Share

MLS ¦ LAPAN

       Jong In menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur. Setibanya dia di situ, kelibat kakak keduanya menjamu mata.

"Ha... Jong In, lewat hari ni?" soal Ju Na sambil mengunyah roti di dalam mulutnya.

"Hari ni tak masuk gim, nak pergi jumpa suplier barang kafe. Nunaa tu dah kenapa makan berdiri?" tegur Jong In kepada kakaknya itu yang sedang makan sambil berdiri.

"Tulah Jong In, hyung pesan dah makan duduk. Nunaa kamu tu degil." sampuk Min Yoongi, suami kepada Ju Na yang baru selesai membersihkan tangan disingki.

"Eh, hyung tak kerja hari ni?" soal Jong In terkejut melihat abang iparnya itu berada di rumah.

"Kerja separuh hari, nunaa kamu ni mengidam nak jalan-jalan beli barang baby hari ni jadi terpaksalah hyung turutkan." jawab Yoongi lalu mendekati isterinya yang sedang memuncungkan bibir kerana Yoongi mengadu kepada adiknya tentang perkara itu.

"Haha... layankan jela hyung, nunaa ni memang mengada dari sebelum kahwin lagi."
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status