Share

MLS ¦ TIGA

Korea Selatan

Suara azan subuh kedengaran dari telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil tepi katil. Seorang lelaki yang sudah lama terjaga dari lenanya segera menggerakkan kaki menuju ke kamar mandi.

Selesai saja dia mengambil wudhuk, dia melangkah keluar dari kamar mandi sambil menguak rambutnya yang basah berstailkan slightly disheveled quiff itu ke belakang.

Dia mengapai kopiah yang terletak elok di atas meja kecil di tepi katilnya. Setelah itu, kopiah itu disarungkan ke kepalanya sambil kakinya laju melangkah ke arah pintu bilik.

"Hyung! Cepatlah!" jerit adik bongsunya, Kim Jong Ho yang berdiri di luar bilik itu. "Nanti waktu subuh habis!" rengek adiknya itu yang baru saja berumur 12 tahun.

"Ya! Ya! Kejap!" balas tuan empunya badan sambil membuka pintu biliknya tu. Jong Ho terus menerkam tubuh tegap milik abangnya. "Khajja..." ajak lelaki itu.

Jong Ho melangkah masuk dengan membawa sejadah kecil miliknya. Lelaki itu membentangkan sejadahnya di atas lantai dan diikuti oleh Jong Ho.

Bacaan iqomat mula dibacakan oleh Jong Ho dengan fasihnya. Selesai bacaan iqomat itu. Lelaki itu mula mengangkat takbiratul ihram dan solat subuh itu pun bermula.

Sementara itu, ibu mereka yang baru keluar dari bilik tidur untuk turun ke ruangan dapur terhenti dari terus melangkah disaat melihat ke arah bilik anaknya itu. Senyuman tenang terukir di wajahnya.

"Kenapa senyum-senyum tu?" tegur suaminya yang turut keluar dari ruangan bilik mereka sambil membetulkan kancing baju kemeja di lengannya.

"Shuuu!" isterinya meletakkan ibu jari di bibir meminta suaminya perlahankan suara. "Jangan bising... tengoklah tu." jari isterinya ditundingkan ke arah bilik anak teruna mereka itu. Si suami pun menjenggahkan sedikit kepalanya untuk melihat.

"Oh..." hanya itu yang si suami katakan.

"Sejuk hati saya tengok Jong Ho bang, kecil-kecil lagi dah suka solat berjemaah macam tu. Sekali sekala abang bawalah dia ke masjid di Itaewon timba ilmu agama." pinta si isteri sambil membuka semula langkahnya untuk turun ke dapur.

"Iya... nanti abang bawakan." ujar si suami tidak membantah. "Nanti sabtu ni abang bawakan ya sayang?" sambung suaminya lagi sambil mengekori langkah si isteri. Isterinya hanya tersenyum.

Turunnya mereka ke ruangan dapur disapa oleh pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Ahjumaa Min.

"Selamat pagi tuan puan Kim..."

"Selamat pagi Min... hari ni saya nak masak nasi goreng kimchi. Awak sediakan semua bahan ya?" pinta si isteri yang digelarkan sebagai Puan Kim dengan lembut kepada pembantu rumahnya itu.

"Baiklah puan." ujar Ahjumaa Min lalu dia menyediakan semua kelengkapan barang masakan yang diperlukan.

"Selamat pagi ma... pa..." sapa anak kedua mereka iaitu Kim Ju Na, yang kini sedang sarat menggandungkan anak pertamanya.

"Ju Na! Kan eomma dah pesan jangan banyak sangat bergerak. Perut ni tunggu masa je nak kempis." ujar Puan Kim kepada anak perempuannya itu.

"Alah ma... Ju Na bosanlah duduk dalam bilik. Lepas solat tadi Ju Na rasa lapar sebab tu turun bawah ni nak tolong eomma masak." jawab Ju Na dengan sebuah senyuman manja ke arah Puan Kim. Bakal menjadi seorang ibu pun manjanya tidak pernah berkurang dengan Puan Kim.

"Selamat pagi..." sapa menantu Puan dan Tuan Kim pula iaitu Kim Sun Kyu. Menantu sulung keluarga Kim. "Eomma nak masak apa hari ni?" tanya Sun Kyu dengan sebuah senyuman di bibirnya.

"Eomma nak masak nasi goreng kimchi, awak Sun Kyu tolong tengok-tengokkan Ju Na. Nak juga bergerak banyak, doktor dah kata tinggal sikit hari je lagi nak bersalin." omel Puan Kim kepada anak menantunya itu.

"Baiklah eomma." sahut Sun Kyu sambil tersenyum girang.

Puan Kim melangkah ke arah ruang memasak untuk menyediakan sarapan pagi keluarganya. Seorang demi seorang turun ke dapur termasuklah anak lelaki ketiga keluarga Kim iaitu Kim Jong In.

"Ha alang-alang semua dah turun ni, appa nak beritahu kamu semua tentang sesuatu." ujar Tuan Kim sambil membetulkan cermin matanya. Matanya mula melirik ke arah anak menantu dan cucunya yang sedang duduk meriah duduk di meja makan tu sambil menunggu makanan siap dihidangkan oleh Ahjumma Min.

"Apa dia appa? Macam besar sangat je bunyinya tu." soal Kim Jong Gi, anak sulung lelaki keluarga Kim.

Tuan Kim tersenyum lebar sambil melirik ke arah isterinya. "Appa jangan cakap yang appa dengan eomma nak pergi honeymoon?" seloroh Kim Ji Yu, anak keempat keluarga Kim. Tuan Kim ketawa kecil.

"Apa salahnya, ingat orang muda je ke nak pergi honeymoon?" Tuan Kim menyambut elok seloroh anak gadisnya itu.

"Ish abang ni... Main-main pula." marah Puan Kim sambil menepuk perlahan lengan suaminya.

"Haha... taklah, appa nak beritahu. Kawan appa dari Malaysia nak hantar anak perempuan dia ke sini untuk bercuti dan sekaligus appa nak kenalkan dia dengan Jong In." terang Tuan Kim membuatkan anaknya yang ketiga bernama Kim Jong In itu tersedak kuat.

Jong Gi dengan segera menghulurkan tisu ke arah adik lelakinya itu. Teruk sangat tersedak habis mulut dan bajunya dibasahi air minuman tu.

"Jong In tak kisahkan?" soal Puan Kim sambil memandang wajah anak terunanya itu. Mencari-cari jawapan di sebalik wajah Kim Jong In.

Jong In memandang ke arah keluarganya dan akhirnya dia tersenyum. "Tak eomma." balas Jong In dengan lembut sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Namun di dalam hatinya lain pula yang berlaku.

Kim Jong In, seorang lelaki berumur 25 tahun merupakan seorang pengusaha pusat gim kesihatan dan juga sebuah kafe di Seoul. Anak ketiga keluarga Kim.

"Omo tak lama lagi kami akan dapat kakak ipar baru!" laung Ji Yu dengan penuh bersemangat membuatkan dua orang lagi adiknya turut bersorak riang.

"Nanti Min Soo dapat aunty barulah?" soal anak kepada pasangan Jong Gi dan Sun Kyu. Sebaya umurnya dengan anak bongsu keluarga Kim.

"Appa harap Jong In tak kisah appa aturkan jodoh untuk Jong In." ujar Tuan Kim dalam keriangan keluarganya itu terselit rasa tak selesa jika anak terunanya itu tak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Kalau Jong In tak suka, Jong In berterus-terang saja. Eomma dengan appa tak kisah." ujar Puan Kim pula dan suaminya hanya mengangguk mengiyakan kata-kata si isteri.

"Taklah eomma appa, Jong In tak kisah." jawab Jong In dengan begitu lembut. Kata-katanya dijaga supaya dia tidak mengguriskan hati kedua ibu dan bapanya.

"Baguslah kalau begitu, hyung pun harap Jong In dapat move on dengan kisah lalu. Buka buku baru dan terima rancangan eomma dengan appa ni. Mana tahu itu yang terbaik untuk masa depan adik hyung ni." bahu Jong In ditepuk perlahan oleh abang sulungnya itu. Jong In hanya mengangguk tanda mengerti.

Makanan yang sudah terhidang di atas meja mula diambil lalu mereka bersarapan dengan meriah. Beginilah hidup keluarga Kim.

Jong In melirik sekilas ke arah abang dan kakak iparnya yang sedang mesra sambil menjamu selera. Begitu juga dengan kakak keduanya bersama suaminya. Adik-adiknya juga sama ceria dan gembira. Apatah lagi ibu dan ayahnya.

Jong In tersenyum kelat, dia dah lama move on dari kisah duka dalam hubungan percintaannya itu. Cuma untuk menerima seseorang teman baru agak sukar untuk Jong In lakukan. Walaupun begitu, dia tidak mahu mengguris hati ibu dan ayahnya.

Abang dan kakaknya semua memilih pasangan hidup sendiri dan kekal sehingga ke jinjang pelamin. Entah mengapa hubungannya saja tidak menjadi. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku tu jadi dia redha dengan segala ketentuan Illahi.

Abang sulungnya Kim Jong Gi berkahwin dengan kakak iparnya 7 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kim Min Soo.

Kakak keduanya pula berkahwin dengan anak pembantu rumah mereka iaitu Ahjumma Min. Suami kakaknya itu bekerja dalam sebuah syarikat engineer terkemuka di Korea Selatan. Ini bermaksud Ahjumma Min juga adalah salah seorang ahli dalam keluarga Kim.

Adiknya Kim Ji Yu sedang menuntut di sebuah kolej. Belajar dalam bidang perniagaan yang kini berumur 19 tahun. Adiknya yang kelima Kim Jo Ah, masih bersekolah menengah dan adik bongsunya Kim Jong Ho masih belajar di sekolah rendah.

Sebuah ikatan keluarga yang harmoni ini sangat membuatkan hatinya bersyukur. Keluarganya sentiasa berkumpul dan tinggal sebumbung. Ada masalah yang berlaku pasti akan duduk semeja dan mula berbincang secara baik.

Jika dulu dia tak terlalu mengikutkan hawa nafsu untuk mengejar seseorang yang bukan miliknya sudah pasti dia tak dapat merasai kehagatan sebuah kasih sayang dalam keluarganya untuk hari ni.

Sudah pasti juga dia tidak akan merasa nikmatnya masih mempunyai keluarga yang menyokong walaupun mereka tahu dirinya pernah membuat kesilapan besar di masa lalu namun masih lagi tetap teguh berdiri bersama-sama memberikan semangat dan dorongan yang tidak berbelah bahagi.

Jong In memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Illahi, jika bukan kerana sayangnya Allah Swt terhadap dirinya sudah tentu nikmat sebegitu dia tidak dapat rasakannya saat ni.

"Syukur ya allah." ungkap Jong In perlahan lalu mengukirkan senyuman di bibirnya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status