Share

05

Am segera menghidupkan enjin motornya, dia langsung tak menyangka lelaki yang dilanggarnya tadi adalah seorang manusia yang tak nomal. Bebelan lelaki itu membuatkan semua mata baik si penjalan kaki mahu pun yang menaiki kenderaan memandang ke arah mereka berdua.

"Ha kau nak pergi?" tanya lelaki itu sambil menahan motor skuter Am dari bergerak pergi. Am mengetap bibir bawahnya. Matilah dia kali ni, macam manalah dia boleh terjumpa pula dengan manusia tak normal tu.

"Nak baliklah..." jawab Am selamba membuatkan lelaki tadi menyepetkan matanya yang sememangnya sudah pun sepet.

"Apa? Balik? Habis barang-barang aku siapa nak ganti?" tanya lelaki itu lagi dengan wajah serius. Am memandang ke kiri dan ke kanan.

"Ada nampak aku yang rosakkan barang-barang kau ke? Tak kan? Aku cuma terlanggar kau, jadi barang-barang kau bukan tanggungjawab akulah!" jawab Am lagi tidak mahu bertanggungjawab. Lelaki dihadapannya mula berdecit panjang dan laju tangannya naik memukul topi keledar yang dipakai Am.

"Aku tak kira, kau ganti balik!" bentak lelaki itu dengan tegas. Am mencebik geram.

Sebaik saja lelaki itu leka sesaat, Am terus memecutkan motor skuternya laju ke hadapan sambil ketawa girang kerana berjaya meloloskan diri dari lelaki itu. Pandangannya ditolehkan ke belakang mahu melambai ke arah lelaki itu.

"Jaga-jaga!" jerit lelaki itu namun tidak pula Am dengarkan. Pandangan Am berpaling ke hadapan semula dan matanya dibesarkan.

Brek!

Bam!

"Tak guna!" letus Am kerana geram. Kini dia terguling jatuh dari motor skuter neneknya itu kerana nyaris-nyaris saja nak terlanggar lori yang lalu bertentangan dengan laluannya.

Lelaki tadi berlari untuk mendapatkan Am yang sudah merangkak ke bahu jalan. Nasib baik Am sempat melompat dari motor skuter tu sebelum motornya terlanggar lori tersebut.

"Hampeh punya motor! Brek tak makan! Siut je! Patut aku boleh terlanggar mamat sewel tu." Terjuih bibir Am membebel seorang diri.

"Kau okey tak?" soal lelaki yang digelarkan Am sebagai mamat sewel. Am menepis tangan lelaki itu yang cuba mahu melihat luka di tangannya.

"Jangan sentuhlah!" marah Am dengan lantang membuatkan lelaki itu perlahan-lahan menarik tangannya semula.

"Budak! You bawa motor macam mana? Ini siapa nak ganti lori saya sudah kemik!" sergah pemandu lori yang sudah bercekak pinggang sambil membebel di hadapan Am.

"Apa kemik-kemik? Motor saya jatuh bawah, bukan jatuh atas!" jawab Am tidak berpuas hati. Lori itu memang sudah tersedia kemik, nak salahkan dia pula. Am menjeling tajam ke arah pemandu lori itu.

"Tak apalah ahjusi, dia pun cedera juga. Janganlah minta ganti rugi, kami pelajar sekolah lagi." Sampuk lelaki tadi cuba membantu Am.

Mata Am terus memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Mana lelaki itu tahu dia masih bersekolah? Bulu roma Am sudah meremang keseraman. Lelaki itu ada kuasa sihir ke apa sampai tahu dia masih bersekolah?

"Tak apalah. Lain kali you bawa motor elok-elok. Bahaya, lesen pun belum tentu ada lagi jadi jangan bawa masuk jalan orang. Jumpa polis nanti terus disenarai hitamkan tak boleh ambil lesen terus, baru you tahu!" Tegur pemandu lori itu sambil menarik keluar motor skuter Am yang berada di bawah lorinya. Namun, motor itu sudah pun punah.

"Okey ahjusi, thank you ahjusi." ucap lelaki itu sambil memberikan tunduk hormat. Setelah lori itu pergi, Am yang dari tadi hanya mendiamkan diri mula ditanya oleh lelaki itu.

"Aku Kasyaf Safwan. Panggil aku Syaf. Kau siapa? Dari mana kau datang?" Kasyaf memperkenalkan namanya kepada Am. Am mula mengerutkan dahi cuba mengingati sesuatu. Macam dia pernah dengar nama lelaki itu tetapi, di mana?

"Aku tak tanya nama kau pun, asal bagitahu aku?" tanya Am kehairanan sambil dahi masih berkerut. Wajah Kasyaf cuba diamati dan apabila sudah puas menilik. Barulah Am tersedar, lelaki itu rupanya adalah lelaki yang sama dia bergaduh di lapangan terbang pagi tadi!

"Nak suruh kau ingat, hutang kau dengan aku belum bayar lagi." Jawab lelaki itu selamba membuatkan Am mula berdecit geram.

"Aku hutang kau apa? Mangkuk hayunlah kau ni, aku tak kenal kau siapa tiba-tiba datang cakap aku berhutang bagai. Kau ni memang tak ada kerja lain ke?" omel Am walaupun sedang menahan sakit di tangan dan kakinya. Sempat lagi dia membebel kegeraman di situ.

Am segera bangun mahu meninggalkan kawasan tersebut. Sebelum lelaki itu tahu dia siapa. Naya! Kalau lelaki itu perasan mereka adalah orang yang sama bergaduh pagi tadi.

"Kau dah langgar aku! Kau biarkan barang-barang aku hancur! Kau tanya aku hutang apa? Kau ni memang buta ke buat-buat buta! Aduh! Ni nak pergi klinik ke tak? Hoi nak pergi mana?" jawab Kasyaf diakhiri dengan pertanyaan apabila melihat Am sudah menjengket laju mahu beredar dari situ.

"YAHHH!" tanpa menunggu sebarang jawapan daripada Am. Kasyaf terus mendekati Am lalu menarik tangan gadis itu. "Kau nak pergi mana?" soal Kasyaf tidak berpuas hati.

Kepala Am yang masih memakai topi keledar terus menunduk ke bawah. Tidak berani mahu melihat wajah lelaki itu. Bibir bawah diketap geram. Kenapalah lelaki ini suka sangat muncul dalam hidupnya? Sudah dua kali mereka bertemu dan kali ni jika lelaki itu tahu siapa dirinya masaklah jawabnya!

Disebabkan Am langsung tidak menjawab soalan Kasyaf. Lelaki itu terus menarik tangan kiri Am meletakkan tangan itu ke bahunya. Am yang terkejut terus menolak Kasyaf sehingga terjatuh.

"Aduh! Kau ni dah gila ke apa?" tanya Kasyaf yang nyaris-nyaris nak terjatuh ke jalan raya kerana Am menolaknya agak kuat.

"Kau tu yang gila! Nak bawa aku pergi mana?" jerkah Am sambil merenung tajam ke arah Kasyaf.

"Aku nak bawa kau pergi klinik depan tu ha! Takkan nak biar je luka kau tu? Aduh orang dah tolong pun banyak songeh. Nanti aku biar kau mati katak kena langgar baru kau tahu!" Kasyaf menjeling tajam sambil mulutnya masih terkumat-kamit membebel sendirian.

"Tak payah baik hati sangatlah! Nanti kau suruh aku bayar pula pertolongan yang kau bagi tu. Eee tak kuasalah aku!" bidas Am main serkap jarang sambil jalan terhincut-hincut ke arah motor skuter neneknya semula.

Am cuba menghidupkan enjin motor tersebut dan berjaya dihidupkan. Am tersenyum puas, walaupun kemalangan berlaku secara mengejut dan motor tu pun sudah separuh punah, tetapi Am tak menyangka motor itu masih boleh berfungsi. Am mula menaiki motor skuternya itu.

Tangan Am sudah sedia untuk memulaskan minyak, sebaik saja motor itu bergerak. Am merasa motor itu tiba-tiba berat semacam. Am menoleh ke belakang dan terkejut besar.

"Hoi!" jerkah Am.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status