Share

02

KOREA SELATAN.

"Akhirnya!" turun saja dari pesawat Korean Air, Am terus mendepakan tangannya lalu menghirup udara segar melalui rongga hidung yang sejak tadi kembang kempis dengan sendiri.

Namun tidak lama selepas itu, dia terbatuk kerana bukan udara segar yang di sedut sebaliknya habuk dari jalan tar lapangan terbang itu. Encik Murshid dan Puan Amiran tergeleng kepala melihat Am sedang memengang tengkuknya seolah-olah sedang tercekik sesuatu. Memamg kuat berdrama anak mereka ini.

"Baba! Tolong Am...." Pinta Am dengan suara yang tersekat-sekat namun, tangannya segera ditarik oleh Puan Amiran.

"Jangan buat malu mama dengan baba dekat sini. Dah jom masuk." Kata Puan Amiran sambil menepuk bahu Am dengan perlahan. Setelah itu, Am hanya menurut langkah Puan Amiran dan Encik Murshid masuk ke dalam bangunan. Drama yang baru saja hendak dilakonkan tidak menjadi apabila Puan Amiran terlebih dahulu melarangnya.

Setibanya mereka di dalam bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, South Korea. Am mula berjalan mengepik kaki sendiri seperti ketam sepit. Puan Amiran yang melihat keadaan anak perempuannya begitu mula menengur.

"Ni dah kenapa pula ni?" soal Puan Amiran sambil merenung Am dari atas sehingga ke bawah.

Am yang memakai seluar jeans pendek separas lutut dan berbaju t-shirt ungu berserta jaket denim tebal hanya terkinja-kinja di hadapan Puan Amiran yang sudah menjegilkan mata ke arahnya.

Am menanggalkan cermin mata hitam lalu letak di atas topi berjenama nike yang dipakainya. Kasut sneaker berwarna hitam turut tersarung elok di kaki. Pakaian sudah smart tapi spoil pula tang terkepik-kepik tu.

"Am nak terkucillah mamih...." gaya gedik Am mula terserlah disertai dengan loghat orang putih campur melayunya itu.

"Alahai budak ni, dah cepat pergi tandas sana." Arah Puan Amiran lalu menolak tubuh Am menjauhinya. Tergeleng kepala Puan Amiran dengan perangai Am yang langsung tidak kenal erti malu itu apa. Am seorang saja sudah membuatkan Puan Amiran sakit kepala. Apatah lagi jika sepuluh orang manusia dengan ragam yang serupa.

"Ha, mana Am?" tanya Encik Murshid yang kembali semula kepada isterinya setelah mengambil beg pakaian mereka. Puan Amiran menjuihkan bibir ke arah papan tandas menandakan anak tunggal mereka berada di sana.

Encik Murshid hanya mengangguk sebagai tanda mengerti. "Kalau macam tu, kita duduk dululah." Ajak Encik Murshid lalu tangan isterinya digenggan kemas. Akhirnya, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke bangku untuk menunggu Am keluar dari tandas.

🌼🌼🌼

Sementara itu, Am yang berada di tandas segera keluar dari bilik tandas menuju ke singki. Ketika itu, ramai orang yang memandangnya dengan pandangan pelik membuatkan Am mula mengerutkan dahinya sendiri. Hairan juga, dia terlalu handsome ke sampaikan semua wanita dari pelbagai peringkat umur di dalam tandas itu asyik memerhatikan dirinya.

"Hello ladies!" kata Am tanpa segan silu menyebabkan kesemua orang yang berada di dalam tandas itu menjerit nyaring lalu berlari keluar dari tandas. Am pula hanya memerhatikan mereka dengan mulut yang dimuncungkan.

"Asal dia orang ni? Aish." Am mencuci tangannya disingki sambil menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak perasan yang mereka semua menjerit bagai nak gila kerana tersalah sangka dia adalah seorang lelaki.

Sebaik saja Am keluar dari tandas sambil menepuk-nepuk tangannya untuk mengeringkan air yang tersisa. Tubuhnya dilanggar oleh seseorang menyebabkan mereka berdua terus terjatuh ke lantai.

"Hoi buta ke!" herdik lelaki yang terlanggar Am tadi. Am pula terus menyepetkan matanya ke arah lelaki itu.

"Siapa yang buta ni? Aku ke kau? Halah halah! Cakap melayu pula tu. Eh! Orang melayu ke?" marah Am dengan nada menyampah tetapi nadanya berubah tanda tanya pula selepas mendengarkan lelaki itu berbahasa melayu dengannya.

Lelaki itu segera membuang habuk yang terlekat di jaket hoodienya sebelum dia bingkas bangun.

"Kau sibuk sangat nak tahu kenapa? Dahlah jalan tak pandang kiri kanan. Aku buat aduan nanti baru kau tahu!" ugut lelaki itu sambil menunding jari ke arah Am.

"Aih... semaklah kau ni! Dia yang langgar kita, dia pula yang nak buat aduan. Rabun agaknya!" rungut Am lalu dia menepis jari lelaki itu agar menjauhi batang hidungnya. Namun, lelaki itu tetap berdegil lalu jari telunjuknya dihalakan ke arah wajah Am semula.

"Aish! Okey! Fine! Jangan salahkan aku!" Am terus menarik jari telunjuk lelaki itu lalu dikepakkannya ke belakang. Tangan lelaki itu ditarik lalu dipulas sebelum dia menolak lelaki itu tersembam ke lantai semula.

"Kurang ajar!" jerit lelaki itu, tidak berpuas hati dengan serangan yang diberikan oleh Am tadi.

"Aku dah kata jangan salahkan aku! Sakit ke? Opps sorrylah." Sengaja Am meletakkan tangannya ke mulut yang sudah memuncung. Mahu melihat lelaki itu bertambah berang dengan dirinya.

Senyuman sinis Am berikan lantas menepuk-nepuk tangannya dengan kuat sambil membuka langkah meninggalkan lelaki itu di situ. Am mendekati Puan Amiran yang sedang menunggunya.

"Apa yang lambat sangat dalam tandas tu? Berapa dia orang semua bayar Am buat tandas?" perli Puan Amiran sambil merenung tajam ke arah Am manakala tuan empunya badan hanya berdecit kecil.

"10 juta ma... tengok ni tangan Am dah merah-merah... uuuu... sakit ma." Rengek Am tanpa rasa malu walaupun umurnya sudah dikategorikan sebagai remaja. Namun, sikapnya tetap sama dari kecil sampailah ke besar tak pernah nak berubah. Mana tidaknya Puan Amiran sakit kepala dengan dirinya.

"Dah dah... cepat, teksi dah lama tunggu." Ajak Puan Amiran kerana tidak mahu melayan kerenah Am. Bukannya dia tidak tahu tahap mengada Am mengalahkan budak kecil. Kalau dilayan makin mengada jawabnya.

Am terus mempamerkan wajah bosan di belakang Puan Amiran lantas langkah kaki  mengekori ke mana ibunya pergi.

Sebaik saja Am tiba di luar lapangan terbang. Kedua-dua tangannya terus ditarik oleh pengawal-pengawal yang bertugas lalu tangannya dilipatkan ke belakang secara paksa bahkan kedua-dua pengelangan tangannya turut digari oleh mereka. Ah sudah! Apa pula yang berlaku, Am cuba melepaskan diri tetapi langsung tidak berjaya.

"Eh! Lepaslah! Mamamamamama tolong Am!" jerit Am terpekik terlolong di situ kerana terkejut pengawal-pengawal tadi menangkapnya dan memperlakukannya seperti penjenayah. Mana tidaknya, mereka menyembamkan muka Am ke cermin teksi untuk mengelakkan diri Am melepaskan diri.

"Encik! Kenapa ni?" soal Puan Amiran terkejut melihat Am diperlakukan sebegitu oleh pengawal-pengawal tersebut.

Encik Murshid juga datang ke arah mereka dengan reaksi terkejut. "Eh! Nak bawa anak saya ke mana ni?" tanya Puan Amiran dalam bahasa Korea.

Puan Amiran yang sememangnya berasal dari Korea Selatan telah berkahwin dengan suaminya iaitu Encik Murshid yang berasal dari Malaysia. Am dilahirkan di Korea namun, mendapat kerakyatan negara Malaysia kerana dia membesar dan bersekolah di Malaysia.

"Abang...." Puan Amiran terkedu apabila pengawal-pengawal itu mahu menghantar Am ke bilik kuarantin untuk disoal siasat.

"Takpe takpe. Jom kita ke sana dulu. Tengok kenapa mereka nak tahan anak kita. Dah jangan risau, tak ada apa-apa tu." Pujuk Encik Murshid yang kelihatan agak tenang berbanding Puan Amiran.

Akhirnya, mereka tidak jadi menaiki teksi gara-gara Am di tahan di bilik kuarantin untuk disoal siasat.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status