"Hati-hati." Lengan Suha ditarik dari bahu jalan oleh seseorang. Suha membuka mata perlahan. Wajah didongakkan memandang raut wajah yang tidak dikenali itu.
Lelaki itu tersenyum manis kearah Suha."Lain kali hati-hati ye. Pandang kiri dan kanan dulu sebelum melintas okay cik." ujar lelaki itu.
Belum sempat Suha mengucapkan terima kasih, lelaki itu sudah berlalu meninggalkan dirinya. Untung sahaja lelaki itu menyelamatkan dirinya. Tapi siapa lelaki tu? Arhan menepuk bahu Suha membuatkan Suha pantas menoleh.
"Hoi! Kau memang sehari tak berangan tak boleh ke hah?" Suha mengeluh. Mula dah mamat ni.
"Erk yea yea… Maaf." ujar Suha. Arhan mengelengkan kepala.
"Kau boleh cepat sikit tak. Lembab." Sekali Arhan meninggalkan Suha di belakang.
"Arhan tunggu." Suha mengejar langkah Arhan sebelum dia ditinggalkan.
Kiri dan kanan tangan Suha dipenuhi dengan beg kertas berisi pakaian seraya langkahnya dibawa keluar dari pusat membeli-belah itu.
Arhan sama sekali tidak membantu Suha. Suha mencebikkan bibir. Dia ingat tak berat ke? Dahlah dari tadi asyik membebel je.
"Oh sebelum aku terlupa,esok pagi aku nak kau kemas semua pakaian kau." Arhan memandang Suha.
"Kenapa?" soal Suha bodoh.
"Kau tak perlu tahu. Yang pasti aku nak kau kemas barang pakaian kau semua dan esok pagi aku nak kau tunggu dekat lobi. Kau faham tak?" Suha hanya menganggukkan kepala. Meskipun dia tidak faham mengapa Arhan menyuruhnya seperti itu.
Setibanya sahaja di rumah, Suha merebahkan tubuh ke atas katil. Sempat Arhan mengingati dirinya sekali lagi sebelum dia melangkah keluar dari kereta.
"Kenapa dia suruh aku kemas semua pakaian aku?Takkanlah dia nak ajak aku tinggal kat rumah dia. Arr merepeklah kau Suha." omel Suha sendiri.
"Takpelah, tunggu jelah esok." Suha menepuk-nepuk bantalnya. Mata dipejam rapat. Tidak lama kemudian, dia terlena dibuai mimpi.
Kunci rumah bertukar tangan. Arhan menyerahkan kunci apartment.
Sementara Suha yang memerhati menelan liurnya. Tidak percaya apartment ini adalah miliknya.
"Betul ke apartment ni untuk aku? " soal Suha kebingungan.
Arhan menjungkitkan kening. "Habis untuk hantu sebelah kau tu ke?"usik Arhan.
"Kelakarnya kau ni." Ketawa Suha dibuat-buat. Eee mamat ni. Aku tanya, dia boleh buat lawak bodoh dia dekat sini. Suha melangkah masuk ke dalam rumah. Mata meliar memandang isi rumah tersebut. Cantik. Rumah yang lengkap dengan perabot yang tersusun cantik.
"Kau jangan ingat aku bagi apartment ni. Kau boleh bawa masuk jantan lain datang sini." sindir Arhan. Bibir tersenyum senget.
Keluhan dilepaskan. Entah sampai bila Arhan melayani dia seperti ini. Harus berapa kali dia jelaskan pada Arhan. Suha mengenggam erat kunci yang berada di tangannya.
"Arhan…" seru Suha perlahan.
Tubuh disandarkan pada pintu utama. Arhan menyilang tangan, mata tidak dialihkan dari memandang Suha.
"Hah kau nak apa? "soal Arhan kasar.
"Aku nak minta maaf." mohon Suha.
Berkerut seribu dahi Arhan mendengar permohonan maaf Suha.
"Sebab?" soal Arhan.
"Sebab perkahwinan ni. Sebab terjadinya perkahwinan ni. Aku tahu aku hanyalah isteri di atas kertas sahaja." Arhan ketawa. Kedengaran sungguh sinis di telinga Suha.
"Wah! Bestnya jadi perempuan macam kau kan. Senang je minta maaf. Kenapa kau tiba-tiba nak minta maaf ni? Nak simpati dari aku ke? "
Kepala digelengkan. "Tak bukan macam tu. Aku ..."
Arhan mendekati Suha, membuatkan tubuh Suha mengeletar. Suha telan liur.
"Baru sekarang kau nak minta maaf? Dah terlambatlah perempuan." Arhan mencengkam pipi Suha.
"Arhan.. Sa.. Sakit. " ngongoi Suha. Suha memegang pergelangan tangan Arhan.
"Aku tak minta pun semua ni jadi… Aku..." Kata-kata Suha dipintas oleh Arhan. Pipi Suha dilepas kasar.
"Aku apa Suha? Kau dengar sini, sampai bila pun aku takkan terima kau sebagai isteri aku. Aku akan pastikan hidup kau takkan senang. " ujar Arhan sambil senyum senget.
Suha diam. Terasa air mata bergenang di tubir mata. Ditahan air mata itu dari tumpah.
"Lepaskan aku." pinta Suha perlahan.
Mendengar permintaan Suha, mencerlung marah Arhan memandang Suha. Suha mengemam bibir, menahan sebak.
"Kau ingat aku ni lelaki jenis apa?!" Suara Arhan meninggi dan kasar. Suha memejamkan mata, kecut perut Suha mendengar suara Arhan.
"Kau yang nak sangat kan perkahwinan ni terjadi. Kau jangan pernah bermimpi yang aku akan lepaskan kau Salena Suha." Arhan ketap bibir.
Susuk tubuh Suha dipandang dengan rasa marah yang membuak-buak. Terasa mahu saja ditampar pipi gebu itu agar Suha menyedari apa yang dia ucapkan.
"Bukankah kau tak cintakan aku? Lagipun perkahwinan ni suatu kesilapan. Jadi tak ada salahnya kau lepaskan aku." ujar Suha berani sambil menentang raut wajah Arhan.
Buk!
Pintu rumah ditumbuk Arhan. Terangkat bahu Suha kerana terkejut dengan tindakan Arhan. Rasa takut tiba-tiba menerpa dirinya. Adui apa kau buat ni Suha?
"Sekali lagi kau timbulkan hal ni, aku akan buat hidup kau lebih teruk dari ni." Jari telunjuk tepat ke wajah Suha.
Arhan berlalu meninggalkan Suha. Suha mengurut dadanya. Jantungnya seumpama nak pecah dengan sikap Arhan. Langkah kaki Arhan terhenti.
"Aku nak kau simpan rahsia perkahwinan ni baik-baik. Pastikan tiada siapa pun yang tahu. " ucap Arhan serius.
Ting!
Sejurus sahaja pintu lif terpelahang luas, susuk tubuh Arhan melangkah masuk ke dalamnya. Fikirannya menerawang mengingati permintaan Suha. Lepaskan Suha? Memang tak akan Arhan lakukan. Arhan tahu juga hukum. Hukum haram menceraikan isterinya tanpa sebab yang kukuh.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Arhan melangkah keluar. Kunci rumah diseluk dari dalam poket seluar.
"Abang. " Arhan menoleh kebelakang sebaik sahaja mendengar namanya diseru.
Bibir mengukir senyuman. Naura mendekati Arhan.
"Abang dari mana ni? Bukan ke pagi tadi abang dah pergi office ke? " soal Naura. Arhan menelan liur. Otak ligat mencari alasan.
"Ohh tak, abang lupa. Abang ingatkan ada dokumen yang tertinggal tadi." jawab Arhan tersekat-sekat. Bibir Naura terbentuk 'O'.
"Sayang tak ke butik ke?"
"Rasanya kejap lagi kot. Hah ni abang, rumah dekat atas tu dah ada orang tinggal. " beritahu Naura. Arhan menjongketkan kening.
"So ada kaitan dengan kita ke? " Naura menampar lembut tangan Arhan.
"Eee abang ni laa. Saya teruja sebab kita ada jiran baru. Saya nak jumpa dia laa nanti."
Jumpa? Habislah kalau perempuan tu pecahkan rahsia ni. Aku mesti halang Naura dari berjumpa dengan perempuan tu.
"Sayang, janganlah terlalu ramah sangat. Kita tak tahu hati manusia tau sayang." Arhan mencuit hidung Naura.
Naura menyilang tangan. "Apa salahnya abang? Dekat sini saya takde kawan tau. Sunyi sangatlah." rungut Naura.
Keluhan dilepaskan. "Yealah, but jaga diri sayang tu. Dahlah abang pergi office dah ni. " Arhan mengucup dahi Naura sebelum berlalu meninggalkan Naura.
. Arhan mengetap bibir. Perasaan takut menyerbu diri. Bagaimana kalau Naura mengetahui hal sebenarnya? Tidak! Naura tidak boleh tahu bahawa Suha adalah isteri nombor dua.
Suha termenung sendirian. Dah hampir sebulan perkahwinannya dengan Arhan. Ah, lifeless rasa hidup macam ni! Tapi apa dia boleh buat? Hidupnya ini hanya bergantung pada Arhan 100 peratus. Menjenguk Suha seakan-akan tak ada masa. Dalam minggu ini, hanya dua kali sahaja Arhan menampakkan batang hidungnya. Itu pun hanya sekejap sahaja. Sibuk sangatkah Arhan sampai tak ada masa untuk menjenguk dirinya? Entahlah, Suha juga tidak pasti. Suha menghela nafas. Bosan! Suha takut andai Arhan memarahinya jikalau Suha beramah mesra dengan penduduk dii apartment ini. Biarlah dia dianggap sombong daripada dia harus menghadapi kemarahan Arhan. Keluar kejap je takpe rasanya. Lagipun Arhan takkan tahu kan. Desus hati Suha. Telefon bimbit miliknya dicapai. Sewaktu mereka keluar memb
"Awak bangun. Makan pasti makan ubat." Suha mengejutkan Arhan sambil tangannya menggoncang lembut tubuh Arhan. Usai solat isyak tadi, Arhan terus tidur. Pening kepala masih lagi kebah. Mata Arhan yang terkatup rapat dibuka perlahan. Wajah Suha tersenyum manis terpamer di ruang matanya. "Bangun, makan bubur ni. " Suha bersuara lembut. "Aku tak ada selera nak makan," ucap Arhan serak. "Janganlah macam tu. Makan sikit je. Pastu boleh makan ubat ye. " pujuk Suha. "Aku tak nak. Tkde selera, tekak rasa perit." Arhan masih lagi berkeras. "Kalau tak makan, macam mana nak makan ubat? Makanlah, saya suapkan." pujuk Suha lagi. Serupa memujuk budak kec
Kedengaran pintu diketuk. Suha yang sedang menonton televisyen keruta dahi. Dikerlingnya jam di dinding. Baru 3.30 petang. Takkanlah Arhan? Bergegas suha menuju ke arah pintu utama lalu membukanya.Terpamer wajah Arhan menyapa mata. Seperti biasa, tangan Arhan dicium lembut. "Urm awal abang balik hari ni. " berasa sedikit kekok dengan panggilan itu. Suha cuba membiasakan dirinya."Oh.. aku saja balik awal. Aku penat. " jawab Arhan sambil membuka tie. Kaki melangkah menuju sofa. Punggung dilabuhkan, Arhan bersandar ke belakang. Mata dipejam rapat. "Abang nak air ke? " soal Suha perlahan. Arhan mengelengkan kepala. "Tak perlu." "Erm abang. " Arhan membuka mata perlahan. Mata memandang ke arah Suha.
Sejak dari tadi Suha hanya diam membisu melihat kebahagian yang terjalin indah di hadapannya kini. Seawal pukul 6 pagi lagi, Naura sudah mengetuk pintu rumahnya dan mengajaknya ke rumah. Naura meminta agar Suha menetap di rumahnya untuk beberapa hari. "Suha. " Suha menoleh. Kelihatan wajah tegang Arhan. "Yea ada apa abang? "soal Suha sedikit takut bila melihat wajah Arhan. Arhan menarik Suha ke dapur. Suha hanya menurut tanpa membantah. "Parents aku dah balik. Aku kena bawa kau jumpa mereka. " ujar Arhan perlahan. Suha menghela nafas lega. Sangkakan ada apa-apa yang buruk berlaku. "Ohh tak apa, saya okay je." balas Suha dengan sangat yakin.
Malam telah menjelang saat Suha keluar dari bilik. Suha mengorak langkah menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan. Mata memandang setiap pelusuk ruang tamu rumah. Sunyi. Semua sudah pasti sedang lena dibuai mimpi. Dengan langkah perlahan, Suha menapak ke ruang dapur. Gelas dicapai lalu jug berisi air dituang ke dalam gelas tersebut. Suha membawa gelas itu ke bibir lalu meneguk perlahan. "Eh kau! " Hampir tersedak Suha bila disapa secara mengejut seperti itu. Suha mengelap bibir lalu menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu dalam gelap datang mendekati Suha. Gila apa mamat ni. Duduk dalam gelap. "Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau rampas along dari Naura?! "tengkingnya kuat. 
Suha mengisi ke semua pinggan yang ada di atas meja makan dengan mee goreng yang dimasak olehnya sendiri. Seawal 7 pagi lagi, dia sudah bangun dan masak sarapan pagi untuk keluarga mertuanya. Kelihatan Aila orang pertama yang turun ke bawah untuk bersarapan diikuti Lukman dan Zariff. "Wah wah kak Salena. Wanginya bau." puji Aila. Tangan menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan. "Mari makan mesti sedap ni Salena masak. " puji Lukman. Lukman mula menjamah hidangan tersedia. Aila makan dengan senang manakala Zariff hanya beriak dingin. "Wahh sedapnya. Kak Salena ke masak semua ni? " soal Aila yang makan dengan begitu sopan. Seakan tidak percaya masakan Suha mengenai tekaknya.
Arhan memandang sepi beg kertas yang diberikan oleh adik perempuannya, Aila. Pemberian dari isteri keduanya itu langsung tidak menarik perhatian Arhan. Dia sudah berjanji dengan Naura untuk makan tengahari bersama. Pintu bilik diterjah oleh seseorang tanpa diketuk terlebih dahulu. Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan wajah bengis. "Apa kau buat ni, Arhan? Semuanya salah! " tengkingnya. Fail yang dibawa bersama dicampak ke atas meja Arhan. Arhan mengeluh berat. Fail dicapai lalu disemak. "Salah apa pula ni Mir? Dah lebih sepuluh kali aku check lah. " ujar Arhan. Berkerut-kerut wajahnya menyemak semula fail itu. "Kalau kau ada semak, asal banyak salah ni. Aku tak nak kau buat kerja sambil lewa
Sudah seminggu berlalu, selama seminggu itulah Arhan dan Naura tidak pulang ke rumah Asmah. Mungkin mereka ingin meluangkan masa bersama. Suha masih bertahan sebagaj isteri nombor dua dalam keluarga itu. Dengan harapan, Suha diterima dalam keluarga itu.. Dalam masa seminggu itu, Suha menerima bermacam hinaan dan makian dari Asmah dan Zariff. Meskipun Zariff bukanlah seorang yang banyak bicara tetapi jika dia merasa meluat, dia pasti akan mengingatkan Suha mengenai kata-kata Asmah. "Aku takkan terima kau sebagai menantu sampai bila-bila." Kata-kata itu segar diingatan Suha. Tidak pernah sedetik pun dia melupakan kata-kata itu. "Puan." Hampir terlepas senduk yang dipegang Suha akibat terkejut dijerkah oleh pembantu rumah Asmah.