Share

BAB 3

UDARA segar dihirup.

Petang ini, aku Bella dan Suzana pergi ke tasik untuk beriadah memandangkan hari ini hari jumaat. Semester ini, jadual kelas kami hanya padat ketika di waktu pagi. Selepas jam empat petang, kami bebas untuk buat apa saja.

Memandang kami sudah lama tidak meluangkan masa bersama atas faktor kekangan masa, hari ini kami bertekad untuk ke tasik semata-mata mahu berkayak. Gementar pula nak berkayak bila dah lama tak jalankan aktiviti tersebut.

Kali terakhir kami beriadah di tasik kolej sekitar satu tahun setengah yang lepas. Waktu itu kami berada di semester pertama. Cubalah kira, sekarang ini kami sudah berada di semester ke dua terakhir. Memang ceritanya lama juga kami tinggalkan dunia kayak.

 “Kau pergilah berkayak dengan Bella dulu. Aku tunggu kau orang dekat sini.” Aku memberitahu sambil melabuh duduk di atas titi. Bella dan Suzana mencemik bibir bila aku kata begitu.

 “Hurm, sepatutnya kita kena ajak Fakhrul berkayak juga tadi. Baru balance,” ujar Bella nada sebal.

Dia sejak dari dalam hostel lagi suruh aku hubungi Fakhrul untuk datang ke tasik. Tetapi aku yang tidak mahu mengajaknya sekali.

 Dari timbul cerita-cerita yang kurang baik, lebih baik tak payah ajak Fakhrul join sekaki.

Sila hari bulan kalau sibuk keluar bersama Fakhrul, lebih banyak mulut-mulut yang mengata.

 “Aku malaslah nak ajak Fakhrul. Aku tak mahu disebabkan kita, dia kena kutuk dengan kawan-kawan dia.” Dihembus nafas setelah memberi jawapan. Pandangan mata silih berganti memandang rakan-rakanku yang masih berdiri.

“Alahai kau ni Aj, suka sangat fikir hal orang lain. Fizi and the gang nak cakap apa pun biarlah. Kita diam je, tak payah fikirkan sangat.” Suzana merengus tayang wajah tak puas hati.

Dia pun memang tahu yang aku selalu overthinking tentang hal sekeliling.

“Aku fikirkan Fakhrul. Aku jatuh kasihan tengok dia kalau asyik kena kutuk dengan kawan-kawan dia.”

Sejujurnya, aku memang jatuh kasihan melihat Fakhrul. Setiap kali dia bersama kami, pasti ada saja mulut yang mengata, ada saja mulut yang memerli seolah-olah bersahabat dengan kami merupakan satu kesalahan.

“Masalahnya Fakhrul tak kisah pun kena kutuk. Kalau dia kisah, mesti dari sebelum ni lagi dia dah tak berkawan dengan kita,” sambung Suzana lagi. Dia sudah buat rolling eyes depan aku.

“Dahlah, pegi je aku tunggu kat sini.” Aku malas nak banyak cakap. Kalau menghabiskan masa dengan berbual saja, memang masa akan terbuang begitu saja. Ada baiknya mereka teruskan aktiviti dengan kadar segera.

Aku tak kisah pun kalau terpaksa menunggu setengah jam untuk menantikan turn aku pula berkayak. Asalkan aku dapat melepaskan gian berkayak petang ini.

“ALLY JASNITA, dompet awak terkeluar dari dalam poket.”

Aku menoleh ke tepi bila seseorang menghulurkan dompet di depan mataku. Tersentak bila figura Halmy Ikram yang berdiri di hadapanku.

‘Uit, Halmy ada dekat sinilah.’ Liur yang tersekat di kerongkong aku telan perlahan. Mata bundar merenungnya. Dadaku mula berombak kencang tatkala kornea mataku dapat menangkap senyumannya.

Fuh, dari mata jatuh ke hati.

“Ter … terima kasih.” Kosa kataku tidak lancar. Leka aku memerhatikan wajahnya. Ketika ini, aku ukirkan senyuman kepadanya. Tidak sampai sesaat aku tersenyum, dia terus memalingkan wajah ke tepi. Langsung tidak membalas senyumanku.

“Saya pergi dulu,” ujarnya lantas berlalu pergi.

Terpelangah aku melihat kelakuannya.

“Awak … tunggu dulu,” panggilku yang sudah bangkit dari duduk dan berlari ke arahnya. Dia hentikan langkah bila laungan suaraku kedengaran di cuping telinganya.

“Ya.” Seperti biasa, dia tidak akan pernah mengangkat wajahnya. Tertunduk macam aku ni punya muka kat tanah.

“Kenapa kalau kita terserempak je awak mesti tundukkan wajah. Kenapa awak tak pandang saya macam awak pandang orang lain?” Aku tanya melulu. Aku saja mahu memanjangkan perbualan kami.

Maklumlah, aku ni boleh tahan gedik juga sebenarnya.

“Saya pergi dulu, asssalamualaikum.” Dia bergegas untuk pergi.

Waalaikumussalam. Jawabku dalam hati.

Tidak sampai beberapa ketika, aku berlari anak dan menghentikan langkah tepat di hadapannya. Halmy Ikram terkejut dengan tindakank aku, bila bahu kami berdua hampir berlaga.

“Awak nak apa?” dia menyoal nada tenang. Aku berdiam sekejap dan hanya memerhatikan tingkahnya yang terlihat gugup depanku.

Mungkin dia tak biasa kut sembang dekat-dekat dengan kaum wanita seperti harini.

“Saya nak cakap sesuatu boleh?” Aku menyoal tiba-tiba. Entah dari manalah aku kutip keberanian untuk meluahkan isi hati aku secara mengejut hari ini. Tiba-tiba hati aku membuak-buak untuk meluahkan segala rasa yang ada.

“Awak nak cakap apa?” Lambat-lambat dia bertanya ketika kepala masih tunak memandang rumput.

“Saya na nak cakap …,” tergagap-gagap aku nak menyambung kata. Dia hanya berdiri kaku dan berdiam diri. Pasti menantikan apa yang ingin aku katakan.

“Halmy, saya suka awak sampai saya rasa nak jadikan awak ni imam saya.” Terus aku menekup mulut sendiri bila bibir aku terluncur luahan yang selama ini terbuku dalam hati.

Alamak… Kenapa dengan mulut aku ni. Kau ni desperate sangatlah Aj.

 “Astaghfirullah.” Aku dengar bibirnya mengucap perlahan. Tika ini, dia langsung tidak angkat wajahnya. Yang dia lakukan hanyalah memusingkan tubuhnya agar berpaling dariku.

Mungkin dia pun terkejut dengan luahan spontanku. Jangan kata dia, aku pun terkejut dengan diri sendiri.

“Saya pergi dulu.” Pinta Halmy Ikram. Aku sedikit hampa bila dia membiarkan ucapanku seperti angin lalu.

  Haih, kalau dia buat bodoh maknanya dia reject akulah ni.

USAI berkayak, kami terus berjalan kaki untuk menuju pulang ke hostel. Suasana petang ini meriah dengan siswa dan siswi yang berjalan menuju ke hostel masing-masing.

Tika ini, aku hanya berdiam diri tidak bersemangat nak berbual dengan rakan-rakanku yang sibuk terkekek-kekek ketika bercerita. Ruang mindaku masih memikirkan persepsi Halmy terhadapku. Sesekali, aku menggigit bibir dan menarik perlahan nafasku. Ketenangan mula digali agar hatiku tidak merasa sangsi.

“Kenapa dengan kau ni Aj? Senyap aje dari tadi.”

Bella menyoalku sambil tangannya memaut bahuku. Segera aku pandang dia dalam keadaan rengsa. Sempat aku menghembus nafas berat sebelum menjawab pertanyaan dari bella.

“Tadi aku terserampak dengan crush aku.” Aku menggigit bibir, memberi jawapan.

“Kalau terserempak dengan crush muka mestilah kena happy. Kenapa muka kau macam orang tahan kencing ni?” automatik aku tertawa kecil mendengar ayat yang terpacul keluar dari bibir Bella.

“Aku memanglah happy terserempak dengan dia. Tapi …” Aku hentikan bicara. Tidak sanggup mahu menoktah bicara hingga ke penghujungnya.

“Tapi apa dong?” Giliran Suzana pula memasungkan pandang ke arahku.

“Aku jadi tak happy sebab dia reject cinta aku.” Aku menjawab nada hampa.

Reject cinta? Apa maksud kau?” Bella dan Suzana saling berpandangan.

“Aku pergi beritahu dia yang aku sukakan dia.” Aku jawab meleret. Aku perasan bibir mereka membulat besar.

“Ya Allah Aj. Kenapa kau berterus-terang? Engkau tahukan yang si Halmy tu jenis orang yang macam mana? Mestilah dia reject.

Bella menepuk dahi berulang kali. Keningnya berkerut panjang. Aku tayang wajah cemberut memandang rakan-rakanku.

“Aduhai, bodohnya aku pergi beritahu dia pasal isi hati aku. Lepas ni mesti aku dah malu nak hadap muka dia dekat dalam kelas.”

Memang aku malulah cerita dia kalau si Halmy terang-terang terkejut mendengar luahan aku tadi. Mesti dia rasa yang aku ni buang tabiat.

“Kau ni memang berani betullah Aj. Kalau aku jadi kau, aku akan sembunyikan muka aku dalam lubang jamban. Tak nak keluar-keluar dah, hahaha.” Suzana berjenaka. Aku hanya kecilkan biji mata tanda protes.

Aku ni dah mula kemurungan bila memikirkan cara nak menghadap muka Halmy Ikram nanti.

Ah, buntu!

"kau relaks jelah Aj. Muka kau tu pun memang selalu tebal pun langgar peraturan kolej ni. Setakat nak hadap muka Halmy dalam kelas, apalah sangat. Lagipun semester ni nak habis. Lepas tu kita praktikal.”

Ah, banyaklah Bella punya relaks. Aku ni nampak je macam minah poyo yang tak ada perasaan. Tapi kalau aku dah terserempak dengan Halmy, perangai harimau aku pun boleh jadi macam perangai kucing.

 “Aduhai, aku ni nampak beria sangat suka dekat dia tu. Tak pasal-pasal aku dapat malu sendiri.” Ditepuk dahi berulang-kali. Silap aku sendiri. Reda jelah kalau dah terlepas cakap.

Siapa suruh berani sangat, kan?

 “AUCH…” Aku terjerit kecil bila rambutku di tarik dari belakang. Aku terbelalak tatkala pandangan mataku terpasung memandang Fizi yang sudah terkekek-kekek melihat tubuhku tersandung ke belakang.

“Woi… Dasar anak jin!” Bella sudah berlari mengejar Fizi yang meloloskan diri bila dah tarik rambut aku. Haih, mamat ni memang melampau.

"Tunggu kau!” Bella lari sekuat hati. Dia lari dah macam harimau nak mengejar mangsa.

Memang silaplah kalau si Fizi nak lari dari Bella. Dia memang akan kejar sampai dapat.

Hampir lima ratus meter Bella berlari, akhirnya dia dapat menendang tubuh belakang Fizi. Habis terjelopok Fizi jatuh ke jalan tar. Aku dan Suzana ketawa kuat melihat keadaan Fizi begitu rupa. Di kejauhan aku nampak muka dia seperti ayam berak kapur menahan sakit.

Pergh, Bella punya tendangan memang padu. Terjerit fizi dibuatnya.

Jangan main-main dengan olahragawati peringkat daerah. Setakat berlari kejar orang, memang dia dapat kejar punya.

“Apa masalah kau tarik rambut Aj? Kau ni dah lama hidup ke? Aku ni dah lama bersabar dengan kaulah anak jin!”

Bella selamba memijak perut Fizi sehinggakan si jejaka berteriak kuat macam nak terkeluar halkum. Aku dan Suzana termengah-mengah menghampiri mereka.

“Weyh, Bella jangan buat macam ni. Kasihan dia,” tuturku jatuh kasihan melihat keadaan Fizi yang berdarah-darah di bahagian siku. Aku ni memang sejenis manusia yang mudah kasihankan orang.

Kadang-kadang sikapku ini mungkin memudaratkan diri sendiri.

“Kau ni punya perangai memalukan budak islamik yang lainlah Fizi. Kau langsung tak jaga adab, kan? Kalau kau hormat si Aj ni, kau takkan tarik rambut dia.” Giliran Suzana pula tendang perut Fizi sambil tangannya sudah menarik kolar baju Fizi. Aku terkaku.

Ya Allah, aku ingat aku dah cukup ganas bila orang kata yang aku ni ganas macam lelaki. Rupanya kawan-kawan aku lagi ganas pada aku.

“Argh, sakitlah.” Dia mengadu kesakitan.

“Weyh, janganlah pukul dia lagi. Dia tengah sakit,” ujarku lantas menarik laju tangan Bella dan Suzana agar menjauh dari Fizi.

“Bangun Fizi…” Aku menghulurkan botol air aku untuk membantu Fizi bangkit dari pembaringannya. Tanpa berkira-kira Fizi hanya memaut tangannya di botolku. Setelah dia bangkit dari pembaringan, dia terus pusingkan tubuh dan berlalu pergi langsung tidak berkata apa-apa. Dia hanya sempat menjeling Bella dan Suzana dari hujung mata.

“Wah, poyo jantan tu! Kenapa kau halang aku ha? Kita ni dah dapat belasah dia tau? Sepatutnya kau pun kena join sekaki.” Bella sudah mendengus kasar.

Ikutkan hati memang aku nak je tendang-tendang si Fizi untuk membalas perbuatannya yang sentiasa menyakitkan hati aku. Tapi bila memandang suasana sekeliling, aku tak sampai hati nak menjatuhkan maruah Fizi. Lagi lama dia terbaring, lebih malu dia dimalukan nanti.

“Kau tak payah baik sangat dengan Fizi tu boleh tak? Kau ingatlah sikit dia pernah buat apa dekat kau. Dah dapat peluang belasah dia, kita belasah jelah.” Bella bersuara separa teriak. Aku tahu, dia bengang dengan tindakan aku.

“Tahu tak apa. Dia tu dah banyak belasah orang dalam kolej ni. Selama ni dia tak pernah kasihankan orang, kenapa kita pula nak kasihankan dia?” Suzana pula menyambung.

Aku faham sangat kalau Suzana dan Bella marahkan Fizi tahap tertinggi. Sebelum ini, Fizi pernah menghalang perjalananku sehingga aku tersungkur di anak tangga tingkat satu. Mujurlah kaki aku tak patah. Nasib retak je, dapatlah aku sembuh dengan kadar segera. Kalau tak sembuh selama beberapa bulan, memang letih jugalah aku nak menapak jalan ke kelas yang terletak jauh ke hujung dunia. Fuh.

“Dia tu pernah cederakan kau tau, sekarang ni kau sepatutnya buat tulang kaki dia retak balik.” Terletus tawaku bila Suzana beri cadangan begitu. Muka dia memang nampak sangat yang dia terlalu marahkan Fizi.

Huih, gangster juga kawan-kawan aku ni. Dah macam kak Long kawasan minta hutang je gayanya.

“Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang.”

Itu saja ayat yang mampu keluar dari bibirku. Bella dan Suzana hanya tayang wajah cemberut.

“Kita ni kalau nak baik kena bertempat tau? Jangan baik tak kena waktu.”

Bella tarik wajah masam mencuka. Suzana pun begitu. Melihat mereka menghamburkan perasaan marah, segera aku memaut tubuh kawan-kawanku.

“Alah, sorrylah kawan. Aku tak sampai hati tengok kau orang dia dekat jalan tar, sebab tu aku halang.”

“Hurm, dia tak pernah pun kasihankan kau. Tiba-tiba kau nak kasihankan dia.”

Bella menjuling mata ke atas. Aku sekadar senyum. Tak tahu nak jawab apa kalau kawan-kawan aku masih beremosi.

“Hurm, biar jelah dia tak pernah kasihankan aku pun. Aku langsung tak kisah.”

“Sekarang ni kau perlu kisah. Lelaki tak guna macam dia tu perlu dapat pengajaran. Tadi dah ada peluang, tapi kau langsung tak ambil.” Ujar Bella sebelum menapak pergi meninggalkan aku.

Fuh, marah sangat tu.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status