Share

AM-8

IKHWAN berlari dengan termengah-mengah apabila dirinya terkantoi dengan penghuni rumah yang ingin dirompaknya mujur dia sempat menyembunyikan diri sebaik sahaja dia terdengar pintu rumah terbuka tidak sempat dia melarikan diri kasut yang dipakainya tersangkut pada pagar rumah menyebabkan dia hilang imbangan badan terus tersembam di tar jalan dan mengaduh kesakitan

Ikhwan berlari terhincut-hincut apabila penghuni rumah itu menjerit meminta pertolongan dari jiran-jirannya.Semua orang mengejarnya dengan membawa kayu di tangan.Dia berlari tidak cukup tanah hingga tiba di motorsikalnya yang diparkir disebalik semak dia tergesa-gesa menghidupkan enjin motorsikalnya lalu memulaskan handal tangan motorsikalnya meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

"Shitt!!gagal misi aku harini!"ngomel Ikhwan dengan geram

Ikhwan tiba di rumahnya dalam keadaan cemas pintu rumahnya dikuak terus Salmah memalingkan wajah kearah pintu untuk melihat gerangannya dia hairan melihat anak bujangnya berjalan dengan terhincut-hincut terus dia bersuara

"Wan kamu dari mana?"

"Satu hari tak balik rumah?"

"Mana kamu melepak ha?"soal Salmah bertubi-tubi dengan menyilangkan tangannya

"Mak ni bising jela,itu yang malas nak balik sini"marah Ikhwan lalu menutup pintu rumahnya

"Mak bising,kamu tak suka? yang kamu satu hari tak balik rumah ingat mak sukalah?"

"Suka hati Wan lah, nak pergi mana pun orang dah besarla mak!"

"Apa yang dah besar?besar kepala adalah yang aku suruh kau buat?kau dah buat belum?"

Ikhwan tersenyum sinis mendengar soalan yang keluar dari mulut emaknya

"Asal kau gelak Wan?kau ingat aku buat lawak ke ha!"marah Salmah lalu menampar anak bujangnya sekuat hati terteleng wajah Ikhwan dia terkejut yang maha dasyat apabila emaknya menaikkan tangan pada wajahnya kerana selama 20 tahun dia tidak pernah lihat emaknya mengamuk sebegini rupa.

"Mak,yang beria-ria nak duduk sini kononnya mak boleh tumpang kesenangan dari arwah mak Tiara sepatutnya mak jaga Tiara elok-elok bukannya mak dera dia!"tengking Ikhwan sekuat hati untuk menyedarkan emaknya

"Aku dera Tiara?habistu kau tak derala? yang kau nak rogol dia tu dah kenapa?"perli Salmah dengan geram menggigil tubuhnya menahan kemarahan yang teramat

"Mak jangan nak tunding jari kat Wan seorang,mak pun silap jugak dalam hal ni kalau tidak Tiara takkan keluar dari rumah ni!semuanya pasal mak!"Ikhwan membentak kata-kata emaknya lalu beredar meninggalkan emaknya ingin sahaja dia menaiki anak tangga Salmah bersuara

"Aku menyesal jamin kau keluar dari lokap Wan,patutnya biarkan kau meringkuk dalam penjara biar padankan muka kau!"

"Alaa..apa salahnya mak?lagipun mak dah lama berkhidmat dengan lelaki tu sekali-sekala dia bantu mak rasanya tak salah kot,nanti mak belanjala dia"perli Ikhwan dengan sinis dengan menaiki anak tangga dengan terhincut-hincut

"Kau dengan bapak kau sama je Wan!patutnya dua-dua mati menyusahkan hidup aku yang bapak kau lagi teruk dia bagi benih dia kat aku lepastu lepas tangan!"ngomel Salmah dengan geram bila melihat anak bujangnya berani melawan dirinya dia membelek tangannya yang menampar Ikhwan sebentar tadi timbul rasa kesal dalam dirinya selama ini dia tidak pernah menaikkan tangan pada wajah anaknya

"Maafkan mak Wan"ucap Salmah dengan sayu

Ikhwan menghempaskan tubuhnya dengan kasar di atas katil dia terlalu geram dengan sikap emaknya sedikit pun dia tidak mahu mengetahui mengenai keadaan kakinya dia lebih pentingkan Tiara berbanding dengan anaknya sendiri.Ikhwan mengusap lembut pipi kanannya yang ditampar oleh emaknya

"Aku sedar diri mak,aku kerja tak tetap belajar pun tak pandai mak lebih pentingkan Tiara daripada aku!"jerit Ikhwan sekuat hati lalu dia menyelerakkan meja belajarnya habis semua barang yang berada di atas meja berteraburan di atas lantai 

"Nanti kau Tiara!aku akan cari kau sampai lubang cacing!kau belum kenal aku siapa lagi?Ikhwan menggenggamkan penumbuknya dengan geram

Tiara menikmati ikan pari masak asam pedas hasil air tangan Sofiya amat memikat seleranya dengan berulamkan daun selom dan sambal belacan membuatkan Tiara berselera untuk menambah nasi sedar tidak sedar dua pinggan dia melantak nasi tanpa memandang kiri dan kanan dia berasa seperti berbulan-bulan tidak menjamah nasi Sofiya hanya memerhatikan gerak-geri Tiara makan dengan penuh berselera

"Erkk!!kenyangnya perut aku"Tiara mengusap lembut perutnya yang sudah kekenyangan

"Thanks Piya, masakkan untuk aku"

"Owhh dah kenyang baru ingat aku kat depan ya?"perli Sofiya lalu meneguk fresh oren

Tiara tersengih mendengarnya lalu mengukirkan senyuman ke arah Sofiya

"Kau tak makan ke tadi?"soal Sofiya dengan hairan

"Dia ajak aku makan tadi aku yang taknak" cepat-cepat Tiara menekup mulutnya dengan tangan kirinya apabila dia terlepas cakap dia belum bersedia untuk menceritakan latar belakang pakcik tua yang baru dikenalinya

"Haa!"

"Siapa yang ajak kau makan?"

"Kenapa kau tolak Tiara?tolak rezeki betulla kau ni"

"Ehh takde apalah,aku nak basuh pinggan dulu sebagai upah kau masakkan untuk aku harini"ingin sahaja Tiara bangun dari tempat duduknya Sofiya menarik lengannya supaya duduk kembali

"Tiara Esandra,jawab soalan aku dulu kau pergi mana tadi?"soal Sofiya separuh menjerit dengan memanggil nama penuh Tiara 

Tiara menghela nafas panjang sebelum menjawab soalan Sofiya

"Okay,aku beritahu kau dengan syarat masa aku bercerita kau jangan menyampuk kau dengar je dulu kalau kau nak gelak pun tunggu aku habis cerita dulu boleh?"pinta Tiara 

"Orait"

Tiara mula bercerita dari awal hingga akhir mengenai pakcik tua yang baru dikenalinya itu. Sofiya agak terkejut apabila Tiara menyelamatkan pakcik tua ingin terjun bangunan Hospital ditempat arwah ibu Tiara bertugas.

"Habistu macam-mana dengan pakcik tu sekarang?"soal Sofiya ingin tahu

"Macamtu jela,aku rasa dia tekanan Piya aku tengok masalah kesihatan pakcik tu takdela teruk mana pun"

"Kau rawat pakcik tu?"soal Sofiya dengan terkejut

"Yupp,aku tengok kesian pakcik tu aku suruh dia pergi farmasi aku tolong dia cari ubat yang sesuai untuk kulit dia"

"Nasib baik kau ada Tiara,kalau tidak berhantu satu Hospital tu pakcik tu terjun bangunan dia tahu tak kau farmasi?"

"Pakcik tu ada tanya aku kerja apa?aku cakap dengan Pakcik tu aku student je"

"Kenapa kau tak beritahu dia kau farmasi?"soal Sofiya ingin kepastian

"Malasla,lagipun aku baru kenal pakcik tu aku kesian kat dia anak dia macam tak pedulikan dia je,yang aku pelik suara dia"Tiara mula terfikir semula mengenai suara Pakcik yang baru dikenalinya semasa dia sedang leka berbual suaranya tidak seperti orang tua yang selalu ditemuinya

"Kenapa dengan suara pakcik tu?"soal Sofiya dengan hairan

"Suara dia tak macam orang tua,masa aku praktikal farmasi haritu aku banyak jugak buat test blood baya-baya pakcik tu tapi suara dia tak sama macam pakcik yang baru aku kenal ni"

"Maksud kau suara pakcik yang kau baru kenal ni tak macam suara orang tua macamtu?"

"Yupp..tepat sekali aku ada nak tanya Pakcik tu takut soalan aku ni sensitif tak pasal-pasal dia terjun lagi naya aku beb"

"Kau tak buat kajian ke?kau kan arif bab perubatan ni mana tahu hormon Pakcik tu tak betul ke?"teka Sofiya sambil membantu Tiara memungut pinggan yang telah digunakan untuk dihantar ke dalam sinki.

"Tengokla macam-mana nanti"balas Tiara lalu mencuci pinggan di sinki

*****

MEGAT DANISH melemparkan pandangan pada hasil tanaman mamanya bunga rose yang segar ditanam oleh mamanya teringat kembali pada seseorang yang pernah menghina dirinya dia menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya dia melihat kedua belah tangannya tidak seteruk seperti sebelum ini kedua belah tangannya tidak gatal dan tidak merah-kemerahan seperti sebelum ini pejam celik sudah tiga minggu berlalu dia ingin bertemu semula dengan gadis yang pernah membantu dirinya untuk mengucapkan terima kasih padanya dan ingin memberi penghargaan pada gadis itu malangnya sehingga sekarang dia tidak bertemu dengan gadis itu

Zuriana menghampiri Megat Danish lalu melabuhkan punggungnya di hadapan anaknya yang masih mengelamun jauh memerhatikan bunga-bunga yang ditanamnya

"Ehemm..ehemm"Zuriana berdehem sebanyak tiga kali untuk menyedarkan anaknya tentang kehadirannya terus Megat Danish menoleh ke arah mamanya

"Bila mama sampai?"soal Megat Danish dengan menggarukan kepalanya yang tidak gatal

"Baru je Danish,jauhnya termenung tengah fikirkan apa tu?"soal Zuriana dengan ceria

"Fikir masa depan ma"

"Kalau macamtu biar mama yang teka, Danish tengah fikirkan Tasya kan?"soal Zuriana ingin kepastian

Tersentak Megat Danish mendengar nama Tasya yang keluar dari mulut mamanya terus berubah Megat Danish

"Danish dah tiada apa-apa hubungan lagi dengan Tasya!"

"Haa!"

"Kenapa?"soal Zuriana dengan terkejut

"Tasya malu dengan penampilan Danish ma,lagipun dia nak bertunang" balas Megat Danish dengan melepaskan keluhan kasar

Zuriana simpati melihat keadaan anaknya apabila dihina oleh kawan baiknya sendiri yang telah dianggap sebagai kekasih anaknya.Zuriana mengusap lembut tangan anaknya dia perasan tangan anaknya tidak kasar seperti dulu

"Mama yakin ada yang lebih baik untuk Danish sabar ya nak,lagipun Danish muda lagila baru 28tahun bagi mama ni masa Danish nak belajar sesuatu yang belum pasti"pujuk Zuriana dengan memberi kata-kata semangat pada anak bujangnya

"Danish,tangan Danish dah sembuhla meh mama tengok lagi sebelah"pinta Zuriana lalu Megat Danish menghulurkan kedua belah tangannya kepada mamanya

"Danish pergi,Hospital Kerajaan yang mama suruh tu kan?"soal Zuriana ingin kepastian

"Yupp,tapi bukan Doktor yang rawat Danish"

"Haa!"

"Habistu siapa yang rawat penyakit Danish?"soal Zuriana dengan terkejut

"Adalah hamba Allah ni bantu Danish seminggu yang lepas jomla mama masuk dalam sejuk kat luar ni"balas Megat Danish lalu bangun dari tempat duduknya dan beredar masuk ke dalam rumah meninggalkan mama seorang diri di pangkin itu.

"Siapa Danish?"

"Beritahula mama"laung Zuriana sekuat hati apabila melihat Megat Danish tidak mengendahkannya

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status