Share

AKU MILIKMU[BAHASA MALAYSIA]
AKU MILIKMU[BAHASA MALAYSIA]
Author: Emmily Rose

AM-1

PAGI subuh yang dingin Megat Danish melemparkan pandangannya di laut yang terbentang luas dengan camar berkicauan segala tekanannya yang dibelengu dijiwa dibawa bersama camar yang berterbangan  itu sudah seminggu dia berada di sini atas urusan kerja dia sudah berputus-asa untuk meneruskan kehidupannya yang tidak tahu di mana silapnya sehingga harini sudah puas dia memberontak kenapa dia tidak seperti orang lain yang hidup bahagia disamping orang tersayang oleh kerana rupa parasnya tua semua perempuan tidak sudi mendapinginya apatah lagi untuk menjadi isterinya 

Megat Danish menghela nafas yang panjang sedang dia berkhayal seorang diri pembantu peribadinya menyapa dirinya dari arah belakang terus mati lamunanya

"Tuan Danish okay ke?"soal Pak Syed ingin kepastian

"Pak Syed terkejut saya,baru nak ambil angin kat sini"

"Maafkan saya tuan,Pak Syed tiada niat nak ganggu tuan Danish pakcik tengok tuan Danish ada masalah je monyok je muka tu ada masalah ke?kalau tuan Danish ada masalah sharela dengan Pak Syed mana tahu Pak Syed boleh bantu"

Megat Danish menghelakan nafasnya yang panjang kalau diikutkan masalahnya tidak boleh terungkap dengan kata-kata memang berat sekali masalah yang dihadapinya

"Pak Syed,saya nak tanya sikit boleh?" soal Megat Danish ingin kepastian 

"Tuan Danish nak tanya apa?tanyala Pak Syed tak sabar nak dengar ni"usik Pak Syed sambil menepuk perlahan badannya

"Pak Syed dah lama berkhidmat dengan keluarga saya kan?"soal Megat Danish dengan nada serius

"Haahh,masuk bulan ni dah tujuh tahun Pak Syed berkhidmat dengan keluarga tuan Danish kenapa tuan?"soal Pak Syed dengan hairan

"Pak Syed tahu apa-apa cerita tak?pasal keluarga saya maksud saya keluarga saya pernah menganiaya orang tua ke?kurang ajar dengan orang tua ke?tak pun mama ada buat kesalahan masa mengandungkan saya?"

Pak Syed menelan airliurnya lidahnya kelu untuk menjawab soalan Megat Danish dia pernah berjanji dengan Megat Rizuan ketika dia masih berada di dunia yang fana ini untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara ini terutama isterinya yang sedang sarat mengandungkan Megat Danish

                ~~~FLASHBACK~~~

"Abang,Zu teringin makan buah manggis puas Zu cari kat pasar deret jalan semua tak tempat tak jumpa Zu mengidamla bang"ucap Zuriana dengan sayu sambil mengusap perutnya yang mula memboyot itu

"Sayang teringin makan buah manggis ya?nanti abang carikan abang tengah sibuk uruskan kerja sikit nanti abang nak ambil cuti temankan  sayang bersalin"pujuk Megat Rizuan sambil mengusap lembut umbun-umbun isterinya

"Kalau abang susah sangat nak tolong cari buah manggis tu biar Zu yang cari tak silap belakang rumah kita selang dua rumah ada pokok manggis lagipun dia jiran kita jugak Ana minta dia sikitla"

"Zu,boleh tak bagi abang masa!jangan paksa abang boleh tak?nanti abang carila buah manggis tu sampai nak minta dengan jiran nanti apa pulak dia kata?nanti dia ingat kita tak mampu nak beli pulak!jagalah maruah abang sikit jangan lepas tekak je!"jerkah Megat Rizuan sekuat hati terkejut Zuriana dibuatnya mengalir airmatanya semahu-mahunya

"Apa masalah abang ha!abang boleh tak jangan angkuh dengan kekayaan abang sekarang!semuanya bukan milik kita,ini semua pinjaman semantara kita tak selamanya berada di atas hidup kita ibaratkan roda ada masanya kita akan ke bawah juga kenapa abang benci sangat dengan orang miskin ha!apa salah diorang?abang tak sedar ke?Zu pun macam diorang jugak orang susah abang tak sedar ke ha!"Zuriana melepaskan kemarahan yang terbuku di hatinya lalu beredar meninggalkan suaminya yang masih terpingga-pingga puas hatinya dapat mengajar suaminya tanpa disedarinya Pak Syed mendengar semua perbualan mereka di sebalik pintu ketika ingin memulangkan kunci kereta majikannya dia sudah nekad untuk mencari buah manggis untuk isteri majikannya dia amat kenali sikap panas baran Megat Rizuan 

Pak Syed menghulurkan satu plastik berwarna putih berisi buah manggis ke arah Zuriana yang masih terpingga-pingga dengan kehadiran pemandu peribadinya yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya kalau diikutkan hari ini dia tidak bertugas terus dia menyambut huluran plastik itu lalu membukannya bersinar-sinar matanya melihat isi di dalamnya

"Wahh!!banyaknya buah manggis mana Pak Syed dapat buah ni?"soal Zuriana dengan ceria

"Saya minta kat jiran belakang sikit buah manggis ni saya tahu puan teringin makan buah manggis ni,kebetulan sekarang musim buah manggis memang banyakla kat rumah dia"

"Jiran belakang rumah?"soal Zuriana dengan terkejut

"Pak Syed dengar perbualan saya semalam?"

Pak Syed hanya menganggukkan kepalanya lalu menekur lantai

"Maafkan saya puan,saya terdengar perbualan puan semalam"

"Pak Syed saya tak marah pun terima kasih bagi saya buah ni"balas Zuriana sambil membuka kulit manggis itu lalu disumbatkan ke dalam mulutnya dengan nikmatnya

"Manisnya buah manggis ni mesti baby dalam ni suka terima kasih banyak-banyak Pak Syed cari buah ni untuk saya"puji Zuriana

"Pak Syed saya ada buat cucur udang lebih saya ingat saya nak berikan kat diorang mesti diorang suka kan"Zuriana terus berjalan ke arah dapur untuk meletakkan cucur udang ke dalam tupperware untuk diserahkan kepada mereka

Zuriana seronok berbual dengan seorang wanita yang sudah berusia dia bersimpati melihat nasib anaknya kurang upaya hanya terlantar di tilam di hatinya terdetik kasihan melihat mereka hidup serba kekurangan namun mereka bersyukur dengan nikmat yang diberikan

"Saya minta diri dulu ya,Mek Jah terima kasih bagi saya rasa buah manggis ni kalau Mek kelapangan jemput datangla rumah saya boleh kita berbual lagi"

"Sama-sama Zu,jaga kesihatan Zu Mek doakan semoga dipermudahkan urusan"

Megat Rizuan menggempal penumbuknya dengan geram apabila dia tiba di rumah melihat isterinya tiada di rumah matanya tertancap satu plastik berwarna putih berisi buah manggis makin meluap-meluap dadanya terus dia mengambil plastik berwarna putih itu lalu dibawa bersamanya dia sudah nekad untuk bertemu dengan Mek Jah untuk memulangkan buah manggis itu semula

Zuriana bergegas pulang ke rumah apabila Pak Syed turunkannya di hadapan rumahnya tercengang dia melihat kereta suaminya berada di dalam garaj

"Awalnya dia balik,selalu telefon dulu sebelum balik"ngomel Zuriana sendirian lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya tiba-tiba perutnya memulas terus berlari masuk ke dalam rumahnya menuju ke bilik air

Kenapa hati aku tiba-tiba tak sedap ea?gumam Pak Syed dalam hati kebetulan botol airnya tertinggal di rumah Mek Jah ketika dia menemani Zuriana dia membuat keputusan untuk pergi mengambilnya

"Woii!!orang tua keluar sekarang!" jerkah Megat Rizuan sekuat hati sambil menjinjing buah manggis di tangannya

Mek Jah membuka pintu rumahnya dengan terbatuk-batuk dia baru selesai menguruskan anaknya yang kurang upaya ingin sahaja dia menuju ke dapur dia terdengar jeritan garau di  luar pintu rumahnya terus dia menuju ke arahnya

"Ya encik"balas Mek Jah dengan teragak-agak apabila melihat lelaki di hadapannya dengan wajah yang bengis

Megat Rizuan mencampakkan plastik berwarna putih berisi manggis ke arah Meh Jah terduduk perempuan yang berusia itu dia terpingga-pingga dengan kehadiran lelaki yang sombong itu

"Kau ambil balik buah manggis kau ni!aku tak batakla nak makan buah kau!jangan berani kau muncul lagi kat depan aku faham!!"jerkah Megat Rizuan sekuat hati dadanya berombak kencang menahan kemarahan yamg teramat apabila melihat wajah perempuan yang berusia itu dengan rumah usangnya amat menjengkelkan Megat Rizuan

"Apa salah saya encik?saya beri buah manggis itu pada isteri encik dia teringin nak makan"balas Mek Jah dengan teragak-agak

"Tak payah nak tunjuk baikla orang tua,geli-geleman aku dengar orang macam kau ni mesti ada sebab nak dekatkan diri dengan keluarga aku kan?patutnya orang macam kau dah tiada kat dunia macam-mana umur kau boleh panjang ea orang tua!dengan rumah buruk geli-geleman aku tengok dengan baru busuk lagi!"perli Megat Rizuan dengan sinis sambil menutup hidungnya dengan baju langkah Pak Syed terhenti apabila terdengar suara garau yang amat dikenalinya sedang memarahi seseorang

"Itu suara tuan?kenapa tuan ada dekat sini?"soal Pak Syed sendirian

"Encik marahla saya hinala saya,saya betul-betul minta maaf saya takkan bagi apa-apa lagi kat keluarga encik"

"Makk!!"

"Makk!!"laung anak lelaki Mek Jah dengan suara pelatnya

"Itu anak kau ke?"soal Megat Rizuan sambil memerhati seorang lelaki yang terlantar di tilam dengan air liurnya meleleh

"Apa pengotor sangat anak kau ni?"soal Megat Rizuan dengan sinis

"Anak saya istimewa encik"

"Owhh istimewa?apalah malang sangat nasib anak kau dapat mak orang tua miskin pulak tu"perli Megat Rizuan dengan sinis

Tersentak Pak Syed dan Mek Jah mendengarnya 

"Encik boleh hina saya,boleh maki saya jangan sesekali hina anak saya,saya sedar diri saya orang tua miskin encik tiada hak nak hina keluarga saya!" balas Mek Jah dengan linangan airmata

"Hak?orang tua ni pandai pulak nak bagi tazkirah dengan aku semalam bini aku harini kau pulak!malasla aku nak layan orang tua macam kau ni!" ingin sahaja Megat Rizuan beredar Mek Jah bersuara

"Aku bersumpah salah seorang dari keturunan kau akan terima rupa paras tua macam aku!!baru kau akan sedar apa maksud kehidupan!"terus pintu rumah Mek Jah ditutup dengan kuat

"Sumpah?"

"Ingat zaman batu belah batu bertangkup ke gilalah orang tua tu"perli Megat Rizuan dengan sinis lalu beredar meninggalkan rumah usang itu Pak Syed terkejut dengan kata-kata Mek Jah sebentar tadi

Megat Danish memetik jarinya ke arah Pak Syed sebanyak tiga kali terus mati lamunannya

"Ya tuan Danish"

"Jauhnya Pak Syed mengelamun,saya tanya satu soalan je Pak Syed dah sampai mana dah?"usik Megat Danish

"Itula tiba-tiba Pak Syed berangan pulak kat tepi pantai ni patutla tuan Danish leka duduk kat sini"

"Pak Syed ada tahu apa-apa pasal keluarga saya?"soal Megat Danish keambali 

"Err..tidak sempat Pak Syed menghabiskan ayatnya telefon bimbitnya berdering nyaring tertera nama mamanya terus dia menjawabnya meninggalkan Pak Syed

Fuhh!nasib baik puan penyelamat maafkan Pak Syed tuan Danish akan tiba masanya kamu akan tahu semuanya nanti..gumam Pak Syed dalam hati

*****

TIARA berteleku di pusara arwah ibu dan ayahnya genap tiga bulan mereka meninggalkan dirinya akibat terlibat kemalangan jalan raya semasa ingin mengambil keputusannya di sekolah tinggi hanya dia yang terselamat dalam tragedi ngeri itu kini dia tinggal seorang diri kerana dia tidak mempunyai adik beradik lain dia tinggal bersama makcunya merupakan adik tiri kepada arwah ibunya yang tamakkan harta semua peninggalan arwah ibu-bapanya dia ingin mengambil alih ditentang oleh dirinya dia juga serumah dengan sepupunya Ikhwan anak kepada makcunya makin hari semakin rimas Tiara di rumah dengan mata keranjangnya sepupunya

"Tiara nak keluar kejap!"pinta Tiara dengan tegas

"Kau nak pergi mana ha!kerja kat dapur tu dah siap ke belum nak curi tulang je kerja pergi siapkan kerja tu baru boleh keluar!"arah Salmah dengan tegas lalu melemparkan kain yang dilap meja tadi ke arah muka Tiara

Menggigil tubuh Tiara melihat tindakkan membuat dirinya seperti orang gaji

"Buat jela Tiara kerja rumah tu,sebelum mak aku mengamuk lagi kat kau lagisatu kau jangan nak berangan nak halau kami keluar dari rumah ni sebab rumah ni bakal menjadi milik keluarga aku,dahla aku chaw dulu"pinta Ikhwan dengan sinis dia sengaja mencurahkan teh panas ke lantai terus Tiara bersuara

"Apa kau buat ni Ikhwan?"soal Tiara dengan bengang

"Buat apa?"

"Asal kau tumpahkan air teh kat lantai ha!"jerkah Tiara sekuat hati

"Kau nak tahu sebab apa aku curahkan air teh yang kau buat ni kat lantai?sebab air yang kau buat ni tak sedap tak manis kau ingat aku ni orang tua ke ha!takde deria rasa!"

"Kalau kau rasa aku buat air teh ni tak sedap kau ada tangan ada kaki kan?"soal Tiara dengan sinis

"Lain kali kau buat sendiri air tu,aku pun tiada masa nak layan kaula banyak kerja lain lagi aku nak buat"

"Dah pandai melawan sekarang!" jerkah Ikhwan sambil mencekak leher Tiara rapat ke dinding

"Lepasla sakit"

"Apa kau nak ha?"Tiara meronta-ronta ingin dilepaskan malangnya makin kuat Ikhwan mencengkamnya

"Apa bising-bising ni?"soal Salmah sambil menuruni anak tangga sambil membawa bakul kain di tangannya

"Mama tengok Tiara ni?Ikhwan kata air yang dibuat tak rasa apa?tiba-tiba Tiara merajuk dia curahkan air teh ni kat lantai"

"Kau ni memang tak gu..."tidak sempat Tiara menghabiskan ayatnya satu tamparan hinggap di wajah gebunya melayang dirinya ke belakang bukan calang-calang tamparan di hadiahkan pada dirinya mengalir darah di tepi bibir mungilnya

"Berani kau cakap anak aku tak guna?aku nak tanya kau sejak bila kau pandai melawan cakap aku dengan anak aku ha?"soal Salmah sambil memegang kasar pipi gebunya

"Lepaslah Tiara tu ma,biasalah budak tak matang macamtula perangainya" sampuk Ikhwan acuh tak acuh terus Salmah melepaskan wajahnya dan menunjal kepalanya sebanyak tiga kali

"Tiara tak sangka perangai makcu dengan Ikhwan macamni?kalau Tiara tahu dulu Tiara takkan setuju makcu dengan Ikhwan tinggal dengan Tiara lebih baik Tiara tinggal seorang daripada tinggal dengan manusia bertopengkan manusia!"jerkah Tiara sekuat hati dengan mengalirkan airmatanya semahu-mahunya wajah ibu dan ayahnya berlegar di pelupuk matanya

"Sekarang ni kau rasa menyesal aku dengan Ikhwan tinggal sini?aku nak ingatkan kau lagi sekali yang meninggalkan tu kakak tiri aku jadi aku ada hak atas peninggalan harta dia termasuk rumah ni jugak faham!!" 

"Belajar sikir hormat orang"perli Ikhwan lalu beredar meninggalkan mereka berdua

"Sebelum kau pergi kelas kau cuci baju aku dulu dengan tangan aku ulang sekali lagi cuci dengan tangan faham!kalau baju aku ni rosak siap kau!"Salmah melemparkan bakul kain ke arahnya terhincut-hincut bahunya lalu mengutip baju yang berteraburan di lantai lalu dibawanya ke dalam bilik air

"Ibu kenapa semua benda ni terjadi kat Tiara?"raung Tiara dalam bilik air sambil memberus pakaian makcunya dengan geram

"Kau ingat aku kuli batak kau ke ha!kau dengan anak kau sama je semua ni salah aku,aku yang setuju dia tinggal dengan aku sebelum ni perangai dia tak macamtu kalau aku tahu dari awal macamni sumpah hidup balik aku takkan setuju dia tinggal kat sini"

Selesai dia mencuci pakaian makcunya dia bergegas siapkan diri untuk pergi kolej dengan menaiki bas

Tiara mencapai beg dompetnya bulat matanya melihat dompetnya tinggal Rm10 ringgit di dalamnya

"Mana pergi duit aku yang lain?"soal Tiara sendirian sambil tercari-cari di celah-celah dompetnya malangnya masih tiada

"Macam-mana aku nak pergi klinik?dengan tambang bas lagi mana cukup sepuluh ringgit ni mesti kerja makcu tak guna betul!mesti dia takut aku buat report polis pasal dia dera aku"

"Lagipun melecur kat tangan aku yang makcu buat haritu dah reda sikit walauapa pun terjadi aku akan cari jalan halau diorang dari rumah aku!"

"Mama kalau Tiara buat report polis macam-mana?pasal kita selalu buli dia?"soal Ikhwan ingin kepastian

"Tiara takkan berani punya!mama tahula apa yang mama buat jangan risaula mama nak tengok berapa lama dia boleh bertahan serumah dengan kita"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status