Share

BAB 31

LENA terganggu sejak malam semalam.

ASP Jimmy langsung tidak mampu menenangkan emosi bila mindanya berselirat dengan persoalan yang masih tiada jawapan. Sekejap dia terkenangkan hal Ahmad. Kemudian, dia fikirkan pula hal Inspektor Keith. Dia langsung tidak mampu merehatkan minda sendiri. Isu jenayah sudah sebati dalam jiwa sehinggakan dia sendiri sudah terbiasa membiarkan otaknya penat. 

Bangun saja dari katil empuknya, ASP Jimmy menapak perlahan menghampiri jendela. Memandang langit yang masih gelap ditemani titisan hujan renyai. Nafas dihela berat sambil mata dipejam rapat. 

Sulit sungguh hidupnya pagi ini. Sulit kerana perlu menghapi masalah yang mungkin akan menjadi lebih serius berbanding semalam. Namun, apa pun terjadi dia perlu berhadapan dengan semua itu. Keluh sebanyak mana pun, masalah itu tetap perlu ditempuhi dengan relanya.

Setelah beberapa minit bermenung, dia teringatkan mesej yang dihantar oleh Ahmad. Mesej t

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status