Share

Part 5: Lelaki Misterius

  

    EvoX meluncur laju membelah jalan. Waktu sudah menginjak pukul tujuh petang. Puteri yang masih mengigil kekal dalam posisi merengkot di tempat duduk belakang.

    Nasib baik kereta ini jenis memiliki empat pintu. bukan macam kereta Riz, mahal je lebih, tapi hanya boleh memuat dua orang penumpang sahaja. 

    Bagaimanapun, Puteri masih belum tahu kereta ini mahu membawanya kemana. Dari tadi fikirnya hanya mahu melepaskan diri dari Riz. Sampaikan sanggup naik kereta orang yang tidak dikenalinya.

    Perlahan kepalanya menjengah dan melihat kearah sipemandu yang membatu ditempat duduk hadapan sambil mengawal stereng ditangannya.

     Walau hanya dapat melihat dari sisi, tapi Puteri lihat orang itu begitu serius memandu. Suasana didalam kereta dicekam sunyi. Baik Puteri mahupun lelaki itu masing-masing mengunci mulut.

    Tetapi... Puteri tidak boleh berdiam saja. Sekurang-kurangnya dia perlu tahu kemana kereta ini akan membawanya.

    "Aa, Hallo.." Puteri mula memberanikan diri membuka suara. Tiada jawapan didapati. Individu dihadapannya itu masih bungkam dan fokus memandu.

    "Hallo Mister. Can you tell me where we wanna go?" Sedikit panjang kali ini tegurnya. Harap dia dapat jawapan yang dia mahu kali ini.

    "Balik rumah." Itu saja jawapan yang diterima oleh Puteri. Jelas, tegas, dingin tanpa irama.

      Finally, ada jugak jawapan.

Eh,, tapi.. balik rumah? Rumah siapa? Rumah aku ke rumah dia?

    "Balik rumah? Are you kidding me?"

Kembali soalannya dibiar tergantung tanpa jawapan. Manusia itu semakin membuat suasana hati Puteri menjadi lebih tegang. Aahh sudah! Baru sahaja terlepas dari mulut buaya, ini masuk dalam cengkaman hantu pulak ke? Oh no! Mommy, help me please!

     "Hallo.. awak nak bawak saya pergi mana hah?"

Suaranya kali ini agak ditinggikan. 

    "Balik rumah la. Berapa kali nak kena ulang?"

    Puteri diam. ludah ditelan perit. Berdebar takut risau semua ada. Suara lelaki itu tegas. Tapi Puteri masih tidak tahu rumah siapa yang dimaksudkan.

   "Bo-boleh saya tahu tak rumah siapa?"

Suaranya kali ini agak perlahan sambil menahan gemuruh. Namun tetap cuba memberanikan dirinya.

    "Rumah Tan Sri Baharudin! Puas?" Suara itu tanpa nada. flat saja.

    "Hah? Macam mana awak tahu rumah saya? Macam mana awak kenal daddy saya? Siapa awak ni?"

     Tiga soalan berturut-turut. Maleek tidak tahu harus menjawap yang mana satu. Jadi dia memilih untuk bungkam sahaja.

    "Hei, Mister. Jawap la."

Puteri kini lebih berani mendesaknya untuk memberi tahu. Gadis itu tetap gigih menanti jawapan dari lelaki yang tidak dikenalnya itu.

     Teragak-agak Maleek hendak menjwap. Namun dia jenis tidak suka didesak. Mungkin berterus terang adalah lebih baik.

     "Err.. saya..."

Baru ura ura mahu membuka kata, matanya  lalu terpandang pada angka digital di dashboard keretanya. 19:15

Keluhnya dilepas sejenak. Aih, kalau hantar perempuan ni dulu tak sempat ni. Gumamnya dalam hati.

    Lantas tangannya laju memusing stereng kearah lain. Kereta pun meluncur setelah menukar laluan.

    "Hei. Awak nak bawa saya pergi mana hah? Awak orang jahat kan? Baik awak lepaskan saya, sebelum saya telifon polis."

Puteri yang terasa panik lalu menyelak sling bag miliknya untuk mengambil telifon bimbit. 

   Lebih baik aku call polis. Eh, apa kata kalau call daddy dulu? Macam mana orang ni boleh tahu nama daddy?

     Malangnya, cariannya menemui kehampaaan. Baru dia teringat, smartphone miliknya terlepas dari tangan sewaktu Riz mencengkam tangannya. 

Kerana terburu-buru dia langsung terlupa untuk mengambilnya semula.

Puteri mengeluh pasrah.

     "Jangan memekak boleh tak? Saya nak cepat ni." Nada bicara lelaki itu agak kasar dan tegas. Membuatkan Puteri semakin terpempan ditempat duduk belakang. Mommy, daddy. Please safe me!

     Kereta yang membawanya itu lalu berhenti disuatu tempat. Lelaki itu menarik handbrake lalu memberi tahu Puteri tanpa menoleh kebelakang.

    "Awak tunggu sini sekejap. jangan nak lari atau buat apa-apa. just, duduk diam diam." Tegasnya memberi amaran. Tanpa mematikan enjin, Maleek lantas keluar meninggalkan sendirian Puteri didalam kereta.

   Terpinga-pinga Puteri melihat lelaki itu keluar dan berjalan menuju.....

Masjid?

     Tidak tahu kenapa? Dengan menyaksikan bangunan sederhana namun mendamaikan di depan matanya itu, otaknya seperti menghantar signal pada hati lalu memberi tahu 'jangan risau, kau selamat sekarang'. Maka tiada lagi niatnya dihati untuk keluar mahupun lari. Puteri pun akur untuk menunggu lelaki itu kembali.

    Selang berapa minit kemudian, Maleek pun kembali semula ke kereta. Tanpa melihat pada kerusi belakang, cukup dia memastikan ada kelibat manusia disitu sudah cukup membuatnya bernafas lega. Kereta lalu bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah Allah itu.

     15minit dalam perjalanan, suasana didalam kereta masih seperti kuburan. sunyi! Tiada siapa yang membuka suara. Bahkan radio pun tidak dinyalakannya.

    Perasaan puteri kini berbelah bagi, sama ada takut mahupun tenang. namun selepas dia menyaksikan lelaki itu masuk ke masjid dan menunaikan solat, rasa takutnya sedikit demi sedikit mula terhakis. Dan rasa ingin tahu juga mula mengetuk didinding hatinya.

    "Ermm, hallo.. May i know who you are? and how do you know my daddy?"

perlahan-lahan Puteri menegur. Suaranya kini lebih lunak didengar.

    Lima minit berlalu dari soalan terakhirnya tadi. namun lelaki itu masih membiarkan Puteri terpinga-pinga menanti jawapan.

    "Hallo... saya cakap dengan orang ke hantu ni?" kesal soalannya tidak dijawap, Puteri pun meninggikan sedikit nadanya. Tak jawap juga kali ini, aku doa kau bisu terus. Aku sumpah!

    "Mike! just call me Mike!" 

Spontan nama itu terpacul dari mulutnya. Seronok pula dia memperkenalkan diri dengan nama sebutan dari sikecil Norah itu padanya. 

    Norah yang pelat sewaktu dia baru belajar bercakap tidak dapat menyebut namanya dengan betul. Mahu menyebut 'Papa Maleek' tapi jadi 'Papa Maik'. Akhirnya, dia mengekalkan sebutan itu menjadi 'Papa Mike'.

    Woahh.. ada nama. Simple and short, but nice. Desis Puteri mencipta sedikit senyum dibibir mungilnya. Perasaan takut juga mula berangsur pudar meninggalkan hati. Jari jemarinya bermain sesama sendiri, serasa dia mahu bertanya sesuatu lagi pada lelaki itu.

    "Err... Mr. Mike. Macam mana Mr. Mike kenal daddy saya? boleh tak jangan bagi saya berburuk sangka lagi?"

Rayunya bersungguh-sungguh ingin tahu. Suaranya juga semakin mendayu-dayu. kalau tak pandai mengawal diri boleh pitam dibuatnya. menggoda sangat suara itu.

    Maleek lalu menghela nafas, perlu ke dia memberitahu apa tugasnya? Tetapi cara gadis itu bertanya seperti mahu membuang kekeliruan yang sedang dia rasai. Maleek pun berfikir seketika. Salah ke kalau dia beri tahu? Rasanya tidak salah kalau dia tahu pun kan. Baiklah!

    "Saya ditugaskan oleh Tan Sri untuk menjaga dan memerhatikan awak dari jauh. Serta menolong awak jika awak dalam kesulitan. Puas hati?" Ungkapnya jujur. Tidak mahu lagi gadis itu bersangka buruk terhadapnya.

   "Hell, what? Daddy upah awak untuk Spy saya? What is so damn.. shit!" Daddy,, this is to much.... Gggrrrr! Puteri menggerutu dalam hati dan mengutuk tindakan Tan Sri yang baginya amat keterlaluan itu.

    Sementara Maleek didepan sudah menyumpah seranah dalam hati. Gadis itu dilirik dengan ekor matanya. 

    Tak padan dengan pendek. Boleh tahan celupar mulut minah ni. Kalau aku bagi penyepak padu agak-agak nangis tak dia? 

Maleek berdecit sinis tatkala gerak-gerik gadis itu dikesan sedang merengut kearahnya. 

    Dah la singkat gila. Macam ni iman siapa yang tak goyang? Lepastu nak salahkan orang lelaki bila dah jadi mangsa. Dah dia sendiri yang tunjuk.

    Astagfirullahaladzim. Apa aku fikir ni? Baru saja lepas sucikan hati, dah tercemar balik otak aku. Agghhh, ni semua salah kau Zd. Aku kena buat perhitungan dengan kau.

    Maleek mengomel dalam hati. Tidak puas hati dengan tugas yang sedang dijalaninya ini. Cermin mata hitam lalu diperkemas. Mata kembali fokus pada jalan raya yang terbentang luas dihadapan. 

    Manakala Puteri sedang berpeluk tubuh dibelakang. Tidak disangka, rupanya selama ini pergerakannya telah diperhatikan oleh Spy kiriman daddy. 

Puteri memandang sebal sisi lelaki itu dari belakang. Tidak puas hati, kesal, tapi dalam masa yang sama, hatinya berasa lega juga. Kerana jika tanpa kemunculan lelaki ini, mungkin nasibnya kini telah berada dalam genggaman Tengku Umar Mukhriz sepupunya.

                                   ***

    "Papa. Kenapa papa tak balik lagi?"

Norah berbicara melalui telifon kepunyaan Maleek.

    "Sorry, sayang. Papa ada kerja kat luar ni. Besok baru papa balik. Norah tidur dengan papa Mike dan papa Yan dulu ya malam ni." 

Zd membals dari hujung talian.

    "Papa tahu kan, besok Norah ada pergi lawatan."

     "Iya, papa tahu. Teacher dah inform papa dah. Barang barang Norah Kak Tinah dah siapkan. Norah tidur awal malam ni ya, biar besok bertenaga nak pergi lawatan tu."

     "Ok papa. Papa jangan lupa makan tau. Love you papa. Muaahh!"

     "Ok sayang. Love you too! Muuaaahh!"

     Loud speaker di non-activekan. Telefon bimbit kini dilekap pada telinga Maleek. 

    "Haa, helo.. caner?"

Sapa Maleek.

     "Belum lagi. Rumit pulak kali ni. Sebab waris dah meninggal. Jadi susah nak jejak bukti." Jawap Zd pada sepupunya.

     "Tulah kau. Berlagak nak setelkan sendiri. Sanggup drive sorang-sorang pergi Penang. Aku nak tolong kau tak kasi."

    "Takpe. Yan mana Yan?"

    "Yan kat bilik dia kot. main game."

    "Main game? Ape ke tebiat budak tu? Dokumen pasal maklumat yang aku send kat email tu dia dah siapkan belum?"

    "Entah lah? Siap dah kot. Kalau tak takkan la dia boleh relek main game tu."

     "Emm, ok lah kalau macam tu. Bagi tahu dia, kalau kes ni tak settle, aku nak dia ambik flight besok datang Penang. Suruh dia bawah sekali photo copy dokumen dan geran yang aku dah send tu. "

    "Ok. Yan je, aku tak payah?"

Maleek cuba mempelawa diri.

 

    "Yan jelah. Kalau semua pergi, siapa nak hantar dan ambil Norah nanti. Lagipun kan kes Puteri Zaharah kau tu tengah on going lagi. Hehehe!" Zd melepaskan tawa berbunyi ejekan dihujung kalimatnya. Membuat Maleek sedikit terjegil dengan wajah mula membahang.

    "Weii, sempat kau sebut pasal tu kan. Siap gelakkan aku lagi. Kau memang tak guna tau. Kes camtu kau pas kat aku?" Maleek merungut sebal.

    "Eh ok pe? Kerja mudah. Hehehe!"

    "Otak kau kerja mudah. Aku rasa nak quit doh kes ni."

    "Kau jangan Maleek. Tan Sri tu dah baik sangat dengan kita. Aku tak nak hampakan dia."

    "Haih, kalau kau tak nak hampakan dia, apa kata kau je yang handle kes ni?"

    "Apa aku pulak? Kau jelah. Lagi pun kau yang deal hari tu kan."

     "Heii, semak doh."

     "Eleh, semak konon."

     "Haish, dah lah. Aku nak tidurkan Norah. Lepas tu aku pun nak tidur. Malas aku layan kau."

     "Ok ok. Jangan mimpi Puteri Zaharah dah la ye. Hahaha."

     "Kau memang siot tahu tak, Zd."

                                    ***

    

     "How's your feel, baby girl?"

Maleek mengerling gadis kecil yang duduk dibangku penumpang disebelahnya. 

     "I'm so excited, papa!" 

Dijawap dengan jerit keterujaan oleh Norah.

    "Amboi dia. Baik baik nanti tau. Jangan terpisah dengan kawan." Ucap Maleek, menasihati.

    "Ok papa."

     EvoX Maleek pun akhirnya tiba dihadapan sekolah tadika itu. Telah standby disana sebuah bas pesiaran yang sedia membawa para murid untuk lawatan hari ini.

    Pihak guru juga sedang sibuk mengatur barisan murid-murid untuk menuju kedalam kendaraan. Terlihat juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut menyaksikan serta merakam detik-detik bersejarah dalam hidup kanak-kanak berusia 5 hingga 6tahun itu.

    Maleek lalu membawa Norah untuk menyertai perhimpunan kanak-kanak tersebut.

 

    "Semua dah sedia dah?"

Maleek mahu memastikan tiada barang yang tertinggal untuk dibawa oleh anak angkatnya itu.

    "Dah papa."

    "Ok, let's go."

Tangan Norah lalu dipimpin menuju himpunan murid-murid.

    Namun tangan Norah terlepas dari genggamannya. Maleek cuba mengejar, tetapi kanak-kanak itu telah berlari dengan teruja.

    "Teacher Puspa..."

Nama itu dilauang sambil kaki kecilnya berlari mendapatkan wanita berbaju sukan serta bertudung labuh yang sedang mengatur murid-muridnya itu.

    Wanita itu segera menoleh laju pada Norah yang sudah merangkul pinggangnya.

     "Eh, Norah. Norah baru sampai ya. Mari sini, bergabung dengan kawan kawan." 

Ajak wanita itu sambil memimpin tangan Norah memasuki barisan.

     "Teacher, teacher. Boleh tak nak ambil gambar dengan teacher dulu? Norah nak kasi papa Norah tengok." Pintanya dengan mempamer wajah comel.

    "Oh, boleh sayang. Meh sini dengan Teacher."

    "Yayy! Papa Mike. Boleh tak papa Mike ambilkan gambar Norah dengan Teacher? Lepastu papa Mike hantar gambar tu kat papa." Laungnya pada Maleek yang berada 30miter dari tempatnya berdiri.

    Maleek melepaskan keluh pendek, sebelum dia mengorak langkah menghampiri anak angkatnya itu.

    Telifon bimbit lalu dikeluarkan untuk mengambil gambar gadis kecil itu bersama gurunya, berlatar belakangkan bas dan juga kawan-kawannya yang sudah sedia memasuki kendaraan tersebut.

    4-5 keping gambar mereka telah berjaya dirakam oleh telifon bimbit Maleek. Lelaki itu lalu membongkok sedikit untuk sekadar mengusap kepala anak buahnya itu.

     "Ok sayang. Be careful. Enjoy your trip. Jangan nakal tau. Dengar cakap Teacher."

Pesannya pada gadis kecil itu.

    "Ok papa Mike."

Maleek kemudian kembali menegakkan badan. Dia juga hendak berpesan pada guru yang bertanggung jawap dalam program itu

     "Teacher, tolong tengok-tengokkan Norah ya. Dia ni ligat sikit budaknya."

Pesannya.

    "Baik encik. Encik tak perlu risau. Kami pihak guru akan memastikan semua murid dalam keadaan paling selesa."

Dijawap oleh Teacher Puspa bersama sebaris senyum ramahnya.

     Tak lama kemudian, bas pun bergerak setelah para murid dan guru yang terlibat telah selamat masuk kedalamnya.

Para ibu bapa juga mula beredar meninggalkan perkarangan sekolah itu.

    Maleek telah selamat masuk kedalam perut keretanya. Baru teringat yang dia perlu menghantar gambar-gambar Norah tadi pada Zd. Sepupunya itu sedikit terkilan kerana tak dapat menyakiskan sendiri anaknya berangkat pergi lawatan sekolah kali ini.

    Nombor Zd dicari dalam chat room. 5keping gambar telah dihantar olehnya pada nombor itu. Double tick statusnya. 

   Wajah Norah dalam gambar ditenung seketika. Terbentuk sebaris senyumnya sambil menzoom gambar itu.

    "MasyaAllah. Cantiknya." Cetusnya berbunyi.

   Dadanya disentuh, Nafas dihembus perlahan.  Wajah wanita bertudung labuh yang masih dalam zoom in itu dipandang sekali lagi.

     Dirinya yang jenis pemalu bila berdepan insan bernama perempuan tidak sempat melihat jelas kearah wanita itu ketika berada dihadapannya tadi. Sudah terakam dalam gambar barulah dia menyedari akan keindahan wanita yang Norah panggilnya dengan sebutan 'Teacher Puspa' itu.

     Sungguh indah kurniaan Ilahi. Tidak perlu mendedah aurat sudah terserlah kecantikannya semula jadi. Senyuman ikhlas menghiasi wajah penyayang itu semakin membuat jantungnya bekerja lebih dari biasa.

    Wajah wanita itu lenyap dari skrin. Yang muncul kini ialah nama Aryan. Maleek pun mencerlung jengkel.

Potong betul la mamat ni!

    "Helo.." 

Nada suaranya seperti dihempas menyapa Aryan. Kesal.

   "Ko kat ne do?" Sapa Aryan dengan bahasa santainya.

   "Depan tadika lagi. Pahal?"

   "Cepat la. Flight aku 10:30. Karang tak sempat check in, mengamuk si Zd tu nanti." 

    "Hah, yelah yelah. Otw sekarang."

     Talian pun tamat. Telifon di campak sahaja pada seat sebelah. Stereng pun dipulas menuju kerumah.

   Kacau tul lah si Yan ni. Baru nak bermain main perasaan.

Haihh!

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status