Share

AM-6

MEGAT DANISH melangkah longlai apabila pintu lift terbuka di tingkat atas dia memerhatikan orang lalu-lalang dari bawah kini dia berada di atas bangunan Hospital kebetulan angin sepoi-sepoi meniup anak rambutnya lalu dia menyisir anak rambutnya ke belakang dia teringat kembali kata-kata doktor yang telah memeriksa dirinya sebentar tadi dia telah disahkan alahan pada makanan dan kulitnya gatal-gatal disebabkan terdedah pada sinaran matahari ini menyebabkan kulitnyq merah- kemerahan ini tidak masuk akal apa yang dikata oleh doktor itu makanan apa yang boleh menjadi kulitnya sebegini?darahnya meluap-luap mendengar jawapan yang keluar dari mulut doktor itu hari ini adalah hari amat menyakitkan hatinya

"Arghh!!semua doktor penipu"jerit Megat Danish sekuat hati untuk menghilangkan kemarahannya yang teramat

"Kenapa semua orang tak tahu penyakit aku ha!ini bukan alahan makananla kalau iya pun aku salah makan tiada sampai teruk macamni kulit aku?orang lain pun alahan juga diorang boleh sembuh!kenapa penyakit aku tak boleh sembuh ha!kenapa dah bertahun-tahun aku cari penawar semuanya tak menjadi?"

"Semua orang hina aku?semua takut dengan aku!"

"Aku benci nak hidup lagi!aku dah puas bersabar dengan semua orang!aku pekakkan telinga aku bila orang hina rupa aku sampai kawan baik aku sendiri tergamak hina rupa aku!!mama maafkan Danish pasal keadaan Danish mama malu nak berdepan dengan semua orang pasal Danish jugak mama bersusah-payah cari penawarnya baik Danish pergi selama-lamanya dari menyusahkan semua orang!"Megat Danish sudah nekad untuk terjun ke bawah untuk melupakan segala penderitaan yang dialami selama ini dia berdiri di tebing untuk melihat keadaan dari bawah 

Kebetulan Tiara bersiar-siar di Taman Hospital untuk mengingati kenangan lalu bersama arwah ibunya disinilah dia berjanji dengan arwah ibunya dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengambil jurusan perubatan seperti arwah ibunya akhirnya dia berputus-asa untuk belajar apabila keluarganya terlibat dalam kemalangan ngeri disebabkan kejadian itu dia hilang fokus dalam pelajaran dan diperolehi keputusan memuaskan akhirnya dia mengambil bidang farmasi

"Mama,maafkan Tiara"ucap Tiara dengan linangan airmata

"Kalau mama ada lagi,mesti Tiara jadi doktor macam mama Tiara hilang kata-kata semangat auntie Ramlah jadi tempat Tiara bermanja"

"Tiara janji dengan mama,lepas Tiara graduate Tiara akan bantu orang memerlukan pertolongan walaupun Tiara bukan doktor sehebat mama teknik yang mama ajar untuk rawat pesakit Tiara akan ingat sampai bila-bila"Tiara mengesat airmatanya apabila ramai orang berlari ke arahnya menuju bangunan sebelah dia hairan melihat apabila semua orang menunding jari ke arah atas terus dia menoleh melihat gerangannya bulat matanya apabila melihat seorang lelaki tua berdiri di tebing bangunan hanya beberapa langkah akan jatuh ke bawah 

"Lelaki tua tu gilalah nak terjun bawah!"ucap salah seorang dari mereka Tiara memasang telinga mendengar perbualan mereka

"Tak mungkin lelaki tu gila!"Tiara terus berlari anak menuju pintu kecemasan untuk menahan lelaki tua itu dari jatuh ke bawah dalam keadaan perutnya tak berapa stabil dia gagahkan juga berlari anak untuk menyelamatkan lelaki tua yang berdiri di tebing itu

Sampai sahaja di tingkat atas Tiara tergamam melihat lelaki itu tiada di tebing hanya tongkat kelihatan di atas lantai dia cuba mengintai dari bawah dengan pantas Tiara menyambut lengan lelaki tua yang masih berpaut pada tebing itu terus dia menarik lengan lelaki tua itu dengan menggunakan kudrat yang tidak seberapa untuk membawanya naik ke atas lelaki semula akhirnya Tiara berjaya membawa Megat Danish naik keatas lalu dia tertindih diatas tubuh Megat Danish yang masih terpinga-pingga dengan tindakan beraninya menyelamatkan dirinya mata mereka bertembung Tiara cepat-cepat bangun daripada tubuhnya

"Pakcik okay?"soal Tiara ingin kepastian

Aku macam pernah tengok pakcik ni sebelum ni?kat mana ea?gumam Tiara dalam hati ingin sahaja dia membantu lelaki tua itu untuk bangun dengan pantas lelaki tua itu menepis tangannya Tiara terkejut melihat tindakan lelaki tua di hadapannya

Janga-jangan pakcik ni memang betul gila masak aku macamni..gumam Tiara dalam hati dia perasan lelaki tua itu masih merenung dirinya dengan renungan yang tajam

Megat Danish masih tidak menjawab soalan gadis di hadapannya dia masih nekad ingin terjun seperti ada orang berbisik padanya dia menghampiri tebing lalu mencapakkan tongkat di tangannya Tiara mula panik melihatnya dia mula geram melihat reaksi lelaki tua dihadapannya terus bersuara tinggi

"Pak cik jangan terjun!!banyak cara lagi boleh hilang tekanan bukan dengan cara ini,pakcik tak sayang nyawa ke?tak sayang anak cucu pakcik?ramai dalam wad tu perlukan nyawa untuk teruskan hidup yang pakcik dah diberikan kesihatan yang baik pakcik nak sia-siakan"marah Tiara dengan nada tinggi terkejut Megat Danish mendengarnya terus dia menoleh ke arah gadis itu

"Awak ni siapa?saya tak kenal awak dan saya tiada anak dan cucu awak tiada hak untuk menghalang saya suka hati sayalah nak buat apa pun!!saya dah lama menderita awak tahu apa?"soal Megat Danish dengan geram apabila orang tidak dikenalinya memarahi dirinya

"Baikla,kalau pakcik nak terjun jugak saya akan ikut pakcik terjun sekali biar kita sesama mati lepastu kita jadi hantu pun sesama jugak kat hospital ni jomla saya tak sabar nak terjun ni boleh kita sama-sama jadi hantu"balas Tiara dengan mencabar lelaki tua ini di hadapannya

Tanpa Megat Danish sedari kaki kanannya tergelicir dari tebing terus tubuhnya hilang imbangan dengan pantas Tiara berlari ke arahnya lalu memeluk tubuh Megat Danish dari arah belakang dan menolak tubuhnya ke kiri akhirnya mereka sama-sama jatuh di atas lantai Tiara mengadu kesakitan apabila lengan kanannya terkena pili paip semasa ingin menyelamatkan lelaki tua itu

"Arghh!sakit"ucap Tiara dengan menggeletar apabila darah mengalir dari lengan kanannya tanpa henti Megat Danish tergamam melihat gadis yang menyelamatkan dirinya mengadu kesakitan rasa serba-salah menyelubungi dirinya

"Apa aku dah buat?"ucap Megat Danish seorang diri ingin dia membantu gadis di hadapannya mereka terdengar pintu kecemasan dibuka mata mereka bertembung kembali dengan susah payah Tiara bangun lalu menarik lengan lelaki tua itu bersembunyi di sebalik tangki air

"Kenapa kita bersembunyi?"soal Megat Danish ingin kepastian Tiara melepaskan lengan lelaki tua itu dan melihat keadaan sekelilingnya dua orang petugas Hospital mencari kelibat mereka cepat-cepat dia menyembunyikan diri bersama lelaki tua itu disebalik tangki air

"Pakcik dah gila ke?"

"Haa!"

"Kenapa aku pulak yang gila?"soal Megat Danish tidak puas hati Tiara menekup mulut lelaki tua dengan geram apabila terdengar derapan kasut menuju ke arahnya

"Pakcik perlahankan sikit suara tu!macam tertelan mikrofon!"marah Tiara dalam nada separuh berbisik

"Apa masalahnya kita sembunyi dekat sini ha?"

"Ada seribu satu masalah kita sembunyi dekat sini!"

"Kau terangkan dekat aku sekarang apa masalah kau?"soal Megat Danish dengan tegas

"Aku tiada masalah nak main nyorok-nyorok dengan kau"

Tiara menghela nafas panjang mendegar jawapan yang keluar dari mulut pakcik tua dihadapannya mulutnya mengalahkan burung murai ada sahaja jawapannya

"Pakcik saya pun banyak kerja lain lagilah nak buat!pakcik sedar tak apa yang pakcik buat tadi?"soal Tiara dengan nada tinggi

"Siapa suruh kau halang aku?"

"Sekarang ni pakcik mati tak?"soal Tiara dengan geram

"Kau rasa?"

"Saya rasa pakcik mati akal sekarang!sebab pakcik tak fikir masak-masak sebelum buat keputusan kalau pakcik waras pakcik takkan buat kerja gila ni!"

Terdiam Megat Danish mendengarnya sedikit sebanyak ayat yang keluar dari mulut gadis ini menyedarkan dirinya daripada membuat kerja tidak terampun itu

"Pakcik nak ke?duduk dalam wad sakit mental?kalau petugas hospital dapat tangkap pakcik dalam keadaan sihat macamni?"soal Tiara dengan geram

Betul jugak apa yang perempuan ni cakap kenapa aku tak terfikir dari tadi..gumam Megat Danish dalam hati

"Jadi kau tak takut ke kalau betul aku ni orang gila buang masa kau je selamatkan aku!" 

"Buat apa saya nak takut dengan pakcik?saya yakin pakcik tak gila cuma pakcik tekanan sebab tu pakcik nekad nak bunuh diri!"balas Tiara dengan selamba sambil mengeluarkan sapu tangan dari beg silangnya untuk membersihkan luka di lengan kanannya dia memerhati gerak-geri gadis itu membersihkan luka di lengannya dalam hatinya diselubung rasa serba salah oleh kerana dia gadis ini tercedera

"Meh sini kain tu!"pinta Megat Danish sambil membuka mask diwajahnya dia membuka mask diwajahnya dengan terketar-ketar dia khuatir gadis di hadapannya takut bila melihat keadaan wajahnya sebenar

Tersentak Tiara melihat pakcik di hadapannya dengan menanggalkan mask di wajahnya dia memiliki hidung yang mancung wajahnya berkedut dab mengelupas tidak sedikit pun dia geli bila berhadapan dengannya

Aku tertanya-tanya dari tadi kenapa pakcik ni pakai mask kalau tak pakai okay je hidung pun mancung cuma skin dia je problem..gumam Tiara dalam hati sambil memerhati dirinya membersihkan luka pada lengan kanannya Megat Danish perasan gadis dihadapannya sedang merenung dirinya terus dia menjauhkan diri dari gadis itu

"Kenapa kau tengok aku macamtu?"

"Kau geli kan tengok muka dengan tangan aku?"soal Megat Danish dengan suara lirih

"Kenapa pulak saya nak geli?kalau pakcik nak tahu ramai lagi orang yang lebih teruk dari pakcik"

"Tak percaya aku!"balas Megat Danish dengan selamba

"Dah berapa kulit pakcik merah-merah ni?"soal Tiara ingin kepastian

"Dah bertahun-tahun"

Mungkin pasal skin pakcik ni,dia nekad nak bunuh diri..gumam Tiara dalam hati

"Nanti pakcik ikut saya pergi farmasi,saya bantu pakcik cari ubat yang sesuai untuk pakcik sebelum tu janji dengan saya boleh?"soal Tiara ingin kepastian

"Janji apa?"

"Jangan buat kerja bodoh lagi boleh?"

"Ermm"

"Betul ni kau nak bantu aku?"soal Megat Danish ingin kepastian

"Yupp,saya tolong pakcik kalau tidak pakcik nak terjun bangunan lagi"perli Tiara dengan selamba dia ingin menghubungi grab untuk segera datang ke sini untuk membawanya pergi dengan lelaki tua yang baru dikenalinya

"Kau call siapa?"

"Saya call grab pakcik,kita kena blah dari sini secepat mungkin sebelum petugas Hospital tangkap kita"ingin sahaja dia mendail nombor grab itu lelaki tua itu mengambil telefon bimbit dari genggaman Tiara tercenggang dibuatnya

"Pakcik bagila balik telefon saya!"

"Aku hantar kau pergi farmasi sebagai upah kau sudi bantu aku rawat penyakit aku ni!"

"Ehh..takpelah pakcik,kita naik grab jela"balas Tiara dengan teragak-agak sebenarnya dia khuatir berdua-duaan dengan pakcik yang baru dikenalinya

"Kenapa kau takut aku apa-apakan kau?"soal Megat Danish dengan serius

"Bukan macamtu pakcik,sebenarya grab on.."tidak sempat Tiara menghabiskan ayatnya Megat Danish mencelah

"Jangan risaulah driver aku ada,dia yang bawa kita pergi sana"balas Megat Danish dengan susah payahnya untuk bangun menggunakan tongkatnya Tiara melihat pakcik dihadapannya turut rasa simpati lalu dia membantu lelaki tua itu untuk bangun

"Nama pakcik apa?"soal Tiara ingin tahu sambil memegang lengan kanannya yang berbalut 

"Tak payahla tahu,tak penting pun" terus dia beredar meninggalkan gadis dihadapannya dengan jalan terhincut-hincut sambil menggunakan tongkat di tangannya menuju pintu kecemasan untuk turun dari bangunan

"Pakcik nantila dulu,jangan keluar pintu tu nanti kita kantoi!"jerit Tiara lalu mengejarnya dari arah belakang dia geram melihat pakcik itu tidak mendengar arahannnya

*****

SOFIYA bermundar-mandir menanti kepulangan Tiara daripada petang tadi dia cuba menghubunginya masih masuk dalam peti simpanan suara dia ingin memaklumkan pada Tiara mak saudaranya sedang mencarinya di Kolej bersama sepupunya Ikhwan

"Mana Tiara ni?"

"Call tak angkat?ada jadi apa-apa kat dia ke?"soal Sofiya sendirian daripada aku habis kelas tadi tak balik-balik

"Jangan-jangan mak saudara Tiara culik dia tak?"

"Tak mungkin,Tiara mesti lawan punya" ucap Sofiya ingin menyedapkan hatinya sambil mendail nombor Tiara berulang-kali namun masih tiada di talian

Salmah bertepuk dahi apabila terima surat amaran bewarna merah memaklumkan dalam masa seminggu tidak menjelaskan tunggakkan bayaran elektrik akan potong serta-merta ini membuatkan dia berasa cemas satu hari dia mencari Tiara di Kolej malangnya tidak dijumpai tidak pula Ikhwan dia hanya melepak dengan rakan-rakan motornya

"Takkan aku nak minta duit kat dia lagi?haritu aku dah minta 15k kat dia nak jamin Ikhwan keluar dari lokap"ngomel Salmah seorang diri sambil mencekak pinggangnya kebetulan Ikhwan melangkah masuk ke dalam rumahnya seperti tidak bersalah terus Salmah mnegurnya 

"Wan,dari mana ha?"soal Salmah dengan nada tinggi langkah Ikhwan terhenti mendengar bebelan emaknya

"Dari luarla,tak pernah-pernah tanya Wan dari mana?kenapa tiba-tiba tanya?"

"Dah jumpa Tiara?"

"Tak,tiada masa Wan nak cari dia!"

"Senang je Wan cakapkan!Wan tahu tak? tak lama lagi rumah ni akan bergelap semua duit mak dah melabur bayar ikat jamin Wan mak tolong carikan Tiara je susah sangat ke ha!"

"Habistu sekarang,mak nak Wan buat apa?"

"Kamu cari kerja atau cari Tiara pilihla salah satu?"pinta Salmah dengan tegas

"Mak halau Wan?semata-mata nak suruh Wan bayar bil api yang tertunggak ni?"soal Ikhwan dengan separuh menjerit

"Daripada kamu melepak membuang masa lebih baik cari duit!"

"Kenapa mak tak minta duit dengan sugar daddy mak je?kenapa nak minta dengan Wan stressla duduk rumah ni keluar dululah!"pinta Ikhwan lalu mencapai helmet di atas almari dan menghidupkan enjin motorsikalnya

"Menyesal aku tolong kau Ikhwan patutnya biar kau meringkuk dalam penjara perangai kau dengan bapak kau sama je"ngomel Salmah dengan geram lalu melangkahkan kaki menuju ke dapur

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status