Share

03

"Aish Am ni buat malu mama dengan baba ajelah!" rungut Puan Amiran yang kini berada di dalam teksi bersama-sama dengan anak dan suaminya.

"Ala ma... budak tu yang cari pasal dulu tau, dia yang main tunding-tunding jari dekat Am!" cebik Am lalu memeluk tubuhnya sendiri. Inilah perkara yang paling Amsyar Munirah tidak suka! Segala kesalahan orang lain, Puan Amiran suka menyalahkan dirinya seorang saja.

"Ya memang budak tu yang cari pasal dulu, tapi Am tak sepatutnya buat dia macam tu tau! Dia tu pelajar pertukaran dari Malaysia dan dia tu lelaki! Am tu pula perempuan, jagalah sikit perangai tu Am. Kita baru je sampai Korea. Hormatlah orang sikit. Peninglah kepala mama macam ni. Nasib baiklah pengawal keselamatan tu terima budi bicara mama dan budak tu pun terima permohonan maaf Am. Kalau tak? Dah lama Am kena hantar balik ke Malaysia tau!" bebel Puan Amiran panjang menjela.

Am pula sudah lali dibeleteri begitu. Wajah bosannya dipamerkan. Malas hendak mendengar bebelan Puan Amiran.

"Sudahlah tu sayang, Am ada dengan kita kan sekarang? Lagipun kita nak pergi ke rumah mami ni tak payahlah marah-marah lagi." pujuk Encik Murshid yang sedang duduk di bahagian hadapan sebelah tempat duduk pemandu.

"Taklah abang, Am ni kalau tak dibebelkan tak dinasihatkan dan tak dimarahkan. Dia masih buat perangai buruk dia dekat sini. Saya penatlah macam ni, kalau mami tahu perangai cucu dia macam ni apalah saya nak jawab nanti." rungut Puan Amiran diakhiri dengan keluhan kasar. Jelingan mata diberikan kepada Am.

"Ma... tak baik tau mengeluh sebab dapat anak macam Am ni. Mama sepatutnya bangga, anak mama ni pandai berlawan. Kalau apa-apa jadi senang, sekali belasah je terus masuk icu." Omel Am pula membuatkan Puan Amiran menjegilkan matanya ke arah Am. Tidak semena-menanya pinggang Am dicubit geram.

"Banyaklah kamu!"

"Ouch! Mama! Sakit sakit! Baba! Help meh baba!" rintih Am dengan kuat sambil memanggil Encik Murshid meminta simpati.

"Sudahlah tu sayang, kita dah nak sampai dah pun ni." Encik Murshid cuba meleraikan pertengkaran anak dan isterinya itu.

Akhirnya mereka tiba di sebuah villa yang terletak tidak jauh dari bandar Seoul. Rumah yang berada di atas bukit itu menyapa mata Am yang tidak sabar hendak terjun dari kenderaan dan melompat naik ke rumah nenek kesayangannya itu.

Sebaik saja teksi berhenti dari terus bergerak, Am membuka pintu teksi lalu dia melompat turun dengan segera. Langkahnya laju meninggalkan kawasan laman rumah neneknya menuju ke tangga.

"Hello! Anybody home!" jerit Am apabila pintu rumah itu tidak dapat dibuka. Sekali lagi Puan Amiran menggelengkan kepala dengan sikap anak perempuannya yang langsung tak nampak macam seorang perempuan.

"NENEKKK! WHERE ARE YOU!" jerit Am dengan nada yang boleh membuatkan Puan Amiran dan Encik Murshid terkena serangan jantung secara tiba-tiba.

"Am! Yang terjerit-jerit tu dah kenapa?" laung Puan Amiran dari laman di bawah. Am langsung tidak mengendahkan laungan Puan Amiran sebaliknya dia cuba merempuh pintu rumah pula.

Pak! Pak! Pak!

"Arghhh! Mamama! Ada nenek kebayan!" jerit Am sambil terlompat-lompat di hadapan seorang wanita tua yang sedang memengang penyapu lalu memukul kaki Am berkali-kali.

"Mami!" jerit Puan Amiran yang bergegas menaiki tangga apabila terdengar jeritan Am.

"Berani kau nak mencuri dalam rumah aku ya? Mari sini kau, aku nak bawa ke balai polis." Tangan Am ditarik wanita tua itu secara paksa untuk dibawa ke balai polis. Namun, belum sempat dia menurun ke laman Puan Amiran terlebih dahulu menahan.

"Mami! Nak bawa ke balai polis buat apa?" soal Puan Amiran yang terkejut mendengarkan kenyataan wanita tua itu.

"Eh Miran! Bila kau sampai?" soalan dibalas dengan soalan oleh wanita tua itu yang dikenali sebagai Puan Suria Imani. Mami kepada Puan Amiran.

"Baru je sampai mami, beg pun abang Murshid tak bawa naik lagi." Jawab Puan Amiran. Keadaan mula reda seketika kerana Puan Suria tidak ingat perilaku Am sebentar tadi.

"Ha marilah masuk. Panggil laki kau tu naik sekali." Ajak Puan Suria namun sebaik saja dia melihat ke arah Am semula terus suasana kembali riuh rendah.

"Ha ha ha! Budak pencuri ni, jom pergi balai polis." Tegas Puan Suria sambil menarik-narik tangan Am semula agar mengikutinya.

"Nenek! Nenek! Ni Am nek! Tolong! Am tak berdosa nek! Am masih suci, tak ada niat nak mencuri nek!" jerit Am separuh nyawa membuatkan Puan Suria menarik sedikit cermin mata yang dipakainya untuk dilihat dengan lebih jelas wajah cucunya itu.

"Suara macamku kenal, tapi siapa ya? Eh tak ada, kau nak mencuri dalam rumah aku kan. Jom ke balai cepat. Bukan boleh bagi muka kau ni, esok habis harta benda aku kau curi!" kata Puan Suria lagi dengan penuh bergaya mahu mengheret seorang persalah ke balai polis.

"Mami! Mami! Ni Munirah mami." Tegas Puan Amiran pula sambil menarik lengan Am agar mendekatinya membuatkan perlakuan Puan Suria terhenti seketika.

"Siapa dia Miran?" tanya Puan Suria sekali lagi.

"Ni anak Miran, Munirah!" tegas Puan Amiran sekali lagi dan barulah Puan Suria mengangguk tanda mengerti. Ditariknya Am mendekatinya lalu dipeluknya erat.

"Besar dah cucu aku ya?" tanya Puan Suria dan Am hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk di hadapannya. Namun dari senyuman yang terukir berubah kepada wajah garang.

"Berani kau nak mencuri dalam rumah nenek sendiri ya?" sekali lagi punggung Am di pukul oleh Puan Suria dengan penyapu.

"Ouch nek! Sakitlah!" jerit Am sambil terlompat-lompat macam monyet di situ.

"Sudahlah mami... jom kita masuk dulu. Riuh rendah dekat sini, malu jiran-jiran tengok. Hilang diva mami nanti." sampuk Encik Murshid yang dari tadi bertungkus lumus membawa naik kesemua beg pakaian keluarganya itu.

"Betul cakap baba tu nek! Hilang gojes nenek orang sekeliling tengok nenek macam nenek kebayan tadi." kata Am pula membuatkan Puan Amiran menjelingnya tajam. Sempat lagi Am mahu bergurau kasar dengan neneknya.

"Hihi...." Am hanya ketawa dan tersengih-sengih saja melihat dirinya dijeling. Puan Amiran segera menarik lengan Am lalu cubitan ketamnya mula menyengat pinggang Am.

"OUCHHH!"

🌼🌼🌼

"Ini bilik kau, selamat datang ke Shin High School. Selamat menuntut ilmu. Nama aku, Suho." Seorang pelajar lelaki seusia Kasyaf Safwan memberikan salam perkenalannya.

"Kasyaf Safwan." Hanya sepatah Kasyaf menjawab. Tangan mereka berjabat beberapa saat lalu dileraikan oleh Kasyaf.

"Siapa rakan sebilik aku?" tanya Kasyaf pula apabila bilik yang baru saja dia masuki itu kelihatan suram dan tidak bermaya. Seolah-olah tiada penghuni yang menghuni bilik tersebut.

"Ah! Bilik ni memang kosong sebab bilik khas untuk pelajar pertukaran. Memandangkan kali ni kau seorang saja pelajar pertukaran, jadi bilik ni seratus peratus milik kau." Jawab Suho dengan senyuman bangga terukir di bibir.

"Okeylah kalau macam tu, thanks bro." Bahu Suho ditepuk perlahan lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Suho pula langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Senyuman masih terukir dan pandangan mata pula tak lepas dari memandang Kasyaf.

"Ada apa-apa lagi ke?" soal Kasyaf yang perasan dengan kelakuan Suho itu.

"Tak ada apa-apa, kalau macam tu aku keluar dulu. Ada apa-apa panggil je aku sebab bilik aku dekat sebelah ni je."

Kasyaf hanya mengangguk perlahan sambil menghantat Suho keluar dari bilik itu dengan pandangan kosong. Beg baju yang masih tersangkut di bahu terus dia campak ke atas katil. Cermin solek yang berada di sisi katil dilihat untuk membelek wajahnya.

Lebam di wajah cuba disentuh. Sakit bukan main kepalang apabila lebam itu diperolehi dari seorang lelaki yang terlanggar dia ketika di lapangan terbang tadi pagi.

"Aish! Tak guna betullah mamat tu, habis muka aku calar-balar. Hari pertama jejak kaki dekat sini dah macam-macam bala datang."

Beg baju yang dicampak tadi ditarik kembali lalu bahagian zip kecil dibuka. Plaster yang dibeli ketika berada di lapangan terbang tadi dikeluarkan lalu ditampal ke wajah untuk menutupi lebam yang ada.

"Kalau aku jumpa lagi mamat tu, tunggulah pula nasib kau. Ada ubi ada batas, ada hari aku pula libas!" Begitu tekad dan yakin Kasyaf berkata sambil membelek semula wajah dalam cermin.

 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status