Share

06

Am berhentikan semula motorsikal itu. "Apasal kau naik motor aku?" tanya Am separuh menjerit tidak puas hati.

"Aku dah lambat ni! Cepat jalan!" arah Kasyaf tanpa ada rasa mahu turun dari motor itu.

"Kau ingat ni motor bapak kau ke? Nak main arah-arah aku pula!" soal Am diakhiri dengan nada meninggi. Kecil besar kecil besar je dia tengok lelaki yang membonceng motornya itu. Nasib baik kaki dia sakit, kalau tidak dah lama dia bagi sepakan ribut taufannya.

"Aish. Masalahlah kau ni. Turun!" marah Kasyaf pula dan Am pun turun dengan lurus bendulnya dari motor tersebut.

Sebaik saja Am turun dari motor, Kasyaf terus bergerak ke depan dan menyuruh Am naik semula. Tetapi, kali ni Am pula yang perlu membonceng motor tersebut.

"Hoi! Ni motor aku, kau yang turun!" marah Am sambil menendang perlahan kaki Kasyaf.

"Nak naik ke tak nak? Tak nak aku tinggal," jawab Kasyaf tanpa sekelumit pun rasa malu. Am menjeling sebelum dia naik membonceng motor di belakang Kasyaf.

Sepanjang perjalanan, Kasyaf dan Am hanya mendiamkan diri. Am hanya duduk membonceng dalam keadaan bosan. Pandangan kosong dilempar ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba pergerakan mereka berubah seolah-olah sedang menaiki kuda.

"Weh! Asal dengan motor kau ni?" tanya Kasyaf yang cuba mengawal motor itu dari terus beraksi seperti kuda berlari di atas jalan raya.

"Manalah aku tahu, kau yang bawa kan? Dah! Dah! Berhenti tepi cepat!" arah Am lalu turun dari motor sebaik saja Kasyaf berhenti di tepi jalan. Dalam waktu yang sama mereka tercium bau asap dari enjin motor.

Tupp! tupp!

Bunyi meletup dari enjin motor membuatkan Kasyaf terus melompat mendekati Am. Kini Kasyaf dan Am tergolek jatuh ke tepi jalan. Mereka saling berpandangan dan Am terus menolak Kasyaf dengan kasar.

"Kau ingat aku gay ke apa?" marah Am walhal dalam hati sudah berdetak tidak tentu arah. Kasyaf yang cuba melindunginya tadi benar-benar membuatkan jantung Am tidak henti menari sendirian.

"Sorry-sorry," ucap Kasyaf sambil bangun menjauhi Am. Kalaulah orang ramai melihat ke arah mereka sah kata mereka berdua gay! Yalah, Kasyaf lelaki dan Am pula perempuan yang berpakaian lelaki. Manakan tidak orang akan fikir mereka gay?

"Apa kau buat dengan motor aku ni? Kau tahu tak ni motor nenek aku? Mampuslah aku macam ni arghhhh! Motor ni dah terbakar, siapa nak ganti ha?" jerit Am dengan kuat sambip tangan laju menumbuk bahu Kasyaf. Setelah itu, dia mula menyerabutkan rambutnya sendiri. Stress dengan kejadian yang baru saja menimpa diri.

"Kau yang berat sangat mengalahkan gajah hutan, ada hati nak salahkan aku pula," jawab Kasyaf sambil melarikan pandangannya ke arah lain.

"Mwo? mwolago haess-eo? - (Apa? Kau cakap apa?)" Am memandang tajam ke arah Kasyaf. Terkejut mendengarkan kata-kata lelaki itu. Langsung tidak padan dengan wajah kacaknya, mulut juga sama macam puaka! Namun, lelaki itu langsung tidak hiraukan pandangan Am.

"Yah! Kau tunggu!" jerit Am lalu mengejar Kasyaf yang laju melarikan diri dari situ. Kaki yang sakit dia hiraukan, semuanya kerana geram dengan Kasyaf yang mulut boleh tahan tak ada insurans.

Aksi kejar mengejar itu berakhir dengan Kasyaf berhenti terlebih dahulu dan menghilangkan dirinya dari pandangan Am.

"Tak guna! Menyusahkan aku je, tunggulah kalau aku jumpa kau lagi memang teruk aku tinju kau." Rungut Am sambil tercugap-cugap kerana penat berlari. Pandangannya melirik ke sekeliling.

"Aduh! Dahlah aku baru je sampai Korea ni ha. Rumah nenek kat mana pun aku tak ingat. Haaaaa! Tak guna!" getus Am dengan kuat diakhiri dengan menendang tiang lampu yang ada di sisinya. Dia terlupa pula kakinya sakit terus melompat menahan sakit.

"Erghh!" gerutu Am. Pandangan orang awam dia hiraukan. Hatinya lebih sakit jika hendak dibandingkan dengan pandangan mereka semua.

Akhirnya, Am melangkah mendekati tepi jalan raya untuk menahan sebuah teksi yang lalu di kawasan itu. Sebuah teksi berhenti membuktikan Am berjaya menahan teksi tersebut. Walaupun hari itu adalah hari pertama dia berada di Korea, jangan pandang dia sebelah mata. Hanya kerana dia budak baru nak belajar!

"Saya nak ke villa Yun-dong." Pinta Am lalu menutup pintu teksi tersebut. Pemandu teksi hanya mengangguk lalu menggerakkan teksinya laju ke tengah jalan raya.

🌼🌼🌼

Sementara itu, Kasyaf yang tadinya menyorok di sebalik tanaman bunga di kawasan dia menghilangkan diri dari pandangan Am tadi hanya menghembuskan nafas lega sambil mengusutkan rambutnya sendiri. Kalau dia biarkan lelaki gila tadi mengejarnya, silap hari bulan boleh masuk icu terus dibuatnya.

Sudahlah dia lambat nak kena balik ke asrama. Kalaulah lelaki gila tu tak kejar dia dah pasti dia selamat sampai di asrama tepat pada waktunya.

Kasyaf segera bergerak untuk pulang ke asrama sambil menilik jam di tangan kanannya.

"Matilah aku macam ni. Tak guna betullah budak tadi, apasalah aku boleh terjumpa dengan dia? Kalau aku kena tazkirah dengan warden mampus aku!" bebelan demi bebelan dilontarkan kepada dirinya sendiri. Kasyaf memang begitu, seorang yang sangat kuat membebel.

Akhirnya, dia juga menahan sebuah teksi untuk pulang ke asrama secepat yang mungkin.

Setibanya Kasyaf di asrama, langkahnya persis seorang pencuri yang hendak masuk ke dalam kawasan pagar asrama. Baru saja dia mahu melarikan diri masuk ke bilik. Satu suara menengurnya. Buatkan Kasyaf memejamkan mata. Dia tertangkap juga.

"sin-ibsaeng! eodi gass-eo? - (Pelajar baru! Kamu pergi ke mana?)" soal seorang lelaki yang dikenali sebagai warden asrama tersebut. Mr. Jongkook. Ramai pelajar gelarkan dia singa jantan. Sekali dia mengaum, habis semua pengsan.

Bukan apa, bau ketiak Mr. Jongkook lebih menyengat dari mulutnya. Dittambah pula dengan bau mulutnya yang macam longkang tak pernah cuci bertahun-tahun.

"Annyeonghaseyo seonsaengnim - (selamat tengah hari cikgu)" sapa Kasyaf  acah-acah ramah. Padahal tengah cari peluang nak melarikan diri dari situ. Baru separuh hari dia tinggal di asrama. Muka Mr. Jongkook lah yang paling dia cuba elakkan untuk bertemu. Rata-rata pelajar di asrama itu telah memberi peringatan kepadanya agar jangan terserempak dengan warden tersebut kalau tak mahu termuntah pelangi.

"Kamu ke mana? Jam dah pukul 4 petang, tengah hari apa?" Mr. Jongkook melirik ke arah jam di tangannya setelah itu dia membetulkan cermin mata bulat yang tersarung di muka pula.

Badan sado tapi gaya macam seorang nerd. Suara pula ala-ala makcik bawang terakhir membuatkan Kasyaf tersenyum sumbing di hadapan Mr. Jongkook.

"Saya keluar beli barang," jawab Kasyaf acuh tidak acuh sambil matanya melilau mencari jalan untuk melarikan diri.

"Pelajar ta-"

"Aduh!"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status