GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

By:  Rabetkha  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
1 rating
31Chapters
3.1Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi. Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan. Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan. Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis. Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya. Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir. "Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau." Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat. Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya? "Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!" "I know who are you, and i still remember the first day I meet you." Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?

View More
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA) Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
fight night
usaha thor, sukses selalu
2021-09-26 23:13:45
3
31 Chapters
PROLOG
“TOLONG mak ... tolong.” Esra Elvina meronta-ronta meminta pertolongan. Dia menangis tanpa henti apabila baju dikoyak tanpa belas kasihan. Lelaki berkulit hitam manis dan berkumis halus menekup mulutnya sehinggakan dia tidak mampu bernafas tenang. Cuba melepaskan tubuh dari genggaman itu, tetapi gagal. “Kau nak pergi mana ni budak? Kau akan jadi hak aku,” ujar si pelaku bernada keras. Suaranya sangat garau dan menakutkan. langsung tidak mengendahkan rayuan dan esak tangis yang kedengaran. “Saaa sakit.” Dalam kepayahan dia mengadu kesakitan. Wajah si pelaku sangat dikenali. Wajah yang sentiasa disanjungi akhlak dan budinya. Tangisan air mata Esra Elvina mengalir deras mencemari pipi. Hanya nama Allah yang terbit dalam hati. Ya Allah ... Selamatkan aku. Jangan biarkan dia terus menyakiti aku.      “Tak apa, sakit sikit je.” Sang pelaku bersuara dicelahan tawa. Makin lama, derua
Read more
BAB 1
“YA Allah, kacaknya dia ni. Untungnya ada kacukan turki belanda. Jatuh gugur iman aku pandang wajah dia ni weyh.” Sekumpulan pelajar perempuan yang duduk di atas bukit sekolah mula berbual kosong. Mata masing-masing tertumpu memandang gambar jejaka idaman Malaya masa kini. Kekacakan selebriti ternama yang sedang meningkat naik itu, menjadi bualan sehingga mereka menjadi ralit. Nama itulah yang selalu menjadi bualan ramai. Di dada akhbar, di sosial media malah di kaca televisyen juga sering terpapar wajah si jejaka sehingga diangkat menjadi selebriti popular tahun ini. Wajah tampan yang digilai ramai. Pelajar-pelajar tersebut tidak merasa gerun berkumpul ketika sesi pembelajaran sudah bermula. Sudahlah ponteng kelas, berani pula mereka duduk di bahagian bukit sekolah. Langsung tidak takut jika guru disiplin dapat menangkap tindakan mereka yang salah di sisi undang-undang. “Dia ni memang kacak, tapi dengar kata dia ni s
Read more
BAB 2
SELESAI saja program usahawan muda bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Dato Edmond selaku tetamu jemputan program tersebut terus melangkah keluar dari dewan pelajar untuk menuju ke kantin sekolah. Ada sedikit jamuan telah dihidangkan oleh pihak sekolah untuknya. Dia diiringi dua orang guru lelaki bersama pemandu peribadi ketika mahu memasuki kawasan pekarangan kantin.Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, sepasang matanya memerhatikan seorang gadis yang sibuk berdiri di hadapan kantin sambil meneguk sebotol air mineral.Dia berjeda seketika sambil memerhati. Kornea matanya menangkap pandang figura itu. Terpukau melihat anak gadis yang nampak unik.“Perempuan yang bersandar dekat dinding tu pekerja di sini ke?”Dato Edmond segera bertanyakan hal gadis berbaju uniform putih. Cikgu lelaki tersebut mengangguk dan tersenyum tanda mengeyakan pertanyaan Dato Edmond.“Dia makguard 
Read more
BAB 3
ERBACH ARSALAN menghirup cappucino rose dalam ketenangan. Banyak masalah yang berlaku terhadapnya, sejak dua menjak ini. Erbach perlukan ketenangan supaya minda yang kalut menjadi lebih kosong.“Weyh, Erba! Aku penatlah dengan kau ni. Berapa kali nak tukar PA ni? Dalam sebulan ni kau dah tukar tiga orang personal assistant tau? Abang fade up lah macam ini. Sampai bila kau nak berperangai macam budak bodoh? Kau jangan nak menyusahkan kerja abang je boleh tak?” Baru dia mahu merasa tenang, satu suara sudah menghambur kemarahan kepadanya.Noah, seorang lelaki berkulit hitam manis itu menengking kuat seolah-olah anak tekak mahu tercabut dari tekak. Bergema segenap ruang dengan suaranya.Hanya dia yang mampu bertahan dengan sikap manusia spesies pemuda itu. Noah melabuh punggung di sebelah artis jagaannnya seraya dia membebel panjang menghamburkan kemarahan.Siapa aje yang tak marah kalau kena ha
Read more
BAB 4
PAGI-PAGI lagi Dato Edmond sudah dihidangkan dengan berita yang kurang enak. Masih belum menjamah makanan ke dalam mulut, mindanya terlebih dahulu di jamah berita murahan dari pihak media. Berita yang membuatkan seluruh darahnya meluap.   ERBACH ARSALAN MINUM ARAK DI KELAB TANPA BERBAJU. MUNGKINKAH BENAR DIA ATAUPUN PELANDUK DUA SERUPA?   Baru saja baca tajuk berita, kemarahan Dato Edmond menyapa diri. Jantungnya bagai terhempas keluar tatkala ekor matanya berkali-kali membaca artikel tersebut. Emosi marahnya makin mencucuk-cucuk jiwa tatkala kornea matanya disajikan dengan melihat gambar Erbach Arsalan separuh bogel bersama para gadis di kelab. Mengucap panjang lelaki separuh abad itu. “Apa tak senonoh sangat budak ni?” Tangan sudah mengepal penumbuk menahan geram. Menggigil segenap tubuh tuanya. bibir bergetar-getar mahu melepaskan hamburan kemarahan. Sungguh, hal itu membuatkan jantu
Read more
BAB 5
SEAWAL jam lapan pagi Dato Edmond sudah meminta Noah menemaninya bersua seseorang yang mahu dijadikan pembantu peribadi buat Erbach Arsalan. Seingat Noah, Dato Arsalan terlalu sibuk dengan kerjanya dan dia menganggap lelaki separuh abad itu sukar mencuri masa untuk mencari pekerja yang baru. Ternya dia silap. Dato Edmond melakukan misi mencari dengan kadar yang segera. Pasti dia benar-benar mahu mencari seseorang yang sesuai untuk bersama Erbach Arsalan.Agak-agaknya pembantu yang bagaimana akan mengisi kekosongan sebagai PA si jejaka? Ah, Noah pula yang nervous bila memikirkannya.“Kamu okey ke Noah? Saya nampak kamu ni macam tak boleh duduk tenang aje dalam kereta saya?” Dato Edmond memandang sekilas wajah Noah sebelum menjunam Kembali pandangan ke arah akhbar yang di baca.“Saya berdebar pula bila dato ajak saya berjumpa PA yang baru. Rasa macam cepat sangatlah pula dato dah jumpa pengganti,” balas Noah jujur.
Read more
BAB 6
“ERBACH, you buat apa dekat studio ni? You datang nak cari I ke?” baru saja menapak masuk ke bilik persalinan, tangan Erbach ditarik lembut. Thea Freya lantas mengusap lembut wajah si jejaka yang tampak kusut dan pakaiannya juga tidak seperti orang sedang bekerja. Gaya Erbach berjalan seperti tergesa-gesa mahu berjumpa seseorang dalam diam.      “Hei, Freya. Jangan sentuh-sentuh I dekat sini! Dekat sini banyak wartawan.” Terkejut Erbach melihat tindakan si gadis. Menggelupur dia dibuatnya. Erbach Arsalan berbisik lembut. Mata sudah melingas sekeliling. Dia mahu memastikan tiada siapa melalui kawasan itu. Melihat keadaan sekeliling sunyi sepi, Erbach Arsalan menarik nafas lega. Alhamdulillah. Haih, macam mana pula Freya boleh ada dekat sini. “Okey, sorry. Sebenarnya you datang sini buat apa? Kenapa you datang sini pakai sunglasses,  pakai mask. I hampir tak cam you tadi,” omel Fr
Read more
BAB 7
NOAH menggaru sisi kepala setelah tiba di kawasan pondok pengawal. Entah mengapa dia merasa gementar mahu bersua si gadis. Tangan kanan lantas menyentuh dada sendiri. “Mak ai… Dah kenapa jantung aku berdegup laju sangat ni?” Dia sendiri terkejut dengan dirinya. Jantung berkocak laju seolah-olah mahu melamar seorang gadis. Hari ini dia bertekad mahu bersua Esra Elvina secara persendirian. Dia mahu bertanya lebih lanjut tentang persetujuan si gadis yang pantas memberi jawapan setuju kepada Dato Edmond beberapa hari lepas. Setelah menghentikan langkah tepat di hadapan pondok, dia mula memberi salam. Tidak lama kemudian, Esra Elvina keluar dari pondok pengawal untuk memerhatikan Noah yang sudah berdiri teguh. “Ya kenapa?” Esra Elvina kenal gerangan yang berdiri depannya. Tanpa berkira-kira, dia bertanya tujuan Noah bersua dengannya. “Saya datang sini sebab nak tanya awak beberapa soalan.” Noah menguntum senyuman walaupun
Read more
BAB 8
TEPAT jam tujuh pagi, Esra Elvina berdiri tegak di hadapan pagar Villa Edmond. Dia menanti pengawal keselamatan Dato Edmond membukakan pagar untuknya. Pengawal keselamatan sudah diberi pesanan awal sehari tentang kehadiran Esra Elvina pagi ini. Sesekali, pandangan mata Esra Elvina mengerling ke arah jam tangannya. Noah yang keluar dari perut kereta terus memandang ke arah gadis berjaket hijau dan bertudung hitam. Tanpa berlengah lagi, dia menuju ke arah si gadis. Sambil dia berjalan sempat matanya melingas ke arah jam untuk melihat jarum jam terletak di angka berapa. “Sekarang jam tujuh satu minit, bagusnya dia menghargai masa.” Sempat dia mengomel sendiri. Dia ini memang menghargai masa. “Assalamualaikum, bagusnya awak sampai tepat pada waktunya.” Ceria saja sapaan Noah. Namun sapaan itu hanya diperhatikan tanpa sebarang reaksi. Walaupun hakikatnya Noah sedikit ralat mahu menerima kehadiran si gadis di dalam Villa Edmond, dia
Read more
BAB 9
ERBACH ARSALAN menarik nafas dalam ketika berhadapan dengan para media yang hadir. Degupan jantungnya laju sejak tadi. Langsung tidak mahu berdegup normal. Sesekali, dada disentuh untuk menenangkan ombak kencang di hatinya. “Relaks Erbach, abang ada.” Sempat Noah berbisik tatkala sepasang mata dapat memerhatikan riak wajah yang pucat lesu. Dia perasan, mata Erbach Arsalan berkaca kerana terlalu takut. Terlalu banyak hal yang dia risaukan. Detik ini, Erbach menggali ketenangan sebanyak mungkin ketika mahu menyusun butir ayat sebelum memberi sebarang kenyataan kepada pihak media. ‘Tenang Erbach. Kawal emosi kau,’ bisiknya perlahan. Dia perlu berada dalam keadaan yang sangat tenang ketika menghadapi situasi begini. Dia tidak boleh lemah. Kerana kelemahan itu mampu membuatkan dia mudah melakukan kesalahan dalam bicaranya nanti. Takut-takut nanti, salah cakap mulalah wartawan sebarkan berita yang mampu menyebabkan p
Read more
DMCA.com Protection Status