Share

Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]
Author: Pink Rose

Prologue

    Gadis itu duduk memeluk kedua kaki diatas katil bersaiz king dihotel mewah itu. Wajah dibenam pada lutut dengan mata terpejam erat seperti memerah air dari dalamnya sebanyak mungkin. Tersenggut-senggut bunyi tangisnya cuba dikawal. 

     Air matanya berlari-lari semakin laju menuruni pipi, tatkala terdengar olehnya bunyi pintu bilik air mula terkuak. Hatinya pilu memikir akan masa depannya yang sudah pasti kelam. 

      Lalu terdengar olehnya, derap sepasang kaki melangkah semakin mara. Gadis itu semakin mempererat memeluk kakinya juga tangisnya bertambah pilu.

     Terasa permukaan tilam tempanya duduk seperti sedikit bergerak lantaran ada individu lain turut meletakkan badan disitu. Tidak berani dia untuk melirik, apatahlagi melihat. Yang pasti dia tahu, nasibnya akan musnah malam ini ditangan lelaki yang lebih layak bergelar ayah kepadanya itu.

"Awak takut ke?" 

     Suara garau itu menyapa telinganya. Walau bunyinya lembut, namun begitu gerun bagi pendengarannya. 

     Tubuhnya semakin menggigil bila dirasa lelaki itu semakin menghampiri. Hendak menjerit, namun apakan daya. Bilik ini merupakan 5stars hotel. Tak akan ada sesiapa yang boleh mendengar jeritannya. Lagipun, untuk apa juga dia menjerit? Perkara itu akan terjadi juga pada akhirnya, bukan? 

     Simpan sahaja angan-angan untuk mencapai masa depan yang cerah itu. Orang seperti dirinya tidak layak pun untuk berangan akan hal itu. Wanita yang terlahir dilorong, membesar dilorong, dan lorong jugalah yang akan menjadi masa depannya.

Amani sedar dengan pasti akan hal itu.

"Nah."

      Amani tersentak seraya mengangkat wajah. Dia mendongak memandang pada lelaki yang telah bangun dan berdiri ditepi katil. Perasaan takut untuk melihat lelaki yang hanya berkain tuala dipinggang itu kini juga sedikit berkurang.

"Ambil tudung awak, lepas tu pakai." Ujar lelaki itu lagi.

     Amani menelan air liur. Wajah lelaki yang menghulur kain tudung miliknya masih dipandang. Lambat-lambat tangannya mahu menyambut, namun lelaki itu telah menjatuhkan perlahan tudung bawal biru laut itu keatas tilam disisinya.

     Dilihatnya kemudian lelaki itu berlalu menuju wardrobe dimana pakaiannya disangkut disitu. 

     Dengan tangan gementar yang masih belum reda, Amani segera mencapai kain tudung dan menyarungnya pada kepala.

"Siap cepat, saya hantar awak balik." Tuan Muaz berujar begitu tanpa menoleh. Sementara beliau mula sibuk menyarung pakaian pada badan.

"Err, tu-tuan." Suaranya menggeletar cuba dizahirkan dari bibir yang masih menggigil.  "T-tuan, nak hantar saya balik?" Amani bertanya.

     Manakala Tuan Muaz yang telah selesai menyarung kemeja perlahan menghampiri, serta membawa sedikit senyum diwajah.

     Punggung dilabuhkan diatas tilam berhampiran Amani. Kepala gadis itu yang telah berlapik kain tudung lalu diusap lembut.

"Iya. Kenapa? Awak tak nak balik?" Dia bertanya perlahan.

"Nak, tapi.. tak apa ke?" Amani cuba bertanya diantata gemuruh. Dia juga sedikit melarikan kepalanya dari diusap oleh lelaki itu. 

     Muaz mengeluh kecil. Tangan pula telah dijarakkan dari kepala gadis itu.

"Saya tak sampai hati nak 'makan' awak. Kecil sangat. Dah serupa dengan anak saya di rumah." Beritahunya.

     Amani menoleh lalu pantas. Pelbagai perasaan sedang berkecamuk dalam mindanya. Hatinya berasa lega kerna lelaki ini tak jadi menyentuhnya. Namun disisi lain pula dia risau. Mesti mommy Mona akan dibelasah lagi oleh Razi jika dia pulang tanpa membawa wang. 

"Te-tapi tuan..." Ucapnya tertahan disitu. Matanya tiba-tiba membeliak sebaik melihat segulung note RM50 tebal dicampak keatas tilam oleh lelaki itu.

"Ambil wang tu. Bagi pada ibu ayam awak. Bagi tahu mereka yang awak telah berkhidmat untuk saya. Dah jom balik." Tegas lelaki itu. Lantas bergerak menjauhi.

     Sekali lagi Amani meneguk air liur. Wang diatas tilam dicapai perlahan. Senyum mula terukir dibibirnya. Manakala didalam hatinya tak henti-henti memanjat syukur.

     Dirinya telah terselamat dari lembah kehancuran untuk malam ini. Nasib ibu angkatnya juga  akan selamat dari penderaan. Lelaki dihadapannya itu lalu dipandang sekali lagi. Sosok yang dia geruni sedari tadi, kini bagai malaikat dimatanya. 

        Terimakasih Tuan Muaz.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status