Share

48

"HOI!" jerkah Kasyaf dengan lantang. Jaebum dan Jinyoung sudah pun melepaskan Am dan mahu melarikan diri.

Habin pula terus menerpa ke arah Jackson mahu menangkap lelaki itu. Manakala Jiwon dan Suho mengejar Jaebum dan Jinyoung yang mahu melarikan diri melalui tingkap.

Kasyaf mendekati Am, matanya membuntang melihatkan Am tidak sedarkan diri dengan pakaian yang koyak rabak. Kasyaf segera membuka baju kemejanya lalu disarungkan ke tubuh Am.

"Am!" Tubuh Am dibaringkan ke atas ribanya sambil menepuk-nepuk wajah gadis itu.

"Am!" Sekali lagi Kasyaf memanggil. Kali ini, tubuh Am digoncang pula. Kasyaf mula hilang arah apabila tangan Am lembik semacam. Dia mengangkat tangan Am untuk merasa nadinya.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status