibawa kemulut berlaukan air mata yang berjurai melalui pipi. Sedap!

Air tangan gadis itu dinikmatinya sehingga habis meski dadanya terasa sesak oleh tangis yang tumpah tak dapat dibendung.

Fikirnya berkecamuk. Bila lagi dia dapat menikmati air tangan gadis itu kalau bukan sekarang. Selagi masih tersisa waktu bersamanya, Ramona mahu menghargai walau sekecil-kecil usaha Amani sepuas hati.

Perbualan bersama Muaz malam tadi telah membuat hatinya berbelah bagi.  Sayang. Siapa tak sayang anak? Walaupun sekadar anak angkat? 

Tidak!

Itu tidak benar. Amani bukanlah anak angkatnya. Gadis itu seutuhnya terlahir dari rahimnya. Demi masa depan Amani supaya nantinya tidak menjadi bahan ejekan oleh masyarakat jika diketahui bahawa sebenarnya gadis itu dilahirkan oleh perempuan kotor seperti dirinya.

Sanggup Ramona merahsiakan sehinggan 17tahun lamanya. Hanya dirinya yang tahu akan status gadis itu. Dia tidak mahu Amani malu beribukan wanita jijik sepertinya. 

Maka dari itu dia mendidik Amani menjadi wanita beriman. Menghantar Amani menuntut di asrama Tahfiz ketika sekolah rendah. Ketika menginjak sekolah menengah, Amani dihantar pula ke sekolah pondok sehingga tingkatan tiga. Selepas itu Amani memutuskan untuk bersekolah disekolah kebangsaan kerana tidak mahu lagi berjauhan darinya. 

Ramona mahu Amani mendalami agama dan tidak mahu gadis itu menjadi seperti dirinya. 

Air putih diteguk dari cawan bagi membasahkan tekak. Kembali tangisnya tumpah bila terkenang akan tawaran Muaz padanya.

Semalam...

Amani dihantar oleh Muaz pulang ke warung Jemmy selepas dijumpai gadis itu sedang bergelut mempertahankan diri dari Razi. Usai itu, Muaz lalu datang berjumpa Ramona.

"Eh, Tuan Muaz. Maaf, Mona tak dapat perform malam ni. Mona masih tak sihat."

Ramona berujar begitu ketika menyaksikan Muaz datang menghampirinya.

Lelaki itu memandang tunak kearahnya sambil berpeluk tubuh.

"I bukan nak you." Ucapnya tegas. Pandangnya lalu dialih pada gadis yang telah berlalu masuk ke dapur sebelum menyambung kata.

"I nak dia."

"Hah?" Ramona terperanjat dengan wajah berkerut. Penjelasan lanjut dari Muaz amat diperlukannya saat ini. Dia tak faham akan maksud lelaki itu.

"I nak bawa balik Amani sebagai anak angkat I. Boleh?"

Kata-katanya itu diucap sambil mendekatkan mukanya pada Ramona.

Ramona teguk air liur. Perlu sedikit masa untuknya menghadam kata-kata Muaz itu. Dia bukan tak tahu lelaki ini siapa. Seorang duda kesepian. Boleh kah dia percaya akan kata-katanya untuk menjadikan Amani sebagai anak angkat? 

Tapi.. bila difikir semula, Amani memberi tahu dirinya bahwa lelaki ini tidak sedikit pun menyentuhnya pada malam itu. 

"Look, Ramona. I prihatin tengok keadaan anak you dekat sini. Dia gadis yang baik, bijak. Enviroment kat sini amat tak sesuai untuk dia."

Ramona masih terpaku akan kata-kata Muaz. Hatinya tidak rela untuk melepaskan Amani, tetapi disisi lain, ada benar juga kata lelaki itu. Persekitaran disini amat tidak selamat buat Amani. Tapi,, bolehkah dia percaya dengan kata-kata Muaz?

"Listen to me, Ramona. I boleh kasi you duit kalau you mahu. I nak Amani duduk dengan I, dan menjadi kawan untuk anak perempuan I dirumah."

Ramona kembali teguk air liur. Jadi kawan anak dia? Ramona masih tidak membari apa-apa jawapan. Namun mindanya sudah mula berfikir. Apa yang harus dia buat saat ini?

"It's okay Ramona. I akan beri you ruang untuk berfikir. I tak akan paksa you kalau you tak setuju. Tapi kalau you sayangkan anak you, sebaiknya you fikir semula kata-kata I."

   Ramona kembali mengogoi tangis bila mengenang semula tawaran Muaz semalam. Dia tak sanggup untuk melepaskan Amani. Namun, dia tak mampu lagi menjaga gadis itu. Dengan kesihatannya yang semakin menurun saat ini, Ramona kembali berfikir. 

***

  Seperti yang dijanjikan, Muaz tiba diwarung Jemmy pukul 8malam. Ramona telah memasang senyum manis menyambut kehadiran lelaki itu.

"Macam mana Ramona?"

Muaz telah selamat meletak punggung dikerusi lalu melempar soalan itu pada Ramona.

"Seperti yang Tuan mahukan."

Sahut Ramona bersama senyum khas wanita penghibur miliknya. 

Senyum senget diwajah puas hati Muaz selepas mendengar jawapan wanita itu.

"Amani... Sini jap." 

Panggilnya kuat menyeru nama gadis itu. Amani yang baru selesai menghantar pesanan pada pelanggan segera memenuhi panggilan mommynya. 

"Ya mommy." 

Gadis itu telah tiba dihadapan Ramona dan juga Muaz. Ramona melempar senyum pada lelaki itu, membuat Amani memandang mommy nya dengan rasa curiga bergilir-gilir dengan Muaz.

Muaz yang faham akan maksud Ramona, segera mengerluarkan sesuatu dari poket blazernya.

Seikat note RM100 cukup tebal Muaz letakkan diatas meja, dan kemudian ditolak mendekat pada Ramona.

Semakin lebar senyum Ramona, wang diatas meja segera disambar dengan tangannya. 

"Woww.. I like." Ujarnya dengan wajah teruja. Wang ditangan dicium beberapa kali. 

Tingkah wanita itu semakin membuat Amani berasa aneh. Berkerut keningnya mencari jawapan. Apa maksud mommy? Kenapa dia dipanggil kemari untuk menyaksikannya menerima wang?

"Tuan Muaz. Now, she is yours!"

Amani tersentap mendengar Ramona berujar begitu. Wajah wanita itu dipandang tajam olehnya.

"Mommy. Apa ni?" 

Hanya senyum kelat Ramona berikan sebagai jawapan pada gadis itu, sebelum tangan Muaz bertindak mencengkam tangannya.

"Mari. Ikut I."

Pandangnya kini beralih pada Muaz. Wajah lelaki itu ditatap tak mengerti. Tangan yang cengkam juga direntap hingga terlepas. 

"Amani, mommy awak dah jual awak pada I. So sekarang, awak kena ikut I balik."

Ucap Muaz perlahan namun tegas. Membuat Amani semakin tidak mengerti. Giliran Ramona pula dilempar pandang olehnya. Penjelasan wanita itu ditunggu saat ini.

"Mommy. Apa semua ni? Kenapa mommy buat macam ni?"

Matanya sudah berkaca-kaca tika bertanya. Wanita yang sedang mencium duit itu masih didalam tenung tajamnya. 

Ramona kemudian mengangkat punggung perlahan. Tenungan gadis itu dibalas olehnya dengan senyum tanpa sikitpun rasa simpati terbias diwajahnya.

"Amani sayang. Mommy perlu duit. Banyak mommy perlukan. Hanya Tuan Muaz yang mampu beri mommy duit sebanyak ini tapi, dengan syarat Amani kena ikut dan tinggal dengan dia."

Amani menggeleng kepala tidak percaya. Tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulut Ramona, yang mana selama ini wanita itu cukup menjaga akan dirinya. Kenapa hari ini mommy betul-betul berubah? 

"Mommy, sanggup mommy buat macam ni pada Amani. Mommy tak sayang Amani lagi ke?"

Tangis yang ditahan terhambur jua. Amani tidak dapat terima semua ini. 

"Shhh, tak mo nangis-nangis. Tuan Muaz kan baik orangnya. Amani ikut aja dia ya. Tak payah fikir pasal mommy lagi. Lagi pula, mommy bukan ibu kandung Amani pun. Mommy sudah tidak mampu menjaga Amani. Sudah tiba masanya mommy melepaskan Amani."

"Tapi kenapa perlu dengan cara macam ni? Mommy. mommy main-main kan? Mommy tak sungguh-sungguh kan?"

Ramona kembali lorek senyum. Tangis hiba Amani langsung tak membuatnya berasa simpati. Wang ditangan sudah cukup membuatnya gembira. Dengan rela hati Amani dilepaskan begitu sahaja untuk dibawa oleh Muaz.

"Pergilah sayang. Amani akan bahgia disana. Ikut Tuan Muaz ya."

"Tak mommy, tak. Amani tak nak. Amani nak dengan mommy."

Jerit dan tangisnya tak lagi dihirau oleh Ramona yang telah berpusing dan mula melangkah mahu meninggalkannya. 

Terdetik rasa simpati dihati Muaz melihat gadis itu menangis hiba tidak mahu pergi. Namun akhirnya dibawanya jua Amani menuju kereta, meski gadis itu masih enggan melangkah serta meraung memanggil mommy nya. 

Raungan Amani tidak lagi kedengaran sebaik gadis itu telah selamat masuk kedalam kereta. Muaz kemudian menghampiri Ramona yang mebelakanginya buat seketika.

"Ramona. I pergi dulu. Jangan risau, I akan jaga dia seperti anak I sendiri." 

Ujarnya perlahan tanpa menanti Ramona memusing badan.

Muaz sedikit terjegil bila Ramona hanya menghulurkan tangannya tanpa memusing badan. Wang pemberiannya dipulangkan semula.

"Tuan ambil semula duit ni. Saya tak nak." Suaranya sudah serak seperti menahan sebak.

"Saya memang jual badan, tapi bukan jual anak. Ambil balik duit ni."

Perlahan-lahan Muaz menyambut wang miliknya yang dipulangkan oleh Ramona. Dia tahu, wanita itu sedang berduka dengan semua ini.

"Ramona. You ok ke?"

"Pergi! Pergi Tuan. Lekas bawa Amani pergi dari sini. Lebih cepat, lebih baik."

Ramona masih membelakangi Muaz. Tegas ucapnya meminta Muaz untuk segera pergi membawa Amani. 

"Baiklah. Kalau itu yang you mahu, I minta diri." 

Usai berkata begitu, Muaz pun memusing badan serta mengorak langkah menuju keretanya. Ramona dibiar saja disitu yang mana wanita itu masih berdiri membelakangi.

Perlahan kedengaran bunyi halus enjin kereta Muaz mula berlalu pergi. Barulah Ramona memusing badan. Kereta yang melesat dipandang sayu, sebelum sebak yang dibendung pecah dibibirnya.

Tubuh Ramona terjelepok serta meraung semahu-mahunya. Sesak didada ditumpahkan menjadi tangis. Tiada seorang ibu pun didunia ini sanggup berpisah dengan anaknya. Dirinya juga tidak terkecuali. Namun keadaan yang memaksa untuk dia melakukan itu. Demi masa depan Amani, rela dia korbankan perasaannya. 

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status