Share

AM-4

MEREKA menghampiri Tiara dalam keadaan menggoda Tiara berundur setapak ke belakang mujur biliknya mempunyai ruang yang besar kaki dan tangannya terketar-ketar melihat tiga orang lelaki dihadapannya termasuk Ikhwan mereka membuka t-shirt yang dipakai lalu melonggarkan tali pinggang di seluarnya

"Ikhwan apa kau nak dari aku ha!" raung Tiara sekuat hati 

"Aku nak kau Tiara semalam bukan main lagi kau tazkirahkan aku apakata sekarang kau dengar tazkirah aku pulak"

"Bukalah baju kau Tiara,tiada siapa kat sini kami bertiga je"sampuk salah seorang rakan Ikhwan nafsu mereka melonjak naik melihat pakaian Tiara separuh terkoyak kerana Ikhwan merentapnya dengan kasar

"Ikhwan jangan buat aku macamni?aku sepupu kau Ikhwan"

"Sepupu?"

"Sejak bila kau sepupu aku ha!" tengking Ikhwan separuh menjerit menggigil mereka semua tidak sabar ingin menerkam Tiara tanpa banyak soal mereka menghumban Tiara di atas katil dengan kasar tersentak Tiara dibuatnya

"Cik Sofiya betul ke ini rumah kawan cik?"soal dua petugas anggota polis 

"Ya betul encik"

"Cik ada dapat panggilan dari dia ke sebelum ni?"soal salah seorang anggota polis itu

"Dari pagi tadi saya call dia tak dapat encik,sebelum ni dia pernah beritahu saya makcik dia pernah dera dia saya risau keadaan dia sekarang"balas Sofiya sambil membuka pagar rumah Tiara muzik yang dipasang oleh mereka bergema hingga di luar rumahnya

"Baik,biar kami periksa"ucap serentak dua anggota polis itu lalu meredah masuk ke dalam rumah Tiara mujur rumahnya tidak berkunci hanya pintu di hadapan dirapatkan 

Sofiya tercengang melihat keadaan rumah Tiara yang bersepah dengan botol casbergh di atas meja bulat matanya melihat kaca televisyen yang terpampar aksi lucah terus dia mematikan televisyen itu dan menutup radio yang terpasang

Mereka mendekati tubuh Tiara salah seorang dari mereka mengoyakkan  seluar track yang dipakai oleh Tiara terselah peha buntingnya yang putih melepak

"Tolong..tolong!!"jerit Tiara sekuat hati apabila mereka ingin terkam dirinya dia meronta-ronta ingin melepaskan diri malangnya genggaman tangannya amat kuat mencengkam lengannya

Sofiya tersentak mendengar suara yang amat dikenalinya menjerit meminta pertolongan dua anggota polis bergegas manaiki anak tangga diikuti Sofiya dari arah belakang untuk membuat pemeriksaan

Ingin sahaja mereka menerkam Tiara Sofiya merempuh bilik Tiara lalu menjerit namanya supaya mereka memberhentikan perbuatan kejinya

"Tiara!"panggil Sofiya dengan cemas

"Korang dah gila ke ha!"

"Kau siapa ha?jangan masuk campurla kang perempuan aku tak merasa kau yang aku rasa"perli salah seorang rakan Ikhwan

"Bijak kau Tiara panggil member kau"

"Kau lepaskan dia sekarang!"arah Sofiya dengan nada tinggi

"Kau pekak ke ha!aku dah cakap tadi aku nak rasa dia dulu tak pun aku yang rasa kau dulu body kau pun boleh tahan kenyang aku harini buy one free one"balas mereka dengan ketawa

"Kau nak merasa aku ea?"perli Sofiya dengan sinis lalu dia memetik jari sebanyak tiga kali dua anggota polis berada di belakangnya dengan berpakaian biasa

"Siapa pulak kau bawa ni?"soal mereka dengan hairan Tiara berlari anak ke arah Sofiya sambil memeluk tubuh sahabatnya dengan erat dengan linangan airmata

"Piya aku takut"ucap Tiara dengan menggeletar ketakutan

"Aku ada Tiara"

"Saya inspektor Zahid,sila ikut kami ke balai untuk buat siasatan"arah Inspektor Zahid lalu menggari tangan mereka Tiara bersyukur kerana Sofiya tiba tepat pada masanya 

"Tadi nak merasa sangatkan?rasalah duduk dalam sel lokap tu ya!"perli Sofiya dengan geram apabila melihat mereka semua telah digari oleh pihak polis puas hatinya

"Err..Cik"

"Tiara"balas Tiara apabila salah seorang anggota polis menyapa dirinya

"Cik Tiara okay?"

"Saya okay,terima kasih datang selamatkan saya"ucap Tiara dalam ketakutan

"Kalau cik Tiara rasa dah tenang boleh datang ke balai kami untuk beri keterangan mengenai mereka"

"Baik encik"

"Lepas kami kemas barang,kami singgah balai encik"sampuk Sofiya lalu memaut lengan Tiara dengan kemas

"Kami tunggu di sana"lalu mereka beredar meninggalkan Sofiya dan Tiara 

"Macam-mana kau tahu aku kat sini Piya?"soal Tiara dengan hairan

"Panjang cerita dia,nantila aku cerita cepat kemas barang kau kita chaw dari sini!"

"Kemas barang?"

"Kita nak pergi mana?"soal Tiara dengan hairan

"Kau nak tinggal sini lagi ke?macam-macam diorang buat kat kau nasib baik aku datang cepat kau nyaris nak kena rogol dengan sepupu kau boleh bertahan lagi?"

"Aku taknak tinggalkan rumah ni?aku sayang rumah ni,ni rumah peninggalan ibu dengan ayah aku"balas Tiara dengan sayu

"Tiara kalau rumah kau ni,aku boleh lipat-lipat masuk dalam beg aku buat Tiara,masalahnya sekarang tak boleh!kau kena selamatkan diri kau dulu,kau kena blah dari rumah ni sementara waktu dulu nanti kita fikir sama-sama macam-mana nak halau iblis-iblis tu dari rumah kau"terang Sofiya lalu membuka almari pakaian Tiara lalu mencapai semua pakaiannya dan disumbatkan ke dalam beg roda yang tersedia di tepi pintu biliknya

"Aku nak tinggal mana lepas ni?"

"Kau tinggal dengan aku kat rumah sewa aku tapi rumah aku tu tak sebesar rumah kaula janji kau selamat Tiara kat sana"

Tiara membantu Sofiya mengemas pakaiannya tidak ketinggalan juga foto-foto ibu dan ayahnya dibawa bersama untuk mengubati kerinduannya.

*****

MEGAT DANISH tersedar dari lenanya tepat pada pukul 3pagi dia teringat kembali kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh pekerjanya semalam di pejabat betapa malunya dirinya apabila dia dimalukan dihadapan semua orang dengan rupa parasnya yang tua dan tidak berdaya untuk berjalan hanya tongkat menjadi penenamannya untuk berdiri dia sengaja tidak memberitahu pada semua pekerjanya bahawasanya dia adalah majikan mereka disebabkan malu dengan rupa parasnya yang tua dia membuat keputusan menjadi staff seperti orang lain

"Pakcik,larat ke nak buat kerja pejabat ni?"soal Qabil dengan sinis dia merenung Megat Danish dari atas hingga bawah dia hanya memakai pakaian biasa baju kemeja bewarna putih rambut berubannya disikat rapi dipadankan dengan seluar slack bewarna hitam tongkat setia menanti di sebelahnya

Megat Danish mengetap gigi menahan kemarahan yang teramat semua pekerja perempuan ketawa ke arahnya ikutkan hatinya dia tidak mahu menjejakkan kakinya ke pejabat arwah ayahnya kerana dia belum bersedia untuk berdepan dengan semua orang dengan rupa parasnya yang tua kereput itu

"Saya nak buat kerja!"balas Megat Danish dengan mendatar semua ketawa ke arahnya mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya

"Pakcik,kenapa formal sangat ni?bahasakan diri?itula orang dah kata patutnya umur macam pakcik ni duduk kat rumah bukannya buat kerja kat pejabat kesian orang muda kat luar sana perlukan kerja"perli Qabil dengan sinis

"Betul tu,saya sokong!"

"Saya pun sokong!"mereka semua serentak membalasnya

"Apa bising-bising ni?"soal Razia dengan tegas selaku setiausaha Megat Rizuan sehingga hari ini dia tidak tahu siapa anak Megat Rizuan yang mengambil alih syarikat ni

"Maafkan saya puan!"balas mereka serentak ingin sahaja dia beredar Razia menahan mereka

"Apa masalah korang ha!nak hina pakcik ni?korang ingat aku tak tahu ke?daripada tadi korang hina dia?"soal Razia dengan nada tinggi semua yang mendengar semua menekur lantai mereka tidak berani bertentang mata dengannya apatah lagi Qabil dalam hatinya menyumpaj seranah Razia dalam hati

Megat Danish tersentak masih ada lagi orang mempertahankan dirinya yang tidak bermaya itu dalam hatinya tertanya-tanya adakah perempuan di hadapannya setiausaha arwah ayahnya dahulu?gumamnya dalam hati

"Pakcik okay?"soal Razia ingin kepastian

"Saya okay"

"Apa lagi tercegat kat situ?pergila buat kerja nak aku report kat puan ke?"perli Razia dengan sinis

Razia kenal mama?mesti dia ada kena mengena dengan arwah ayah..gumam Megat Danish dalam hati

Sepantas kilat mereka beredar menuju ke arah meja masing-masing Megat Danish tertanya-tanya pada dirinya hina sangat ke rupa paras aku?

Megat Danish merenung wajahnya pada skrin komputer walaupun tidak kelihatan dengan jelas tetapi masih jelas rupanya berkedut-kedut dia menghela nafas panjang dan meraut wajahnya berulang kali 

"Macam-manalah puan boleh ambil pekerja orang tua?tak masuk akal langsung awek aku punya cun melecun minta kerja kat sini di rejectnya aku pun tak faham dengan syarikat ni"ngomel Qabil seorang diri sambil menyelak fail bewarna hitam di tangannya

Megat Danish tersedar dari lamunannya apabila telefonnya berdering menandakan pesanan dari Tasha merupakan kawan baiknya dari zaman sekolah tinggi bagi Tasha pula dia hanya ingin menggunakan Megat Danish untuk kepentingannya

"Danish i nak jumpa you tengah harini?"soal Tasha 

Megat Danish tersenyum mendengarnya dia ingin teruskan lagi hubungannya Tasha dan meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini

"Orait dear"

"Dear?loya tekak aku Danish panggil aku dear mesti dia ingat aku syok dengan dia silap besarla sebenarnya aku nak bagi kad nikah aku kat dia supaya dia berhenti ganggu aku lagi!geli-geleman aku bercinta dengan orang tua walaupun umur aku sebaya dengan dia not my taste la!"ucap Tasha dengan sinis

Megat Danish bangun dari birai katilnya dengan perlahan-lahan dibantu oleh tongkat ditangannya tiba di bilik air dia ingin membersihkan wajahnya untuk menunaikan solat Tahajjud alangkah terkejut beruknya apabila dia melihat wajahnya di cermin wajahnya yang sawa matang itu menggelupas terus dia menyentuhnya dengan jari-jemarinya dia berasa amat pedih di wajahnya seperti disiat-siat dengan pisau bulu keningnya juga berubah menjadi warna putih terus dia menjerit sekuat hati untuk melepaskan kemarahannya yang terpendam Zuraina yang sedang lena dibuai mimpi terkejut mendengar suara jeritan itu dari arah bilik bujangnya terus dia berlari untuk mendapatkannya

Zuraina merempuh bilik anak bujangnya sambil tercari-cari kelibat anaknya bulat matanya melihat Megat Danish terduduk di atas lantai dengan linangan airmata terus dia mendapatkan anak bujangnya

"Danish kenapa duduk kat sini?"soal Zuraina dengan hairan lalu membantu  dirinya untuk bangun semula

"Mama,apa sebenarnya penyakit Danish ma?"

"Kenapa makin lama makin teruk?"soal Megat Danish dengan linangan airmata

Zuraina ingin mengesat airmata anak bujangnya alangkah terkejutnya melihat wajah anak bujangnya mengelupas dan keningnya bertukar warna putih seperti rambutnya juga

"Ya Allah,kenapa dengan muka Danish ni?"soal Zuraina dengan menekup mulutnya kerana teramat terkejut melihat perubahan anaknya

"Danish dah penat dengan semua ni ma!"

"Apa penyakit sebenar Danish?apa salah Danish sampai penyakit ni susah nak sembuh?"

"Sabar sayang,bawa mengucap mama akan ikhtiar untuk sembuhkan penyakit Danish sabar ya sayang"pujuk Zuraina dia simpati melihat keadaan anak bujangnya makin lama makin teruk penyakitnya sudah puas dibawa berubat keadaannya tetap sama ingin sahaja Zuraina menyentuh wajahnya Megat Danish mengaduh kesakitan

"Arghh!!sakit mama"

"Nanti kita pergi hospital rawat kulit Danish ya mama akan sentiasa ada disebelah Danish"

"Danish taknak ma,semua hospital kita pergi semuanya sama doktor mesti akan cakap kulit Danish kering lepastu dia bagi losyen lepastu esok lusa jadi balik"rungut Megat Danish dengan geram

"Kita pergi Hospital Kerajaan kita cuba Danish mana tahu ubat kat sana sesuai dengan kulit Danish"pujuk Zuraina lalu mengusap lembut rambut ikal anaknya untuk menenangkan keadaan anaknya yang tidak stabil itu

Salmah mendapat panggilan dari Balai Polis berhampiran rumahnya mengenai kegiatan anaknya ingin merogol Tiara pihak polis ingin Salmah menghadiri balai dengan kadar segera untuk disoal siasat untuk menjamin anaknya keluar dari tahanan polis

"Wan apa semua ni?soal Salmah dengan tegas

"Sumpah mak!Wan tak buat benda terkutuk tu kawan-kawan Wan yang nak rogol Tiara bukan Wan"balas Ikhwan bersungguh-sungguh untuk menyakinkan emaknya dia tidak merogol Tiara

"Mana Tiara sekarang?mak cari dia kat rumah takde pun"

"Manalah Wan tahu"

"Tak guna kau Tiara!ini cara kau nak balas dendam dengan anak aku nanti kau!kalau aku jumpa kau tahula nasib kau lepasni"ngomel Salmah dengan geram sambil menggempalkan penumbuknya

"Mak tolongla Wan,keluar dari sini Wan tak bersalah polis dah buat urine test result pun negatif"pujuk Ikhwan tanpa banyak soal Salmah bertemu dengan pegawai polis untuk mempertahankan anaknya dan menafikan anaknya tidak bersalah dalam kes ini

"Tiara kau okay tak?pucat gila muka kau cuba kau cakap dengan aku makcu kau ada buat apa-apa lagi kat kau?"soal Sofiya ingin kepastian

"Aku takut dia putar belit cerita kat pihak polis dia tuduh aku pulak yang goda anak dia"

"Kau jangan risau aku akan backup kau Tiara kat balai lepas kita pergi balai aku bawa kau pergi klinik seramla aku tengok keadaan kau tak bermaya ni nanti tak pasal-pasal kau tumbang siapa nak angkat kau,aku awal-awal surrender aku tak larat angkat kau!"

"Kau nak bawa aku pergi klinik?"soal Tiara ingin kepastian 

"Yela,aku teman kau pergi Klinik lepas kita bagi keterangan diorang tengah tunggu kita sekarang ni!"

"Boleh tak kau bawa aku pergi Hospital tempat arwah mak aku bertugas aku rindu nak pergi sana"

"Mestila boleh Tiara,kau tu larat ke nak tunggu?hospital kerajaan kena beratur kalau klinik terus masuk je jumpa doktor"

"Aku larat jangan risaula Piya,lagipun situ tempat aku selalu teman mak aku sampai habis dia bertugas"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status