Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)

Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)

By:  KenHendri Writter  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel12goodnovel
10
19 ratings
12Chapters
3.1Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Sembilan orang pelajar terperangkap di sebuah sekolah setelah kampung halaman dan tempat tinggal mereka ditenggelami satu kabus gelap yang 'menelan' semua orang. Ibu bapa, kawan, keluarga mereka menjadi mangsa. Hanya kawasan sekolah sahaja yang masih terselamat. Tetapi, mereka tidak boleh tinggal di situ buat selamanya. Kabus gelap itu semakin merebak. Namun, ada sesuatu yang misteri di bawah kabus yang gelap.

View More
Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia) Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
default avatar
claudianovena
nice story ! do u have any inquiries that i can keep in tpuch with y ? i have sth to discuss abt the book
2022-03-28 13:39:58
2
user avatar
Ashaa
..................
2021-11-07 10:51:49
2
user avatar
Ashaa
Waiting for the next chapter, author~ :3 re-read ...
2021-10-09 18:47:56
2
user avatar
Putera Zikri Saifullah
Besttnya... Always be the bestt!!!.. Keep doing the good job my fav author
2021-08-26 14:18:16
3
user avatar
human
bestttt sangat ii
2021-08-12 03:13:31
2
user avatar
Nur Qismina Sofia
Waiting for the next chapters!
2021-08-05 15:30:42
3
user avatar
Ashaa
good storyline ! :)
2021-07-23 15:46:53
2
user avatar
chimochim000
best! cepat lah update 🤩
2021-07-18 18:14:00
3
user avatar
puyooss
gempuok seperti biasaaaaa !
2021-06-24 19:45:17
2
user avatar
Qasdina Amni
keep going•~
2021-06-24 16:11:07
2
user avatar
Han'z Imah
Bestnya.. 😍😍
2021-06-23 10:11:19
2
user avatar
Kezo Yeager
uish mula dh suspen citer ni
2021-06-22 22:44:47
1
user avatar
Nazriena Nadzori
meremang gak arr
2021-06-21 19:11:12
0
user avatar
Ku Riey
NICEEE ! TAK SABAR NEXT CHAPTER ! ✊🏻🧐
2021-06-21 13:38:50
1
user avatar
chocores
good Story :))
2021-06-21 12:46:38
1
  • 1
  • 2
12 Chapters
Prolog
Langkah kaki terhenti di pintu pagar sekolah. Mata mereka terlopong luas. Fikiran mereka diserang pelbagai persoalan. Tanda tanya bermain di minda. Ada yang ketakutan. Ada juga yang bingung dengan keadaan. Waktu itu, hanya mereka sahaja yang ada di sekolah. Perbincangan aktiviti kelab berubah menjadi perbincangan akan sesuatu yang di luar jangkaan.Persoalan yang sentiasa terdetik di hati mereka; apa yang sedang terjadi? Mengapa ianya berlaku? Apa yang sedang dilihat? Di bawah langit yang mendung. Angin kencang seakan-akan ingin ribut. Mata mereka hanya terarah kepadanya. Di seberang jalan raya, ianya menenggelami kawasan perumahan. Di seluruh perkampungan, ianya menggelami kawasan sekitar sekolah.Waktu itu, mata mereka hanya tertumpu ke arah kabus gelap yang seakan-akan awan mendung. Ianya sangat tebal sehingga menutupi seluruh permandangan di sekitar sekolah. Bahkan, langit juga tidak terlihat kerana ditenggelami kabus itu. Hanya kawasan sekolah yang masih terselama
Read more
Bab 1
Kabus tebal misteri mengelilingi kawasan persekolahan. Perkampungan di sekitar, hutan kecil dan kawasan perumahan sudah tidak kelihatan. Hanya kawasan sekolah yang masih terselamat. Cuaca pada waktu itu mendung membuatkan pandangan mereka seakan-akan keliru untuk membezakan awan mendung dan juga kabus tebal. Adakah ianya muncul secara tiba-tiba? Tidak ada yang menyedari kehadirannya.  Kabus tebal itu bagaikan membawa berita buruk. Awan gelap diikuti dengan angin kencang membuatkan mereka terfikir bahawa itu hanya kejadian alam. Mungkin hari hendak hujan. Tetapi, adakah mereka pernah melihat kabus setebal itu? Kabus sebesar itu? Sudah tentu tidak pernah tetapi disebabkan mereka tidak pernah melihatnya, mereka menganggap ianya hanyalah kejadian alam yang ganjil. Shahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Shiro mencadangkan agar mereka segera pulang ke rumah. Walaupun jalan sudah ditenggelami dan dikaburi kabus tebal, tetapi mereka perlu
Read more
Bab 2
Lampu dewan dibuka. Cahaya menerangi segenap ruang. Dewan yang kosong itu bakal menjadi tempat tidur mereka. Makanan pula sudah disediakan oleh cikgu Fawis. Mereka sudah berbincang untuk tinggal di sekolah buat sementara waktu memandangkan hari pun sudah senja. Tempat tidur lelaki di pintu masuk dewan manakala tempat tidur perempuan di sebalik tirai pentas. Mereka akan diawasi oleh Abang JadPada mulanya jaga sekolah itu tidak bersetuju tetapi setelah dia sendiri masuk ke dalam kabus gelap itu, dia percaya. Tidak ada apa yang ditemuinya melainkan rumah yang kosong tanpa penghuni, kereta tanpa pemandu dan jalan raya yang lengang. Anak dan isterinya juga hilang. Entah ke mana semua orang sudah pergi. Tidak ada yang mengetahuinya.“Kalau ada apa-apa masalah, kalian boleh beritahu Abang Jad. Cikgu akan cuba cari seseorang di luar sana. Manalah tahu cikgu akan jumpa seseorang yang boleh tolong kita. Sebelum malam nanti cikgu akan balik semula ke sini. Jadi, kamu semua
Read more
Bab 3
Di saat siang melabuhkan tirai malam. Mereka menunggu satu kedatangan yang dijanjikan. Namun, ianya hanya sia-sia. Kedatangan yang dinanti, dihancurkan dengan sebuah berita. Sebuah kejutan yang tidak disangka datangnya daripada mulut seorang dewasa. Kelu. Terkaku. Terkejut dengan berita tersebut. Ada yang sudah menjangka akan hal itu dan ada juga yang masih tidak percaya. Percaya ataupun tidak itulah realitinya. Realiti yang tidak boleh dielak. “Abang … abang bergurau kan?” soal Ren. Hatinya masih dibelenggu tidak percaya. Menganggap bahawa itu hanya sebuah senda. Tetapi, lelaki dewasa itu bukan jenis yang suka berjenaka di saat serius. Abang Jad yang masih tidak cukup nafas cuba menenangkan diri. Dia menarik nafas dalam, menghembus nafas perlahan sebelum memulakan cerita untuk meyakinkan semua orang. Katanya, tatkala dia sedang mencari susuk tubuh cikgu Fawis di tempat kali terakhir dia melihat lelaki itu, dia menjumpai k
Read more
Bab 4
Kabus gelap dilihat sudah menutupi jalan di hadapan sekolah. Sunyi. Gelap. Tiada sebarang cahaya yang datang dari dalam kabus itu. Tiada sebarang bunyi juga yang kedengaran. Semua orang sudah ‘ditelan’. Tiada kereta yang lalu lintas seperti malam-malam biasa. Tiada perlumbaan motosikal yang selalu dilihat oleh orang awam. Dunia bagaikan terhenti. Penduduk bumi bagaikan sudah pupus. Satu-satunya kawasan yang masih bercahaya dan tidak ditenggelami kabus gelap hanya kawasan sekolah.  Pencarian cikgu Fawis terhenti seketika apabila mereka bertemu dengan dua orang pelajar yang juga datang dari sekolah yang sama. Mereka ialah Yun dan Hendri. Yun merupakan rakan sekelas Kevin tetapi lelaki itu tidak begitu rapat dan jarang bercakap dengan Yun. Gadis itu tidak sedarkan diri dan dijaga oleh Wani di sebalik tirai pentas di dalam dewan. Dia dibawa pulang oleh Abang Jad menggunakan keret
Read more
Bab 5
Matahari masih tidak kelihatan. Hanya cahaya merah mewarnai ufuk. Namun, dewan sekolah itu kecoh. Kecoh dengan kehilangan telefon pintar milik Wani dan dompet milik Ren dan juga Fikri. Kevin hanya mempersalahkan mereka kerana tersilap letak manakala Shiro dan Hendri berfikiran sama. Ya. Dua lelaki itu merasakan ada seseorang yang mencuri telefon serta dompet mereka. Sudah tentu ianya dalam kalangan mereka tetapi, siapa? Sedang asyik mencari di serata tempat, bahkan di celah-celah kerusi yang dikumpulkan di tepi dewan, mereka tidak menjumpainya. Sudah tentu tidak kerana ianya berada pada tangan seseorang. Tetapi, masih tidak tahu siapakah orang yang sanggup melakukan hal sedemikian. Hara dan Fasha pula masih tidak sedarkan diri. Sedang nyenyak tidur di sebalik tirai pentas. Masih tidak mengetahui situasi yang sedang berlaku. Atau mungkin Fasha sudah mengetahuinya setelah mendengar sendiri jeritan Wani sebelum ini. Cuma dia tidak ingin masuk campur. 
Read more
Bab 6
Untuk kali pertama, Fasha berani membuka mulut. Dengan nada suara yang sayu, dia mula menceritakan kisah hidupnya yang juga menjadi asbab kenapa dia bertindak sedemikian. Semuanya bermula sejak dia masih kecil. Kehidupan seorang kanak-kanak biasanya akan diisi dengan kasih sayang ibu bapa. Ada sahaja mainan baru yang dibeli tetapi zaman kanak-kanak Fasha jauh berbeza dengan kanak-kanak lain.  Selalunya ibu bapa akan mengambil anak-anak mereka pulang dari tadika tetapi Fasha tidak. Dia sudah terbiasa. Sudah lali meredah kampung seorang diri untuk pulang ke rumah. Tatkala pintu rumahnya dibuka, hanya pertengkaran ibu dan bapanya melantun di gegendang telinga. Bukan sekali malah sudah setiap hari. Keluarganya tidak seperti orang lain. Ayahnya seorang penagih dadah. Ibunya pula bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah gerai makan. Entah apa yang membuatkan wanita itu tidak mahu meminta cerai atau fasakh. Sudah tahu suaminya pulang ke rumah
Read more
Bab 7
Yun sedar daripada pengsan. Gadis itu meneguk sebotol air mineral sebelum mengunyah roti yang diberikan oleh Hara. Shiro dan yang lain mengerumuni Yun. Ingin tahu cerita sebenar yang berlaku terhadapnya. Ingin juga tahu kesan gigitan pada kaki kanannya. Tetapi, gadis itu pula terpinga-pinga sendiri tatkala dihadiri oleh mereka. Saat ditanya akan kejadian yang berlaku kepadanya, dia bingung. Sudah jelas yang dia sudah tidak ingat akan kejadian tersebut. “Kau tak ingat apa-apa? Tak ingat apa yang terjadi semasa kau pulang dari sekolah?” soal Kevin. “Tak. Aku ... tak ingat apa-apa. Perkara terakhir yang aku ingat, semasa aku pulang dari sekolah, aku berhenti di sebuah kedai runcit. Itu saja yang aku ingat,” balas Yun sambil tangan kanannya memegang kepala, cuba mengingati semula kejadian yang berlaku. Tetapi, otaknya tidak dapat memanggil semula memori itu. “Kau tahu tentang kabus gelap yang mu
Read more
Bab 8
“Jumpa esok, Yun!” ucap seorang gadis seraya melambai tangan. Dia berjalan ke arah sebuah kereta yang sudah menunggunya di bahu jalan. Ingin pulang ke rumah setelah tamatnya waktu persekolahan.  “Jumpa lagi, Sasya,” balas Yun dengan senyuman manis dan juga lambaian tangan. Dia hanya memerhati kawan baiknya membuka pintu kereta sebelum masuk ke tempat duduk belakang. Sasya merupakan satu-satunya kawan baik Yun. Walaupun gadis itu berasal daripada golongan berada tetapi dia tidak pernah berbangga dan sombong dengan harta yang ada. Disebabkan itulah, Yun amat menyayangi kawannya itu. Yun berjalan pulang. Rumahnya tidak jauh dari sekolah. Melangkah sahaja sudah sampai. Namun, langkah kakinya tidak membawanya ke rumah. Sebaliknya, dia menapak di hadapan kedai runcit. Sudah menjadi kebiasaan dia singgah di kedai runcit itu selepas pulang dari sekolah.  “Kamu lagi, Yun?’ soal penjag
Read more
Bab 9
Yun duduk bersandar pada pintu kaca. Pada tangannya dipegang sebatang kayu yang dicabut daripada penyapu. Masih menunggu Qayyum yang sedang mencari cangkul besi tiga mata untuk dijadikan alat mempertahankan diri. Tidak lama kemudian, Qayyum datang membawa alat tersebut. Yun bangun. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk serentak tanda sudah bersedia untuk keluar.   Pintu kedai runcit dibuka. Mereka yang sudah lengkap dengan topeng penutup muka memandang ke kiri dan ke kanan. Setelah yakin tidak ada sesiapa, langkah mula diatur untuk bergerak ke arah sekolah. Sebelum itu, mereka harus bergerak ke arah kereta Qayyum dahulu. Sampai sahaja, pintu kereta pantas dibuka. Yun dan Qayyum melangkah masuk. Penutup muka dibuka. Enjin kereta dihidupkan.   “Arah sekolah kau dekat mana?”   “Pusing saja ke sebelah kanan. Nanti aku tunjukkan.”   Qayyum menekan minyak. Kereta itu melalui jalan kanan. La
Read more
DMCA.com Protection Status