Share

AM-7

MEGAT DANISH tidak mengendahkan panggilan gadis itu dia terus berjalan menggunakan tongkatnya menuju pintu kecemasan tanpa menoleh ke arah belakang Tiara tercunggap-cunggap berlari anak ke arahnya untuk memberhentikan langkahnya supaya lelaki tua yang baru dikenalinya tidak bertembung dengan petugas Hospital

"Pakcik berhenti jangan ikut laluan tu!" arah Tiara dengan nada yang tinggi sambil memegang perutnya yang kembali sakit semula

"Habistu nak ikut jalan ma..."tidak sempat Megat Danish menghabiskan ayatnya datang dua orang petugas Hospital menghampiri mereka berdua tersentak Tiara melihatnya begitu juga dengan Megat Danish matanya saling berpandangan antara satu sama lain untuk meminta pertolongan

"Cik buat apa kat atas ni?"soal salah sorang petugas Hospital itu dengan hairan

"Err..saya bawa ayah ambil kat sini kenapa ya?"soal Tiara dengan teragak-agak

Ayah?aku ayah perempuan ni?ini sudah lebih sejak bila aku jadi ayah dia?..gumam Megat Danish dalam hati

"Ini ayah cik ke?"soal salah seorang petugas Hospital itu sambil merenung Megat Danish dari atas hingga bawah untuk kepastian mengenai laporan yang diterima oleh orang awam

Megat Danish tidak selesa dengan renungannya terus dia sembunyikan dirinya dibelakang Tiara untuk melindungi wajahnya

"Betul ini ayah saya"Tiara menggamit jari-jemari kanannya seperti seorang anak memimpin tangan ayanhnya

Megat Danish tersentak dengan tindakan spontan gadis disebelahnya dengan menggamit kemas jari-jemari kanannya belum pernah ada sesiapa yang berani menyentuh jari-jemarinya selain mamanya lain benar gadis yang baru dikenalinya menggamit jari-jemarinya tanpa rasa geli ingin dia melepaskan jari-jemarinya dari genggaman gadis itu makin kuat dia menggengamnya

"Ada nampak lelaki tua kat sini?selain kamu berdua?"

"Lelaki tua?"

"Tak perasan pulak saya,sebab kami pun baru sampai sini ayah nak ambil angin kat sini sebelum balik"balas Tiara dengan selamba sambil merapatkan tubuhnya dengan Megat Danish

"Owh kalau macamtu takpela,jangan lama-lama kat sini sebab tadi kami terima laporan ada pakcik tua hilang kewarasan nak terjun bangunan itu yang kami datang sini kami dari unit Psikitiari"

"Kami takut dia cederakan orang awam sebab kami tak dapat tangkap dia lagi"sampuk salah seorang petugas Hospital itu

Megat Danish mendengar kata-kata petugas Hospital itu dengan menelan airliurnya dia berasa amat takut timbul dalam dirinya rasa kesal dengan perbuatan yang tidak masuk akal kerana ikutkan kata hati mujur gadis dihadapannya menyelamatkan dirinya hingga lengannya tercedera disebabkan dirinya

"Masa kami datang sini memang tiada sesiapa kat sini lagipun hari nak hujan ni kami minta diri dulu ya"pinta Tiara sambil mengenggam erat jari-jemari Megat Danish hingga dia menuju ke arah lift untuk turun ke tingkat bawah terus Megat Danish melepaskan jari-jemarinya dari digenggam oleh gadis itu dia mengambil tisu di dalam poketnya Tiara hanya memerhati gerak-gerinya

"Pakcik buat apa tu?"soal Tiara dengan hairan apabila melihat lelaki tua itu meminta tangannya

Tiara terus menghulurkan tangannya tanpa banyak soal dia hairan melihat lelaki tua dihadapannya bersungguh-sungguh mengesat jari-jemarinya menggunakan tisu di tangannya

"Kau tak geli ke pegang tangan aku?"soal Megat Danish dengan nada serius ingin sahaja Tiara menjawab soalannya pintu lift dibuka terus mereka melangkahkan kakinya masuk ke dalamnya

"Kenapa pulak saya nak geli?saya bukannya pegang najis lembu ke? najis kambing?saya minta maaf sebab pegang tangan pakcik tadi tanpa kebenaran,saya betul-betul minta maaf saya nak selamatkan kita berdua dari kena tangkap dengan diorang" balas Tiara sambil menekur lantai dia tidak sepatutnya melakukan seperti itu jatuh maruah lelaki tua dihadapannya

Megat Danish simpati mendengar luahan hati gadis itu dia tidak memarahinya cuma dia khuatir jika gadis dihadapannya geli dengan dirinya disebabkan masalah kulit yang dihadapi olehnya

"Aku tak marah pun kau pegang tangan aku,cuma aku risau kau geli dengan keadaan kulit aku macamni?setengah perempuan dia geli tengok kulit aku dia takut penyakit aku ni berjangkit kat dia"terang Megat Danish dengan panjang lebar sambil mengusap kedua belah tangannya yang mulai merah-kemerahan

"Apa pakcik merepek ni?penyakit pakcik ni bukannya fungus pun yang boleh berjangkit dengan orang lain kulit pakcik ni sensitif nanti saya cari krim yang sesuai untuk kulit pakcik untuk redakan radang kulit pakcik"

"Kenapa kau beria-ria sangat nak bantu aku?sedangkan kita baru jumpa kau tak takut ke aku ni orang jahat?banduan terlepas dari penjara ke?"uji Megat Danish sambil merenung ke arah gadis itu

"Ermm..kalau dari segi takut tu adalah sikit masa pakcik nak terjun bangunan tadi saya takut jugak kalau saya tak selamatkan pakcik tak pasal-pasal roh pakcik tak tenteram mati mengejut tak pasal-pasal Hospital ni berhantu dahla Hospital ni banyak kenangan"terang Tiara dengan panjang lebar

"Kenangan?maksud kau?"soal Megat Danish ingin kepastian

"Takde apalah,tak penting pun pakcik nak tahu, yang kedua saya bantu pakcik adalah tugas saya jelas?pakcik nak tanya apa lagi?"soal Tiara dengan ceria

"Takkan itu je?mesti ada sebab lain kau selamatkan aku"teka Megat Danish sambil menghubungi Paksyed untuk datang kemari dengan segera kerana hari sudah gelap menandakan hujan akan turun membasahi bumi

Tiara menghela nafas panjang sebelum menjawab soalan lelaki tua dihadapannya

"Sebab pakcik macam arwah ayah saya"balas Tiara dengan sayu butir mutiara mula jatuh di pipi gebunya

"Arwah ayah?"

Ingin Tiara menjawabnya tiba sebuah kereta Toyota Alphard berwarna putih di hadapannya tergamam dia melihatnya

Pakcik ni siapa sebenarnya?dia bukan orang sebarangan tapi orang kayangan..gumam Tiara dalam hati

"Tunggu apa lagi?masukla takkan tiba-tiba berubah hati tengok kereta aku kot?aku bukan tokanla kalau aku tokan dah lama aku culik kau awal-awal lagi"perli Megat Danish lalu membuka pintu tempat duduk belakang untuk Tiara melangkah masuk ke dalamnya tanpa banyak tanya dia melangkah kaki masuk ke dalam kereta Toyota Alphard milik lelaki tua itu

"Tuan kita nak pergi mana?"soal Paksyed dengan tersengih-sengih apabila dia melihat cermin pandang belakang

Tuan?dia panggil lelaki tua sebelah aku ni tuan?memang sah pakcik ni orang kayangan..gumam Tiara dalam hati sambil memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka

"Hantar saya pergi farmasi"pinta Megat Danish dengan tegas

"Baik tuan"terus Paksyed menekan pedal minyak menuju Lebuhraya menuju destinasi majikannya sepanjang perjalanan Tiara mendiamkan diri wajahnya dipalingkan pada tingkap tiba-tiba dia terasa debaran di dadanya bila berduaan dengan lelaki tua disebelahnya kebetulan hujan selebat-lebatnya membuatkan tubuhnya kesejukkan Megat Danish perasan gadis di sebelahnya menggigil kesejukkan lalu memberikan coatnya yang digantung dibelakang kepada Tiara tanpa banyak tanya dia mengambilnya kerana kesejukkan yang teramat

*****

TEPAT pada pukul 6petang Tiara masih tidak pulang ke rumah membuatkan Sofiya tidak senang duduk dia keluar dari rumah menanti kepulangannya masih tidak kelihatan tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang berlari dihadapan rumahnya seperti pernah bertemu sebelum ini beberapa orang mengejarnya dari arah belakang dengan membawa kayu ditangannya terus dia terfikir

"Aku macam pernah tengok lelaki yang tu?kat mana ea?"soal Sofiya dengan hairan

"Macam sepupu Tiara,kenapa ramai orang kejar dia dengan kayu?"

Ingin sahaja dia mendail nombor Tiara kedengaran orang memberi salam ke arahnya terus dia menoleh pada pemilik suara itu

"Tiara kau pergi mana ha!"

"Asal aku call kau tak angkat?"

"Ada apa-apa jadi kat kau ke?"

"Kenapa tangan kau berdarah ni?"soal Sofiya bertubi sebaik sahaja Tiara berada dihadapannya seperti tidak bermaya

"Bagila aku masuk dulu,sakit kaki aku jalan dua marhalah tau"balas Tiara lalu menolak tubuh sahabatnya ke tepi untuk memberi laluan dia berjalan masuk ke dalam rumah

"Kau jalan kaki balik sini?kenapa kau tak call aku?"

"Bateri telefon aku weak pulak tiba-tiba"

"Habistu kau jalan kaki balik sini?"soal Sofiya kembali

"Piya ambil segelas air kat aku"pinta Tiara dengan suara tersekat-sekat mana tidaknya seharian dia tidak menjamah sebutir nasi perutnya terasa sakit semula bukannya dia tolak rezeki ketika Megat Danish ingin pelawannya makan bersamanya dia tidak selesa berduaan dengannya dia teringat kembali semasa dia sedang merawat kulit pakcik tua itu

"Pakcik malam nanti,sapu krim ni"Tiara menunjukkan satu tiub beprosalic kepadanya yang dibeli olehnya di farmasi Megat Danish ingin memberi kad kredit pada gadis itu namun ditolak mentah-mentah olehnya

"Kulit pakcik ni sensitif jangan terdedah lama kat cahaya matahari mulai sekarang pakcik elakkan makan seafood"terang Tiara sambil menyapu losyen pelembap pada kedua-dua belah tangannya Megat Danish hanya memerhati gerak-geri gadis itu yang sudi merawat dirinya

"Kau kerja apa sebenarnya?"soal Megat Danish dengan hairan apabila melihat gadis di hadapannya merawat dirinya seperti seorang doktor

"Saya study lagi"

"Study dekat mana?"soal Megat Danish ingin tahu

"Tak perlulah tahu,tak penting pun"balas Tiara dengan selamba

Terkedu Megat Danish mendengarnya terus dia menukar topik perbualannya ingin sahaja dia bersuara matanya tertancap luka di lengan kanan gadis itu terus dia memegangnya

"Auchh!!sakitla"jerit Tiara lalu menarik lengan kanannya dari genggaman tangan lelaki tua itu

"Sorry-sorry"

"Jomla aku teman kau,pergi Klinik nanti kuman merebak pulak kat lengan kau luka tak kering lagi tu?"

"Ehh takpela,balik nanti saya sapu ubat antiseptik saya dah lewat ni saya pergi dululah"pinta Tiara ingin sahaja dia keluar dari perut kereta Megat Danish menahan dirinya

"Kau nak pergi mana?"soal Megat Danish

"Saya nak balikla"

"Aku hantar kau balik,masukla cepat" arah Megat Danish

"Ehh takpe pakcik,rumah saya depan ni je"tipu Tiara padahal rumahnya 1km dari Farmasi ini dia sengaja cipta alasan supaya pakcik tua ini melepaskan dirinya

"Jauh tu cik,nak jalan kaki naikla pakcik hantar lagipun cuaca macam nak hujan balik"sampuk PakSyed

"Takpe pakcik,saya ada janji dengan kawan nak jumpa area sini terima kasih ya pakcik-pakcik semua tumpangkan saya sampai sini"ucap Tiara dengan mengukir senyuman kearah mereka berdua

"Sama-sama cik,sudi merawat tuan saya"balas PakSyed dengan mengukir senyuman ke arah Tiara

"Woii!Tiara!"jerit Sofiya sambil menghentakkan tangannya di meja bagi menyedarkan dirinya

"Haa!"

"Apadia?"soal Tiara dengan wajah blur

"Jauhnya termenung?satu jam aku terpacak kat sini ais batu pun dah cair ha!"Sofiya menghulurkan segelas jus oren kearah Tiara

"Owhh yeke?thanks dear"ucap Tiara lalu menghirup jus oren baru dia rasa segar semula

"Kau pergi mana ha?kau dah makan belum?"

"Aku belum makan lagi,kau masak apa Piya?sedap je aku bau ni"puji Tiara dengan kembang kuncup hidungnya seperti menghidu sesuatu

"Kau tak jawab lagi soalan aku Tiara,kau pergi mana ha?"soal Sofiya kembali 

"Nantila aku cerita,aku tengah lapar ni"

"Aku siapkan makanan untuk kau lepasni kau cerita ea kau pergi mana?kalau elak lagi dari soalan aku siap kau!aku cekik-cekik kau"ugut Sofiya dengan geram

"Ermm"

Sofiya ingin melangkahkan kakinya ke arah dapur untuk memanaskan makanan untuk dihidangkan kepada Tiara terus langkahnya terhenti apabila dia teringat kembali lelaki yang amat dikenalinya sedang berlari ketakutan ramai orang mengejarnya dengan membawa kayu di tangan

"Tiara kau ada sorokkan apa-apa dari aku ke?"soal Sofiya ingin kepastian

"Sorokkan apa?"

"Mak saudara kau ada telefon kau tanya khabar?"soal Sofiya ingin tahu

"Ada banyak kali jugak aku malas nak angkat"

"Kenapa?"soal Tiara dengan hairan

"Kenapa kau tak jawab Tiara? jangan-jangan sepupu kau ada buat hal lagi kat rumah kau?"

"Aku bukan taknak jawab bil api rumah aku nak kena potong biarlah diorang pandai-pandai fikir nak hidup selama ni aku yang bayar anak bujang dia buat apa?pergila cari kerja menepek kat rumah tu lagi buat apa?"marah Tiara dengan geram

"Macam-mana ea aku nak beritahu kau?"

"Beritahu apa?diorang datang sini ke?cari aku?"soal Tiara dengan terkejut

"Diorang tak datang sini,tadi masa aku tunggu kau balik aku nampak sepupu kau tengah berlari pecut ramai orang kejar dia bawa kayu itu yang aku pelik kenapa dia ada dekat area rumah aku?"terang Sofiya dengan panjang lebar

Ikhwan buat apa kat sini?kalau dia tahu aku ada kat sini masak aku huru-hara hidup aku lepasni..gumam Tiara dalam hati

"Abaikan jela,ada hal latu yang dia buat pandai-pandaila dia settle"

"Aku nak naik mandi jap,nanti kita sambung borak"Tiara bangun dari tempat duduknya lalu menaiki tangga menuju ke arah biliknya

"Tiara pergi mana sebenarnya ea?kenapa dia mengelak nak beritahu aku jarang dia macamni"ngomel Sofiya lalu melangkahkan kakinya menuju ke dapur untuk memanaskan lauk yang dimasak tadi untuk dihidangkan kepada Tiara

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status