Share

BAB 27

MATA melilau memandang sekeliling. Tangan diangkat mendekati wajah. Terasa bahagian kepalanya dibaluti sesuatu. Pantas, jemari menyentuh dahi. Ahmad terkejut bila kepalanya dibaluti dengan kain anduh.

Terfikir, siapakah yang membalut kain pada kepalanya.

Sesekali, liur ditelan likat.

Apa yang berlaku? Kepala aku luka ke? Bisik hatinya perlahan.

Dia tidak ingat, apa yang berlaku kepadanya semalam ketika berada di rumah. Selepas terjumpa Pak Jabir dan bertikam lidah bersama Thufaila, dia sudah terlupa apa yang berlaku terhadap dirinya. Mungkin kerana kemarahannya semalam menguasai tubuh dan mindanya. 

Seketika, Ahmad berjeda. 

Ahmad cuba muhasabah diri sendiri terkenangkan hal semalam.

Pagi ini, dia merasa lebih tenang berbanding semalam. Dia dapat mengawal emosi dan minda dari terus marahkan orang tua itu.

"Ahmad... Kawal emosi. Teringatkan orang tua tu tak apa, tapi jangan jadi syaitan sampai

Rabetkha

Minta maaf segala kekurangan. Jemput baca, komen dan percayalah, kata-kata semangat anda akan buat saya lebih bersemangat untuk berkarya. Terima kasih. :) Peace yaw

| Like
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status