Share

BAB 6

“ERBACH, you buat apa dekat studio ni? You datang nak cari I ke?” baru saja menapak masuk ke bilik persalinan, tangan Erbach ditarik lembut. Thea Freya lantas mengusap lembut wajah si jejaka yang tampak kusut dan pakaiannya juga tidak seperti orang sedang bekerja. Gaya Erbach berjalan seperti tergesa-gesa mahu berjumpa seseorang dalam diam.

     “Hei, Freya. Jangan sentuh-sentuh I dekat sini! Dekat sini banyak wartawan.” Terkejut Erbach melihat tindakan si gadis. Menggelupur dia dibuatnya. Erbach Arsalan berbisik lembut. Mata sudah melingas sekeliling. Dia mahu memastikan tiada siapa melalui kawasan itu. Melihat keadaan sekeliling sunyi sepi, Erbach Arsalan menarik nafas lega.

Alhamdulillah.

Haih, macam mana pula Freya boleh ada dekat sini.

Okey, sorry. Sebenarnya you datang sini buat apa? Kenapa you datang sini pakai sunglasses,  pakai mask. I hampir tak cam you tadi,” omel Freya tayang wajah cemberut. Dia perhatikan setiap inci tubuh Erbach yang berpakaian serba hitam seperti kru yang mengendalikan rancangan fanstastik malam ini.

“You tahukan pasal gambar I yang tersebar dekat sosial media tu? Kalau I tak pakai macam ni, nanti wartawan perasan dengan kehadiran I,” cerita Erbach Arsalan nada sebal. Sudah beberapa hari dia melarikan diri dari wartawan semata-mata tidak mahu diganggu.

“Sedangkan I pun boleh perasan kehadiran you, tak akan pula wartawan tak perasan.” Thea Freya memberitahu pendapatnya tersendiri. Direnung ke dalam mata Erbach yang kelihatan sembab.

Macam tak cukup rehat je.

“Hei, lupakan. You nampak Noah tak? Dari malam semalam I call dia tapi tak berangkat. I nak jumpa Tuan Kamal ni. I nak merayu supaya nama I untuk jadi hero drama Indahkan Takdir Kita tu tak dibatalkan. I in love sangat dengan drama baru tu.” Tergesa-gesa Erbach bertanya. Dia tidak mahu membuang masa.

Jika Namanya di blacklist oleh Tuan Kamal, musnah harapannya untuk melakonkan watak komedi. Dia teringin mahu memegang watak periang. Selama ini, Erbach Arsalan akan diberikan watak jejaka dingin dan kaya raya sehinggakan dia terasa bosan dengan skrip yang diberikan.

“Oh, you in love dengan drama baru tu atau you tak puas lagi nak bergandingan dengan I?” sempat Freya bertanya manja. Tersipu-sipu senyum dia dibuatnya.

“Itu pun sama juga. I selesa dengan you Freya. Sebab tu I tak mahu lepaskan peluang untuk berlakon dalam drama Indahkan Takdir Kita tu nanti,” ucap Erbach Arsalan seperti berharap. Pegun Freya bila mendengar luahan dari pinggir bibir itu.

“I tak tahulah nak cakap apa. Dengar kata, Tuan kamal dah tukar Khalaf Ajmal untuk gantikan tempat you.” Lambat-lambat Freya memberitahu. Tunak matanya memandang Erbach yang kelihatan rengsa.

What? Khalaf Ajmal?” terjegil biji mata Erbach apabila nama itu disebut-sebut. Resah-gelisah dibuatnya.

“Freya? Kau berbual dengan siapa tu?” tersentak bila satu suara menjerkah dari arah belakang.

“I pergi dulu …” tidak semena-mena Erbach tergesa-gesa mahu berlalu pergi.

THEA Freya menyilangkan kaki sementara menunggu giliran untuk dipanggil menjadi tetamu jemputan di rancangan talk show yang akan bersiaran tepat jam sembilan malam nanti.

Hari ini dia hadir ke rancangan realiti fanstastik kerana mahu mempromosikan single terbarunya berjudul 'Hancur'. Kendatipun  dia terkenal sebagai seorang pelakon, Freya juga cuba untuk menonjolkan bakat dalam bidang nyanyiannya.

“Artis sekarang ni memang suka mencuba pelbagai bidangkan? Amazing.” Satu suara menyapa halus menegur Thea Freya. dia terus memusingkan bangku untuk menghadap wajah yang menegur.

“I nak serlahkan semua bakat yang I ada. Kalau I ada bakat untuk jadi stunt women pun I sanggup cuba,” bicara Freya tersenyum senget. Lagak suaranya membuatkan gadis di hadapannya menjongket kening.

Wow, interesting. One more, I rasa you ni memang sepadan sangat dengan Erbach tu. Sama cantik sama padan.”

Mila Beysha memuji keserasian dia dan Erbach. Saja mahu memulakan topik perbualan dengan menyebut nama Erbach Arsalan. Thea Freya hanya tersenyum segaris sebelum membalas omongan gadis seusianya.

“I nak fokus dengan kerjaya I terlebih dahulu sebelum I kejar cinta sejati I. Lagipun I dalam industri ni baru lagi, jadi I nak kukuhkan kerjaya I dulu. For you information, I dengan Erbach tu partner dalam drama je tak lebih dari tu. I tak mahu ada sebarang komitmen sebelum I capai apa yang I nak,” jelas Freya cuba berbias.

Mata Mila Beysha memerhatikan riak Freya yang bersungguh bercerita. Dia hanya tersenyum tipis sebelum membalas.

“Habis gosip yang dalam media sosial tu? Caption sweet dalam laman insta tu nampak macam you bercinta je dengan dia. Sampai ramai peminat dia pun bahagia bila you bergandingan dengan dia.”

Mila Beysha merasa tertarik pula ingin mendengar penjelasan yang selanjutnya dari Freya.

“I rasa you pun tahu kut yang kita sebagai selebriti ni, kalau nak naikkan nama kena ada gosip dengan artis-artis yang hot. Baru nama kita boleh naik dengan mudah. Kalau kita punya nama ni bersih je tak ada gosip macam mana nak naik? Tapi kalau nak main dalam permainan gosip ni kena tahan maki tahan caci jelah. Maklumlah mulut netizen Malaysia ni ada juga yang deep inside. Maklumlah, kita hidup dalam dunia media sosial.”

Bertaut sedikit kening Mila Beysha bila jawapan jujur itu terpacul keluar dari bibir rakan sebidang dengannya. Freya sanggup buat apa saja demi menaikkan namanya dalam persada seni.

Lumrah sebagai seorang selebriti. Ada yang mahu muncul kerana bakat dan merasakan kerja sebagai seorang selebriti itu adalah seni yang patut di hargai. Berbagai golongan yang hadir dan muncul dalam persada seni hiburan di zaman moden kini. Media sosial juga antara platform yang kuat untuk seseorang itu menjadi terkenal. Ada golongan yang sanggup tunggu bertahun untuk naik dan berhati-hati dalam setiap langkah kerana tidak mahu kemunculan dalam industri kerana gosip semata. Mereka mahu bakat dan rupa seiring.

Ada golongan yang muncul kerana mahu menujukkan bakat semata tanpa menghiraukan populariti.

Dan ada juga golongan selebriti yang mahu naik dengan mudah dengan cara tersendiri contohnya melakukan perkara dan gimik yang mampu menjadi bual mulut masyarakat. Terkadang, mereka yang tergolong dalam golongan ini tidak kekal lama dalam industri.

Itu lumrah ...

Industri hiburan kini bagaikan cendawan tumbuh. Ada saja bakat baru yang akan muncul setiap hari. Thea Freya merasakan dia memerlukan strategi terbaik dan memberi kesan kepada setiap masyarakat demi mengukuhkan kerjaya seninya.

“You tak rasa ke cara you ni nampak murah bila you buat macam itu. Hurm, you kan berhijab? tak takut ke orang pandang tak manis? Sorry, I hanya bertanya.” Thea Freya tersentak. Walaupun Mila Beysha sudah meminta maaf dalam bicaranya, hati Freya tetap diketuk perasaan kurang selesa dengan persoalan itu.

“Ikut pada diri seseorang tu sendiri. Kita kena bijak.” Thea Freya membalas dengan nada riak. Hujung matanya mula menjeling.

Sungguh, dia merasakan yang dirinya bijak mengorak langkah untuk terus maju dan berjaya walaupun ramai berpendapat bahawa bakat dia tidak seiring dengan rupa.

So? Who cares?

Yang penting dia berharta. Setakat mulut tempayan netizen di luar sana? Apalah sangat.

Just let it go!

MASUK saja ke dalam perut kereta, Thea Freya terus menghempas kasar punggungnya bila mengenangkan butir ayat yang dilafazkan oleh Mila Beysha ketika di studio tadi. Nafasnya turun naik sejak tadi sehinggakan perasaan itu mengganggu fokus untuk menyanyi secara langsung di hadapan kamera.  Semua ini gara-gara sindirian Mila Beysha.

“Engkau dah kenapa ni?” soal Din menoleh sekilas kepala memandang ke arah Thea Freya. Wajahnya sudah tegang menahan kemarahan yang masih belum dilepaskan.

“Freya sakit hati betullah dengan Penyanyi baru tu! ketwat betul.” Cepat-cepat Din pandang semula wajah Freya. kali ini lebih lama berbanding tadi.

“Dia ketwat atau kau marahkan dia sebab kau tak boleh terima yang dia tegur kau pasal tudung tu?” Din ketawa. Soalan Din menduga hati dan perasaan Freya. makin bertambah bengang dibuatnya.

“Sampai hati abang cakap macam itu. Freya meluah tapi abang pula menempelak macam nak membela si Mila Beysha yang ketwat tu.” Freya memuncung sedepa. Freya sudah terasa hati dengan segala percakapan abang iparnya.

Urgh, sesedap mulut saja Din bercakap langsung tak faham perasaan dia.

“Abang tanya je sebab nakkan kepastian, salah ke?” Freya hanya menjeling dan berdiam. Kalau dah ketawa, itu bukan bertanya namanya!

“Sudahlah, jangan fikir sangat pasal Mila tu. Apa kata kau fikir macam mana nak hadap wartawan besok bila para wartawan tanyakan kau hal Erbach Arsalan.”  Bibir dijuihkan.

nak jawab apa dengan wartawan ni? kena play victim kah?

Freya mula dipukul dengan perasaan resah dan gelisah.

Dia sebenarnya sedikit tertekan apabila gosip terhangat yang melibatkan Erbach sekarang ini, membuatkan dia turut terkena tempiasnya. Hurgh, tak pasal-pasal wartawan sibuk hubungi dia bertanyakan hal si jejaka.

Ingatkan aku ada masakah nak layan semua ini?

“Apa yang Freya nak jawab nanti? Aduih mamat tu buat hal lah pula!” dengus dia geram.

Rimas ... Dia rimas kalau gosip orang lain dia pula yang jadi mangsa. Banyak lagi hal aku nak fikir sekarang ini.

“Engkau takyahlah serabut sangat. Besok kau jawab je yang baik-baik okey? Lagipun sekarang ini kau bukan kena maki sekalipun bila Erbach buat macam itu. Orang cuma kasihankan engkau je sebab jadi partner dia.” Ada senyuman tipis terpancar di wajah Din.

Thea Freya berjeda buat seketika sebelum meneruskan bicara katanya kepada Din.

betul juga, kan? Buat apa nak serabut lebih-lebih? Bukannya Freya yang di kecam ...

“Betul juga. Tadi Freya ada baca dekat komen gambar yang terbaru Freya post. ramai yang kasihankan Freya disebabkan Erbach buat perangai macam itu,” cerita Freya tersenyum-senyum. Seronok pula dia bermain dalam cerita yang terhangat di pasaran sekarang ini.

“Ha, peminat ni kadang-kadang mereka yang lebih-lebih. Kau dengan Erbach tu tak ada apa-apa pun tapi mereka yang anggap kau dan Erbach memang cinta mati kononnya,” sambung Din pula. Dia menggeleng perlahan kepalanya sambil matanya masih fokus memandu.

“Tahu tak apa, netizen ingat saya hairan kut kalau si Erbach tu kaki perempuan sekali pun,” balasnya di celahan tawa.

Lumrah sebagai seorang selebriti. Jika para peminat sudah dapat melihat keserasian yang ditonjolkan oleh hero mahupun heroin dalam sesebuah drama dan karya, mulalah mereka sibuk menjodohkan sampai ada satu tahap mereka lebih sudu dari kuah.

Kadang-kadang, seorang selebriti itu tak keluarkan kenyataan apa-apa tentang perhubungan mereka, tapi ada sesetengah netizen yang suka menokok tambah untuk menyedapkan perasa.

“Bagus juga ada gosip macam ini. sekurangnya Nama kau makin meningkat naik. Kalau kau nak lagi gempak, setiap kali kau upload gambar kau letak caption sedih macam patah hati. Hahaha...” Tak pernah pula Freya terfikir untuk berbuat begitu.

Cadangan dari abang iparnya itu membuatkan dia merasakan Din manusia yang paling bijak abad ini. Bagus juga cadangan dia. Makin mencanak naik nama aku lepas ni.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status