Share

BAB 29

TANGAN berdarah-darah. Bajunya pula dipenuhi darah kering yang tersisa dan melekit.

Inspektor Keith tergamam melihat keadaannya sendiri. Terkejut bukan kepalang.

"Keee kenapa ni?" Kepala yang terasa pening sejak semalam terus dipicit. Tidak dapat mengimbas kembali ingatannya tentang semalam.

Mindanya bagaikan kosong, tidak mampu mengingat beberapa perkara yang berlaku semalam.

Apakah yang tak kena dengan dirinya?

"Argh, keee kenapa jadi macam ni? Aku bunuh siapa?" Sumpah, dia tidak mengerti apa yang berlaku. Tergeleng-geleng kepala memerhatikan tubuh sendiri.

Kepala diketuk-ketuk berulang kali cuba memikirkan hal apa yang terjadi semalam. Tetapi, minda tidak dapat memproses apa-apa hal lain selepas makan malam.

Setahunya, lepas bersua teman wanitanya dia pulang ke rumah memandangkan emosinya tidak stabil selepas mereka bergaduh.

Rasanya dia tiada ke tempat lain.

"Argh, aku tak ingat aku tak

Rabetkha

Terima kasih kerana membaca. To keep in touch, just add me on ***. Rabetkha Authour. Setiap komen anda memberi semangat untuk saya terus berkarya.

| Like
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status