-Watch your thoughts, they become your words. Watch your words, they become your actions. Watch your actions, they become your destiny-______Jam loceng berbunyi nyaring menandakan sudah pukul 5.45 pagi. Iman mematikan jam loceng tersebut lalu dia bangun dari pembaringan. Dia mengeliat malas.Lampu biliknya dihidupkan dan dia mengambil tuala mandi yang disangkut berdekatan dengan bilik air. Dia memboloskan diri ke dalam bilik air untuk mandi.Setelah beberapa minit, dia keluar dari bilik air dan memakai baju biasa sahaja untuk mendirikan solat subuh terlebih dahulu. Usai solat, uniform lengkap sekolah disarungkan ke badannya."Beautiful" pujinya kepada diri sendiri. Pantulan cermin yang menampakkan dia yang lengkap memakai baju kurung putih dipadankan dengan kain biru muda itu dipujinya."Kalau aku tahu, dari dulu aku minta duduk Malaysia" katanya kepa
-Actions speak louder than words, so trust actions and not words-_____Iman memandang seisi kelas dan pandangan matanya terhenti pada seorang gadis. Izatul melambaikan tangannya ke arah Iman dengan senyuman manis. Iman tersenyum."Okey, Iman. Awak boleh duduk di belakang kelas sana. Dekat situ ada tempat duduk kosong. Tepi tingkap, ya" kata Cikgu Tina kepada Iman.Iman menganggukkan kepalanya tanda faham lalu dia mengatur langkahnya ke belakang kelas. Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi di meja sebelah tingkap itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu.Dia memandang ke arah meja disebelahnya yang tidak berpenghuni itu tetapi ada beg sekolah. Ke mana agaknya tuan punya meja ini?"Okey, semua. Kita mulakan pembelajaran kita pada hari ini. Buka buku teks muka surat 121" ujar Cikgu Tina mematikan lamunan Iman.Iman meng
-All you need is ignorance and confidence and the success issure to follow-_____Kring!Loceng yang menandakan waktu pulang telah berbunyi. Masing-masing mula melangkah keluar dari kelas untuk pulang. Begitu juga dengan 4 sekawan itu."Apa kata petang ini kita hang out nak tak? Saja nak keluar bersama-sama dengan Iman" cadang Elis dengan senyuman."Aku dengan Atul okey saja. Kau pula Iman. Okey tak?" balas Hana. Dia memandang ke arah Iman yang berjalan dibelakangnya bersama Izatul itu."Okey saja""Nak nombor telefon kau. Boleh masukkan kau dalam grup WhatsApp kita orang" ujar Elis dan menghulur telefon miliknya ke arah Iman. Iman memasukkan nombor telefonnya lalu dia menghulur kembali telefon Elis. Elis memandang skrin telefonnya."Kau bawa telefon, Elis?" tanya Izatul tidak percaya.
-Friendship isn't about how longor how many, it's all about howreal and how faithful weare for one another-____"None of your business""Kau...""Sudah Hana" tutur Izatul menghalang Hana dari mencetuskan pergaduhan antara gadis itu dan jejaka dihadapan mereka itu.Dalam ramai-ramai pelajar di sekolah itu, hanya Hana dan Elis sahaja yang berani melawan Arif serta rakan-rakan Arif. Dua gadis itu langsung tidak gentar dengan panggilan 'gengster sekolah' yang diberikan pelajar sekolah itu untuk 4 jejaka itu.Bagi mereka berdua, semua pelajar ialah sama. Mereka langsung tidak ambil peduli dengan gelaran tersebut. Setiap tindakan Arif dan rakan-rakan lelaki itu perlu dihalang dan bukan sahaja membuta tuli membiarkan. Jika begitu, makin menjadi-jadi perangai mereka nanti."Jangan ingat semua orang perlu tundu
-No one is perfect. Even the most confident people have insecurities. At some point in of our lives, we may feel we lack something. That is reality. Wemust try to live as per our capability-_____Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi. Imanmemandang sekeliling kelasnya yang masihkosong. Terlalu awalkah dia tiba di sekolah?Iman terkaku saat matanya bertembung denganArif yang baru saja tiba di kelas. Kelihatan lelaki itu berdiri di ambang pintu. Tidak lama itu, Arifmelangkah masuk ke dalam kelas.Iman tidak betah lagi berada di dalam kelas itu.Lagi-lagi apabila berduaan bersama rakansemejanya itu. Wajah dingin itu membuatkan dia merasakan seram sejuk.Mereka berdua berselisih di antara satu sama lain. Arif hendak ke mejanya manakala Iman hendakkeluar kelas. Baru sahaja beberapa langkah diaberjalan mel
-No one is perfect. Even the most confident people have insecurities. At some point in of our lives, we may feel we lack something. That is reality. Wemust try to live as per our capability-_____Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi. Imanmemandang sekeliling kelasnya yang masihkosong. Terlalu awalkah dia tiba di sekolah?Iman terkaku saat matanya bertembung denganArif yang baru saja tiba di kelas. Kelihatan lelaki itu berdiri di ambang pintu. Tidak lama itu, Arifmelangkah masuk ke dalam kelas.Iman tidak betah lagi berada di dalam kelas itu.Lagi-lagi apabila berduaan bersama rakansemejanya itu. Wajah dingin itu membuatkan dia merasakan seram sejuk.Mereka berdua berselisih di antara satu sama lain. Arif hendak ke mejanya manakala Iman hendakkeluar kelas. Baru sahaja beberapa langkah diaberjalan mel
-Everybody needs just a little love,lots of hope and unshakable faith-_____Baju yang sudah siap dibasuh dialihkan dari dalam mesin basuh ke dalam bakul baju. Bakul baju tersebut diangkatnya lalu dibawa ke ampaian.Iman meletakkan bakul baju tersebut di atas lantai lalu dia menyidai baju sekolahnya. Terakhir sekali adalah baju sejuk milik Arif.Matanya merenung baju sejuk milik jejaka itu lalu dibawa rapat ke hidungnya. Bau minyak wangi milik Arif sudah hilang tetapi diganti dengan bau pewangi yang dipakainya untuk membasuh baju.Senyuman dibibirnya ditarik mengingatkan Arif yang meminjamkan baju sejuk tersebut kepadanya. Dia menyidai baju sejuk tersebut. Bakul baju dibawa masuk ke dalam rumahrumah dan diletakkan di tempat asalnya.Saat langkahnya ingin dibawa ke menaiki tangga, matanya menangkap dua sosok tubuh yang begitu dikenalinya berada d
-Happinesscomes when you believe in what your doing, know what your doing, and love what you are doing-____Pintu bumbung bangunan itu ditutup rapat. Arif mencampak beg sekolahnya ke dinding tembok lalu dia duduk bersandar pada tembok tersebut."Lambat kau datang" tegur Aiman. Biasanya antara mereka berempat, Arif yang akan tiba dulu di sekolah. Tidak pula pada hari ini. Kali ini, Arif yang terakhir sekali sampai."Hm" gumam Arif perlahan sambil memejamkan matanya. Fikirannya begitu serabut mengenangkan perbincangan diantaranya dan ibu bapanya."Apa yang menganggu fikiran kau?" soal Afiq perhatian. Dia mampu melihat reaksi wajah Arif yang seperti terganggu dengan sesuatu."Kalau ada masalah, bagitahu lah" celah Amsyar pula. 3 pasang mata memandang ke arah Arif menunggu sahabat mereka itu membuka mulut.Arif