Share

BAB 4

PAGI-PAGI lagi Dato Edmond sudah dihidangkan dengan berita yang kurang enak. Masih belum menjamah makanan ke dalam mulut, mindanya terlebih dahulu di jamah berita murahan dari pihak media. Berita yang membuatkan seluruh darahnya meluap.

ERBACH ARSALAN MINUM ARAK DI KELAB TANPA BERBAJU. MUNGKINKAH BENAR DIA ATAUPUN PELANDUK DUA SERUPA?

Baru saja baca tajuk berita, kemarahan Dato Edmond menyapa diri. Jantungnya bagai terhempas keluar tatkala ekor matanya berkali-kali membaca artikel tersebut. Emosi marahnya makin mencucuk-cucuk jiwa tatkala kornea matanya disajikan dengan melihat gambar Erbach Arsalan separuh bogel bersama para gadis di kelab. Mengucap panjang lelaki separuh abad itu.

“Apa tak senonoh sangat budak ni?” Tangan sudah mengepal penumbuk menahan geram. Menggigil segenap tubuh tuanya. bibir bergetar-getar mahu melepaskan hamburan kemarahan.

Sungguh, hal itu membuatkan jantung beliau berdegup laju bagaikan tidak mahu perlahan. Dia separuh percaya dengan apa yang dilihat.

Selama ini dia tahu anaknya sering ke kelab malam, cuma dia hanya mengendahkan aktiviti si anak kerana sudah penat menghalang.

Makin di halang makin menjadi-jadi sikapnya.

“Kenapa ni dato?” Awie terkebil-kebil melihat keadaan majikannya seolah-olah mahu mengayun penumbuk di wajah sesiapa sahaja. Matanya menjunam sekilas memandang kepalan penumbuk belah kiri Dato Edmond.

“Sabar Edmond,” bisik hatinya masih cuba menggali ketenangan.

Dato Edmond cuba kawal perasaan marahnya sebelum bertanyakan hal tersebut di hadapan Erbach. Dia tidak mahu tuduh melulu sebelum mengetahui kesahihan yang sebenar.

“Kamu rasa benda ni betul ke tidak?” Telefon bimbit bertukar tangan. Awie mencapai lembut telefon bimbit dari tangan Dato Edmond. Ekor matanya tajam merenung gambar yang kelihatan menghairahkan para wanita di luar sana.

“Sa saya ...” tergagap-gagap Awie ingin memberi pendapatnya tersendiri. Mata Dato Edmond pula masih merenung ke mata Awie untuk menanti jawapan yang sebenar.

“Saya tanya ni! Jangan jawab lambat boleh tak?” Meja makan diketuk menggunakan tangan. Kaget Awie dibuatnya.

“Saya rasa gambar ni bukan edit dan saya rasa ini gambar dia.” Terketar-ketar suara Awie mengungkap bicara. Semakin panas cuping telinga Dato Edmond dia buatnya.

Jemari Dato Edmond sudah menggenggam penumbuk. Telefon bimbit terus digenggam kuat menggunakan tapak tangan kanan. Sekilap, beliau terus bangkit dari kedudukan menuju ke arah anak tangga untuk memanggil Erbach Arsalan.

“Erba...,” laung Dato Edmond sekerasnya. Laungan itu membuatkan seluruh penghuni villa terus menuju ke arahnya untuk melihat apa yang terjadi. Selepas memanggil, beliau berjalan semula menuju ke arah meja makan dalam keadaan yang sangat marah.

Dalam lingkungan seminit nama itu dipanggil, Erbach munculkan diri seraya dahinya berkerunyut hairan. Kalau Dato Edmond sudah menjerit, memang dua bangunan boleh dengar.

“Gambar ni betul ke tidak?” baru saja tiba di ruang meja makan tangan Dato Edmond laju saja menghulurkan telefon bimbitnya kepada si anak.

Mata Erbach Arsalan terus terbuntang besar. Seriuslah gambar macam ini boleh tersebar di media sosial?

Astaghfirullah,” mengucap dia melihat gambarnya sendiri.

Aduhai, mana nak letak muka? Dia perlu bersihkan nama sendiri.

Si perjaka hanya terdiam membisu tidak mampu menjawab.

Gambar tidak berbaju sambil meneguk segelas arak membuatkan Dato Edmond hilang selera makan.

“Papa tanya ni jawablah,” suara Dato Edmond naik beroktaf-oktaf memandang tajam ke arah Erbach Arsalan. Semua pekerja yang berada di Villa Edmond hanya mampu menonton wayang tidak berbayar. Jarang Dato Edmond mengamuk seperti hari ini.

“Maafkan Erbach papa.” Itu saja yang mampu diungkapkan oleh Erbach. Sedikit pun penafian tidak terpacul dari bibir nipisnya.

“Maknanya memang gambar ni gambar kamu?” soal Dato Edmond masih dingin. Lambat-lambat Erbach mengangguk. Terketar-ketar seluruh tubuh sehingga kata-kata tak terlontar keluar dari ulas bibinya.

“Kamu Sedar tak kamu ni anak siapa? Sedar tak kamu ni siapa? Kenapa nak mencontengkan arang dekat papa? Kamu sedar tak disebabkan sikap kamu ni, klien papa pun boleh lari!” jerkah Dato Edmond sambil kepalan tangan sudah diayunkan ke dada anaknya. Erbach Arsalan hanya berdiam tidak mahu cakap lebih-lebih.

Dah salah sendiri hadap sajalah. Takkan nak tipu pula kalau memang diri sendiri sudah berbuat salah.

“Papa kecewa dengan kamu Erba. Tak sepatutnya papa izinkan kamu libatkan diri dalam dunia hiburan ni. Bila kamu dah terkenal, kamu dah berjaya, agama pun kamu dah lupa. Kamu dah lupa siapa diri kamu.” Dato Edmond sudah tarik muka. Wajah bengisnya itu terus memaling ke arah lain.

Sungguh, dia tidak sanggup memandang wajah manusia yang sarat dengan kedegilan. Susahnya beliau mahu menasihati Erbach Arsalan.

“Erbach minta maaf papa. Tak sangka pula jadi sampai macam ni.” Erbach sudah menggaru tengkuk sendiri. Dia mula memikirkan reputasi sendiri. Takut-takut semua tawaran lakonan ditolak disebabkan sekeping gambar.

“Kenapa kamu minum air kencing syaitan tu? Erbach tahu tak minuman tu boleh merosakkan Erba? Papa tak pernah ajar kamu hidup liar macam ini. Papa berikan kebebasan dekat kamu bukan bermakna kamu boleh buat benda terkutuk macam dalam gambar ni, tapi papa nak ajar kamu berdikari dengan kehidupan sendiri!”

Berkaca-kaca mutiara jernih di tubir mata Dato Edmond. Dia tarik nafas dalam-dalam setelah menghamburkan segala kemarahan. Tertembak perasaan serba salah dalam diri Erbach bila sepasang mata dapat menangkap lirikan mata papanya yang kian mendung.

“Erbach betul-betul minta maaf. Erbach janji, perkara macam ini tak akan berulang lagi.” Bersungguh-sungguh dia memohon kemaafan. Dia tidak mahu perkara ini menjadi semakin melarat jika papa tidak memaafkannya.

“Kalau mama kamu masih ada, mesti kamu tak akan jadi macamni,” lirih saja suara Dato Edmond mengungkap.

“Apa masalah papa ni? Kenapa sibuk nak bercerita pasal orang dah tak ada!” Wajah yang tadinya jatuh kasihan melihat papa, kini berubah riak marah. Bagaikan tersiat hati bila nama arwah mama disebut-sebut.

Beberapa tahun dahulu, mama kecintaannya sudah pergi menghadap sang pencipta dan kakak sulungnya juga telah pergi meninggalkan Villa Edmond. Kerana seksa kehilangan, dia menjadi seorang manusia yang sangat keras hati dan kuat memberontak. Kerana kurangnya kasih sayang, Erbach Arsalan menjadi dirinya yang sekarang. Hidupnya bebas dan kurang berpegang pada agama. Hidup berfoya-foya itu dianggap perkara biasa dalam hidupnya.

Pada pendapat Erbach, hidup di dalam keseoronokan mampu menghilangkan segala permasalahan yang melanda diri. Sedangkan dia tidak sedar bahawa pergaulan bebas itu mampu merosakkan akhlaknya.

“Papa rasa papa dah gagal jaga kamu. Tak apalah kamukan dah besar? Pilihlah jalan sendiri,” bicara Dato Edmond nada mengendur kemudian tangan hanya memeluk tubuh sendiri.

Erbach Arsalan mati kata. Dia sendiri pening kepala dengan artikel yang baru saja dia baca ditambah pula dengan kemarahan papa yang tiada penghujungny

NOAH menjerit sekuat hati. Sakitnya jiwa bila mendengar mesej dan panggilan telefon tidak-tidak henti masuk dari tadi. Dia meraup wajah berkali-kali.

Aduhai, masalah apa lagi yang aku kena hadap ni!

Dring... Dring...

Panggilan dari pihak wartawan masih kedengaran di cuping telinga.

Bibir di ketap sebelum dia menjawab.

Ya Allah, kuatkan jiwa aku untuk menghadapi kegilaan ini.

“Assalamulaikum, Noah. kami dari Gojes News nak tanya, betul ke gambar yang tersebar sekarang ini memang wajah Erbach Arsalan?” bicara seorang wanita dari hujung talian. Noah menarik nafas berat terlebih dahulu sebelum dia meneruskan balasan dari persoalan.

“Maafkan saya. Pihak kami masih belum boleh keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini. Saya harap pihak media faham.” Setelah berbahasa basi bersama pihak media, telefon bimbit dimatikan kerana dia sudah tidak sanggup nak menjawab panggilan lain yang akan tiba sebentar nanti. 

Susahnya jadi manager kepada artis yang suka buat hal ni!

Erba... Kenapa kau buat hal lagi.

Noah masuk ke dalam Villa milik Dato Edmond lantas beg silang dihempas ke atas sofa. Dia mahu berjumpa si jejaka. Noah semakin hilang sabar dengan sikap yang ditonjolkan oleh Erbach Arsalan sejak akhir-akhir ini.

Nak jadi selebriti berkualiti konon! Tapi Attitude gred G.

“Kau ni kenapa bro? Aku dah pesan banyak kali jangan pergi kelab.” Tangan Noah tangkas menolak bahu Erbach yang duduk bersandar di atas sofa.

Hari ini saja dua syarikat produksi membatalkan nama Erbach dari menjadi watak utama dalam drama mereka.

Siapa yang tidak tertekan kalau muka sendiri yang kena hadap pihak media dan para produser.

Relaks lah abang janganlah marah macam ini, stress lah saya.” Erbach merengus kasar. Sudahlah dia tertekan kerana Dato Edmond teruk sekolahkan dia pagi tadi. Sekarang ini, takkan Noah pula nak jadi macam papanya.

“kau punya stress jelah engkau fikir? Aku punya stress ni nak campak mana pula? Kau chill je kan Boleh tutup fon tak nak diganggu. Lepastu sekarang wartawan pula sibuk cari aku. Haih, kenapalah kau tak ada pembantu eh? Kalau kau ada pembantu sendiri, tak payahlah hidup aku ni nak bersusah payah layan sikap bangang kau ni!” Meledak dan meletus suara Noah. Si jejaka hanya mendengar namun tidak mampu menjawab apa-apa.

“Aku rimas dengan kau Erba,” tutur Noah lagi. Dia sudah menggeleng lemah.

“Abang dah tak suka kerja dengan saya ke?” Air liur ditelan bagi menenangkan diri sendiri. Erbach kaku di situ mukanya pula masih menghadap wajah Noah yang masam mencuka. Dia tahu lelaki itu benar-benar kecewa dengan sikap dia hari ini.

Lihat saja dari ekor matanya, Erbach tahu bahawa Noah sedang memerhatinya dengan mata yang tajam bagaikan mahu menikam. Jantung kian berdebar-debar. 

Pemuda itu Noah pergi dari hidupnya kerana hal kecil begini. Dia perlukan Noah untuk uruskan setiap jadual harian.

“Kalau nak diikutkan hati aku yang marah ni, dah lama aku berhambus dari hidup kau. Kenapalah aku perlu hadap manusia keras kepala nak mampus macam kau ni?” tutur Noah lagi mengeluh kasar.

Erbach menunduk sekejap cuba mencari ayat apa sesuai untuk menggambarkan keadaan dirinya yang masih berterusan dimarahi. Dia menarik nafas sedalamnya untuk menggali ketenangan yang semakin menghilang.

“Kalau saya ni memang menyusahkan semua orang, lebih baik tikam jelah saya ni biar senang hidup semua orang.” Pasrah saja ayat yang mula terpacul keluar dari bibir Erbach. Dia sudah penat.

Noah terus pandang lama wajah Erbach yang membalas pandangannya beserta kening yang diangkat sebelah. Sekilap, Noah tersentak mendengar dengusan yang terpacul keluar dari bibir Erbach. Liur ditelan berkali-kali.

“Baru cakap sikit dah nak buat ayat pasrah konon. Aku ni cakap benda yang betul je. Kalau kau taknak tertekan, kau cubalah ubah perangai kau sikit!” omel Noah lagi. Masih tidak melepaskan peluang untuk melepaskan segala rasa yang kian berbuku di hati.

“Umur kau tu dah dua puluh tiga tahun, bukan tiga belas tahun!” suara Noah kali ini lebih tenang berbanding tadi.

Bila pandang wajah Noah yang sudah kelihatan suram dia sendiri merasa serba salah nak marah Erbach lebih-lebih.

“Saya tahu yang saya ni degil dan saya tahu yang saya ni tak bagus macam artis lain dekat luar sana. Mesti saya ni artis yang paling abang meluat nak jaga. Kasihannya dekat abang sebab terpaksa hadap artis macam saya ni,” ujar Erbach Arsalan mendatar. Dia tayang wajah sayup sambil tangan sudah menekup wajah sendiri. Cemberut wajah Noah bila Erbach kata begitu.

Haih, ke situ pula dia fikir! Cakap sikit nak sentap. Susah betullah nak berdepan dengan anak manja ni!

“Kalau aku meluat nak jaga engkau, aku takkan stay dekat sinilah. Aku cuma sakit hati dengan kau sebab kau langsung tak nak dengar nasihat aku. Kalau kau dengar nasihat aku dan dato, Mesti benda ni takkan berlaku,” balas Noah yang sudah merendahkan intonasi suaranya. Dia semakin mampu mengawal emosi sendiri.

Sejujurnya Noah tak mahu kemarahannya nanti membuatkan Erbach semakin kemurungan. Noah sedar pemuda depannya melakukan kesalahan yang besar, tetapi dia tidak boleh menyerabutkan keadaan sehinggakan emosi Erbach Arsalan semakin terganggu.

“Susahkan jadi artis ni? semua benda kita nak buat semuanya tak boleh ada je mata yang memerhati,” luah Erbach Arsalan nada mendatar. Tersentak Noah yang masih berada si sisinya. Noah automatik jatuh simpati melihat keadaan Erbach Arsalan.

“Kau kena kuat Kalau kau nak bertahan lama. Dalam industri seni ini engkau tak boleh mengalah macam tu je. Kau kena kalis kecaman kalau betul kau nak bertahan lama. Kita hidup dalam dunia sosial media, jadi kita perlu sedar yang netizen akan memerhatikan setiap apa yang kita lakukan. Mereka tu ibarat senjata tak berpeluru, tapi mampu membunuh.” Tangan Noah menarik lembut pergelangan tangan Erbach Arsalan semata-mata mahu memberi kekuatan kepada si pemuda. Geletar di tubuh Noah tadi kerana marahkan Erbach Arsalan akhirnya surut.

“Saya letihlah abang. Saya penat.” Terlepas juga tangisan Erbach di hadapan Noah. Dia buntu dengan keadaan yang berlaku.

ERBACH ARSALAN duduk berkurung di dalam kamar tidurnya malam ini. Sejak pagi lagi dia tidak berselera untuk menjamah sedikit pun makanan.

Hari ini semua orang salahkan dia. Hari ini satu Malaysia rasa dialah manusia yang paling banyak dosa.

Perlukah masyarakat terus menghukum aku sehinggakan aku dianggap manusia paling hina di muka bumi ini? Ya Allah, lemahnya aku waktu ini.

Persoalan demi persoalan itulah yang timbul dalam kotak pemikirannya.

Erbach duduk dibirai katil sambil duduk berteleku dalam keadaan sayup. Dia mula rasa tertekan bila membaca segala kata hinaan yang dilemparkan kepadanya sebentar tadi. Terenjut-enjut bahu Erbach Arsalan menangis semahunya.

semua orang ingat dia kuat dalam semua perkara. Walhal, sebenarnya dia tidak. Dialah manusia yang akan menangis dalam diam acap kali manusia sentiasa mencari kesalahannya.

-Artis macam dia ni kurang pegangan agama agaknya. Senang je minum arak macam minuman harian. -

-Kasihannya Freya ada boyfriend macam mamat ni. Dahlah berlakon kayu, perangai pun tak semegah. Attitude gred Z. Pangkah! -

-Jabatan netizen Malaysia menyusul. Kejap aku teropong kejap, betul ke laki badan sedap-sedap ni badan Erba? Hahaha, So nyummy …-

-Bapak kau tu dahlah orang ternama, berpangkat siap ada nama syarikat terbesar dalam Malaysia lagi, kau sedar tak perangai kau menjatuhkan bisness bapak kau sendiri? Cian kat Dato Edmond dapat anak gini. –

Kata-kata hinaan dan kutukan yang baru saja di baca membuatkan hatinya tersiat-siat.

sakit, marah, perit dan sedih bercampur baur.

“Siapa yang sebarkan gambar tu sebenarnya!” Erbach Arsalan mula terpempan naik darahnya menyerbu ke ruang muka.

kemudian, perlahan-lahan air mata jatuh membasahi pipi. Dia membiarkan saja mutiara jernih itu terus mengalir tanpa menyekanya. Erbach tidak berdaya untuk menahan-nahan air matanya sendiri.

“Erbach rindukan mama,” terluah sendiri ungkapan rindu terhadap sang mama saat sendirian.

Masih teringat lagi ketika mama masih ada mendampingi dirinya. Dia sangat manja dengan mama berbanding Dato Edmond yang lebih tegas dalam mendidik.

Mamanya seorang yang lemah -lembut dalam setiap pertuturannya. Tidak pernah mama melukakan hati Erbach kendatipun dia marah akan perbuatan Erbach. Wanita itu sangat menjaga butir bicara agar hati anaknya tidak terguris.

Beruntungnya dia jika papa mampu menjadi seperti mama.

‘Besar nanti anak mama yang comel ni nak jadi apa?’ teringat dialog dia bersama mama suatu ketika dahulu.

‘Erbach nak jadi askar.’ Dia tersenyum tawar sendiri. Terlalu rindu mengenangkan masa yang lalu. Makin kuat dia menangis di kala ini.

Mama ... Mama ...

Nama itu yang disebut-sebut di pinggir bibirnya.

“Kalau Erbach jadi askar mesti tak jadi perhatian masyarakat kan mama?” Air mata yang sudah mahu mengalir masuk ke dalam mulut segera di seka.

Argh... dunia ni tak adil! kenapa mama sekejap sangat hidup dengan aku...

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status