Share

08

"Mr. Kook, saya rasa perut saya memulas! Saya kena ke tandas dulu!" kata Kasyaf sambil membuat aksi membongkok kononnya sedang menahan sakit. Tanpa memunggu lama di situ, dengan pantas Kasyaf melarikan diri dari Mr. Jongkook.

"Yah! Yah!" akhirnya Mr. Jongkook mengangkat tangan. Hidungnya tercium bau ketiak sendiri. Terus laju dia menutup hidung gara-gara mahu termuntah.

Kasyaf yang sudah menaiki tangga untuk ke biliknya berasa lega seketika. Akhirnya dia terlepas juga dari Mr. Jongkook yang ditakuti oleh ramai pelajar. Bukan kerana dia terlalu garang tetapi, takut kerana bau ketiak dan mulutnya yang terlalu menyengat.

Tetapi, hasil Kasyaf melarikan diri dari Me. Jongkook nampak macam dia keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau. Terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai oleh Jackson sedang berada di hadapan pintu bilik Kasyaf ketika ini.

"Yes? Can I help you?" tanya Kasyaf tanpa ada sekelumit pun rasa takut dengan kumpulan tersebut.

"Haaa... balik pun kau," sapa Yugyeom dengan nada meninggi. Merupakan pelajar kedua terkaya dalam Shin  High School.

"Kenapa?" soal Kasyaf tidak mengerti mengapa Yugyeom perlu meninggikan suaranya sedangkan hanya mereka berpalan di situ. 

Youngjae, pelajar paling digemari ramai walaupun mulut lebih kurang macam busut puaka mula mendekati Kasyaf. Tanpa banyak bicara, Youngjae terus mencengkam kolar baju Kasyaf dan menolak lelaki itu sehingga belakangnya berlaga dengan pintu bilik.

"Apa ni? Lepaslah!" marah Kasyaf sambil menarik tangan Youngjae menjauhinya.

"Mana makanan kami?" soal Jaebum pula yang kelihatan lebih tinggi dari yang lain.

"Makanan apa ni? Sejak bila pula aku kena belikan korang makanan?" tanya Kasyaf kehairanan. Dia baru saja hendak menyesuaikan diri dalam sekolah tu. Tiba-tiba datang sekumpulan pelajar bertanyakan tentang makanan mereka. Siapa yang tak berkerut kening dibuatnya.

"Kau orang ingat aku ni makcik kafe ke tiba-tiba datang serbu aku tanya makanan?" soal Kasyaf lagi apabila soalan pertamanya tidak dijawab mereka.

"Ei! Kau budak baru tu kan?" Jaebum mengacah mahu menampar Kasyaf tetapi tak pula dia teruskan.

"Kalau ya pun kenapa?"

"Kau ni memang dasar budak baru betul. Kalau kau nak tahu, dekat sekolah ni ada peraturan. Pelajar baru kena layan kami bertujuh macam raja sepanjang kau belajar dekat sini. Kalau tidak, tahulah nasib kau nanti macam mana." Youngjae mengertak Kasyaf dengan menumbuk bahu lelaki itu.

"Wait! Wait the minute! Aku tak faham, asal pula aku kena layan korang macam raja? Aku bukannya kuli korang pun. Tambahan lagi, aku ni pelajar pertukaran dari Malaysia. Bukan pelajar baru yang sesenang kulit kacang korang nak buli! Dah tepi tangan kau ni, kalau tak aku jerit panggil Mr. Jongkook." Dengan beraninya Kasyaf melawan kata-kata mereka membuatkan Youngjae cuba menumbuk wajahnya.

"Youngjae!" suara garau seseorang kedengaran dan ianya milik ketua mereka iaitu Jackson. Youngjae menahan tangannya sendiri dari terus menumbuk Kasyaf.

"Lepaskan dia," arah Jackson.

"Weh! Seriuslah nak lepaskan? Dia ni kurang ajar kot." Bentak Youngjae dan sekali lagi mahu menumbuk Kasyaf.

"Hoi! Aku cakap lepaskan dia. Lepaskan dia, sabar dulu. Dia belum kenal siapa kita. Jadi, kita bagi peluang dia kenal dulu." Tegah Jackson lantas mengukir senyuman sinis.

"Tak guna betul!" Youngjae menghentak dada Kasyaf sehingga badan lelaki itu terhendak ke pintu bilik. Akibat dari hentakan kuat itu, pintu bilik Kasyaf terus terbuka dengan sendiri.

"Habis tu takkan nak biar je?" soal Jinyoung yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Kini, baru kedengaran suaranya berbunyi bertanyakan soalan yang agar kurang bernas.

Jackson mula menonyoh hidungnya. Pandangannya merenung Kasyaf tajam.

"Macam biasa. Jaebum, Jinyoung. Korang uruskan." Sebelum berlalu pergi sempat Jackson menendang kaki Kasyaf.

"Baik bos," laju Jaebum menarik tangan Kasyaf lalu dibawa masuk ke dalam bilik.

"Korang nak buat apa ni?" tanya Kasyaf mula panik. Namun, soalannya langsung tidak dijawab. "Lepaslah!" Kasyaf mula menolak tangan mereka dari bahunya. Setelah berjaya meloloskan diri. Kasyaf terus menolak mereka berdua keluar dari dormnya.

"Weh! Weh! Weh!" Jinyoung cuba menahan dirinya dari ditolak Kasyaf. Memandangkan hanya tinggal mereka bertiga saja di situ kerana yang lain sudah pun menghilangkan diri. Kekuatan Jaebum dan Jinyoung agak berkurangan dari tadi.

Setelah berjaya menolak mereka keluar dari biliknya. Pintu bilik ditutup rapat lalu menguncinya. Untung dia, bilik itu hanya dihuni oleh dia seorang saja. Kalau berkongsi agaknya riuh rendah jadinya.

"Arghh! Tak guna betullah!" getus Jaebum sambil menendang pintu bilik dorm Kasyaf.

"Tak apa Bum, aku rasa betul kata Jackson. Dia belum kenal siapa kita, tunggu nanti. Ada ubi ada batas, ada hari kita balas. Dahlah, jom balik dorm. Semak duduk sini lama-lama." Ajak Jinyoung lalu mereka terus bergerak balik ke bilik masing-masing.

🌼🌼🌼

Sementara itu, jam tepat menunjukkan pukul 9 malam. Dari tadi Puan Amiran dan Encik Murshid tak senang duduk dibuatnya. 

Anak dara mereka masih belum pulang. Jika di Malaysia pukul 10 begini anaknya itu sudah masuk tidur. Walaupun bersikap annoying dan tomboi, Am tetap pandai jaga diri sendiri.

"Mana ni bang... lamanya dia keluar. Aduhlah, jangan jadi macam kat lapangan terbang tadi sudahlah." Omel Puan Amiran sambil berkerut dahi. Menunjukkan yang dia betul-betul risau dengan anak tunggal mereka itu.

"Sabarlah Miran, kejap lagi dia balik tu. Dia cucu aku, aku tahulah." Sampuk Puan Suria cuba menenangkan anaknya dari kerisauan yang agak serius. Puan Amiran terus berdengus kasar.

"Mami dengan abang suka sangat manjakan budak tu tau. Mana taknya dia keras kepala!" bidas Puan Amiran. Dia tengah risau mana boleh bersabar, selagi wajah Amsyar Munirah tu tak terjojol depan mata dia memang dia tak boleh nak bersabar.

"Eh! Apa kau ni Miran, aku baru jumpa dia hari ni. Dah kata aku manjakan dia pula. Kamu laki bini yang manjakan dia. Babitkan aku pula," jawab Puan Suria pula sambil menjeling tajam ke arah anak menantunya itu.

Sahlah dia tahu dah perangai Am tu ikut perangai siapa. Mesti maminya yang memang otak gila-gila. Dah tua pun lagak macam orang muda. Tak sedar pula tu, ikat kain batik pun berselerak. Nyaris-nyaris je nak terlondeh. Tergeleng kepala Puan Amiran kenangkan perangai ibunya yang seorang ini.

Puan Amiran mengurut dahinya yang terasa sakit. Pening dia nak menghadap perangai anak dan maminya itu. Encik Murshid pula dari tadi steady je baca surat khabar online

Tiba-tiba suara Am kedengaran sedang bersiul-siul di laman rumah mereka membuatkan Puan Amiran segera bangun dari duduk dan bergegas keluar dari rumah.

"I'm coming home, I'm coming home. Lost the way, I'm coming home..." ewah-wah sedap pula si Am ni bernyanyi-nyanyi ya. Gembira sungguh!

"Amboi-amboi! Baru reti nak balik? Dah malam kamu ke mana Am?" sergah Puan Amira tidak berpuas hati sambil bercekak pinggang di atas tangga. Tanga yang menghubungkan rumah di atas dan laman di bawah. 

"Aduh mama... Memang suka eh buat Am terkena serangan lipas kudung?" seloroh Am sambil memengang dadanya kerana terkejut melihat Puan Amiran di hadapannya.

Dalam banyak-banyak tempat, depan tangga juga Puan Amiran nak berdiri. Dengan bercekak pinggangnya, dengan pakai masker dekat mukanya ditambah pula dengan baju tidur burung kelawar besar gedabak dari badan pula tu. Cukup pakej untuk jadi burung hantu!

"Kamu tu dari mana?" soal Puan Amiran tegas.

"Marah-marah ni nak bawa ke mana ma?" tanya Am sambil tersengih-sengih. Soalan Puan Amiran langsung tidak dijawabnya.

"Kamu balik naik apa? Mana motor nenek? Kenapa balik naik teksi?" bertubi-tubi soalan Puan Amiran membuatkan Am mencebik.

"Mama... kalau mama nak tahu, motor nenek tu dah lama. Dah berkarat, nenek jarang bawa. So bila Am bawa, tiba-tiba motor tu meletup pop pop pop. Nak dipendekkan cerita. Am tinggallah motor tu. Kan habis cerita?" terang Am dengan panjang lebar sambil bergaya seolah-olah dialah pencerita paling hebat di abad ke-21 ini. Siap menyuruh Puan Amiran bayangkan lagi adegan ceritanya tadi.

"APA?"

Comments (1)
goodnovel comment avatar
Shahzlein Sharifah
tetiba prasan bab 8 ni sama dngan Bab 7..ingtkan lain hahah tkpa smbng baca Bab 9 trus lh ni
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status