Share

Chapter 2

   "Amani... Tolong ambik order jap."

Jerit Jemmy yang sedang membancuh air, meminta Amani mengambil pesanan pada pelanggan yang baru tiba.

Gadis bertudung bawal warna peach yang sedang membasuh pinggan itu segera menyudahi kerjanya. Langsung dia menuju meja dimana pelanggan sedang menunggu.

Sesaat kemudian, Amani telah kembali kekaunter air dan menyerahkan beberapa catitan pada Jemmy.

"Nah. Teh tarik kurang manis, roti bakar satu set, nasi goreng biasa dengan sirap barley ais. Nak Amani tolong ke abang Jemmy?"

Tutur gadis itu dengan terperinci.

Jemmy mengerling jengkel wajah comel budak itu tanpa menghentikan kerja membuat airnya.

"Boleh. Boleh tolong."

"Tolong apa dia?" Tanya Amani begitu polos.

"Tolong jangan panggil abang Jemmy lagi boleh tak? Panggil la akak ke, sis ke, mommy ke. Balik balik abang, balik balik abang. Nyampah tau dengan kau ni. Puas aku berdandan cantik cantik macam ni, abang jugak kau panggil aku."

Mulut bechoknya mengomel bagai machine gun rosak disembur pada Amani.

Gadis itu hanya tersenyum geli hati. Membebel lah macam mana pun, dia itu mulut saja begitu, tapi hatinya baik. Setiap petang selepas melakukan tugasan sekolah, Amani akan terus datang kekedai itu membantu Jemmy meniaga. Walaupun pendapatan tak seberapa, tetapi lelaki itu tetap memberi Amani upah sejurus habis waktu meniaga.

"Hihihi. Tak nak lah. Amani nak panggil abang jugak. Meh lah Amani tolong." 

Langsung Amani menyiapkan barang barang untuk membantu Jemmy. Walau mulutnya sambung berleter, Amani buat pekak saja. Tak mati pun kena bebel dengan abang Jemmy ni.

  "Hallo hallo hallo... You all, mommy Mona is here." 

Amani yang sedang menyiapkan order, perasan akan suara yang baru tiba itu. Ramona, ibu angkatnya telah tiba dikedai itu. Wanita itu telah mengenakan pakaian khasnya sebagai wanita penghibur dan terus duduk dengan lemah lembut bersama senyum menggoda yang sentiasa menjadi modalnya. 

Amani kenal pasti, itu adalah senyum palsu. Jiwa wanita itu Amani dapat rasa yang dia sedang menjerit serta meraung kepayahan. Amani terpaksa lorek senyum bagi menghibur hatinya.

"Hei, Ramona. Makin mantop kau eh. Bukan main lagi. Banyak job ke?"

Tegur seorang pelanggan dikedai itu tiba menghampiri Ramona. 

"Ada lah sikit sikit. Boleh lah sekadar buat makan." Jawapnya dengan manja.

"Baby girl, buatkan mommy sirap bandung ya." Ucapnya bersama lambayan tangan dituju pada Amani dibelakang kaunter air sana.

Amani hanya angguk beserta senyum sambil meneruskan kerjanya.

"Eh, Mona. Jauh beza kan penampilan kau dengan anak kau. Anak pakai tudung, emak tengok la ni haa. Terjojol biji mata orang nengok."

Sambung lelaki tadi menegur Ramona.

"Hei, dia bukan anak aku okey. Dia anak angkat aku je. Mak bapak dia orang baik baik. Biarlah dia jadi orang baik. Aku rosak tak apa, asalkan bukan dia."

Balas Ramona. Kata katanya itu didengari oleh semua pengunjung yang ada dikedai itu. Termasuklah Amani. Sengaja dia kuatkan suara, supaya semua orang tahu bahawa Amani ini bukan dari keturunan darah orang seperti dirinya.

"Eleh, kalau dah membesar kat lorong macam ni, nak jadi baik macam mana lagi? Balik balik badan jugak yang dijual nanti."

Tempik sinis lelaki itu memperlekeh.

Ramona menoleh laju kearah lelaki itu dengan sorotan matanya yang bagai mata pisau, tajam menusuk.

"Hei, kau cakap tu kunyah elok elok sikit eh. Aku tahu lah budak tu macam mana. Aku yang sekolahkan dia, aku yang modalkan dia sehingga pandai supaya dia boleh dapat masa depan cerah diluar sana, tak jadi macam aku ni."

"Haih, tengok jelah nanti Mona oii. Iye ke tidak apa kau cakap tu."

Hari semakin gelap, Ramona masih dikedai itu menunggu pelanggan menegurnya. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ini pelanggan agak sepi mendatanginya. Ditengah dia memerlukan wang begini, susah pula nak cari duit. Bila dapat saja tak sempat dia simpan, terus disambar oleh Razi, si bapak ayam yang tak pernah cukup duit itu. 

Apa saja upayanya untuk melawan lelaki itu? Jika tak diberi, penumbuk penerajang menjadi makanannya. Ramona sudah penat. Penat sangat sangat. Tapi demi sekolah Amani, dia perlu terus bertahan. Dia telah menjajikan masa depan yang cerah untuk anak angkatnya itu. Dengan segenap kudrat yang ada, Ramona perlu menzahirkannya.

"Woi,, termenung jauh nampak."

Terhinjut Ramona bila disergah begitu oleh Razi yang tiba serta menghentak meja didepannya.

Ramona hanya melirik jengkel. Lelaki ini jika muncul didepannya tak ada perkara lain yang dia mahukan kalau bukan tubuh badan ataupun wang. 

"Kau nak apa lagi Razi? Tak cukup kau kebas duit aku tadi?"

Bidasnya kasar. 

Razi hanya tersengih sambil menongkat kedua tangan pada meja.

"Jom, on malam ni."

Ramona berdecih sinis. Wajahnya dipaling kearah lain.

"Heh, kau tak nampak aku tengah tunggu customer ni? On dengan kau bukannya kau bagi duit pun. Kau rembat duit aku ade lah."

Ujarnya kesal. Wajah Razi tak sudi dipandang. Bukan dia tak tahu kata katanya itu pedas dan mungkin akan mengundang kemarahan si Razi. Tetapi dia sudah penat mahu berlembut. Dia sudah puas menadah tubuh serta badannya untuk menjadi mangsa lelaki yang berusia lima tahun lebih muda darinya itu.

Maka benar tekaannya. Razi naik berang bila Ramona berkata begitu. Permukaan meja dihentak, Matanya disorot tajam, rahangnya bergerak gerak akibat kemarahan yang telah membuak. Sekali lagi, Ramona terhinjut kaget.

"Kau memang dasar pelacur tak tahu diri kan. Dah tua tua macam ni, tak laku, kalau bukan aku yang promot kau kat kawan-kawan aku, tak ada siapa yang nak nak kan kau tahu tak. Diorang datang kat kau sebab pandang muka aku je. Kau faham tak?"

Kuat Razi menjerit, sehingga para pengunjung kedai turut terkejut akannya.

Tak cukup dengan itu, tangannya pantas merentap rambut Ramona sehingga wanita itu terpaksa bangun dari posisi duduknya.

"Razi, lepas. Sakit Razi. Sakit."

Rayu Ramona tak diendah. Razi masih juga menarik rambut wanita itu, tak peduli walau orang pandangnya ketika itu.

Amani yang sedari tadi memerhati dari sebalik kaunter terus meluru menghampiri. Tangan Razi cuba dipaut agar lelaki itu melepaskan rambut ibunya. 

"Abang Razi, sudah la tu. Kenapa nak seksa mommy je? Tolong lah jangan buat mommy macam ni?"

Pinta Amani sambil terus bergelut, berusaha melepaskan mommynya.

Upaya tulang kecil milik Amani seincipun tak mengubah kedudukan Razi. Malah hanya dengan selaki hentak sahaja, Amani sudah tersungkur ketanah. 

Pin pin...!

Sebuah Mercedes hitam tiba berhampiran kawasan itu dan terus diparkir begitu saja. 

Tangan Razi terlepas dari rambut Ramona. Tercengang dia menyaksikan siapa yang tiba.

Sementara Ramona terus mendapatkan Amani yang masih tersungkur ditanah. Gadis itu diperiksanya kalau kalau ada luka. Setelah memastikan Amani tidak apa apa, barulah diabawa anak angkatnya itu bangun.

Ramona lalu membetulkan rambutnya yang berantakan. Amani disuruh kembali ketempatnya. Dalam sekelip mata, Ramona sudah memasang wajah manis bila mengetahui siapa yang datang.

Lelaki itu keluar dari Mercedes hitam miliknya. Kemeja yang dipadankan dengan blazer dibahgian luar begitu cassual bersarung dibadannya. Lelaki itu menapak dengan sungguh bergaya menghampiri meja dimana Ramona berada. Meski kelihatan sudah berumur, namun lelaki itu amat pandai bergaya sehingga penampilannya membuatkan dia kelihatan lebih muda sepuluh tahun. 

"Tuan Muaz. Wah, tamu kehormatan. Sila duduk, sila duduk."

Ucap Razi tiba-tiba tampangnya bertukar ramah. Dipersilakan lelaki yang dipanggil Tuan Muaz olehnya itu untuk duduk.

Tak perlu membuka mulut, Muazam terus saja melabuhkan punggung dikerusi plastik yang telah ditarik oleh Razi untuknya. 

Bersandar dikerusi, lelaki itu bersilang tangan menghalakan pandang pada Ramona yang telah duduk dihadapannya.

Ramona kembali mempamer senyum manis bila dipandang begitu. Semoga ada rezki, lebat lah malam ni. Desisnya.

"Amacam, Ramona. Ada stok baru tak? Lama dah I tak datang sini ni." Ujarnya santai.

Ramona tersipu sipu sambil menyelitkn rambut pada cuping telinganya.

"Maaf Tuan Muaz. Buat masa ni, barang tak ada. Tapi Mona ada. Mona boleh teman Tuan Muaz." Senyumnya semakin genit melirik lelaki itu.

Muaz membuang keluh dan tersenyum acuh. Pandangnya dibuang keatas pada lampu-lampu dikedai itu. "You tu, buat stok terdesak boleh lah. Tapi I nak yang baru. Yang fresh. Macam selalu." 

"Haa, ada tuan. Ada." Razi masuk menyampuk dalam perbualan dan terus menyambar kerusi untuk dirinya duduki.

"Mana?" Tanya Muaz selamba.

"Tu, yang dekat kaunter tu. Siap pakai tudung lagi." Ujar Razi. Sementara tangannya menunjuk pada Amani yang sedang sibuk membuat minuman disebelah sana.

Melihat tindakan Razi, Ramona membesarkan mata serta berbisik pada lelaki itu. "Razi, kau mengarut ape? Jangan kau nak berani." Ugutnya

Namun ugutan Ramona itu tidak mendatangkan sedikitpun rasa takut pada Razi. Malah dia berdecih enteng dan memperlekeh Ramona. Diamlah kau perempuan.

"Razi, you ni main mainlah. I nak betul-betul. Nak duit ke tak nak korang ni?" Ujar Muaz menengahi.

"Be-betullah Taun Muaz. Boleh punya tu. Fresh lagi." Sahut Razi kembali.

"Err, Tuan Muaz. Tak apa, Mona ada. Marilah dengan Mona aje. Ya."

Ramona menengahi. Tidak mahu bakal tetamunya itu tertarik betul-betul dengan Amani. Dia rosak tak apa, jangan Amani. Hatinya berkata begitu.

Sejenak Muaz terdiam. Disaksikan olehnya Amani datang menghampiri menatang dulang berisi minuman untuknya yang tak perlu dipesan. Semua penghuni kedai itu tahu, jika Muaz sampai, teh susu halia dicampur madu terus disediakan tanpa perlu dia membuat pesanan.

Tak berkedip Muaz memerhatikan gadis bertudung bawal itu menghampiri mejanya. Wajahnya muram seolah menyimpan seribu satu kedukaan. Tiba dimeja, Amani langsung meletakkan minuman, dan menghidangnya untuk pelanggan itu.

Muaz masih tidak mengalih pandangan dari gadis itu, secalit senyum pun tidak dikesannya diwajah itu.

"Hei, budak. Kau dah habis sekolah belum?"

Tegurnya.

Ramona mula berasa risau melihat Muaz memerhatikan anaknya sedari tadi. Sementara Amani sedikit nervous bila ditegur begitu.

"Be-belum tuan. Besok, last papper."

Amani menjawap dengan tergagap-gagap.

"Dah tu, yang kamu pergi kerja kat kedai ni buat apa? Balik rumah lah, belajar, lepastu tidur awal. SPM tu penting untuk masa depan. Gi balik."

Tak pasal-pasal kena ceramah. Amani sedikit terhinjut. Wajahnya cuak melihat lelaki itu. Lalu pandangnya diarahkan pada ibu angkatnya. Ramona hanya tersenyum seperti mengiyakan kata-kata Muaz.

"You ni pun Ramona. Dah tahu anak tengah belajar, you suruh kerja buat apa?" Nasihat kali ini dituju pada Ramona. Wanita itu tercengang seketika. Tak tahu hendak menjawap apa.

"Err, dia. Dia tengah kumpul duit untuk sambung belajar nanti Tuan. Dia sendiri yang nak kerja tu."

Jawap Ramona kemudian. Sementara matanya memberi isyarat pada Amani untuk segera pulang.

Muaz kembali menghela nafas. Dibetulkan kedudukan menjadi menegak.

"Haih, kenapa tak cakap? Jomlah Ramona. Boleh lah you teman I malam ni."

Ramona koyak senyum lebar. Ajakan Muaz segera disanggupi. Selepas berpesan pada Amani untuk pulang, segera Ramona mengekori Muaz yang telah lebih dulu mengangkat kaki. 

TBC

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status