Share

AM-5

MEGAT DANISH mengenakan pakaian ringkas T-shirt berwarna hitam dan seluar jeans biru muda rambutnya yang beruban itu disikat rapi dia sengaja tidak memakai cermin mata kanta tebalnya supaya dia tidak kelihatan lagi tua dia berhias macam-mana sekalipun wajahnya tidak akan berubah tetap tua demi melindungi wajahnya mengelupas dia memakai pelitup muka bewarna hitam agar Tasha berani mendekati dirinya dia akui kulitnya yang sebegini agak sukar mana-mana perempuan mendekatinya kerana mereka akan ingat penyakit kulit ini mudah berjangkit

Zuriana terkejut melihat penampilan anak bujangnya apabila dia menuruni anak tangga menggunakan tongkat dengan perlahan-lahan disebabkan dia tidak memakai cermin mata pemandangannya tidak jelas dari dekat

"Danish nak pergi mana?hensem-hensem ni?"soal Zuriana dengan hairan apabila melihat perubahan penampilan anaknya

"Danish nak pergi jumpa kawan ma"

"Mama ingatkan nak teman kamu pergi Hospital petang ni nak rawat kulit kamu tu"

"Awal lagi ni ma,lepas Danish jumpa kawan Danish pergi hospital"

"Nak mama temankan?"soal Zuriana ingin kepastian

"Ehh..tak payahla ma,Danish boleh pergi sendiri Paksyed kan ada"

"Baikla kalau macamtu,lupa mama nak beri minyak angin ni kat kamu"Zuriana menghulurkan sebotol minyak panas yang dicampurkan akar kayu dan lada hitam yang didapati dari rakan baiknya

"Minyak apa ni ma?lain macam je Danish tengok berakar bagai?mana mama dapat minyak ni?"soal Megat Danish dengan hairan

"Mama minta kat kawan mama,kebetulan mak mertua dia pandai perubatan tradisional dia suruh mama try minyak ni dia kata boleh betulkan urat saraf kita yang bersimpul"terang Zuriana dengan panjang lebar

Megat Danish menghela nafas panjang mendengar jawapan mamanya dalam hati terdetik kesian melihat mamanya bersusah payah bertemu dengan pelbagai orang perubatan tradisional dan modern untuk pulihkan dirinya seperti orang lain malangnya satu pun tidak mengena

"Thanks ma,malam nanti Danish pakai minyak ni Danish pergi dulu ya"pinta Megat Danish lalu beredar meninggalkan rumah banglo yang agam itu

Ikhwan telah dibebaskan selepas direman dua hari di balai polis selepas membuat siasatan ke atasnya hanya rakan-rakannya ditahan kerana positif dadah eramin5 yang diletakkan olehnya di dalam minuman casbergh mereka dia didapati tidak bersalah dia melangkahkan kaki ke luar dari balai dengan hati yang lega misinya sekarang ingin bersemuka dengan Tiara untuk membuat perhintungan dengannya 

"Wan,mana Tiara sekarang mak nak jumpa dia?"soal Salmah dengan tegas

Ikhwan tercengang apabila soalan itu ditujukan padanya

"Tiara kat rumahla mak,Wan baru keluar dari sini"

"Kalau mak tahu Tiara kat mana?tiadalah mak tanya kamu mak nak nganyang mulut dia berani dia sumbat Wan dalam lokap Tiara ni memang melampau!"

"Tapi betul kan?kamu tak rogol Tiara?"soal Salmah ingin kepastian

"Mak kalau Wan rogol dia,Wan ada kat dalam lagi mak"balas Ikhwan bersahaja

"Tiara tiada kat rumah ke?"soal Ikhwan ingin kepastian

"Tiada,dah dua hari dia tiada kat rumah baju dia semua dah tiada dalam dalam almari"balas Salmah dengan bengang

"Mana pulak perempuan tak guna tu pergi?mak dah call dia?"

"Telefon dia off"

"Haa!"

"Telefon dia off?seriusla mak?"soal Ikhwan seperti tidak percaya

"Takkan mak nak tipu kamu"

"Jangan-jangan Tiara lari rumah"teka Ikhwan dengan memetik jarinya

"Lari rumah?"

"Tak mungkin,Tiara berani buat macamtu itu rumah peninggalan arwah ibu dia tak lama lagi rumah tu jadi milik kita"Salmah menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan jawapan anaknya

"Habistu sekarang Tiara kat mana?dah dua hari dia tak balik rumah?"

"Mungkin dia tumpang rumah kawan dia tak pun dia tumpang rumah boyfriend dia sebab takut balik rumah jumpa kamu"teka Salmah lalu menghidupkan enjin keretanya untuk beredar dari situ

"Boleh jadi jugak,kita tengok berapa lama Tiara boleh lari dari kita Wan rasa dia tak pergi jauh dari rumah tu"balas Ikhwan untuk menyedapkan hati emaknya dalam hatinya menyumpah seranah kerana tidak merasmikan tubuh Tiara sebelum dia keluar dari rumahnya

Sofiya membeli bihun goreng dihadapan rumahnya untuk sarapan pagi dia menjamah dengan penuh selera Tiara hanya menguis-nguis bihun gorengnya dengan garfu dia benar-benar tiada selera untuk menjamah makanan fikirannya bercelaru perutnya berbunyi minta diisikan tapi tekaknya tidak mahu menelannya apabila dapat mengetahui Ikhwan dibebaskan awal pagi tadi kerana didapati tidak bersalah hanya teman-temannya didapati bersalah kerana mereka positif dadah ini membuatnya jiwanya tertekan bila teringat kembali rumahnya diserahkan pada manusia bertopengkan syaitan

Tiara menghela nafas panjang bila teringat kembali wajah mereka di fikirannya Sofiya perasan apabila melihat riak wajah Tiara pucat dan tidak menjamah bihun goreng yang dibelinya

"Tiara kenapa tak makan bihun goreng tu penat aku beli tau"Sofiya membuat muka rajuknya

"Tak sedap ke?"soal Sofiya ingin kepastian

"Ehh..sedapla bihun goreng ni thanks belanja aku breakfast"balas Tiara dengan senyuman mekar di bibir mungilnya

"Orang lain kau boleh tipu Tiara,tapi dengan aku kau silap Tiara kau risau rumah kau kan?sebab mamat gila tu dah dibebaskan betul tak?"soal Sofiya ingin kepastian sambil meletakkan garfu di pinggannya

"Ermm"

"Aku risau rumah tu"

"Geran rumah tu ada kat kau ke?"

"Bukan kat aku,kat peguam family aku haritu peguam tu ada offer aku suruh pegang salinan geran aku tak ambil biarlah peguam tu yang pegang sebab aku tak sedap hati kalau aku pegang mesti tak selamat punya kau tengokla sendiri duit aku pun diorang berani ambil ini kan pulak geran rumah"terang Tiara dengan panjang lebar

"Bagusla kalau peguam family kau pegang,mangkuk-mangkuk hayun tu tak boleh buat apa punya selagi kau tak tandatangan geran tu"balas Sofiya sambil mengunyah karipap sardin di mulutnya

"Aku takut diorang buat benda tak elok dalam rumah aku,sebab sebelum ni aku pernah nampak makcu aku bawa lelaki matsalleh masuk dalam rumah aku yang si Ikhwan tu pun sama bawa budak sekolah masuk rumah aku diorang ingat rumah aku tu tempat maksiat ke ha!"balas Tiara dengan geram tiba-tiba perutnya senak kembali kerana dari semalam dia tidak memasukkan sesuatu dalam perutnya mana tidaknya makan sedikit dia memuntahnya kembali 

"Kenapa muka kau peluh-peluh Tiara?"soal Sofiya dengan hairan apabila melihat Tiara memegang perutnya seperti menahan kesakitan yang teramat

"Gastrik kau datang lagi ke?"

"Aku rasa ya"balas Tiara dalam keadaan terketar-ketar menahan kesakitan di perutnya seperti dicucuk-cucuk

"Mana ubat kau?"soal Sofiya dengan cemas

"Da..lam bilik aku"

Tanpa membuang masa Sofiya berlari menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas untuk mencari botol ubat Tiara dia memunggah semua beg pakaian Tiara akhirnya dia telah menjumpai botol ubat berwarna putih tertera tulis nama 'Tiara' terus dia mengambilnya dia hairan apabila memegang botol itu terasa ringan

"Aikk asal ringan je botol ni?"soal Sofiya dengan hairan lalu menggoncangkan botol ubat itu untuk kepastian

"Macam kosong je botol ubat ni!"terus dia membuka botol ubat itu untuk melihat isi dalamnya bulat matanya melihat botol ubat itu kosong

"Sakitnya!!perut aku!"raung Tiara dengan linangan airmata dia memegang perutnya untuk melegakan kesakitan malangnya tidak berhasil sakitnya makin menyucuk-nyucuk

Sofiya berlari menuruni anak tangga untuk mendapatkan Tiara,dia ingin memaklumkan padanya ubatnya telah habis hanya botol ubat sahaja yang tinggal

"Tiara ubat kau dah habisla!"ucap Sofiya dengan panik

"Habis!"

"Arghh!!tak guna betulla makcu,aku baru beli haritu ubat ni macam-mana boleh habis?"soal Tiara dengan terketar-ketar

"Aku dah agak ni mesti kerja makcu gila kau mesti dia buang ubat kau ni!habistu kau boleh bangun tak?nak aku call ambulance?aku tak tahu nak buat apa ni Tiara?"ucap Sofiya dengan cemas

"Ehh..tak payah call ambulance kau ada panadol tak?soal Tiara dengan terketar-ketar

"Ada-ada kejap"Sofiya berlari ke arah dapur untuk mencari panadol untuk diberikan pada Tiara dia mengambil dua biji lalu diserahkan pada Tiara bersama air suam tanpa berlengah Tiara menelannya untuk meredakan kesakitannya

Selang beberapa minit kesakitan di perut Tiara semakin reda lalu dia menyiapkan diri untuk ke kolej bersama Sofia

"Kau betul dah okay ni?"soal Sofiya ingin kepastian

"Okayla sikit daripada tadi"

"Aku geram betulla dengan makcik kau tu apa yang dia tak puas hati sangat dengan kau sampai ubat kau pun ilang?"

"Tak tahula Piya,pening kepala aku fikir nanti habis kelas kau hantar aku pergi hospital"

"Perut kau sakit lagi ke?kalau sakit tak payahla pergi kelas postpone jela"

"Mana boleh harini aku ada ujian kimia lepas exam aku nak pergi hospital beli ubat kat sana nama aku ada dalam rekod jadi senangla"

"Wokay!lepas habis kelas kita pergi hospital,kau kalau tak larat jangan paksa diri"pesan Sofiya lalu melangkah masuk ke dalam bilik IT manakala Tiara melangkah masuk makmal Lab kerana dia ada ujian kimia yang akan dijalankan sebentar lagi walaupun mereka berlainan bidang mereka tetap bersama

*****

TASYA menanti kehadiran Megat Danish di tasik bersebelahan dengan pejabatnya pada mulanya dia hairan apabila Tasya ingin menemui dirinya di sana kerana Tasya sudah mengetahui dia tidak suka pergi ke tempat ramai orang kerana orang akan memerhatikan dirinya membuatkan dirinya rimas puas dia menundukkan wajahnya agar orang tidak memerhatikan dirinya

"Mana pulak si Danish ni?"soal Tasya sambil mengipaskan wajahnya dengan menggunakan kipas tangan hampir setengah jam menanti kehadirannya 

"Tasya!"sapa Megat Danish dari arah belakang

"Asal lambat?"soal Tasya dengan tegas dengan menyilangkan tangannya

"Tadi jalan jem"balas Megat Danish dengan teragak-agak padahal dia mengurut lututnya di dalam kereta kerana sakit yang teramat 

"Ada apa you nak jumpa i?"

"Kenapa you pakai bertutup-litup seram orang tengok tau kalau you nak tutup rambut you yang beruban tu tak payahla sebabnya kalau you tutup macam-mana sekalipun tetap nampak tua jugak!"perli Tasya dengan sinis semua orang yang sedang bersiar-siar di Tasik itu memerhati ke arah mereka berdua

"Hina sangat ke i pada pandangan mata you?"soal Megat Danish dengan suara yang lirih

"Bukan hina tapi geli-geleman cuba you tengok diri you kat cermin dengan rambut berubannya kulit mengelupas sana sini dengan bertongkatnya lagi kenapa you taknak ubah penampilan you masa keluar dengan i patutla sampai sekarang you tak khawin lagi perempuan mana yang nak dengan you!"

Tersentak Megat Danish mendengar luahan hati Tasha sanggup dia menghina dirinya oleh sebab penampilannya bukan kehendaknya jadi begini

"I dah cuba Tasya ubah penampilan i tapi tak boleh bagila i masa untuk ubah penampilan i"balas Megat Danish dalam keadaan menggigil tangannya juga menggeletar seperti parkison

"Berapa masa you nak ha!"

"Setahun?"

"Dua tahun?"soal Tasya dengan sinis

"I tak minta semua ni jadi kat i, hanya you sorang percayakan i dari zaman sekolah hanya you sorang sudi kawan dengan i kenapa tiba-tiba you dah berubah Tasya?"

"You tanya i kenapa i tiba-tiba berubah?patutnya soalan ni you tanya diri you bila you nak ubah diri you?i malulah jalan dengan you macam atok dengan anak you tahu tak?" tengking Tasya sekuat hati

"I minta maaf Tasya,kalau you rasa macamtu bila bersama dengan i sekarang you beritahu i apa perlu i buat?untuk hilangkan rasa marah you cakap je i akan tunaikan permintaan you"

"I tak nak tengok muka you lagi!"

"Jangan ganggu hidup i lagi faham!" ingin sahaja Tasya beredar dari Tasik itu dengan pantas Megat Danish memaut lengan kanannya dengan kemas terus langkahnya terhenti dan menoleh ke arah Megat Danish mata mereka bertembung kembali seorang memandang dengan penuh kebencian dan seorang lagi memandang sayu 

"Lepasla tangan i!"

"I takkan lepaskan selagi you tak jelaskan pada i kenapa you tiba-tiba berubah Tasya?"soal Megat Danish ingin kepastian lengan Tasya masih dipegang kemas olehnya

"Nak jelaskan apa lagi Danish?i malu berkawan dengan you i jijik tengok penampilan you bahagialah dengan kehidupan you sekarang! jangan tunjuk muka you dihadapan i lagi busuk tahu tak!"perli Tasya sambil merentap lengannya dari genggaman Megat Danish lalu beredar meninggalkannya 

Megat Danish meraut wajahnya berulang-kali dia kecewa dengan dirinya dan kecewa dengan Tasya yang dianggap seperti kekasihnya akhirnya kata-katanya tadi menikam jiwanya bukan dia meminta jadi begini pada dirinya dia juga ada hati dan perasaan ujian apa lagi kau uji aku Ya Allah..rintihnya dalam hati

Tiara baru selesai bertemu dengan Doktor Ramlah dia merupakan kawan baik kepada arwah ibunya semasa arwah ibunya menghadap ilahi hanya dialah tempat dia bermanja dia juga merawat dirinya setelah arwah ibunya menghadap ilahi

"Ara tak makan ke?kan untie Ramlah dah pesan kesihatan Ara kena jaga kalau Ara tak jaga siapa lagi yang nak jaga kesihatan Ara?"soal Doktor Ramlah setelah selesai membuat pemeriksaan perutnya

"Ara tiada selerala nak makan,Ara rindu ibu kalau ibu ada time macamnila Ara teman ibu rehat sekarang semua tinggal kenangan"balas Tiara dengan sayu

"Janganla macamni Ara,sedih ibu kat sana bila tengok Ara macamni?"pujuk Doktor Ramlah

"Ara ambil course apa sekarang?"

"Ara ambil course far...tidak sempat Tiara menghabiskan ayatnya seorang jururawat menghampiri mereka dalam keadaan cemas

"Doktor,patient tadi mengamuk dekat farmasi"sampuk jururawat itu dengan termengah-mengah

"Tiada ubat lain ke nak bagi ha!asyik-asyik aku datang sini bagi losyen bagi ubat tahan sakit baik tak payah bagi!"tengking Megat Danish sekuat hati apabila ahli farmasi itu menyerahkan losyen sebagai pelembap dan antibiotik

"Auntie,Ara pergi dululah ada patient tengah tunggu thanks auntie rawat Ara nanti bila auntie free kita borak lagi ea"pinta Tiara lalu beredar dari bilik Doktor Ramlah tanpa berlengah lagi dia menuju ke arah farmasi untuk bertemu dengan patientnya untuk menenangkannya

"Encik Danish bawa bertenang,jangan mengamuk macamni nanti blood presure awak naik kita bincang ya"

"Nak bincang apa lagi doktor?saya dah beritahu tadi jangan bagi saya losyen dengan ubat antibiotik!"balas Megat Danish dengan geram

"Ya,saya faham encik taknak ubat tu semua tapi untuk melembapkan kulit pakcik jugak"

"Dahla,doktor saya tak terima ubat antibiotik ni doktor telanla ubat ni!"balas Megat Danish dengan selamba lalu beredar meninggalkan farmasi itu dengan hati yang membara dia melangkahkan kakinya dengan menggunakan tongkat di tangannya untuk meninggalkan hospital ini

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status