Share

Chapter 15

      Mercedes-Benz GLC hitam itu tiba dihalaman rumah. Itulah kereta kebanggaannya yang kerap dia guna setiap hari untuk kemudahan transportasinya. 

Meski terdapat kereta-kereta mewah lainnya, namun lelaki yang hampir memasuki usia separuh abad itu lebih gemar memandu kereta itu berbanding yang lain. Dia juga lebih selesa memandu sendiri daripada menggunakan khidmad driver. Setakat ini, lelaki itu masih cukup segar berstamina, tidak kalah dari yang berusia 30an.

Muaz melangkah keluar dari perut kereta. Pintu rumah dituju segera. Tidak sabar dia untuk berjumpa hero kebanggaannya yang mana mereka telah berjauhan selama empat tahun lamanya.

Daun pintu ditolak selepas dia mengenyah kunci menggunakan sistem kawalan automatik. Muaz lalu meloloskan diri kedalam rumah. Matanya meliar mencari kelibat manusia diruang tamu yang mana masih belum dikesannya.

"Ayah..."

Pandangan Muaz lalu berpaling kearah tangga dimana terdengar suara lelaki

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status