Share

MLS ¦ SEMBILAN

Aku melangkah laju menuruni anak tangga, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku segera membuka pintu rumah dengan tergesa-gesa aku keluar dari rumah dengan hanya memakai pakaian tidur.

Kunci kereta aku tekan untuk membuka pintu kereta. Ketika aku mahu melangkah masuk ke dalam perut kereta. Suara seseorang memanggil aku dari belakang membuatkan aku terkejut seketika.

"Cik Hara!" panggil orang itu. Aku menoleh terkejut sambil memengang dada aku sendiri.

"Ya Allah! Irfan! Janganlah terkejutkan saya macam tu. Lemah jantung saya. Semangat." seloroh aku sambil mengurut dada aku sendiri.

Irfan tersengih namun tidak lama, "Cik tergesa-gesa ni nak ke mana?" soalnya sambil mengerutkan dahi.

"Saya nak ambil Nur Sara, dia ada di kelab malam. Kawannya telefon kata, dia khayal teruk. Tak boleh bawa kereta, jadi saya terpaksa ambil dia." jawab aku jujur kepada Irfan.

"Bahaya ni cik, biar saya yang pandu." Irfan memerhatikan keadaan sekeliling yang
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status