Share

BAB 10

“PEREMPUAN tu biadablah papa. Apa yang Erbach buat semuanya dia tak setuju. Dia pula yang macam bos arah Erbach buat itu dan ini. Baru sehari dia bekerja, dia dah buat hal. Mulut tak reti nak jaga langsung!”

Pagi-pagi lagi Erbach Arsalan berdiri di hadapan pintu kamar Dato Edmond semata-mta mahu memberitahu ketidakpuasanhati. Dia sanggup bangun lebih awal semata-mata mahu bersua papa sebelum bersarapan pagi. Dato Edmond yang mendengar luahan hati anaknya hanya tersenyum nipis.

“Kamu tak buli dia pula? Kalau dia biadab, kamu tengkinglah dia macam kamu tengking pekerja kamu yang sebelum ni. Membuli tu kepakaran kamu.” Dato Edmond menguntum senyuman depan anaknya. Sengaja lelaki itu memperli. 

Mendengar perlian si papa, Erbach Arsalan mencebir bibir.

Tidak pernah Erbach Arsalan rasa tercabar dengan pekerjanya sendiri. Pilihan aku memang tepat.

“Erbach marah dia pun macam tak ada apa. Dia tetap berdiri macam patung macam tak

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status