Share

The First Snow (Bahasa Malaysia)
The First Snow (Bahasa Malaysia)
Author: Lucyana

01

MALAYSIA.

Sepasang suami isteri sedang duduk di ruang tamu sambil membincangkan sesuatu dan perkara itu kelihatannya seperti agak serius. Pasangan tersebut dikenali sebagai Puan Amiran Binti Abdullah manakala suaminya Encik Murshid Bin Sulaiman. 

Mereka menoleh ke arah anak tunggal mereka yang sedang leka duduk di meja belajar sambil mengulang kaji pelajaran. Namun, dari tadi kepalanya asyik teranguk-anguk mengikut rentak lagu yang diputarkan di corong headfonnya.

"Am...." panggil Puan Amiran dengan nada sederhana. Namun, anak tunggal mereka itu langsung tidak menyahut panggilan tersebut.

"Am!" sekali lagi Puan Amiran memanggil kali ini suaranya ditinggikan sedikit. Namun, masih tetap sama seperti tadi. Tiada sahutan atau tolehan dari anak mereka itu.

"Abang tengoklah tu, puas saya panggil langsung tak dihiraukannya. Ikut perangai abanglah ni." Tergeleng kepala Puan Amiran dengan sikap anaknya yang seorang itu lalu jelingan diberikan.

"Apa salah saya pula? Dia tengah dengar lagulah tu, macam awak tak kenal perangai anak awak tu. Pergi dekat dia baru dia sedar awak panggil dia. Kalau tidak, kapal terbang terhempas pun belum tentu dia sedar." Kata Encik Murshid pula, tidak mahu mengalah dengan isterinya.

Bibir Puan Amiran memuncung, baginya suami dengan anak sama saja. Perangai masing-masing tak mahu mengalah. Akhirnya, Puan Amiran bingkas mendekati anaknya. Setelah tiba di sisi meja, tangan Puan Amiran segera menepuk perlahan bahu Amsyar Munirah.

"Aduh maa... nasib tak gugur rambut Am. Hari-hari mama buat Am macam ni, kojol masuk batu dua terus." Seloroh Am dengan niat mahu bergurau namun lain pula dengan Puan Amiran.

Jelingan tajam diberikan. "Bawa sekali lagu-lagu kamu tu ke batu dua ya? Orang panggil tak dengar, mari sini. Mama dengan baba nak beritahu sesuatu." Panggil Puan Amiran sambil langkahnya kembali semula ke ruang tamu.

Am dengan lagaknya menanggalkan headfon dari kepala dan diletakkan di atas meja sebelum dia mendekati ruang tamu. Sempat juga dia mematikan lagu yang sedang berkumandang di telefon bimbit.

"Ada apa maa? baba? Macam ada hal penting je ni. Mama dengan baba nak honeymoon lagi eh bagi Am anak eh- silap, adik baru?" seloroh Am membuatkan Encik Murshid mula ketawa geli hati.

"Am pujuklah mama, baba pun nak tambah satu lagi." Seloroh Am disambut baik oleh Encik Murshid, membuatkan kedua-dua beranak itu mula ketawa tidak ingat dunia.

"Ha ha... tak payah nak galak sangat, anak dengan bapak sama je. Abang ni pun, kata nak bagitahu Am benda tu. Cepatlah." Gesa Puan Amiran. Menyampah dengan sikap kuat mengusik anak dan suaminya itu.

"Apa benda baba?" kening Am mula bertaut.

"Baba nak Am pindah sekolah lagi nanti." Kata Encik Murshid membuatkan Am terus memuncungkan bibir seperti anak itik. 

"Apa lagilah yang budak-budak sekolah tu buat laporan? Penatlah macam ni asyik pindah je. Baik tak payah sekolah maa." rungut Am dengan nada malas. Kepala digaru menandakan dia serabut dengan perkara-perkara yang menimpa diri. Am mula menyandarkan tubuhnya ke sofa sambil memeluk tubuh. Bosan mendengarkan perkara tersebut. 

Dia seringkali berpindah sekolah gara-gara salah faham dan pertelingkahan yang berlaku. Orang lain yang melakukan masalah, dia pula yang kena. Atas dasar perkara tersebut, dia seringkali ditukarkan sekolah. Sudah lebih 10 buah sekolah dia jejakkan kaki. Dari sekolah kerajaan sehinggalah sekolah swasta. Tetapi, keadaan yang sama tetap berulang dan berulang lagi.  

"Eish! Am ni sabarlah kan baba tak habis cakap lagi." Sampuk Puan Amiran dengan kerutan turut timbul didahi. Itulah masalah Amsyar Munirah binti Murshid, tak reti nak bawa bersabar langsung. Puan Amiran sudah menepuk lembut bahu anaknya itu lalu jari telunjuk diletakkan ke mulut. Memberi tanda suruh diam seketika lantas melempar jelingan manja.

"Apa?" tanya Am dengan wajah cemberutnya.

"Tapi kali ni bukan Am seorang je yang kena pindah. Kita semua akan berpindah." Terang Encik Murshid lagi.

Am membulatkan matanya yang sedia maklum tak berapa nak bulat tu. 

"Are you serious?" soal Am tidak percaya. "Pindah mana!" suara teruja Am kedengaran nyaring melontarkan intonasi yang sangat berbeza dari tadi. Separuh menjerit pun ada.

"Baba dah tamat kontrak dengan syarikat baba kerja tu. Jadi baba cadang kita balik kampung mama. Kita duduk dengan nenek balik. Lagipun kesian nenek tinggal sorang dekat kampung." Terang Encik Murshid lagi dan kali ini Am bingkas bangun lalu dia berpusing-pusing di hadapan kedua ibu bapanya seperti seorang penari belet.

"Dah kenapa pula ni?" tanya Puan Amiran. Terkejut melihat Am begitu ceria sampai menari sendirian.

"Bila kita nak pindah?" tanya Am. Soalan ibunya dibiarkan seperti angin berlalu begitu saja. Am mula mencangkung di sisi sofa Encik Murshid. Senyuman juga tidak lekang dari bibir. Agaknya kalau lebar sikit lagi senyuman dia boleh terkoyak pipi dibuatnya.

"Dalam minggu ni juga atau minggu depan. Nak kena uruskan surat pindah sekolah Am dulu lepas tu baru kita fly. I believe I can fly...." jawab Encik Murshid dan disambung dengan nyanyian gembira.

"Omo! Tak sabarnya!" jerit Am lalu badannya kembali berdiri. Rasa gembira yang menjalar di segenap ruang hati membuatkan Am melompat keriangan seorang diri.

"Ish! Apa terlompat-lompat macam beruk ni Am? Awak tu anak dara, umur pun dah 16 tahun. Jangan nak melompat macam tu. Buruk perangai!" tegur Puan Amiran. 

Sejak dulu lagi Puan Amiran tidak gemar dengan sikap yang ditonjolkan oleh Amsyar Munirah. Suka berpakaian seperti lelaki, rambut juga digunting pendek. Gaya berjalan, cara bercakap semuanya persis seorang lelaki. Bagi Puan Amiran, sikap itu menunjukkan yang anaknya tidak mahu menjadi seorang perempuan tetapi, tidak pula bagi Amsyar Munirah. Dia tidak pernah sesekali pun menafikan yang dirinya perempuan. 

Cuma dia suka berperwatakkan seperti seorang lelaki. Kalau ada yang memanggilnya dengan nama Munirah. Dia terima saja kerana itu memang nama aslinya.

"Sayang mama, sayang baba. Meh Am cium sikit." Kata Am lalu ditariknya pipi Encik Murshid untuk diberikan ciuman mahalnya.

"Muah!" Puan Amiran juga diberikan ciuman yang sama malah lebih extra dengan pelukan erat sehingga Puan Amiran tidak dapat bernafas selama 2 saat.

"KOREAAAA! I'M COMING!" jerit Am sambil melangkah ke meja belajarnya semula. 

Tergeleng kepala Puan Amiran dan Encik Murshid. Mereka sudah sedia maklum akan sikap anak tunggal mereka itu. Tanpa Am, mungkin rumah itu sunyi kerana ada saja celotehnya yang agak annoying.

"Saya harap rancangan kita balik semula ke Korea ni membuahkan hasillah abang. Risau juga saya." Tutur Puan Amiran. Jelas terpancar riak kerisauan di wajah Puan Amiran saat ini.

"Tak apalah Miran, kita cuba dulu. Moga-moga anak kita tu berubahlah nanti."

Puan Amiran hanya mengangguk mendengarkan kata-kata suaminya. Pandangan redupnya teralih ke arah Am. Segaris senyuman terukir di bibir. Berharap agar anaknya akan berubah menjadi anak dara sejati suatu hari nanti.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status