SUASANA di dalam jeruji besi itu membuatkan Inspektor Keith tertekan. Sangat tertekan bila dirinya menjadi mangsa keadaan. Kini dirinya ditemani cahaya lampu malap dan dinding putih pudar. Ekor matanya meliar pandang seluruh tubuh yang hanya berbaju T-shirt nipis.
Takdir telah memisahkannya bersama teman wanitanya. Dan kini takdir telah menguji jiwa yang selama ini bahagia.Sabar. Itulah yang perlu diterapkan dalam hati untuk terus kuat menghadapi jalan cerita hidupnya yang mampu menduga jiwa dan mentalnya.
Sungguh, jiwanya bercelaru bila terkurung dalam jeruji besi itu. Hampir seharian dia menangis mengenangkan nasib diri. Tidak pernah dia menangis seperti ini.
"Tuan... Mana tuan? Kenapa tuan tak datang sini untuk bantu saya? Kalau saya tak ikut perancangan tuan datang ke sini, mesti saya tak jumpa rakan sepasukan sekejam Tuan Jimmy!" mutiara jernih segera diseka agar tidak terus mengalir di wajahnya.
Dia terkenangkan orang atasENTAH mengapa, hatinya tergerak mahu bersua Inspektor Keith dalam keadaan dia berbaju t-shirt. Waktu kerjanya sudah tamat, tetapi sibuk pula si jejaka datang di waktu malam semata-mata mahu melawat. Walhal, siang tadi dia sudahpun mengemukakan beberapa soalan di bilik siasatan. Semua soalan dia menyakitkan hati sehinggakan Keith merasa sangat jengkel. Saat ini, Inspektor Keith yang berdiri di sangkar besi itu tayang riak meluat depan ASP Jimmy. Langsung tidak mengalu-alukan kehadiran lelaki itu.Keith tidak berminat untuk meluangkan masa bersama ASP Jimmy, walaupun dia sedar bahawa dia harus menghormati orang atasannya. Ah, rasa hormatnya hilang terhadap ASP Jimmy semenjak lelaki itu langsung tidak mempercayainya. "Kenapa tuan datang sini? Tuan nak tengok kesengsaraan pembunuh macam saya ke?" Selamba dia menyoal sambil tangan menyilang dada. Ditatap dalam-dalam wajah itu. "Keith, saya minta maaf tentang petang tadi." Lambat-lam
“BERHENTI! Razlan Ishak.” ASP Jimmy melaung kuat. Matanya masih melingas ke kiri dan ke kanan. Dia mahu memastikan lorong kecil itu benar-benar kawasan mati. Dia tidak mahu penjenayah tak guna seperti Razlan Ishak terlepas lagi. Sudah banyak nyawa yang hilang kerana lelaki itu. Sudah banyak kerjanya terganggu kerana ketangkasan Razlan Ishak. “Engkau tak akan dapat tangkap aku.” Dalam sekelip mata, lelaki itu memanjat ke arah tong sampah besar yang berada di sebelah kanan lorong. ASP Jimmy terus tersenyum senget. “Engkau nak lari ke mana lagi? Engkau dah sampai ke penghujung lorong,” jelas ASP Jimmy meneruskan langkah ke hadapan. Inspektor Mastura yang baru tiba di kawasan tersebut sudah menghalakan muncung pistol ke arah lelaki itu. Razlan Ishak mati akal untuk mencari jalan keluar. Dia masih terpinga-pinga sendiri. Sekali-sekala Razlan Ishak menekan punat pistol, tapi sayangnya pistol di tangan sudah keh
“ARGH, saya ingatkan Razlan Ishak tu dalang dalam kes ini. Rupanya ada lagi penyangak yang terlepas. Kenapa dia tak mahu beritahu kita siapa dalang yang sebenar? Setakat cerita ada orang upah dia, tapi tak mahu sebut nama lebih baik tak payah!” ASP Jimmy melempiaskan geram di hadapan rakan sepasukannya. Rupanya masih ada lagi penjenayah yang melepaskan diri. “Tuan sibuk sangat tumpukan sepenuh perhatian kepada dia sampai Pendapat orang lain sikit pun tuan tak mahu dengar.” Selamba Inspektor Mastura menempelak. “Saya dah agak yang Razlan Ishak tak buat kerja ini seorang diri. Mesti ada orang lain yang arahkan dia untuk menjalankan kegiatan jahat ni. Saya dah pernahhandlekes yang lebih kurang sama dengan kes ini dulu.” Koperal Raju bersuara pula. Masing-masing jeda buat seketika. Kes kali ini memerlukan akal yang panjang untuk membuat andaian dan spekulasi. “Kes ini masih belum selesai selagi kita semua belu
“THUFAILA!”jerkah ASP Jimmy dari arah rumah sebelah. Terkejut Thufaila bila lelaki itu selamba menjerit di cuping telinganya. Kalau tak ganggu hidup orang memang tak sah dia ni! “Astaghfirullah. Engkau ni dah kenapa Jimmy! pagi-pagi sibuk nak buat orang naik hantu. Dah tak ada kerja lain ke yang engkau nak buat selain mengejutkan jantung aku ni?” Thufaila mengomel nada sebal. Bibir diketap rapat. Benci betul denganmamatni. Suka sangat buat orang nak gugur jantung. Hatinya sungguh sakit melihat ASP Jimmy muncul depan mata. Lelaki itu sering menghilangkan keceriaan setiap kali mereka bersua muka. “Aku memang tak ada kerja pun hari ini. Sebab itulah aku kacau hidup kau. Tak boleh ke?” Lelaki itu tersenyum nakal sambil anak matanya melirik nakal di hadapan Thufaila. “Engkau ni memang tak ada rumah, kan? Asalkan cuti aje engkau melepak dekat rumah Ahmad. Kahwinlah cepat-cepat supaya engkau tak men
MIMPIitu datang lagi. Ahmad terjaga dari tidur lenanya. Dia melihat jam yang melingkar di dinding. Jarum jam menunjukkan ke angka lima setengah pagi. Lantas, Ahmad sandarkan tubuhnya pada kepala katil. Kerap benar mimpi itu hadir dalam lenanya. Adakah mimpi itu hanyalah mainan syaitan semata atau ia sebenarnya petunjuk? Kalau benar ianya satu petunjuk, apakah yang perlu Ahmad lakukan andai ia menjadi kenyataan? Tak akan pula dia perlu menyelamatkan manusia yang hadir dalam mimpinya itu? “Musibah apa lagi yang bakal menimpa hidup aku!” Ahmad buntu. Dia tertekan bila terpaksa membebankan minda dengan mimpi yang aneh. Ahmad melepaskan perasaan yang bercampur-campur. Bibir bergetar-getar menahan perasaan takut yang sudah menjelma. “Mata aku ni selalu bawa musibah. Sekarang ini, mimpi aneh pula yang hadir untuk bebankan emosi aku. Kenapa hidup aku tak pernah amanhaaa?” Ahmad memejamkan mata. Dia
“SAYAtak fahamlah dengan Puan Mastura. Dia selalu cari kesalahan Tuan Jimmy. Dia tak pernah nak berfikiran positif bila suatu perkara itu melibatkan tuan.” Sarjan Munir meluah perasaan aneh yang sudah sekian lama terpendam. Koperal Raju yang baru saja menyedut air menggunakan straw terus mendongak kepala. Pantas matanya meneliti Sarjan Munir. Sambil menunggu ASP Jimmy tiba di kedai makan, mereka sempat lagi bercerita berdua. “Saya pun pening juga. Tapi apa yang Puan Mastura katakan tu, ada betulnya. Kita pun dah sedia maklum yang Tuan Jimmy memang suka tukar pelanlast minute. Mungkin ada baiknya Puan Mastura selalu menegur kelemahan yang wujud dalam pasukan kita. Walaupun dia baru berpindah ke unit kita setahun yang lepas, dia juga ada hak untuk berikan pendapat tersendiri.” Sarjan Munir mencemik bibir. Kurang bersetuju dengan pandangan tersebut. Mereka perlu hormati orang atasan dan bukannya jadi pembangkang tega
ASPJimmy mengintai bahagian dalam gudang sambil dia berselindung di sebalik guni yang tersusun tinggi di bahagian pintu gudang tersebut. Lelaki itu terpaksa memanjat papan-papan yang tersusun tinggi agar pandangan matanya mampu melihat suasana dari arah dalam. Inspektor Mastura yang berada di bahagian bawah bersama beberapa anggota yang lain hanya duduk menunggu. Menanti maklumat dan arahan dari orang atasan mereka. ASP Jimmy berhati-hati meneliti segenap ruang. Tidak mahu penjenayah perasan akan kehadiran mereka yang mahu membuat serbuan. Tidak mahu rancangan mereka kali ini gagal. Sudah beberapa kali mereka gagal menumpas sindiket dadah. “Sampai bila kita nak duduk di sini? Kita perlu masuk ke dalam segera sebelum mereka dapat hidu gerak-geri kita.” Inspektor Mastura bersuara nada bisik dari bawah. Kepala mendongak agar lebih fokus memerhatikan AP Jimmy yang sibuk mengintai-ngintai tanpa suara. Dia membiarkan persoalan Inspektor Mastu
“HEI,Abang Jimmy.” Athuf terus menepuk bahu ASP Jimmy dari belakang. Lelaki itu mencangkung untuk mengambil milo dari dalam peti. Mendengar sapaan Athuf, segera ASP Jimmy berdiri dan memusing tubuh menghadap suara itu. Riak wajahnya sedikit terkejut memerhati wajah yang sudah lama tidak ditemui. “Athuf.” Nama itu menitip di bibirnya. ASP Jimmy melebarkan senyuman. Athuf pun begitu. Bertemu juga mereka setelah sekian lama tidak bersua. “Makin kacak ya bakal adik ipar abang ni. Dah pandai pakai seluar koyak-koyak dah sekarang.”ASP Jimmy jatuhkan pandangan ke arah seluar jeans berwarna biru. Tergelak Athuf mendengar usikannya. Perangai Jimmy tidak pernah berubah walaupun sudah menjadi pegawai polis. “Inilah seluar trend terkini. Abang orang tua, mestilah abang tak tahu sangat trend remaja zaman sekarang.” Athuf membalas lagak bersahaja. “Pandaiehpanggil ab