Share

Part 7: Papa Mike

Skrin Iphone discroll keatas. Halaman I*******m, Twitter, F******k serta beberapa laman sosial lainnya diselak laju. Dari semalam wajahnya tidak menghadap peranti itu. Boring gila!

Nasib baik television serta kompiuter riba masih terdapat dibiliknya. Kalau tidak, mau mati kutu dia selama mengurung diri dibilik sejak semalam. 

Tadi mommy masuk serta menyerahkan bendalah itu padanya. Kata mommy, 'abang Riz kamu hantar' eeiii, geli dengar ayat tu. Bukan geli dengan kata-kata mommy, tapi dengan nama lelaki itu. Serasa mahu menyumpah pun ada.

Puteri lalu masuk ke ruangan chat W******p. Kumpulan 'Girls havoc' dipenuhi chat dengan men'tag' namanya. Tiga orang gadis didalam kumpulan itu menyeru Puteri untuk bergabung dalam perbualan kerana gadis itu menyepi sedari semalam.

'hi girls... Ape cer? Mana Puteri ni?'

-Amber

'Puteri, jom lepak tempat biasa this night.'

-Emily

'Puteri Puteri Puteri Puteri Puteri Puteriiiiiiiiiiiiiiiiiii'

-Yaya

Bibir gadis itu menoyak senyum. sudah tiba masanya untuk dia release tansion. Ajakan rakan rakannya di sahut laju. malam ini kita on!

***

   Ruang makan di kediaman Tengku Jaafar kian membisu. walau tiga orang penghuni rumah telah duduk dengan tertib menghadap hidangan yang telah disiapkan oleh maid, tapi ianya masih tidak mengundang sepatahpun bicara keluar dari mulut mereka. 

Hanya suara pinggan sudu berlaga sesama sendiri sebagai satu satunya irama yang kedengaran. Riz masih menenung makanan yang telah disudukan kedalam pinggannya oleh ibunda tercinta. 

Tg. Jaafar menilik wajah anak tunggalnya itu terasa janggal. Jarang sekali intan payungnya ini bersikap seperti ini.

"Aih, Sunshine. Kenapa tenung aje makanan tu? Itukan makanan favorite awak!"

Che Puan Suraya menegur manja si anak bujang kesayangan.

Riz seperti tersentak dari lamunan. 

Senyum kelat terpaksa diukir untuk meyakinkan orang tuanya yang dia sedang 'baik baik saja'.

"Eh, ok mommy. Riz makan sekejap lagi."

"Sekejap lagi? Makanan dah terhidang tu, makan lah cepat. Nanti sejuk tak sedap!"

Pinta Che Puan Suraya, berasa risau dengan keadaan anak bujangnya itu.

Dah kenapa semacam aje sikapnya?

"SunShine. What's wrong? Daddy perhati sejak dari pejabat lagi awak tu moody."

Giliran Tengku pula menyoal anak lelaki satu-satunya itu. Dia memerhati anaknya sejak dari pejabat tadi, satu kerja apa pun tak jalan. Asyik mood swing aje.

"Nothing, daddy. Riz cuma penat sikit je." Riz berdalih, serta mempamer senyum palsunya. Selepas itu dia pun kembali menekur hidangan dipinggan tanpa menyentuhnya.

"Penat? Daddy tak rasa ini sebab penat. Riz ada masalah ke? Cuba bagi tahu daddy."

"Tak ada daddy."

Kembali senyum kelatnya terbentuk. 

Makanan dipinggan hanya dikuis tanpa disuap. 

***

    7:45pm. Pulang dari surau, Maleek terus meletak punggung perlahan dibirai katil. Kedengaran keluhnya melepas penat. Seorang diri hari ini dia terkejar-kejar. 

Selepas mengahdiri temu janji dengan client di Genting Highland, sambung drive pula pergi Banting. Mujur urusan di Banting selesai cepat. Itupun tak sempat dia join pergi Melaka selesaikan satu kes disana dengan Zd dan Aryan. 

Kedua sepupunya itu juga belum pulang dari sana. Tidak tahu pukul berapa mereka pulang malam ini. 

Maleek mula meluruskan badan diatas tilam, cuba mereharkan diri dari penat seharian. Aahh, leganyaa dapat baring! Kedua kelopak mata dikatup seketika. 

Tapi..... 

Belum masanya untuk kau berehat Maleek! Maleek tersentak seraya membuka mata.

Baru saja matanya hampir terlelap, kedengaran tombol pintu biliknya dipulas seseorang dari luar.

Maleek bingkas. Nafasnya cuba diatur, sedikit mengah akibat lena yang terbantut.

"Papa Mike..."

Suara itu muncul bersama tubuh kecil yang telah menyusup masuk kebilik itu. Maleek hela nafas lega. Ingat siapa lah tadi.

"Norah. Terkejut papa Mike tau. Ada apa sayang?"

Si kecil yang sudah tiba dihadapannya itu diangkat diduduk kan disebelahnya.

"Kak Tinah dah balik. Norah tak ada kawan. Boleh papa Mike teman Norah?"

Adunya bersama sedikit muncung, dan anak mata membulat merayu simpati. Kak Tinah dah balik, buli papa Mike lah, apa lagi.

Hartinah pengasuhnya itu hanya akan tidur dirumah itu bila ketiga majikannya itu memaklumkan bahawa mereka ada kerja diluar pada waktu malam. Jika tidak, pukul 7:30 wanita itu akan pulang kerumahnya sendiri. Mujur rumahnya tidak begitu jauh. Hanya berjalan kaki saja dari kediaman mereka.

"Ooh, semestinya boleh. Norah nak buat apa?" 

Wajah kecil itu dipandang. Rasa mengantuk juga sudahpun hilang.

"Norah nak buat home work. Boleh papa Mike tolong?"

"Home work? Why not? Let's go!"

Tubuh kecil itu lalu diangkat kedalam dekapan, sebelum kanak kanak itu dibawa keluar dari biliknya.

Macam ni lah jadi bapak. Walau penat bekerja seharian, pulang kerumah kena la juga melayan si kecil. Tambahan pula kanak-kanak itu tiada ibu, perasaannya begitu sensitif bila orang sekeliling tidak melayannya. Hal itu sungguh menggamit simpati Maleek sehinggakan sanggup meggadaikan waktu rehatnya demi si comel Norah ini.

Meja kopi depan television diruang tamu itu menjadi tempat dua beranak itu meluangkan masa. Maleek begitu gigih melayan Norah mengerjakan kerja sekolahnya. Dalam masa beberapa minit, selesailah kerja sekolah Norah dibantu oleh papa Mike. 

Gadis kecil itu bersorak riang setelah dua muka surat tugasan yang beri oleh guru telah diselesaikan dengan jayanya. 

Kerja sekolah budak tadika je pun!!

"Papa Mike...."

Kedengaran lagi mulut kecil itu memanggil.

"Emmm."

Sahut Maleek dengan nada meleret, sedangkan mata sudah ralit menghadap skrin telifon bimbit ditangan.

"Norah lapar lah."

Aaahh, sudah! 

Wajahnya diangkat dari menghadap skrin telifon. Wajah Norah dipandang terkebil kebil. Tertangguh lagi la niat untuk berehat. Baru ingat nak baring atas sofa pun jadi. 

Kembali Maleek membuang keluh berat.. Haihh!

"Lapar? Emmm, Norah nak makan apa?"

Lelaki ini sememangnya dikurniakan dengan kesabaran yang agak terhad. Tetapi untuk Norah, dia mampu melipat gandakan kesabaran itu yang entah dari mana datangnya.

Tak apa Maleek, hitung-hitung untuk melatih diri sebelum bergelar bapa sebenar, kan! 

"Norah nak makan Lazagna."

Sebu terus perut Maleek. Dahinya terangkat, air liur terasa sakit melanggar anak tekaknya. Mana nak dapat bendaalah tu wei???

***

    Puteri keluar dari lif rumahnya. T-shirt mini putih tanpa lengan melekap elok ditubuhnya. Dipandakan dengan vest denim warna biru, yang serasi dengan Jeans pendek yang mendedahkan pahanya. 

Accessorri seperti gelang-gelang turut dikenakan untuk menyerlahkan gaya. Memang ranggi bin seksi.

Setelah hampir dua hari dia mengurung diri dibilik, malam ini dia mahu menenangkan fikiran bersama rakan-rakan seperti selalu. Wajah ceria sudah kelihatan, tidak sabar-sabar mahu berjimba bersama di kelab malam.

Puteri melintas begitu saja tanpa menoleh kiri dan kanan. Rambut pony tail-nya beralun seiring rentak kakinya berjalan. Bukan tak nampak mommy dan daddy sedang duduk disofa, tapi saja buat-buat tak nampak. 

Masih tersimpan rasa kesalnya terhadap daddy kerana memarahinya tempoh hari.

Pendendam punya budak!

"Puteri. Nak kemana pula ni?"

Pn. Sri Zakiah menghampiri anak dara itu yang telah tiba dimulut pintu.

Langkah kaki Puteri dihentikan serta memusing badan menghadap mommynya.

"Mommy....."

Suara manjanya meleret bersama kedua tangan dihulur seperti meminta satu pelukan. 

Saja nak kasi daddy jealous.

"Puteri nak keluar la mommy. Dah berapa hari Puteri terkurung dalam bilik."

Ujarnya dengan manja merangkul mommy. Sempat matanya melirik jengkel pada daddy yang duduk disofa serta memerhatikannya.

Biar je daddy tu. Tak nak kawan!

"Nak keluar kemana pula ni sayang? Boleh tak jangan asyik keluar macam ni? Mommy risau lah. Dah la pakaian macam ni pulak tu." Tegur Puan Sri penuh berhemah. Bimbang anaknya akan terasa dan semakin berontak nanti.

"Ala, mommy tak payah la risau. Puteri dah besar lah. Tahu lah puteri nak jaga diri."

Tahu jaga diri konon. Yang hampir jadi lauk si Tengku Riz tu apa cerita Cik Puteri oii? 

Pelukan dileraikan, kedua tangan mommy digenggam kemas.

"Puteri janji hari ni Puteri balik awal. Mommy tahukan, anak mommy ni tak akan buat benda tak elok."

Pn Sri menghela nafas. Memang dasar degil. Kalau dah A kata dia, A lah dia buat. Separuh mati orang suruh tukar jadi B pun jangan harap.

Pn. Sri hanya mampu mengeluh. Berdoa sajalah banyak-banyak, supaya kedegilan itu segera diangkat dari kepala anaknya.

"Ok lah mommy, Puteri gerak dulu. Kawan Puteri dah tunggu tu."

"Kalau iya pun, salam lah daddy dulu."

Pinta sang mommy merujuk pada lelaki yang sedang duduk disofa, dan hanya memerhatikan mereka dari kejauhan. 

"Taknak. Puteri masih merajuk dengan daddy." 

Getusnya kasar namun berbunyi manja. Usai bicaranya itu, Puteri langsung menarik muka, tidak mahu melihat daddy. Merajuk tau, merajuk!

Pn sri hanya menggeleng kepala menyaksikan ulah anak tunggalnya. Diperhatikan olehnya, gadis itu telah mula melangkah pergi tanpa berpaling lagi.

Degilnya lahai.. kalau lah ada dijual ubat yang boleh kurangkan degil, dah lama mereka import walau mahal berjuta-juta sekalipun.

***

   Maleek yang telah menyarung apron paras pinggang, kini sedang menggeledah freezer mencari apa yang patut untuk menunaikan kemahuan si kecil Norah yang sedang duduk diam-diam menunggunya di bar kitchen itu.

"Hah, nasib baik ada."

Maleek mempamer senyum lebar ketika menemui dua kotak Lazagna sejuk beku yang masih tersimpan didalam peti pendingin itu.

"Yayyy..."

Norah di sebelah sana bersorak riang. Nak makan Lazagna. Nak makan Lazagna!

"Norah tunggu sekejap ya, papa Mike panas kan dalam oven dulu tau."

Pujuknya sambil membawa keluar dua kotak bungkusan Lazagna itu untuk prosess berikutnya.

"Ok papa Mike."

Sahut Norah teruja.

Oven pun dinyalakan. Dua peket Lazagna beku dibuka penutup sealnya dan disusun dalam dulang sebelum dimasukkan kedalam ketuhar tersebut.

"Kita tunggu dia lima belas minit. Norah nak apa apa dulu tak?"

Ujarnya lagi.

"Emmm, nak milo."

Balas Norah.

"Milo ya. Okay!"

Maleek pun beralih pada kabinet tempat menyimpan serbuk minuman. Cawan bersih disiapkan untuk prosess membuat minuman yang dipinta Norah.

Tak lama kemudian...

"Papa Mike, papa Mike."

Tiba-tiba Norah terjerit memanggilnya. 

Maleek yang sedang membancuh minuman coklat itu pantas memusing leher, menoleh pada Norah. Si kecil itu telahpun berada dibelakangnya menghulur telifon bimbit miliknya yang berdering sedari tadi lagi. Maleek lorek senyum kecil sambil menyambut peranti itu dari tangan Norah.

Skrin telifon dipandang sebelum panggilan itu dijawap. Senyum dibibirnya langsung padam. Maleek menepuk dahi serta menyeringai.

Lupakan niat kau untuk berehat, Maleek. Nanti nanti aje lah rehat tu! Kau memang takakan dapat berehat malam ini. Haih!

  

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status