Sejak dari tadi Suha hanya diam membisu melihat kebahagian yang terjalin indah di hadapannya kini. Seawal pukul 6 pagi lagi, Naura sudah mengetuk pintu rumahnya dan mengajaknya ke rumah. Naura meminta agar Suha menetap di rumahnya untuk beberapa hari.
"Suha. "
Suha menoleh. Kelihatan wajah tegang Arhan.
"Yea ada apa abang? "soal Suha sedikit takut bila melihat wajah Arhan.
Arhan menarik Suha ke dapur. Suha hanya menurut tanpa membantah.
"Parents aku dah balik. Aku kena bawa kau jumpa mereka. " ujar Arhan perlahan.
Suha menghela nafas lega. Sangkakan ada apa-apa yang buruk berlaku.
"Ohh tak apa, saya okay je." balas Suha dengan sangat yakin.
Malam telah menjelang saat Suha keluar dari bilik. Suha mengorak langkah menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan. Mata memandang setiap pelusuk ruang tamu rumah. Sunyi. Semua sudah pasti sedang lena dibuai mimpi. Dengan langkah perlahan, Suha menapak ke ruang dapur. Gelas dicapai lalu jug berisi air dituang ke dalam gelas tersebut. Suha membawa gelas itu ke bibir lalu meneguk perlahan. "Eh kau! " Hampir tersedak Suha bila disapa secara mengejut seperti itu. Suha mengelap bibir lalu menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu dalam gelap datang mendekati Suha. Gila apa mamat ni. Duduk dalam gelap. "Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau rampas along dari Naura?! "tengkingnya kuat. 
Suha mengisi ke semua pinggan yang ada di atas meja makan dengan mee goreng yang dimasak olehnya sendiri. Seawal 7 pagi lagi, dia sudah bangun dan masak sarapan pagi untuk keluarga mertuanya. Kelihatan Aila orang pertama yang turun ke bawah untuk bersarapan diikuti Lukman dan Zariff. "Wah wah kak Salena. Wanginya bau." puji Aila. Tangan menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan. "Mari makan mesti sedap ni Salena masak. " puji Lukman. Lukman mula menjamah hidangan tersedia. Aila makan dengan senang manakala Zariff hanya beriak dingin. "Wahh sedapnya. Kak Salena ke masak semua ni? " soal Aila yang makan dengan begitu sopan. Seakan tidak percaya masakan Suha mengenai tekaknya.
Arhan memandang sepi beg kertas yang diberikan oleh adik perempuannya, Aila. Pemberian dari isteri keduanya itu langsung tidak menarik perhatian Arhan. Dia sudah berjanji dengan Naura untuk makan tengahari bersama. Pintu bilik diterjah oleh seseorang tanpa diketuk terlebih dahulu. Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan wajah bengis. "Apa kau buat ni, Arhan? Semuanya salah! " tengkingnya. Fail yang dibawa bersama dicampak ke atas meja Arhan. Arhan mengeluh berat. Fail dicapai lalu disemak. "Salah apa pula ni Mir? Dah lebih sepuluh kali aku check lah. " ujar Arhan. Berkerut-kerut wajahnya menyemak semula fail itu. "Kalau kau ada semak, asal banyak salah ni. Aku tak nak kau buat kerja sambil lewa
Sudah seminggu berlalu, selama seminggu itulah Arhan dan Naura tidak pulang ke rumah Asmah. Mungkin mereka ingin meluangkan masa bersama. Suha masih bertahan sebagaj isteri nombor dua dalam keluarga itu. Dengan harapan, Suha diterima dalam keluarga itu.. Dalam masa seminggu itu, Suha menerima bermacam hinaan dan makian dari Asmah dan Zariff. Meskipun Zariff bukanlah seorang yang banyak bicara tetapi jika dia merasa meluat, dia pasti akan mengingatkan Suha mengenai kata-kata Asmah. "Aku takkan terima kau sebagai menantu sampai bila-bila." Kata-kata itu segar diingatan Suha. Tidak pernah sedetik pun dia melupakan kata-kata itu. "Puan." Hampir terlepas senduk yang dipegang Suha akibat terkejut dijerkah oleh pembantu rumah Asmah. 
Tangan naik memegang palang besi balkoni. Palang dicengkam kuat. Jika boleh mahu sahaja dia melepaskan amarahnya yang sedang membuak-buak ini. Bayangan wajah gadis itu bermain di mata. "Suha, kenapa? Bukankah aku suruh kau tunggu aku? " gumamnya perlahan. Bibir diketap. "Kau aku punya. Selamanya milik aku Suha. " Senyuman sinis terbit pada bibir. Tubuh disandarkan pada palang besi. Otaknya ligat memikirkan sesuatu rencana yang harus dia lakukan. "Hurm…bingo." Senyuman senget terukir. Akhirnya, satu idea muncul bagaikan sebiji mentol menyala terang di kepalanya Hidangan makan malam pada malam itu dimasak oleh Naura Naqila. Tidak dinafikan Naura seorang gadis yang sempurna. Mempunyai adab yang baik dan sangat bersopan santun. M
Suha membelek kiriman bunga dari seseorang yang tidak dikenali. Senyuman terbit di bibir berserta kerutan di dahi. Hairan. Pada petang hari begini dapat bunga daripada seseorang yang tidak dikenali sememangnya agak menakutkan. Tapi macam mana kalau itu pemberian dari Arhan? Kad yang diselitkan di dalam jambak bunga ros merah itu Suha ambil. Mata meliar memandang sekeliling sebelum kad itu Suha baca. You're are my red rose in his garden.Rose? His Garden? Bingung dengan ucapan yang terdapat pada kad itu. Suha memasukkan semula kad itu ke dalam jambak bunga ros mekar dengan indah itu. Perasaan takut mula menyerbu diri. Ini semestinya bukan pemberian dari Arhan. Takkan nak buang bunga cantik seperti ini. "Suha. " Suha terkebil sendiri saat melihat Arhan sedang berdiri di hadapannya. Sejak b
Jam di pergelangan tangan dikilas beberapa kali. Sudah hampir dua jam dia menunggu kemunculan seorang gadis yang sudah lama meninggalkan tanah air kelahiran mereka. Si gadis kecil molek itu menyambung pengajiannya di Korea dalam bidang fesyen. Lama dah dia tunggu, tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung gadis itu? Dia kena prank ke apa sekarang ni? “Bah! Annyeonghaesayo, oppa!” Nara menyergah dari belakang tubuh Zayyan, si abang kesayangannya. Tekun sangat tengok jam sampaikan tak sedar dia sebenarnya dah lalu depan mata Zayyan tadi. “Hah, budak. Kau ni terkejut abanglah. Bila masa muncul ni? Tak nampak pun.” Cebik Zayyan sambil menggosok kepala adik perempuannya itu. Nara menepis laju. “Sakitlah. Hish.” Zayyan tersengih. Tanpa berlengah la
Suha hanya memerhati keadaan Naura Naqila dari luar bilik sahaja. Itu adalah cadangan Arhan kerana takut Asmah mengamuk lagi jika melihat Suha datang bersama Arhan. "Jom, kita makan dulu."ajak Arhan lalu melangkah meninggalkan Suha. Suha terkebil-kebil mengejar langkah Arhan. Suha mengambil tempat di sisi Arhan sebelum beg plastik berisi makanan dihulurkan kepada Suha. "Kau dah lama ke kenal Emiir tu? Macam mana kau boleh kenal dia?"soal Arhan memecah kesunyian antara mereka berdua. Air mineral diteguk Suha untuk membasahkan tekaknya sebelum dia berdehem beberapa kali. Otaknya ligat berfikir jawapan apa harus dia berikan kepada soalan Arhan. Jujur, Suha belum bersedia untuk bercerita mengenai hubungannya dan Emiir pada masa lalu. "Susah sangat ke soalan aku tu? Sampai kau