"Abang. Sakit kepala." Dia mengadu demikian dengan manjanya.
"Sakit kepala? Nak abang urut ke?" Dibalas lembut oleh si suami. Manakala tangan pula sudah naik memicit kepala isterinya dengan lembut sekali.
"Tak nak urut." gumam Puteri.
"Habis tu?"
Senyuman nakal terukir dibibir mungil yang sudah tidak lagi pucat itu. Sementara tangan telah naik menyentuh dada suaminya. "Nak pinjam ni. Boleh?" Ucapnya lembut mendayu-dayu.
Maleek sudah menjatuhkan rahang. Tangan isterinya didada diintai. Sentuhan lembut itu membuat jantungnya berdegup kacau haru biru.
"Boleh tak?" Sekali lagi Puteri bertanya bila Maleek masih diam dan terngaga.
Perlahan Maleek mengoyak senyum dibibir serta menatap redup kewajah isterinya. "Manjanya sayang abang ni." Demikian balasnya sebelum dia mula beralih kedudukan untuk menyandarkan diri pada kepala katil.
Bantal diambil dan disusun sedikit tinggi buat dirinya lebih selesa bersan
Sebuah kereta mewah berhenti dihadapan universiti antarabangsa yang terkemuka di Malaysia. Seorang pelajar lelaki telah keluar dari kendaraan tersebut, dan melangkah dengan penuh bergaya.Dialah, Tengku Umar Mukhriz. Anak tunggal kepada Tengku Jaafar pemilik utama Legacy Hotel.Dia adalah pelajar paling popular di Universiti tersebut. Dengan rupa paras yang elok serta darjat yang dia miliki, sudah tentu dia amat digeruni dan disegani. Dan dia bangga akannya.Namun.... Itu dulu!Kemunculan seorang pelajar baru telah merampas semua itu darinya. Dia tak lagi dipandang sebagai nombor satu. Terutamanya dari kalangan pelajar wanita.Nama Tengku Umar Mukhriz kian tenggelam hari demi hari. Dan nama pelajar baru yang popular dipanggil Maleek Al-Habsi, telah naik dicarta nombor satu sebagai pelajar paling dikenali di university tersebut.Wajah kacukan melayu+arab miliknya telah menjadi igauan para pelajar wanita. Bahkan dia juga menj
MALEEK meneruskan melangkah menuju lif untuk membawanya turun ke lobi. Dia sudah meminta Aryan untuk menunggunya disitu. Zd juga memberi tahu yang dia mahu berjumpa sebentar. Maklumlah, meski satu pejabat, kini mereka sudah susah untuk berjumpa pada waktu bekerja. Pejabat yang besar dan memiliki lima tingkat itu sudah tentu akan mengambil masa buatnya untuk berjumpa Zd. Mereka hanya bertemu jika ada mesyuarat sahaja. Itupun tak dapat nak borak sangat. Jadi, dia meminta Zd menunggunya dilobi sebelum mereka bertolak pulang. Langkah Maleek terhenti. Kelibat seseorang dikesan oleh ekor matanya saat dia tiba dihadapan lif yang sunyi ketika itu. Hati Maleek mula curiga, maka ditunggunya gerangan itu tiba menghampirinya. "Kau fikir kau dah menang?"Terdengar dari arah belakang, sapaan itu menyapa pendengaran. Maleek laju meoleh. Keningnya dikerut melihat kemunculan lelaki itu membawa wajah penuh benci datang kepadanya."Apa
"Abang...."Pantas Puteri meluru keluar dari kereta dengan tergesa-gesa sebaik kereta yang dipandu oleh Saad itu berhenti dihadapan hospital.Wajah yang risau sudah lenjun oleh air mata selepas dia cuba menghubungi Maleek tetapi diangkat oleh Aryan.Segera dia menerobos masuk melepasi pintu hospital. Mulutnya tak henti-henti memanggil suaminya.Kehadirannya lalu disambut oleh Aryan yang telah menunggu dilobi. Aryan cuba menenangkan kepanikan Puteri yang begitu risau ketika ini."Yan. Mana abang Mike. Bagi tahu Puteri, dia tak apa-apa kan? Yan, cakap Yan."Dia mendesak ingin tahu."Puteri. Puteri bawak bertenang. Sabar. Jangan macam ni.""Sabar apa? Abang Mike mana? Yan, bagi tahu Puteri dia kat mana? Puteri nak jumpa dia.""Iya. Tapi Puteri kene bersabar. Bertenang dulu ya."Puteri bertambah curiga dengan kata-kata Aryan. Semakin hatinya dilanda perasaan ingin tahu akan keadaan suaminya."Ya
"BANGSAT! Ggghhh!"Dia menghentak stering Mazda miliknya dengan geram. Sebelah tangan pula masih memegang telifon bimbit yang dilekap pada telinga. Wajahnya murka, berang dan marah selepas mendengar laporan dari orang suruhannya. "Bodoh la korang ni. Kerja mudah macam tu pun tak boleh buat. Peluang keemasan itu korang sia-siakan macam tu je."Jeritnya pada corong telifon."Maaf Tengku. Dia terlalu pantas mengelak. Lagipun, tempat tu tempat awam. jika saya paksakan, bimbang akan mengundang syak orang ramai."Alasan yang didengarinya dari orang suruhan dihujung talian. Kembali Riz mendengus geram."Jadi Tengku. Apa tindakan kita selanjutnya?"Sekali lagi suara itu diperdengarkan."Tak apa. Kita jangan buat apa-apa dulu lepas ni. Aku yakin mereka akan menggandakan kewaspadaan selepas kejadian ini. Kalau begitu biarkan mereka leka dulu. Sehingga mereka rasa telah aman, barulah kita susun strategi semu
"Princess." Suara Maleek dibisik begitu syahdu pada telinga Puteri."Yes, my Mr. Mike?" Puteri membalas dengan intonasi yang sama."Nak tengok boleh?""Tengok apa tu?""Yang tu. sikit je."Getaran jiwa dua insan yang telah bergelar suami isteri itu semakin membara. Tenungan mata keduanya semakin intim. bisikan kata-kata meluah rasa didada mula kedengaran.Cardigan putih yang membaluti tubuh Puteri dibuka butangnya. Mata Maleek langsung tertancap pada tube tali halus berwarna pink yang menutupi keindahan milik isterinya. Terbuka rahangnya luas sambil terus memelototi keindahan didepan mata. Puteri membiarkan sahaja perlakuan lelaki yang telah sah bergelar suami kepadanya itu."Nak pegang sikit." Pintanya dengan nada bergetar. Suara husky Maleek kedengaran semakin sensual. Gejolak didada bagai mahu meletup rasanya.Puteri angguk kecil sebagai jawapan. Dia membenarkan suaminya menyentuh
Terkebil kebil matanya diatas pembaringan. Syiling putih ditatap bagai terlihat bayangan seseorang disitu. Tangannya lalu mencapai sebuah lagi bantal buat menekup mukanya.Dia melepaskan jeritan kuat-kuat dibalik bantal putih yang dicengkam kuat oleh tangannya.Rasa teruja yang membuak-buak hampir membuat dia naik gila. Sekali lagi dia bertanya pada diri sendiri, nyatakah semua ini? Bagaimana jika ini hanyalah mimpi?Selepas pelbagai cabaran dan dugaan selama ini menghalang perhubungannya dengan si dia. Dia sang Mr. Spy yang ditugaskan oleh Tan Sri Baharudin untuk mengawasi anak gadisnya, yang akhirnya kecundang kedalam lembah cinta. Hampir-hampir mati berdiri dia saat hubungan mereka dikantoi buta-buta oleh Tan Sri sendiri, yang akhirnya membawa kepada keputusan mengejut Tan Sri.Sukar untuk dirinya percaya, bahawa besok dia akan menjadi suami kepada seorang wanita bernama Puteri Zaharah binti Baharudin. Gadis yang diangau-angaukan, gadis yang dirind
"Dah sedia, bro?"Tegur Aryan dari arah belakang Maleek, yang mana sepupunya itu masih berdiri tegak melihat pantulan diri didalam cermin.Gemuruh didada cuba dikawal dengan menarik nafas dan dihembus perlahan. Dirinya yang sudah kemas mengenakan baju melayu berwarna putih lengkap dengan samping dan songkok dikepala ditenung sekali lagi."Aku terima nikahnya Puteri Zaharah binti Baharudin dengan maskahwin se.... Aaaghh!"Sudah masuk kali ke 10 rehearsal ijab qabul dilakukan dihadapan cermin. Nervous yang dirasakan membuat kalimatnya terputus-putus. Maleek mengerang kesal."Wei, relax. Jangan kelam kabut. Atur pernafasan kau. Kalau menggelabah macam ni, mau tak jadi-jadi ijab qabul kau nanti."Aryan cuba memberi sokongan moral pada sepupunya sambil mengusap bahu lelaki itu perlahan.Seketika Maleek kembali tenang. Nafasnya dihembus beberapa kali sebelum kedengaran suara Aryan mengajaknya untuk segera pergi.
Maleek dan Puteri dirai dengan penuh kesyukuran oleh saudara mara dan sahabat handai. Senyum bahagia tersipu malu kelihatan diwajah keduanya. Ucapan tahniah berduyun-duyun membanjiri mereka. Usai itu, para hadirin dipersilakan menikmati juadah air tangan Pn Sri Zakiah yang telah dipersiapkan dengan kemas oleh para pembantu rumah. Kedua mempelai pula juga telah dipersilakan menikmati hidangan, dan diarah untuk duduk berdampingan dimeja yang disediakan. Sesi suap menyuap oleh pengantin juga tak lupa dirakam oleh Cameraman yang tidak mahu terlepas dari detik-detik bermakna itu. Maleek menarik nafas lega usai Cameramen menghentikan aksinya dari merakam dirinya. Tidak tahu lagi mahu berposing gaya macam mana. Sudahlah dirinya bukan jenis seorang photogenic. Nasib baik Cik isteri ada, kalau tidak memang kaku habis lah gambar-gambarnya. "Ehem... Princess."Dia mencuit sedikit lengan isteriny