Nara duduk di sebelah Suha. Tangan Suha digenggam. Wajah pucat Suha dipandang lama. Hanya bunyi mesin hayat saja yang kedengaran.
"Kak maafkan Nara. Nara tak sepatutnya biar kakak sorang sorang. Nara silap. Maafkan Nara..."
Zayyan yang berdiri di pintu terdengar bualan Nara pada Suha. Dia semakin serba salah pada nara. Sepatutnya dia tak salahkan Nara. Dahlah Nara mengandung ditengking pulak tu. Adui Zayyan Zayyan. Kau ni marah tak tengok situasi.
"Er abang. Duduklah. Nara keluar dulu."
"Nanti.."
Langkah Nara terhenti. Kepala didongakkan memandang ke arah Zayyan yang berdiri di hadapannya.
"Kenapa?" Dah kenapa pula Zayyan tahan dia. Tak cukup lagi dah tengking hari tu ke.
"Abang minta maaf." Zayyan menarik Nara ke
Nara mundar mandir dengan perasaan resah gelisah. Kenapa benda macam ni boleh terjadi lagi? Sedangkan tandas tu dekat saja. Bukannya jauh berbatu dari mereka. Macam mana Suha dengan Adam boleh kena culik? Dengan perempuan? Biar betul dia ni cakap... “Seriuslah perempuan yang culik dorang. Kau yakin ke?” soal Emiir kepada Arhan. Arhan mengusap dagunya. Kepala dianggukkan sekali. Wajah Nara dipandang lama. Seolah olah memikir sesuatu. “Abang Han abang rasa siapa yang culik kakak? Macam mana rupa dia? No plat kereta?” Arhan menepuk dahinya. Kenapalah dia ni dungu sangat? Lepas jumpa nara dengan Emiir dia boleh lupa nak cakap pasal nombor plat kereta yang dia hafal tadi. Bongok kau ni Arhan. “Ah nasib kau cakap Nara. No plat dia aku ingat.”
Lama dia merenung ke arah kubur yang berada di hadapannya. Tanpa sengaja air matanya mengalir perlahan ke pipinya. Hujung lengan bajunya digenggam. Hatinya sarat dengan seribu satu perasaan. Segala kenangan dari dia kecil sehingga sekarang bermain di fikirannya bagaikan rakaman berulang. Terutamanya kenangan dia ketika remaja. Perlahan bibirnya tersungging senyum. “Mama...” Satu tangan menarik-narik hujung bajunya. Perlahan dia menundukkan wajahnya. Air mata diseka perlahan. Tubuh kecil itu didukungnya. “Ayah...” Suha menganggukkan kepalanya. Pipi Adam diusap lembut. Sedar tak sedar anak sulungnya sudah pun berusia 2 tahun masa berlalu dengan begitu pantas. “Adam rindu ayah ke?” Adam menganggukkan kepalanya. Leher Suha dirangkul. Kepalanya dilentukkan di atas bah
Salena Suha menilik pakaian dihadapan cermin. Bibir tersungging senyum berasa puas dengan penampilan dirinya.Rambut ikal mayang dilepaskan. Dia bekerja sebagai pelayan disebuah kelab. Sejak ibunya dan ayah tirinya meninggal dunia, dialah yang menyara keperluan diri dan abang tirinya, Imran Ziqri. "Cantik juga aku ni.. " puji Suha sambil tergelak perlahan. Tanpa dia sedar, seseorang sedang memerhatinya dari sebalik pintu yang tidak tertutup rapat. Tubuh disandarkan pada pintu. Bibir mengukir senyuman sinis. Bibir digigit geram. Tubuh dihadapan itu dipandang penuh nafsu. Dengan langkah penuh berhati-hati, dia mendekati gadis itu. Tangan naik merangkul pinggang ramping Suha. Pantas Suha menoleh "Abang.. " riak wajahnya berubah pucat kerana takut. "Yea adik abang.. Cantiknya adik abang ni mengoda sangat.." bisiknya
Pintu bilik diketuk bertubi-tubi. Suha dan Arhan yang sedang tidur terganggu dek ketukan pintu bagai nak roboh. Arhan yang sedang enak memeluk bahu Suha, manakala Suha pula sedang pinggang Arhan membuka mata. Terbeliak mata Arhan gadis yang dipeluk itu. "Kau.. " Serentak kedua-duanya bersuara. Pintu bilik masih diketuk bertalu-talu membuatkan keadaan bertambah bingit. Arhan pantas bangun dari katil. Tuala dicapai lalu dililitkan pada tubuhnya yang terdedah. Suha pula mengambil selimut bagi menutupi tubuhnya. Arhan membuka pintu. Ternampak sekumpulan lelaki berserban. “Maafkan kami, encik.Kami dapat laporan ada pasangan bukan mahram berada di dalam bilik ini." ujar salah seorang dari lelaki itu. Arhan
BEBERAPA minggu berlalu, perubahan sikap Arhan semakin ketara. Arhan lebih banyak termenung dari bercakap. Pelik Naura melihat tingkah laku Arhan. Apa jadi dengan Arhan ni? Tubuh kaku suaminya sedang mengadap TV Naura tatap tanpa berkedip. Perlahan-lahan Naura mendekati suaminya lalu duduk disebelahnya. Tangan Arhan yang berada di atas paha Naura pegang. Langsung Arhan tidak bereaksi sampaikan sentuhan dari Naura tidak dia sedari. "Abang.. " seru Naura perlahan. Arhan masih tidak berkutik. "Abang.. " Kali ni sedikit tinggi nadanya. Masih tetap sama. Arhan seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri."Abang! " suara ditinggikan. Tangan menepuk paha Arhan."Hah" Arhan tersentak. 
"Hati-hati." Lengan Suha ditarik dari bahu jalan oleh seseorang. Suha membuka mata perlahan. Wajah didongakkan memandang raut wajah yang tidak dikenali itu. Lelaki itu tersenyum manis kearah Suha."Lain kali hati-hati ye. Pandang kiri dan kanan dulu sebelum melintas okay cik." ujar lelaki itu. Belum sempat Suha mengucapkan terima kasih, lelaki itu sudah berlalu meninggalkan dirinya. Untung sahaja lelaki itu menyelamatkan dirinya. Tapi siapa lelaki tu? Arhan menepuk bahu Suha membuatkan Suha pantas menoleh. "Hoi! Kau memang sehari tak berangan tak boleh ke hah?" Suha mengeluh. Mula dah mamat ni. "Erk yea yea… Maaf." ujar Suha. Arhan mengelengkan kepala. "Kau boleh cepat sikit tak. Lembab." Sekali Arhan meninggalkan S
Suha termenung sendirian. Dah hampir sebulan perkahwinannya dengan Arhan. Ah, lifeless rasa hidup macam ni! Tapi apa dia boleh buat? Hidupnya ini hanya bergantung pada Arhan 100 peratus. Menjenguk Suha seakan-akan tak ada masa. Dalam minggu ini, hanya dua kali sahaja Arhan menampakkan batang hidungnya. Itu pun hanya sekejap sahaja. Sibuk sangatkah Arhan sampai tak ada masa untuk menjenguk dirinya? Entahlah, Suha juga tidak pasti. Suha menghela nafas. Bosan! Suha takut andai Arhan memarahinya jikalau Suha beramah mesra dengan penduduk dii apartment ini. Biarlah dia dianggap sombong daripada dia harus menghadapi kemarahan Arhan. Keluar kejap je takpe rasanya. Lagipun Arhan takkan tahu kan. Desus hati Suha. Telefon bimbit miliknya dicapai. Sewaktu mereka keluar memb
"Awak bangun. Makan pasti makan ubat." Suha mengejutkan Arhan sambil tangannya menggoncang lembut tubuh Arhan. Usai solat isyak tadi, Arhan terus tidur. Pening kepala masih lagi kebah. Mata Arhan yang terkatup rapat dibuka perlahan. Wajah Suha tersenyum manis terpamer di ruang matanya. "Bangun, makan bubur ni. " Suha bersuara lembut. "Aku tak ada selera nak makan," ucap Arhan serak. "Janganlah macam tu. Makan sikit je. Pastu boleh makan ubat ye. " pujuk Suha. "Aku tak nak. Tkde selera, tekak rasa perit." Arhan masih lagi berkeras. "Kalau tak makan, macam mana nak makan ubat? Makanlah, saya suapkan." pujuk Suha lagi. Serupa memujuk budak kec