“KYLA!”
Dengan pekikan mengejut dia terus terbangun dari pembaringan. Zack meraup kasar wajahnya yang penuh dengan mutiara peluh. Beristigfar lalu menurunkan kakinya ke lantai dan duduk secara kaki diluaskan. Tangan memicit dahinya yang agak berdenyut.
“Apa maksud mimpi aku tadi? Bagaimana pula dia boleh termasuk dalam mimpi aku, selama ini tak pernah pula?” soalnya sendirian lalu memandang ke arah pemandangan depan. Terpacaknya dua bangunan kembar KLCC dalam kerlipan cahaya juga bangunan sekitarnya. Zack terus bangun terus bergerak ke arah tingkap gelangsar dibukakan langsung menapak keluar. Duduk atas kerusi papan sambil tangan memegang dagunya pula.
Wajah kacak serta tubuh tanpa bajunya itu dicumbui bayu malam. Sekurang-kurangnya dapat mengeringkan sedikit kebasahan tubuh akibat hu
SATU bangunan menjadi riuh dengan kehadiran beberapa orang anggota polis termasuklah ASP Zack. Mereka hadir ke syarikat paling terbesar dan mempunyai banyak rangkaian itu untuk menemui Adam Rycarl. Namun Adam Rycarl masih lagi belum pulang dari malam dia melukai lagi minda serta fizikal Kyla. “Silakan duduk Tuan” pelawa Tan Sri Jefri. Dalam masa sama, beberapa pekerja saling berebutan menekap telinga ke pintu bagi mendengar rumor yang kian meluas itu. “Bagi akulah dulu dengar” Bersahut-sahutan kesemuanya. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tan Sri Jefri walau terkejut dengan tetamu tak dia undang tetap menenangkan wajahnya. Dia bukan seorang lelaki yang cepat melatah apatah lagi jika dia berada pada masa genting kerana d
ZACK juga tidak jadi untuk menghirup minumannya kala dia melihat betapa kusamnya wajah ayu milik wanita yang kini semeja dengannya. Mata sederhana besar milik Zack menjelajahi kanvas yang pada pandangannya jika dihiasi sedikit dengan warna tentu menarik minat pada setiap mata yang memandang khasnya kaum dialah, Adam. ‘Sayang cukup sayang kau tak bertemu dengan aku dulu. Aku tak mungkin akan mempersiakan mawar indah ini seperti mana kau, Adam Rycarl. Jika kau dah tak sukakan dia kenapa tak kau ceraikan saja. Biar aku yang menerimanya...’ Begitulah kata hati ASP Zakry sambil merenung lagi wajah Kyla yang sedang tertunduk dan sesekali menyeka airmata itu. “Awak, makin cair awak ais tu. Minumlah kalau tak banyak sedikit pun jadilah. Saya tahu awak tak makan lagi” Zack akhirnya bersuara serta menghulurkan sapu tan
ASP ZACK terus mendapatkan Rahim dengan wajah ceria. Alhamdulillah pembedahan Kyla telah selamat dijalankan. “Pak cik! Syukur pakcik Kyla selamat dibedah.” “Ya ALLAH! Terima kasih ya ALLAH kerana menyelamatkan lagi anak aku” ucap Rahim. Zack juga turut serta meraup muka dengan menyebut Amin, doanya tadi telah dimakbulkan. “Tapi pakcik buat masa ini, Kyla masih dalam bilik rawatan rapi. Insya Allah lagi beberapa jam dia sedarlah dari kesan pelali itu” terang Zack lagi tersenyum simpul. Rahim pandang Zack lama. Zack pula terdiam. “Terima kasih Zack. Kalau tak kerana
BIBIR dikebam dengan begitu rapat, jemari pula menggenggam hujung bantal sekuat yang mungkin dalam menahan kesakitan tatkala air ketuban pecah diikuti bukaan yang terbuka. Dirinya tidak seperti pasangan yang lain, masuk ke dalam wad dengan ditemani pasangan. Tetapi, dia hanya bersendirian dalam menghadapi perjuangan tersebut. Sedih memang terlalu sedih… Sementara itu, susuk tubuh lengkap berseragam korporat itu hanya duduk sambil bersilang kaki dan mata menatap skrin pada permukaan telefon pintar dibangku menunggu. Tiada sedikit pun riak resah yang terlukis pada roman tegang tersebut. Yang pasti sedari mereka datang, kerlingan matanya tid
JAUH kau termenung?" soal satu suara muncul dari arah belakang. Bunyi keriut pintu dan derapan tapak kasut sedang melangkah tiada sedikit pun membuatkan lelaki yang masih lagi ralit memerhati pemandangan kota raya dari balik jendela cermin itu berpusing badan.‘’Adam, kau dengar tak? Adam RycarlIm talking to you!" Ton suara terpaksa susuk tubuh yang baru masuk itu pertegaskan kerana kata-katanya tadi bagaikan bercakap di angin lalu.‘’Hah? Papa. Sorry
TAN SRI JEFRI meminta supaya Adam Rycarl tidak naik atas dahulu kerana mereka ada tetamu. Adam kenal siapakah tetamu itu oleh sebab itulah hatinya liat mahu bersama mereka. Disaat Adam mahu duduk, sempat matanya mengerling ke arah mamanya yang sedang menusuk satu jelingan.Rose dan Rahim cuba tersenyum biarpun dalam hati keduanya tiada hanya ALLAH SWT tahu betapa remuk-redamnya hati ketika telinga mendengar penolakan Adam terhadap anak mereka, Kyla.Puan Sri Jane sebenarnya kurang suka jika Adam bersama dengan Kyla. Bagi wanita yang anggun dengan gayanya tersendiri itu menganggap Kyla terlalu kekampungan tidak seperti yang lain. Dan dia juga menyetujui sekiranya pertalian yang Rose mahu sambungkan itu terputus selamanya.
‘’HEI perempuan! Kau ingat kau tu dah cukup bagus ke hah? Ada hati ya nak bergandingan dengan jutawan muda?’’ sindir satu suara pabila dia telah berjaya merentap tangan Lizzy.Lizzy pada ketika itu sibuk dengan kerjanya agak tercengang menerima herdikan dari seorang gadis berkacamata hitam dengan di temani jeans ketat serta baju baby T yang hampir menampakkan segala bonjolan dada.‘’Er.. by the way ..who are you tiba-tiba saja datang menengking I
KYLA ERNISYA tetap menayangkan tubuhnya yang kelihatan anggun dalam persalinan pengantin putih susu. Adam nampak dan agak terpesona dengan kejelitaan Kyla walau tubuh itu sudah beranak satu namun kerana ego dia sekadar menjeling sekilas.‘’Encik Adam!’’ panggil si pengusaha butik sambil terlambai-lambai tangannya ke muka Adam Rycarl yang sedari tadi berulit dengan telefon NOKIA ‘sabun’ nya saja. Sedangkan tujuan ke butik untuk ‘fitting’.‘’Kyla.. you jangan take off dulu baju ya nak ambil gambar atas pelamin baru kami… alang-alang dah berbaju pengantin kan?’’ ujar penjual bernama Maria itu pada Kyla. Kyla mengangguk lantas menanti Adam menukar pakaiannya pula.Kyla tahu Adam terpaksa menemaninya ke butik tapi