Share

Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]
Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]
Author: Pink Rose

Part 1: Permulaan

Tan Sri Baharudin bersama Puan Sri Zakiah sedang menikmati makan malam berdua di meja makan kediamannya. Dua orang maid telah berlalu kedapur setelah mereka selesai menghidang juadah juadah lazat diatas meja. 

Suami pandang muka isteri, isteri pandang muka suami. Begitulah setiap hari. Walaupun rumah besar bak istana, meja makan megah dengan hidangan lazat diatasnya, tetapi hidup mereka sungguh sunyi. Manakan tidak, ada anak seorang saja. Itupun serupa tak ada anak langsung. 

   Dengan pakaian yang menjolok mata, gadis itu menuruni anak tangga dari tingkat tiga biliknya menuju lantai bawah yang menghubungkan dengan pintu utama. 

Begitu selamba gadis itu melintas dihadapan mommy dan daddynya yang sedang menikmati makan malam tanpa sedikitpun rasa mahu menegur kedua orang tuanya itu.

Jangan kan nak join makan sekali, tegur Hi, Mommy. Hi, Daddy pun tak.

Terus saja dia meluru keluar menuju sebuah kereta yang sedang menunggunya di depan rumah.

"Puteri. Puteri nak kemana malam malam begini? Puteri.!"

Tan Sri Baharudin bangun dan mengejar anak gadisnya yang baru mahu keluar dari pintu.

Langkah Puteri dihentikan bila mengetahui daddynya mengejar dari belakang.

"Daddy. Puteri nak keluar lepak dengan kawan kawan je."

Sahutnya tanpa menoleh kebelakang.

"Lepak kemana? Dengan pakaian macam ni. Tolonglah anakku. Janganlah malukan daddy."

"Daddy nak malu apanya? Puteri yang pakai, daddy pulak yang malu. What's a nonsense?"

Puteri berdecit sinis. 

"Iya tapi Puteri nak kemana, sayang? Dengan siapa? Kalau nak pun biar abang Saad hantar ya?"

"It's okay, daddy. Kasi abang Saad rehat je. Dah malam pun nak suruh orang tu kerja ke? Tolong lah daddy."

"Tapi daddy tak boleh biarkan Puteri keluar dengan keadaan macam ni. Dengan siapa pun daddy tak tahu."

"Ishh, daddy, enough! I know what i do. Puteri tahu lah jaga diri. I am already 23 lah, daddy. I'm not 13years anymore."

"Yeah, but you are still my daughter. Tolong hormat daddy dan mommy sikit."

"Oklah daddy. Puteri dah lambat. Kawan kawan Puteri dah nak kejung menunggu dalam kereta tu. But you don't worry. I'll be back home earlier. Around, 3am. Maybe! Itupun kalau kawan Puteri hantar Puteri cepat la. Bye daddy. Love you!"

Tanpa menoleh lagi, Puteri pantas mengorak langkah menuruni anak tangga kecil dihadapan pintu yang menghubungkan dengan pintu gerbang dihadapan. Tanpa mempedulikan suara ayahnya memanggil namanya, Puteri keluar dari gate automatic yang telah terbuka selepas dia menekan alat kawalan jauh ditangan.

Tubuh Puteri tidak lagi kelihatan setelah kereta Audi hitam itu menelan tubuh itu masuk kedalamnya.

Tan Sri terlopong seorang diri dihadapan rumahnya menyaksikan gedegilan anak tunggalnya yang kian menjadi jadi.

Agak lama dirinya mematung disitu, sebelum tersedar akan seorang lagi insan yang sudah pasti terluka akan kelakuan anak gadisnya itu.

Terhinjut hinjut bahu Puan Sri Zakiah menanggung sebak yang tak tertahan melihat kelakuan anak dara satu satunya itu.  Hidangan dimeja tidak lagi mengundang selera makannya datang. Wajahnya menekur pada lipatan lengannya yang ditelakkan diatas meja makan.

"Kiah. Sudah lah tuh. Janganlah macam ni. Abang tak sanggup tengok Kiah menangis lagi."

Kedua bahu sang isteri dipegang kejap, lalu diusapnya perlahan bagi memujuk hati wanita itu.

Semakin haru suara tangisan apabila suaminya memujuk begitu.

"Kiah gagal bang. Kiah tak mampu menjadi seorang ibu yang baik. Anak sorang pun Kiah tak boleh nak didik." 

Pelahan Tan Sri melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan isterinya. Sebelah tangan mengusap belakang wanita itu, manakala sebelah lagi menyentuh pipi isterinya yang telah lenjun oleh air mata.

"Kiah tak salah pun. Kalaupun ada yang perlu dipersalahkan, orang itu ialah abang sendiri. Abang tak cukup tegas menegur anak. Abang tak mampu nak berkeras selepas kita hampir kehilangan dia beberapa tahun yang lepas. Abang ikutkan aje apa kehendak dia. Abang lah yang paling gagal sebagai orang tua."

Dipautnya kepala si isteri dan sandarkan pada bahunya. Membiarkan wanita itu menumpahkan air matanya disitu. Serta menjadikan takungan airmatanya turut tumpah sama. 

Kenangan beberapa tahun lepas betul betul mengganggu emosi mereka. Dimana mereka hampir kehilangan Puteri akibat satu kemalangan jalan raya sewaktu gadis itu menuntut di Australia. Selepas kejadian itu, Tan Sri tidak lagi mahu berjauhan dengan anaknya. Diikutkan saja segala kemahuan gadis itu 

"Abang kena buat sesuatu, bang. Kiah taknak anak kita semakin jauh merosakkan diri dia akibat dari didikan manja kita selama ini."

Rintihnya lirih bersama isakan dibahu suaminya.

Tan Sri menghela nafas dalam dalam. Dan menghembusnya perlahan lahan.

Betul kata isterinya. Dia perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, Puteri akan semakin rosak tanpa masa depan. 

Skrin smartphone ditolak keatas. Butang kekunci ditekan bagi mengenyah kunci peranti itu.

Contact dilacaknya. Beratus nombor disitu discroll laju. Satu nombor yang dicarinya. Berharap nombor itu masih lagi ada di simpanan contact. 

Tangannya berhenti mencari apabila tiba pada huruf Z. Skrin ditolak keatas perlahan bagi mencari satu nama, yang menjadi satu satunya harapan dia. Zahaedi Spy.

Tanpa membuang masa, nombor yang diletakkan nama tersbut didial. Telefon dilekapkan ketelinga. Nafas dihembus perlahan, sebelum mulutnya membalas sapaan dari hujung talian sebaik panggilan diaktifkan.

"Hallo..."

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status