Share

AM-2

HARI ini merupakan hari pertama Tiara menghadiri kelas ekonomi badannya terasa amat lesu kerana seharian dia tidak menjamah sebutir nasi dengan tangan kirinya melecur akibat terkena minyak masak yang dilemparkan oleh makcunya dia hanya membalutkan tangannya dengan bandage untuk meredakan kesakitannya

"Tiara kau okay tak?"

"Macam tak sihat je aku tengok,dah pergi Klinik?"soal Sofiya dengan risau 

"Aku okay Piya,pening sikit subjek ekonomi ni"Tiara pura-pura menyibukkan diri dengan membuka helaian demi helaian kertas kerja di tangannya

"Owhh,memangla subjek baru mula-mula susahla lama-lama senangla kau dah makan belum?"soal Sofiya ingin kepastian 

"Err..dah"

"Betul ke kau dah makan?daripada tadi aku dengar perut kau buat lagu raperz"usik Sofiya sambil mengukirkan senyuman manis ke arah sahabatnya

"Kau belum makan lagi kan?"

"Ermm"

"Lepas habis kelas,kita lepak kat warung sebelah kolej kita pekena cendol dulu lepastu aku hantar kau balik amacam kau okay tak?"soal Sofiya ingin kepastian

"Okay jugak tu"

"Pak Syed petang ni saya ada meeting dekat kolej area Murni hantarkan saya kat sana ya"pinta Megat Danish sambil menyapu kulitnya dengan losyen sejak dua tiga harini kulitnya semakin kering dan menyebabkan kegatalan yang teramat 

"Tuan Danish okay ke?"soal Pak Syed ingin kepastian dia simpati melihat keadaan majikannya 

"Kulit saya kering gatal-gatal Pak Syed saya pun tak tahu kenapa?selalunya  kejap je gatalnya"

"Tuan Danish ada salah makan ke masa sarapan tadi?"soal Pak Syed ingin kepastian

"Tiada Pak Syed"

"Arghh!!stressla macamni!"jerit Megat Danish sekuat hati untuk menghemburkan kemarahannya

Tersentak Pak Syed mendengarnya terus dia memberhentikan kereta Toyata Alphard di bahu jalan untuk menenangkannya

"Kenapa Pak Syed berhenti kat sini?"soal Megat Danish dengan hairan

"Err..sebenarnya Pak Syed terkejut tuan Danish menjerit tiba-tiba tuan dah okay ke sekarang?"soal Pak Syed ingin kepastian sebelum dia meneruskan perjalanannya

"Maafkan saya Pak Syed,saya stressla dengan diri saya kenapa semua benda ni terjadi kat saya?kulit kering gatal-gatal pulak tu tak boleh berdiri lama,kalau berdiri lama je lutut saya sakit apa semua ni Pak Syed?saya muda lagi kenapa saya dilahirkan macamni?Pak Syed apa salah saya?"soal Megat Danish dengan linangan airmata

Sabar nak,kamu tak salah apa-apa semuanya dah tertulis nak,Pakcik yakin mesti ada penawarnya..gumam Pak Syed dalam hati

"Tuan Danish istighfar banyak-banyak ingat Allah semuanya berlaku ada hikmahnya tak baik kita merungut Pak Syed yakin ada penawarnya setiap penyakit ada penawarnya tuan Danish percaya cakap Pak Syed nak"pujuk Pak Syed dengan memberi kata-kata semangat kepada anak majikannya

"Kenapa bila saya tanya mama,dia cakap tak tahu Pak Syed?apa sebenarnya yang terjadi pada saya?apa yang mama sorokkan daripada saya selama ini?"

"Puan tak tahu apa-apa tuan Danish jangan salahkan puan kalau tuan Danish nak tahu semasa puan melahirkan tuan Danish puan mengalami kemurungan dia hampir hilang kewarasan diri bila dia melihat wajah tuan Danish masa lahir mujur isteri Pak Syed banyak bantu puan untuk pulihkan jiwanya seminggu selepas tuan Danish dilahirkan ayah tuan menghembuskan nafas terakhirnya di rumah akibat strok mengejut cuba tuan Danish bayangkan bertapa sukarnya puan menjalani kehidupannya tapi puan tak pernah putus asa untuk teruskan kehidupan dia dia tetap bangun dari kesedihannya untuk membesarkan tuan Danish hingga sekarang"terang Pak Syed dengan panjang lebar untuk menyedarkan Megat Danish yang tidak habis-habis menyalahkan dirinya

"Saya buntu Pak Syed,macam-macam rawatan saya pergi semuanya tidak menjadi daripada rawatan tradisional hinggalah rawatan modern semua orang tak pernah tengok penyakit saya ni Pak Syed apa yang patut saya buat Pak Syed?"balas Megat Danish dengan linangan airmata

"Sabar nak,Pak Syed faham apa yang kamu rasa sekarang kamu nak hidup macam orang lain bahagia bersama orang tersayang inshaallah suatu hari nanti tuan Danish akan merasai semua itu percayala cakap Pak Syed nak"

"Semua perempuan yang rapat dengan saya semua tinggalkan saya sebab rupa saya orang tua bertongkat dan tak mampu berdiri lama cuba Pak Syed duduk tempat saya jadi gila dibuatnya"

"Pak Syed rasa memang elok dia jauhkan diri dia dari tuan Danish daripada tuan Danish terluka sebab dia bukannya ikhlas terima tuan Danish dia terima sebab harta tuan Danish"

"Saya dah fedup nak teruskan kehidupan saya yang saya sendiri tidak tahu mana silapnya"

"Tuan Danish apa kata kita pekena cendol dulu kat warung depan kolej tu mana tahu tuan Danish punya mood akan bertambah okay"arak Pak Syed sambil memujuk anak majikannya

"Bagus jugak idea,Pak Syed saya tahu tekak Pak Syed dah kering bagi nasihat kat saya okayla jom kita bertolak ke sana"Pak Syed memberi isyarat kanan untuk masuk ke simpang itu 

"Tiara kenapa aku tengok muka kau pucat je?kau tak sihat ke?"soal Sofiya sambil menikmati rojak bersama cendol durian

"Aku okay Piya kepala aku pening sikit"

"Makcu kau macam-mana kat rumah kau?dia baikkan?"teka Sofiya sambil menghirup cendol durian 

"Baik sangat?sampai dia simbah minyak panas kat tangan aku!"

"Haa!"

"Dia simbah minyak panas dekat kau?"soal Sofiya dengan terkejut

Tiara membuka bandage di tangan kirinya yang dibalut kemas lalu ditunjukkan kepada sahabat baiknya

"Mak..aii melecur tangan kau asal dia buat macamtu kat kau?"

"Sebab aku tak masak lauk dia"

"What!!dia ingat kau orang gaji dia ke?nak masak kat dia?dia ada kaki ada tangan kenapa tak masak sendiri sakit hati pulak aku dengar!"soal Sofiya dengan separuh menjerit

"Perlahanla sikit suara kau tu,satu warung dengar suara kau tau!"

"Weyh!takkan kau berdiam diri buatla something rumah yang sekarang dia dengan anak dia duduk tu rumah kau,suka-suki je nak arah kau buat itu ini"

"Aku tak tahu nak buat apa weyh!kalau aku buat report polis aku tetap bersalah jugak sebab aku yang izinkan diaorang tinggal dengan aku"

"Geram pulak aku dengar,tengok muka macam tak percaya je depan aku pijak semut tak mati kalau aku tahu dia buat macamtu kat kau awal-awal lagi aku sound dia"

Mata Tiara tertacap seorang lelaki tua sedang menikmati cendol durian bersama temannya dengan mesra sekali fikirannya teringatkan ayahnya yang selalu menemani dirinya yang lewat menjamu selera

"Kau usha siapa Tiara?tak berkedip-kedip mata kau usha Pakcik sebelah tu"usik Sofiya

"Aku teringatkan arwah ayah aku,kalau dia ada mesti semua benda ni takkan jadi kat aku"balas Tiara dengan menghela nafas panjang

"Kalau kau stress dudukla dengan aku tak lama lagi nak exam boleh ke kau fokus tinggal sana? kalau aku jadi kau dah lama aku blah dari rumah tu"arah Sofiya sambil membelek telefon bimbitnya

"Aku tak boleh blah dari rumah tu Piya,banyak kenangan aku dengan family aku kat sana"

"Ermm..kalau kau ada masalah rogerla aku,kau petik je jari sepantas kilat alu ada kat sebelah kau jomla gerak hari nak hujan ni kang membebel pulak makcu gila kau tu "usik Sofiya lalu beredar dari meja makan itu menuju ke kaunter untuk membuat bayaran

"Pak Syed sedap jugak cendol durian kat warung ni pandai Pak Syed pilih tempat"puji Megat Danish lalu menyumbatkan durian ke dalam mulutnya

"Pak Syed dah lama nak ajak tuan Danish makan kat sini takut tuan Danish tak selesa dengan warung ni"

"Apa pulak tak selesa,saya okay je janji tempat tu sedap dan bersih"balas Megat Danish lalu mengukirkan senyuman ke arahnya

Lain sungguh perangai Megat Danish dengan Megat Rizuan yang dikenalinya sebelum ini..gumam Pak Syed

"Pak Syed nak makan apa-apa lagi?saya belanja ni"usik Megat Danish

"Dah kenyang tuan Danish nak meletup perut Pak Syed"seloroh Pak Syed dengan ketawa 

Megat Danish ingin bangun untuk membuat pembayaran di kaunter tanpa disengaja tongkatnya jatuh terkena kaki Tiara yang sedang beratur menemani Sofiya untuk membuat pembayaran dengan pantas Tiara mengambil tongkat milik Megat Danish lalu diserahkan kepadanya

"Terima kasih"ucap Megat Danish dengan menundukkan wajahnya dia malu ingin bersemuka dengan gadis di hadapannya yang masih merenung dirinya

"Sama-sama pakcik,kat depan tu lantai licin hati-hati tau jalan"ucap Tiara lalu meninggalkan Megat Danish dia terkesima mendengar suara merdu gadis itu dia tidak berani bertentang mata dengannya

"Tiara cakap apa dengan Pakcik tu tadi?"soal Sofiya dengan hairan apabila melihat Tiara berbual dengan seorang lelaki yang berusia itu

"Pakcik tadi tongkat dia terjatuh kat kasut aku,aku tolongla dia"

"Owhh..kesiannya pakcik tu mesti lutut dia ada masalah macam arwah atok aku"

"Tulatu,aku tengok pakcik tadi tiadalah tua sangat tak sangka dia pakai tongkat manalah anak dia kan kesian pakcik tu kalau aku anak pakcik tu dah lama aku lepak sekali dengan dia?" baals Tiara apabila teringat kembali wajah tua lelaki yang dibantu sebentar tadi

"Apa kata kau jadi anak angkat pakcik tu aku rasa masa dia muda mesti hensem kan?"

"Kesitu pulak kau ni!"marah Tiara lalu masuk ke dalam perut kereta Sofiya dan beredar menuju destinasi masing-masing

*****

PAK SYED perasan sejak Megat Danish masuk ke dalam perut kereta ada senyuman terukir di bibirnya terus dia berdehem sebanyak tiga kali untuk menyedarkannya terus mati lamunan Megat Danish mendengarnya

"Pak Syed panggil saya ke?"soal Megat Danish dengan riak wajah blurnya

"Senyum semacam je Pak Syed tengok tak nak share dengan Pak Syed ke?"usik Pak Syed sambil memfokuskan pemanduannya

"Ehh tiada apalah Pak Syed lain kali kita singgah sini lagi sedap cendol kat sini harga pun berpatutan"

"Boleh jumpa dengan perempuan tadi kan?"pancing Pak Syed

"Haa!"

Pak Syed nampak ke perempuan tadi tolong aku?gumam Megat Danish dalam hati

"Err..perempuan mana Pak Syed?"soal Megat Danish pura-pura tidak tahu

"Ala yang tadi tu dia tolong angkatkan tongkat tuan Danish buat-buat lupa pulak"usik Pak Syed dengan mengukirkan senyuman di cermin belakang

"Owhh perempuan tadi?haah dia yang tolong saya angkat tongkat tadi"

"Tuan Danish kenal ke dia?"soal Pak Syed ingin kepastian

"Tak,Pak Syed kenal ke?"soal Megat Danish tidak sabar-sabar untuk mengetahuinya

"Pak Syed pun tak kenal,rasanya dia student dekat kolej ni sebab Pak Syed nampak dia pakai tag student kat leher dia"

"Owhh,kat kolej ni bidang apa yang ada ea?"soal Megat Danish ingin kepastian

"Tak pastila,Pak Syed rasa bidang perundangan,ICT,Akaun yang lain Pak Syed tak ingat kenapa tuan Danish?"

"Saja tanya,sebab ni kali pertama saya join kolej ni maklumla saya tak sambung belajar terus kerja tu yang nak tahu kat sini bidang apa yang ada?"

"Owhh..nanti kita selidik bidang apa yang ada kat kolej ni termasuk dengan budak perempuan tadi?"usik Pak Syed

Megat Danish sengaja membuat tidak dengar soalan yang dituju oleh Pak Syed kepadanya

Ikhwan dan Salmah menyilangkan tangannya menanti Tiara tiba di kediamannya dengan riak wajah yang selamba Tiara  melangkah masuk ke dalam rumahnya tanpa menghiraukan renungan mereka

"Lama kau dating?baru ingat jalan balik?"perli Ikhwan 

Dating?apa kejadahnya aku pergi kelasla gila! kau ingat aku macam kau ke ha!..ngomel Tiara dalam hati terus dia menoleh ke arah mereka dengan sinis

"Apa pandang-pandang?"soal Salmah dengan sinis

"Nak tahu tak apa yang Tiara pandang?"soal Tiara dengan sinis

"Apa kau pandang ha!"

"Tiara pandang hati makcu,makin lama Tiara tengok makin hitam hati makcu?tak sental dengan klorox ke?"perli Tiara dengan sinis sambil senyum mengejek ke arah Ikhwan 

"Kurang ajar kau Tiara"ingin sahaja Salmah menampar wajah Tiara sepantas kilat dia mengelak malang tidak berbau tangan kanan Salmah tertolak perhiasan kaca yang disusun di sudut almari berderai ke lantai lalu kaca perhiasan itu terkena kaki kanannya darah tidak henti-henti mengalir terus dia berlari ke arah bilik air untuk membersihkannya

"Berani kau sakitkan mak aku Tiara!"jerkah Ikhwan sekuat bergema ruang tamu rumahnya

"Aku yang sakitkan?kau buta ke Ikhwan?mak kau yang cederakan diri dia sendiri aku pulak yang disalahkan lagisatu kau tiada kerja ea?setiap hari ada kat rumah aku!"perli Tiara dengan sinis

"Aku nak pesan dengan kau jangan harap bulan ni aku nak bayarkan bil api,air rumah ni pandai-pandaila kau hidup dengan mak kau biar kita sama-sama gelap barula sehati sejiwa tak begitu encik Ikhwan?kalau kau panas api tiada elokla kau blah dari rumah aku jangan lupa bawa mak kesayangan kau sekali blah dari rumah aku faham!"puas hatinya dapat menghemburkan kata-kata pedas kepadanya yang terpendam selama ini

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status