Share

My Love Story ( Bahasa Indonesia )
My Love Story ( Bahasa Indonesia )
Penulis: Lucyana

MLS ¦ SATU

Aku menuruni anak tangga dengan malas sambil memeluk tubuh. Jam menunjukkan angka 3 pagi dan mulut aku dari tadi tidak henti-henti menguap dengan luas. Semua ini gara-gara Nur Sara! Kalau bukan kerana dia yang suka pulang lewat pagi begini sudah pasti tidur aku tidak akan terganggu. Dari bawah tangga kaki aku melangkah laju ke arah pintu utama rumah banglo milik ayah kami ini.

Sebaik saja pintu dibuka, maka muncullah wajah mabuk Nur Sara menyapa mata aku yang sudah disepetkan kerana tidak suka dengan bau yang menusuk ke rongga hidung aku ini. Tidak lain tidak bukan bau busuk semerbak minuman akohol melekat di tubuh badan Nur Sara.

"Pehal lambat sangat buka pintu?" Marahnya dengan nada separuh menjerit membuatkan tangan aku segera menekup mulutnya. Aku cuba memimpinnya ke dalam rumah namun tubuh aku ditolaknya kasar. Setelah itu, langkahnya dibuka dan mula berjalan terhuyung-hayang. Nama pun mabuk, mestilah dia akan jalan begitu dan lagi manalah dia nak sedar apa yang dia tengah lakukan ketika itu.

Aku mengeluh sendirian, sejak umur kami 19 tahun lagi Nur Sara bersikap begini. Keluar pagi balik pagi, keluar sihat bila balik mula tenat. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan adik aku ini.

"Eh! Eh!" aku segera menarik tangan Nur Sara agar tidak terlanggar pasu bunga yang terletak elok di atas rak. Jika tidak, matilah aku kalau tuan pasu bunga itu tahu. Siapa lagi jika bukan mama kami.

Oh! Terlupa pula, nama aku Nur Hara. Kakak kembar tak seiras kepada si gadis tinggi lampai dan kurus kering macam lidi yang sedang aku papah naik ke tangga ini. Siapa lagi kalau bukan Nur Sara!

"Apa ni pegang-pegang? Aku boleh jalan sendirilah. Tepi!" marah Nur Sara kepada aku sambil matanya terpejam rapat. Eh kau gila ke? Boleh jalan sendiri dengan mata terpejam macam itu! Apalah nasib badan aku ini kena papah tuan puteri naik ke biliknya.

"Tak payah nak mengadalah. Nanti kau jatuh aku juga yang susah!" jawab aku dengan tegas supaya dia faham apa yang aku sedang katakan kepadanya. Akhirnya Nur Sara tertidur di dalam pangkuan aku, sah memang aku kena papah dia naik ke atas. Inilah rutin harian aku setiap jam 3 pagi, usung mayat hidup ke biliknya. Eh!

Setibanya kami di tingkat kedua rumah, aku terkejut melihatkan sekujur tubuh sedang berdiri di hadapan kami. Aku mendonggak melihat siapa gerangannya. Rupanya itu adalah ayah. Aku tertelan air liur melihatkan wajah bengisnya. Umur ayah sudah menjangkau 50-an namun raut wajahnya tidak banyak berubah tetap kelihatan sama ketika masih muda.

"Ayah..." panggil aku mendatar. Risau jika tiba-tiba kena jerkah di hadapan tangga ini.

"Kenapa benarkan dia masuk?" soal ayah membuatkan aku menelan air liur sekali lagi. Aku sebagai seorang kakak dan anak sulung keluarga ini memang tidak berani nak lawan cakap ayah. Jadi untuk soalan ayah itu aku tidak tahu nak jawab apa.

"Ayah nak esok pagi kamu kejutkan dia. Jangan sampai ayah yang kejutkan dia. Faham!" tegas ayah kepada aku dan aku mengangguk laju seperti burung belatuk. Ayah punya suara lagi seram dari hantu mengacau tengah malam. Setelah itu, aku melihat ayah beredar dari tangga menuju ke kamar tidurnya.

Aku melepaskan nafas lega. "Aish kaulah ni." rungutku sambil memapah semula Nur Sara ke biliknya di tingkat tiga. Bilik kami berdua berada di tingkat paling atas iaitu tingkat ketiga. Sejak kecil memang kami ditempatkan di ruangan atas.

Kini aku sedang berdiri di hadapan pintu bilik Nur Sara, aku menolak daun pintu tersebut dan meraba-raba ke dinding untuk mencari suis lampu. Setelah jumpa terus suis itu aku tekan dengan itu bilik yang gelap gelita tadi mula terang dengan sinaran cahaya dari lampu tersebut.

Aku mengusung Nur Sara ke katilnya, aku meletakkan tubuhnya di atas katil setelah itu aku bergerak ke hujung katil mahu menarik selimut untuk menyelimuti tubuh Nur Sara. Remote control untuk penghawa dingin di atas meja kecil di sebelah katil Nur Sara aku gapai lalu menekan-nekannya untuk menghidupkan penghawa dingin tersebut.

Aku terdengar suara bebelan dari Nur Sara. Apa yang dibebelkan pun aku tak tahu yang aku tahu hanyalah nak masuk ke bilik aku dan tidur semula. Sejak kecil kami terlihat rapat dan mesra namun semakin umur kami meningkat dewasa semakin terlihat kerenggangan hubungan kami sebagai adik-beradik kembar tak seiras kerana kesibukan yang melanda diri.

Ketika umur aku 16 tahun, aku dimasukkan ke sekolah private oleh ayah manakala Nur Sara hanya menetap di sekolah menengah biasa. Sejak dari itu, hubungan kami mula berenggang kerana aku lebih banyak menghabiskan masa dengan tinggal di asrama.

Mungkin kerana itu, Nur Sara mula menjinakkan diri dengan dunia liar di luar sana. Aku sendiri tidak tahu apa yang patut aku lakukan supaya Nur Sara berubah kembali seperti dulu. Namun aku sedar akan sesuatu, manusia yang sudah berubah tidak akan berpatah balik ke belakang melainkan di masa hadapan mereka sendiri berusaha untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan.

Kadang-kadang aku tertanya sendirian, adakah salah aku Nur Sara jadi begini? Mengapa ayah masukkan aku ke sekolah itu dan pisahkan aku dengan Nur Sara ketika di bangku sekolah? Namun, jika aku terlalu banyak menyoal semua perkara yang sudah berlaku seolah-olah aku tidak redha dengan takdir yang sudah tertulis di luth mahfuz untuk aku dan Nur Sara.

Aku menekan suis lampu tidur di meja kecil tepi katil Nur Sara. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik, aku mula bergerak ke arah pintu bilik. Suis lampu ditutup kembali, perlahan-lahan daun pintu itu aku tutup.

Langkah aku dibuka menuju ke bilik aku. Sebelum masuk ke bilik, aku meninjau keadaan sekeliling. Risau kalau-kalau ternampak kelibat yang tidak sepatutnya. Setelah memastikan tiada apa-apa yang mencurigakan aku terus masuk ke dalam bilik dan menutup daun pintu dengan perlahan.

🍂🍂🍂

Bunyi jam yang membingitkan segenap ruangan bilik aku ini aku gapai lalu menutup bunyinya yang nyaring itu. Tangan aku segera memisat-misat mata aku yang masih mengantuk. Mata aku dilirikkan ke arah jam yang berada di sisi aku. Pukul enam pagi, dan sudah masuknya waktu subuh.

Aku segera bangun dan bergerak ke arah bilik mandi yang sememangnya sudah tersedia dalam bilik ini sejak rumah banglo tiga tingkat ini didirikan oleh ayah. Aku segera masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil wudhuk, solat subuh harus segera ditunaikan kerana waktu imsak juga masuk awal jika subuh awal.

Selesai mencuci muka dan mengambil wudhuk, aku terus keluar dari kamar mandi. Sejadah dan kain telekung segera aku gapai dan bentangkannya di atas lantai mengikut arah kilbat. Kain telekung aku sarungkan ke tubuh, setelah itu solat fardhu subuh pun aku mulakan dengan niat mendirikan solat.

Aku suka dengan rutin harian aku setiap kali masuk waktu subuh. Aku suka menunaikan solat. Aku suka duduk lama-lama di atas sejadah sehingga aku tertidur di atas sejadah ni. Ketika umur aku 7 tahun, aku diajar solat oleh arwah Pak Man yang bekerja dengan ayah di rumah ni. Aku membesar dengan didikan agama yang diberikan oleh Mak Jah iaitu isteri kepada Pak Man.

Aku diberikan didikan agama yang secukupnya dari mereka berdua, dalam keluarga ni. Selain ayah dan mama, Pak Man dan Mak Jah juga aku anggap seperti ibu dan ayah kedua untuk aku kerana sepanjang aku membesar seorang wanita yang aku anggapnya sebagai ibu langsung tidak melayani aku sebagai seorang anak seperti mana seorang ibu melayani anaknya dengan baik.

Aku sendiri tak tahu mengapa namun aku cuma hanya anggap itu mungkin kerana aku seorang kakak dan anak sulung. Rata-rata kawan-kawan aku di sekolah yang merupakan anak sulung turut berkongsi kisah yang sama seperti yang aku lalui. Jadi aku tidak mahu banyak menyoal akan perkara yang sudah berlaku. Teruskan hidup dengan sebuah senyuman itu lebih baik dari kita mengungkit apa yang telah berlalu bukan?

Aku menanggalkan kain telekung dari tubuh dan diletakkan di tempatnya bersama-sama dengan sejadah yang aku ambil dari lantai tadi. Kini langkah aku dibuka menuju ke pintu bilik, masih segar di ingatan aku akan pesanan ayah malam tadi. Kejutkan Nur Sara sebelum ayah yang kejutkannya. Kalau nak selamat lebih baik aku pergi kejutannya sekarang.

Aku menerjah masuk ke dalam bilik Nur Sara. Langsir yang menutupi ruang bilik tidurnya aku tarik. Selimut yang menyelubungi tubuhnya aku tolak ke tepi. "Bangun bangun bangun!" laung aku dengan kuat seperti ada gempa bumi baru berlaku di rumah kami. Nur Sara membukakan matanya dengan susah.

"Apa kau ni!" marahnya apabila dia melihat ke arah aku yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang memandangnya.

"Bangun bangun bangun!" laung aku sekali lagi sambil tangan aku segera menepuk-nepuk seluruh tubuh badannya.

"Yah! Yah!" marahnya kerana tepukan aku hampir-hampir nak terkena aset pentingnya.

"Bangun ayah nak jumpa kita di bawah, kau bangun kalau tidak aku simbah air pula." jerit aku dengan ceria di pagi hari. Seronok juga kalau aku mandikan Nur Sara di katilnya, bukan selalu aku nak buat kerja nakal sebegitu.

"Jangan nak mengada! Kau ni ish!" punggung aku ditendangnya kuat sehingga hampir-hampir nak tersembam di atas lantai namun aku bijak untuk seimbangkan badan maka tak jadilah aku terjatuh.

"Bangun!" kali ni tangan aku menarik lengannya dengan kuat.

"YAHHHH!" jeritnya kuat. Aha sakitlah tu! Padan muka! Aku jelirkan lidah ke arahnya. Dia menjeling aku tajam. Suka aku mengusiknya begitu. Akhirnya Nur Sara bangun juga dari tidurnya. Kami laju menuruni anak tangga kerana aku mengheret Nur Sara agar mengikuti langkah aku.

Ketika kami tiba di ruangan bawah, kelibat Kak Tina menyapa mata aku yang sedang bersiap sedia mahu membersihkan kawasan ruang tamu di bahagian bawah itu. "Kak Tina!" panggil aku perlahan. Kak Tina menoleh ke arah aku sambil memberi isyarat 'nak apa?'

"Ayah dah turun?" soal aku kepadanya dan Kak Tina hanya mengangguk tanda sudah. Aku segera menarik tangan Nur Sara ke meja makan memandang ayah dan mama berada di sana.

"Selamat pagi ayah... mama..." ucap aku riang namun tidak Nur Sara, dia bagaikan terpaksa. Wajahnya menunjukkan dia tidak berminat dengan apa yang sedang berlaku ketika ini.

Dalam waktu yang sama, aku sempat melihat mama menjeling ke arah aku dengan tajam. Hm tak mengapalah, aku dah biasa! Aku dan Nur Sara mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan tu.

Mak Jah yang baru keluar dari dapur mendekati kami. "Selamat pagi cik Hara, cik Sara. Nak minum apa?" soal Mak Jah dengan mesra. Aku turut tersenyum tetapi Nur Sara hanya membuat wajah menyampahnya.

"Tak apa Mak Jah! Biar Hara buat sendiri. Mak Jah duduklah sekali, sarapan." lawa aku dengan baik walaupun aku tahu Mak Jah takkan nak duduk makan sekali.

Mak Jah menggeleng perlahan, "Tak mengapalah cik Hara, cik Hara makan ya. Mak Jah ada kerja lagi di dapur. Mak Jah masuk dulu." ujar Mak Jah dan aku hanya mengangguk perlahan. Aku tak suka Mak Jah gelarkan aku dengan gelaran 'cik' namun di depan ayah dan mama terpaksa aku dengarkan gelaran itu. Entahlah aku sudah menganggap Mak Jah sebahagian daripada keluarga aku tapi Mak Jah tetap berkeras mengatakan aku majikannya jadi dia perlu hormat. Apa-apa ajelah janji Mak Jah gembira. Aku pun turut gembira.

Tiba-tiba Sara bersuara, "Hara kata ayah ada sesuatu nak cakap. Kalau lambat sangat nak cakap Sara naik dulu. Mengantuk lagi." ujar Nur Sara membuatkan mata aku terbeliak seketika. Makanan yang baru saja nak masuk ke dalam mulut aku tak jadi aku teruskan kerana terkejut dengan kata-kata Nur Sara tu.

"Tak cukup-cukup lagi kamu tidur pagi tadi? Nak tidur sampai pukul berapa? Kenapa tak koma je terus?" perli ayah membuatkan aku menelan air liur. Dengar ayat tu macam perli tapi nadanya amat tegas.

Sara mahu memberontak, dia segera bangun dari duduknya namun ayah menyuruhnya duduk semula. Aku menarik tangan Nur Sara meminta agar dia duduk semula dan akhirnya aku berjaya. Nur Sara kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi tu.

"Apa abang ni cakap macam tu dengan anak? Biarlah dia tidur, lagipun dia bukannya buat apa pun." mama cuba membela Nur Sara. Aku memandang Nur Sara sambil memberikan isyarat supaya dia menjaga kata-katanya. Aku tak kisah dia nak biadap tetapi bukan dengan ayah atau pun mama. Bagi aku ayah adalah orang yang paling patut untuk dihormati sebagai seorang anak kerana seorang lelaki bergelar ayah itu penat membanting tulang mencari rezeki untuk isteri dan anak-anaknya.

Nur Sara menjeling aku tajam. Dia tidak suka dengan isyarat yang aku sampaikan kepadanya. Wajah aku mula berubah riak. Ayah memandang aku dengan pandangan tanpa reaksi.

"Ayah nak esok Hara masuk ke pejabat. Ayah dah sediakan tempat untuk Hara di pejabat tu." ujar ayah membuatkan mata aku membuntang dengan luas. Aku masuk pejabat? Aku tak salah dengarkan perkara ni? Aku hanya mengangguk perlahan antara nak dengan tak nak je anggukan aku tu. Iyalah siapa tak terkejut dengan arahan tersebut, tiada angin tiada ribut tiba-tiba masuk pejabat?

Aku terdengar Nur Sara lepaskan dengusan panjang, tak tahu apa maksud dari bunyi itu tapi apa yang aku dapat rasakan yang dia tak suka dengan perkara tu.

"Itu je ke yang ayah beria suruh Sara turun sekali ni? Kalau nak beritahu tentang Hara je, lebih baik Sara naik." marah Nur Sara dengan nada tinggi. Aku tak tahu nak buat apa, aku rasa macam Nur Sara tak suka dengan berita tu yang sepatutnya jadi berita gembira untuk aku kerana tak perlulah aku tanam anggur lagi selepas ni.

"Untuk kamu Sara. Ayah nak kamu ke Korea Selantan minggu depan jumpa bakal suami kamu." arah ayah membuatkan mama yang sedang meminum air tersedak, aku ternganga. Nur Sara pula terkejut.

"What? Hell no!"

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status