Share

Chapter 9

    Sudah seminggu Amani tinggal dirumah Muaz. Alhamdulillah, Amani kini semakin dapat menyesuaikan diri. Kehadirannya sangat bermakna bagi Maya. Gadis itu kini semakin gembira bila Amani ada bersamanya. Tidak lagi kuat merajuk dan kerap menangis seperti sebelum ini. 

Amani pula pandai mengambil hati Maya. Amani pun mula mengajar Maya membaca dan menulis. Begitu seronok gadis itu belajar bersama Amani. Amani redha, walau dia masih belum tahu statusnya dirumah itu sebagai apa. Sama ada sebagai pembantu rumah, atau sebagai peneman Maya. Dia masih belum tahu. Yang pasti sekarang ini dia tahu Muaz melayannya baik. Bagaimana layanan diberi pada Maya, begitu juga padanya. Apa yang Maya dapat, Amani turut mendapat benda yang sama. Ucapan terimakasih tak pernah lekang dari bibirnya.

Selepas seminggu, Amani cuba memberanikan diri datang berjumpa Muaz yang mana lelaki itu sedang menikmati sarapan dimeja makan sebelum berangkat kerja.

"Tuan."

Tegurnya segan. Wajah ditunduk menghadap lantai.

"Ya, Amani? Ada nak apa-apa ke?"

Sahut Muaz pantas.

"Saya.. Boleh ke saya nak pergi lorong sekejap?"

Muaz mengangkat kening sedikit hairan. Napkin di ambil lalu dilapkan pada mulutnya.

"Untuk apa Amani nak kesana?"

"Saya, nak jumpa mommy Mona sekejap. Nak tengok keadaan dia."

Muaz hela nafas sekejap. Wajah Amani lalu dipandang.

"Bukan ke mommy Mona dah cakap, tak payah datang jumpa dia lagi?"

"Benar Tuan, tapi... Saya rindukan dia. Saya nak jumpa dia sekejap saja. Walau sekadar berjumpa diwarung abang Jemmy pun tak apa."

Muaz lalu kemam senyum. Baginya permintaan gadis itu tidaklah berat. Lagipun dia sudah berjanji, apa saja yang Amani mahu, dia akan cuba tunaikan.

"Baiklah. Saya benarkan. Tapi...."

Amani angkat wajah. Perkataan 'tapi' membuatnya sedikit resah.

Kemudian Muaz menyambung kata-katanya.

"Saya tak akan biarkan awak pergi seorang diri. Saya akan upah driver untuk bawa awak kesana. Sebab saya tak dapat hantar awak, saya kena pergi office."

Usul Muaz disetujui oleh Amani. Dia langsung tidak keberatan.

"Oh ya, satu lagi."

Muaz lalu bangkit dari duduk dan menapak menuju meja hiasan ditepi dinding diruangan itu. Sebuah kotak sederhana diambil dari situ, dan diberikan pada Amani.

"Saya lupa nak bagi ini pada awak. Sempat saya beli semalam semasa berjumpa client. Ambil lah."

Kotak dipandang pelik. Logo Apple pada kotak itu membuatnya berkerut kening. 

Melihat Amani masih ragu-ragu, Muaz pun membukakan kotak itu untuknya. 

Dibuka, dipasang dan dihidupkan. Alat yang sudah sedia untuk diguna itu lalu diserah pada Amani.

"Nah, untuk memudahkan awak berhubung. Call saya atau siapa-siapa jika awak perlu. Ambil, jangan segan-segan."

Iphone 7 disuguhkan padanya. Amani masih bimbang untuk menerima. Wajah Muaz ditoleh sekali lagi. Lelaki itu tersenyum meyakinkan nya.

Amani kuntum senyum. Matanya memandang Muaz penuh rasa terharu. Betapa lelaki ini mengambil berat padanya, dia amat terharu dengan layanan Muaz segitu. Sekadar ucapan terimakasih serasa tak cukup baginya sebagai ungkapan.

****

   2 petang. Kereta yang membawa Amani tiba berhampiran warung Jemmy. Kelihatan lelaki berlagak perempuan itu sedang sibuk mempersiapkan kedai untuk segera beroperasi. Sudah tak ada Amani. Kini dia terpaksa bertungkus lumus seorang diri menyiapkan kedai.

"Assalamaualaikum abang Jemmy."

Amani keluar dari kereta dan terus berlari anak menuju tempat Jemmy berada membawa senyum lebar tanda rindu.

"Kum salam."

Hanya sepatah jawapan Jemmy berikan tanpa menoleh. Sudah itu tawar sahaja bunyinya. Perasaan janggal menyelinap dihati Amani. Senyum diwajahnya turut padam.

"Abang Jemmy. Nampak mommy Mona tak?"

Melihat tampang Jemmy begitu, Amani pun terus mengutarakan tujuan dia datang ialah untuk bertemu Ramona.

Jemmy menoleh laju. Wajah mencuka lelaki itu juga diperlihatkan.

"Seminggu kau baru nak datang tanya mak kau? Heii, tau lah dah sedap jadi perempuan simpanan orang kaya."

Berkerut kening Amani mendengar hambur Jemmy begitu. Sungguh dia tak mengerti apa maksud lelaki pondan itu.

"Apa maksud abang Jemmy ni? Amani tak faham."

"Tak payah nak buat-buat tak faham lah. Tudung kat kepala kau tu, buang je. Benda dah barai masih nak cover kepala dengan tudung. Phuii."

Kasar Jemmy membidas. Amani semakin tidak faham.

"Abang Jemmy. Amani tak macam tu lah. Tuan Muaz ambil Amani untuk jadi teman anak dia."

Amani cuba membela diri. Dia tak menyangka orang akan pandang seserong  itu padanya.

"Sudah lah Amani. Dah anak pelacur tu pelacur lah jugak perginya."

Semakin pedas kata-kata Jemmy lontarkan. Wajah Amani berubah ketat.

"Abang Jemmy. Abang Jemmy cakap apa ni haa? Amani tak macam tu. Lagipun bukan abang Jemmy tak tahu Amani ini bukan anak mommy Mona."

Suaranya naik sedikit. Kening berkerut begitu kesal. Amani cuba mempertahankan dirinya.

Jemmy yang mendengar lalu memandang tepat wajah Amani. Senyum sinis dipamer sekali.

"Hei budak. Mona tu, mak kau. Kau tahu tak? Dia tak nak mengaku kau anak dia. Padahal jelas-jelas dia yang beranakkan kau."

Amani tergamam. Wajah terkejutnya masih memandang Jemmy. Perlu penjelasan lebih dirinya untuk mencerna kata-kata Jemmy.

"Apa, apa abang Jemmy cakap ni?"

"Kau ingat tak arwah mommy Karin?"

Amani tak menjawap soalan itu. Dia hanya menunggu Jemmy meneruskan kata-kata. Meski dia ingat akan wanita yang disebutkan oleh Jemmy itu pernah turut menjaganya sebelum wanita itu meninggal dunia.

"Dia yang tolong mak kau beranak. Dia satu-satunya orang yang tahu rahsia Ramona. Dia pun bersekongkol simpan rahsia ni. Tapi sempat lah dia beritahu aku sebelum dia meninggal terkena HIV tu."

Jelas penerangan Jemmy itu bagai mata pedang menusuk telinganya. Sakit rasanya mendengar kebenaran. Tapi lebih menyakitkan lagi baginya, kenapa Ramona tidak mahu mengakuinya sebagai anak kandung? Kenapa mesti berpura-pura? 

Amani sudah tidak reti bagai mana harus mengeluarkan air mata. Hatinya terlalu hancur. Wajah Jemmy sekali lagi dipandang.

"Mana mommy Mona sekarang?"

Suaranya perlahan bertanya.

"Kau tanya Mona kat sini buat apa? Kat rumah dia lah. Dengar cerita dia tak sehat."

Tak sehat? Hati Amani semakin gundah. Dia tahu, wanita itu sering mengeluh sakit sejak kebelangan ini. 

Tanpa membuang masa, langkahnya segera diatur menuju rumah tanpa menoleh pada Jemmy lagi.

Tangga dititi perlahan-lahan. Pelbagai soalan dalam mindanya cuba merungkai tanda tanya. Hatinya kesal dan marah. Sampai hati Ramona berbuat begitu padanya. 

Cukuplah dengan tindakan wanita itu menjual dirinya pada Muaz. Kini dengan terbongkarnya kebenaran, Amani semakin dicekam rasa benci pada wanita itu. Tetapi mengenang semula akan kasih sayang yang dicurah oleh Ramona sepanjang 17 tahun usianya, hatinya masih terdetik rasa sayang dan juga rindu pada wanita itu.

Tiba didepan pintu, Amani yang masih menyimpan kunci pintu segera mengeluarkan kunci itu dari beg tangannya. Anak kunci dijolok lalu dipulas. Pintu dibuka perlahan-lahan.

"Assalamualaikum. Mommy. Amani balik ni."

Sapanya agak kuat kedengaran. Suasana rumah yang sunyi semakin menimbulkan tanda tanya dihatinya.

Bayangan Ramona dicari oleh anak matanya. Matanya meliar kesana kemari. Rumah bersize kecil itu tidak memerlukan banyak tenaga retina matanya untuk meneroka setiap sudut. Cukup dia meninjau dari ruang tamu sudah diketahui tiada kelibat orang dirumah itu.

Langkah Amani lalu dibawa menuju bilik Ramona. Daun pintu ditolak perlahan. Bilik itu gelap tak berlampu. Tangan Amani meraba kedinding untuk memetik punat lampu bilik itu. Sekelip mata bilik menjadi terang benderang.

"Ya Allah. Mommy...!"

Menjerit kecil Amani bila di dapati Ramona terbaring dikatil dengan begitu lemah sekali. Wajahnya pucat tidak bermaya. Rasa kesal dan marah kini hilang sudah. Bertukar dengan rasa risau dan cemas melihat keadaan wanita itu.

Segera Amani menapak laju kekatil dan mendapatkan Ramona.

"Mommy. Mommy kenapa ni? Mommy sakit ke? Kenapa tak bagi tahu Amani."

Air matanya begitu murah keluar bila berkaitan dengan wanita itu. Amani bertinggung disisi katil rendah itu dan menggongcang bahu Ramona.

Sedikit Ramona membuka mata dengan kudrat yang masih tersisa. Tangan digerakkan untuk menyentuh wajah Amani. 

"Amani... Kenapa balik? Kan mommy kata jangan balik."

Ucapan cuba dizahir meski dengan keadaan begitu lemah. 

Pelbagai soalan yang Amani ingin tanyakan, penjelasan Ramona yang Amani perlukan, kini semuanya terbang entah kemana. Yang dia tahu dia perlu membawa Ramona kehospital sekarang juga. 

Beg tangan digeledah, telifon dicapai segera. Driver yang menghantarnya tadi segera dihubungi untuk naik keatas.

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status