Share

BAB 7

“HEI, Abang Jimmy.”

Athuf terus menepuk bahu ASP Jimmy dari belakang. Lelaki itu mencangkung untuk mengambil milo dari dalam peti. Mendengar sapaan Athuf, segera ASP Jimmy berdiri dan memusing tubuh menghadap suara itu.

Riak wajahnya sedikit terkejut memerhati wajah yang sudah lama tidak ditemui.

“Athuf.” Nama itu menitip di bibirnya. ASP Jimmy melebarkan senyuman. Athuf pun begitu.

Bertemu juga mereka setelah sekian lama tidak bersua.

“Makin kacak ya bakal adik ipar abang ni. Dah pandai pakai seluar koyak-koyak dah sekarang.” ASP Jimmy jatuhkan pandangan ke arah seluar jeans berwarna biru. Tergelak Athuf mendengar usikannya.

Perangai Jimmy tidak pernah berubah walaupun sudah menjadi pegawai polis.

“Inilah seluar trend terkini. Abang orang tua, mestilah abang tak tahu sangat trend remaja zaman sekarang.” Athuf membalas lagak bersahaja.

“Pandai eh panggil abang orang tua? Kalau abang ni tua, maknanya kakak Athuf pun dah tua tau?” semerta, tawa mereka meletus serentak.

Pantas waktu berlalu. Umurnya sudah mencecah tiga puluh tahun dan masih menjadi lelaki bujang yang tidak berpunya.

Sejujurnya, ASP Jimmy hanya berfikir untuk mengejar semula cinta Thufaila yang sudah tertinggal jauh kebelakang. Dia hanya berfikir untuk menebus kesilapan. Dia berharap agar kesilapan masa lalunya akan diterima walaupun lambat.

Setiap minggu, dia akan menghiasi hari-hari insan bernama Thufaila Ajwa walaupun dia tahu bahawa kehadirannya tidak pernah diundang sejak peristiwa itu.

“Alangkah indahnhya hidup Athuf kalau si akak tu terima abang dalam hidup dia.” Di luar sedar, Athuf memberi komen. Tiba-tiba dia berasa hampa kerana hubungan kakaknya dan Jimmy sentiasa dingin.

Jimmy hanya menggesa senyuman ketika menghadam kata-kata dari Athuf. Tidak tahu mahu beri reaksi yang bagaimana.

“Kak Faila dengan abang sebenarnya bagai pinang di belah dua, tiga, empat. Cuma kakak tu dia jual mahal sikitlah dengan abang. Athuf pun tak tahu kenapa dengan dia tu. Bila sebut pasal abang, mesti muka singa dia tu keluar.” Athuf meluah perasaan berbaur kecewa. Gelak halusnya menampar telinga ASP Jimmy. Dia perasankan Athuf geleng kepala.

“Apa gunanya abang jadi anggota polis yang tangkas menangkap orang kalau abang ni tak reti nak tangkap hati Faila. Percayalah, abang akan berusaha sehingga ke titisan darah untuk kejar dia tu.”

ASP Jimmy meraup wajah sambil mengukir senyuman nipis. Dia masih positif walaupun dia tahu yang Athuf merasa bersalah dengannya.

Hahaha, beria sampai nak ke titisan darah dah kenapa? Abang nak pikat hati Kak Faila, bukannya nak pergi berperang.” Mereka ketawa serentak.

Mudah-mudahan usaha lelaki di hadapannya akan berhasil.

Haaa, sebelum Athuf lupa lebih baik Athuf beritahu abang sesuatu.” Minda teringatkan Thufaila yang baru saja tercedera kerana tersungkur di tangga tempoh hari.

“Beritahu sesuatu? Athuf nak beritahu apa?” ASP Jimmy tayang wajah serius.

“Kak Faila jatuh tangga hari itu. Kasihan dia terpaksa bercuti dari meniaga.” Ternganga ASP Jimmy bila Athuf menyampaikan perkhabaran itu. Longlai lututnya.

“Jatuh tangga? Ya Allah, macam mana boleh jadi macam itu?” tangan menekup bibir. Terkejut bukan kepalang.

“Abang macam tak tahu pula Kak Faila tu punya perangai macam mana. Dia tu punya kelam-kabut memang tak ada siapa boleh kalahkan.” Athuf mengetap bibir. Dia sendiri pening kepala dengan perangai clumsy kakaknya yang seorang itu.

“Dah bawa dia pergi hospital ke?” ASP Jimmy bertanya risaum serius saja reaksinya.

“Athuf tak ada dekat rumah waktu dia jatuh. Nasib ada jiran sebelah yang hantar dia ke hospital. Kak Faila kata, jiran sebelah terpaksa dukung dia sebab akak dah tak larat nak bangun.” bersahaja Athuf bercerita. Semerta, wajah ASP Jimmy semakin berubah.

ASP Jimmy berjeda sebentar. Memikirkan peristiwa bertemu Thufaila tempoh hari.

“Dukung? Tak akanlah sampai dukung.” Nada berbaur curiga.

“Betullah. Lepas je dia hantar akak ke hospital, dia tolong akak pos barang customer.

“Huh?” ASP Jimmy melepaskan keluhan berat. Bebola matanya membawa seribu makna cemburu yang kian menjalar.

“Perlu ke Athuf bagitahu abang pasal si Ahmad tu?” ASP Jimmy mencekak pinggang.

“Saja je nak bagi abang cemburu.” Athuf tertawa nakal. Itulah tujuannya yang sebenar.

“Kau ni memang sengaja nak panaskan hati abang.” Biji mata dikecilkan tanda protes. Sisa sengihan masih tidak lenyap dari bibir Athuf. Seronok melihat wajah cemburu ASP Jimmy.

“Lagi satu, macam mana pula si Ahmad tu boleh tahu yang Faila tersungkur dekat dalam rumah? Dia tu bukannya pernah bercakap dengan Faila pun. Dia tu tak reti bergaul.” Tertanya-tanya.

Perasaan aneh mula timbul dalam hati.

“Akak cakap, dia pun hairan bila Ahmad muncul depan rumah.” Berkerut dahi Athuf memberi jawapan.

“Pelik.” ASP Jimmy mendecit, keanehan.

“EMAK... Oh emak.” Tergesa-gesa ASP Jimmy berlari mendapatkan Mak Awe yang sibuk membancuh kopi di dapur. Baru saja masuk ke dalam rumah, dia terus berlari tanpa sempat membuka stokin yang tersarung di kaki.

“Ya Jimmy. Kenapa ni? Balik-balik rumah terus berlari dah kenapa?” hairan Mak Awe melihat si anak yang sudah termengah-mengah berdiri di hadapannya.

“Mak tahu tak yang Faila jatuh tangga? Kasihannya dekat dia.” ASP Jimmy bercerita sambil tangannya memaut pergelangan tangan Mak Awe.

“Allahuakhbar, teruk ke? Mak tak tahu pula.” Bulat mata Mak Awe mendengar berita itu. Anak matanya tempat merenung ASP Jimmy.

“Kaki dia terseliuh. Besok emak tolong masakkan untuk Faila dan Athuf boleh tak? Emak masaklah lebih sikit. Lepas itu mak hantarkan makanan dekat rumah diorang.” ASP Jimmy meminta Mak Awe menyediakan bekalan makanan untuk jiran setaman mereka.

Mak Awe mengangguk lantas memberi senyuman manis di hadapan anak bujangnya. Wanita tua itu rasa simpati melihat kesungguhan si anak untuk memikat hati insan bernama Thufaila Ajwa.

Entah sampai bila anaknya perlu mengharap dan menunggu cinta yang tidak pasti.

“Jimmy ni bersunguh-sungguh nak pikat hati Faila. Tapi dia macam tak pernah pandang pun usaha anak mak ni.” Bundar mata Mak Awe merenung setiap inci wajah yang menyimpan seribu pengharapan. Tangan kanan naik mengusap lembut pipi itu.

“Kalau kita sayangkan seseorang, kita perlu berusaha. Inilah cara Jimmy nak berusaha untuk pikat semula hati Faila. Percayalah, usaha Jimmy tak akan sia-sia selagi erti putus asa tu tak menutupi hati Jimmy ni,” tutur katanya membuatkan Mak Awe sedikit simpati.

“Kalau orang tak sukakan kita, berusahalah sampai meredah lautan api pun dia tak akan pandang.” Mata Mak Awe dan anaknya saling bertatapan.

I know her so well, so don’t worry. one day can change everything and I’m waiting for the day.” Sayup-sayup suara ASP Jimmy membalas.

Itulah harapannya setiap hari. Hanya dia saja yang tahu caranya untuk memikat semula hati Thufaila Ajwa. Kesilapan yang lalu mengajarnya erti kehilangan dan penyesalan.

Suatu hari nanti dia akan pastikan Thufaila pandang ke depan dan berjalan menghampirinya dengan senyuman.

“Kalaulah dia tahu apa yang berlaku lima tahun lepas, mesti dia …” segera ASP Jimmy menyentuh bibir Mak Awe agar berhenti dari bicaranya. Dia tidak mahu ungkapan itu diteruskan.

“Tak payah ungkit lagi kisah tu, mak. Jimmy pun tak mahu dia teringatkan perkara tu lagi.” Perkataan ‘kalau’ mampu membuatkannya merasa sangat jengkel. Jimmy tidak mahu menyesali sesuatu hal yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi jika hal itu melibatkan Thufaila.

Sesukar manapun kehidupannya, dia perlu hadap dan terus berjalan.

BARU saja merebahkan tubuhnya atas katil, ASP Jimmy dikejutkan dengan satu panggilan dari Inspektor Keith. Segera dia bangkitkan tubuh dan bersandar di birai katil.

“Awak pasti ke dengan keputusan DNA tu? Darah yang ada pada mangsa pembunuhan di Cheras tu memang bukan darah anak mangsa?” Soalnya bertalu-talu.

Ini kali pertama ASP Jimmy mendengar keputusan aneh tentang sesebuah kes jenayah. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kes pembunuhan. Suspek utama di dalam kes tersebut seolah-olah menjadikan diri sebagai suspek kerana ingin menyelamatkan suspek yang lain.

Argh, buntu.

“Ya, bukan. Walaupun dekat tempat kejadian ada bukti-bukti yang menunjukkan anak dia yang tikam mangsa, tapi lepas buat keputusan DNA, darah dan serpihan kuku yang kami jumpa tu tak sama. Dua kali saya minta pihak forensik pastikan DNA suspek. Keputusan tetap sama.” ASP Jimmy menepuk dahi berulang kali. Tidak dapat merehatkan minda setelah mendengar berita seperti itu.

“Maknanya bukan budak tu pembunuh sebenar.” ASP Jimmy yakin dengan kata-katanya.

“Tuan yakin ke dia memang bukan pembunuh sebenar? Mungkin bukti-bukti yang ada ni sekadar nak memerangkap dan mengelirukan kita.”

“Awak jumpa kuku dekat darah si mangsa. Dan pihak forensik ada cakap yang mangsa bergelut dengan suspek sebelum dia dibunuh. Mesti mangsa ada buat si suspek terluka, sebab itulah kita boleh kenal pasti darah yang terpecik dekat meja rumah mangsa.”

ASP Jimmy memberi penerangan lanjut.

“Agak-agaknya saya perlu buat apa lagi untuk mengukuhkan bukti selain menyoal siasat suspek utama?” Inspektor Keith meminta saranan ASP Jimmy.

“Pergi semula ke lokasi kejadian.” Pintanya tegas.

Dalam sesuatu kes jenayah, tempat kejadian adalah penting kerana ia berfungsi sebagai lokasi utama yang menjadi permulaan siasatan sesuatu kes. Banyak bahan bukti yang dapat dikumpul, dianalisis, dikemukakan serta dipaparkan sebagai keterangan di mahkamah untuk menentukan sesebuah keputusan akhir kes.

“Saya dah pening kepala ni tuan. Puan Mastura langsung tak mahu beritahu saya input tentang kes ni. Dia minta saya yang siasat lebih lanjut.” Mendengar luahan jujur Inspektor Keith, dia terus menggeleng kepala.

“Pada pendapat sayalah, sebenarnya keputusan DNA tu dah cukup untuk awak buat keputusan. Soal siasat suspek dan minta dia jujur untuk permudahkan penyiasatan pihak polis. Kalau awak masih ragu-ragu dengan keputusan kes ni, awak minta pegawai lain atau diri awak sendiri untuk ke tempat kejadian. Faham?” ASP Jimmy cuba memahamkan Inspektor Keith. Pandangan darinya membuatkan minda Inspektor Keith berfikir lebih mendalam.

“Tapi suspek mengaku dia yang bunuh mangsa.” Suara Inspektor Keith kedengaran tidak cukup rehat.

“Waktu awak soal siasat tu, awak tak reti lihat ke reaksi muka dia tu menipu ataupun tidak?” ASP Jimmy tertanya-tanya juga tentang hal itu.

Mungkinkah suspek utama pandai memanipulasikan minda anggota yang lain sehingga mereka mempercayai bulat-bulat tentang kes itu?

“Apa maksud tuan?” sedikit bingung. Sisi kepala digaru seolah-olah dia sedang memandang wajah ASP Jimmy.

“Saya akan bantu awak untuk soal siasat suspek. Kita akan selesaikan kes ni secepat mungkin supaya kita dapat fokus untuk kes-kes yang lainnya.”

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status