Share

BAB 2

“WEYH, budak samseng makan dekat kafe hari ni. Terus putus selera aku bila dia ada dekat sini.”

Baru saja aku mahu menyua makanan ke dalam mulut, tiba-tiba Fizi dan Wawan berdiri di hadapan mejaku semata-mata mahu menyakiti hatiku.

“Apa masalah kau orang berdua ni? Aku tak kacau korang pun. Jadi janganlah kacau aku.” Haih, kenapa mereka sibuk aje nak jadi pengganggu.

Sejak dua menjak ini mereka memang kerap mengganggu aku. Asyik nak paculkan kata-kata sinis saja bila kami bertemu.

“Aku tak ada masalah dengan kau kalau budak-budak kos kau tak menggatal dengan Fakhrul.” Membulat biji mataku bila nama Fakhrul di sebut-sebut.

Hello, bila masa pula aku menggatal dengan si Fakhrul tu? Mereka tak tahu istilah berkawankah?

Selama ini mereka marahkan kami semata-mata kerana Fakhrul?

Alahai, kalau dah terlalu marahkan kami itu maknanya mereka simpan dendam terhadap kami.

Comeon, tak akanlah nak berkawan dengan Fakhrul pun tak boleh?

“Apa masalah kau ni? Berkawan dengan Fakhrul tu pun satu dosa ke?” Aku cuba melembutkan intonasiku walaupun perasaan marah membuak-buak dalam diri.

Ikutkan hati aku yang rasa nak maki dua makhluk ni, dah lama tangan aku ringan je nak tampar mereka berdua.

“Berdosalah kalau kau dengan dia tak pandai jaga batas pergaulan.”

Fizi bersuara sinis. Dia pandang aku sambil tayang wajah yang sangat menjengkelkan.

Poyo kuasa sejuta mamat ni. Eeh, sibuk nak cakap pasal dosa pahala dengan aku. Habis, dia bercinta dan bertukar perempuan sana dan sini? Tak berdosakah?

“Kau sibuk nak sembang pasal batas pergaulan dengan aku, habis yang kau bercinta dengan Almy tu tak di kira satu dosa ke? Kau tahukan couple is haram, tapi kenapa still buat?”

Kali ini, aku saja kuatkan suara aku di kafeteria. Biar dia malu sikit.

Tadi kau malukan aku dalam kelas, kan? Sekarang ini biar aku pula malukan engkau.

“Kau layak ke nak sembang pasal couple is haram ni?” Fizi membidas.

Wah, dia sembang macam dia ahli syurga. Dia sembang macam dia je yang layak bercerita pasal agama.

“Lagi layaklah aku bercerita soal agama kalau nak dibandingkan dengan kau. Sekurang-kurangnya perempuan yang tak berapa bagus dalam bidang agama ni tak pernahlah terfikir nak bercinta macam kau ni. Kejap couple lepas tu clash. Cuba kira, dah berapa banyak kali kau dekati zina?”

Aku menjegil biji mata ketika membalas setiap kata-katanya. Aku tidak melepaskan peluang untuk menghamburkan perasaan geram yang sudah lama berbuku dalam hati.

“Orang macam kau ni yang memalukan budak kos agama. Bukannya si Fakhrul tu!” Bella di sebelahku menyambung.

Bagus Bella. Ini yang kita mahu!

Dia sering menjadi pembela tegarku bila berhadapan dengan si Fizi ngokngek. Aku rasa kalau si Suzana tu tak demam, memang dia pun akan tumpang sekaki.

“Aku tak cakap dengan kau, jadi jangan nak masuk campur!”

Fizi kalihkan pandangan memandang Bella. Mendengar amaran dari Fizi, aku dan Bella hanya meletus tawa.

“Bella, aku putus seleralah nak makan dekat sini. Sebab ada bau tahi, jom kita balik. Makanan ni kita bungkus je.” Aku terus mengangkat pinggan dan menarik beg untuk berlalu pergi dari situ.

“Betul tu weyh, aku pun ada bau kudis bernanah dekat sini.” Bella sempat buat gaya menghidu di tepi bahu Fizi. Terletus tawaku melihat gelagat Bella.

“Kau jangan nak kurang ajarlah!” Fizi sakit hati melihat Bella yang sengaja menyinisnya.

“Alamak, mulut dia ni pun bau kudis. Cepat-cepat jom kita pergi, nanti kalau lama-lama kat sini kena jangkitan si mulut puaka pula.” Terkekek-kekek aku mendengar perlian Bella. Kami hanya menghiraukan jelingan mata Fizi.

Siapa suruh cari gaduh dengan perempuan? Kalau nak tahu, perempuan memang asyik nak menang je.

See, dia pula yang terdiam bila kami sudah bersuara. Lantak kaulah Fizi.

AKU menghentak-hentak kaki ketika berjalan bersama Bella. Haih, bila aku terkenangkan ayat-ayat Fizi, aku jadi tak ada mood nak buat segala kerja.

Alahai, kepala otak aku ni pun satu. Pergi terkenangkan peristiwa tadi dah kenapa?

Kalaulah aku ni tak dapat kawal emosi aku tadi, dah lama aku bagi tamparan wanita dekat pipi Fizi tu.

Sekarang ini, mulut Fizi tu lebih puaka dari si Wawan. Dia yang perlu menerima tamparan wanita seperti aku. Biar dia tahu yang aku ni bukan sejenis manusia yang mudah-mudah nak di buli.

Uhhh.

“Fizi tu memang bencikan aku agaknya. Dia kalau boleh nak aku ni sakit hati setiap hari. Aku yakin, dia memang saja cari pasal dengan aku.” Itulah yang aku rasakan setiap kali kami bertemu.

Fizi tidak pernah berubah dari awal kami bertemu ketika menyertai program sukarelawan. Dia asyik mahu mencari kesalahanku setiap masa.

“Entah-entah dia sukakan kau, sebab itulah dia nak perhatian dari kau.” Bella membuat andaian sendiri. Aku mengecilkan biji mata tanda memprotes.

Kalau mamat tu sukakan aku, dia tak akan beria-ia nak buat aku bencikan dia.

“Kau jangan buat lawak boleh tak Bel? Aku betul-betul sakit hati ni.” Getusku geram. Makin sukar aku nak bernafas dengan tenang bila nama Fizi mekar terlayar dalam benak ingatan.

“Aku cakap berdasarkan pandangan aku je. Kau bayangkan, setiap apa yang kau lakukan mesti dia ambil tahu. Entah-entah kalau kau korek hidung dalam kelas pun dia perhatikan.” Bella berhujah panjang. Aku hanya pandang wajahnya dengan riak cemberut.

Adeih, Bella ni punya bayangan kadang-kadang melalut juga.

Lelaki kasanova seperti Fizi tu tak layak untuk dicintai. Kerana dia suka menyakiti hati-hati wanita yang sayangkannya. Lelaki seperti dia hanya tukar wanita seperti tukar pakaian.

Relaks, jangan panas hati. Abaikan jelah apa yang dia orang tu cakap.” Nasihat Bella tenang. Siapa yang tak sakit hati bila di tegur dan diperli begitu rupa.

“Aku memang nak abaikan je apa yang Fizi tu cakap, tapi makin aku abaikan makin sakit hati aku ni.” Aku menepuk bahagian dadaku yang terasa pedih menghadapi permasalahan ini.

“Kau ikhlaskan jelah apa yang dia orang buat. Bila kita ikhlas, hati kita jadi tenang.” Meledak tawaku melihat tingkah Bella hari ini.

Wow, Bella cerita pasal keihklasan. Minah tingtong macam dia pun reti nak beri kata nasihat yang berguna. Bagus Bella.

Nampak je Bella sejenis manusia yang tidak kisahkan hal orang lain, tetapi dialah sebenarnya manusia yang sentiasa mengambil berat tentangku.

“Aku ni bukan baik sangat sampai reda aje apa yang orang dah buat kat aku. Hurm, aku buntu.” Aku bersuara separa teriak. Makin lama langkah kami makin perlahan. Riak wajahku pula semakin mendung.

“Tapikan Aj, selamatlah Halmy si your Crush tak perli engkau macam budak lelaki yang lain kalau tidak …” belum sempat Bella menoktah bicara, aku terlebih dahulu mencantas.

“Kalau tidak dia pun aku menyampah juga,” balasku laju. Aku ketap bibir kuat-kuat.

“Aku yakin yang Halmy tak akan pandang rendah dekat orang. Dia memang lelaki limited edition, sebab tulah aku jatuh hati dengan dia.” Aku menguntum senyuman bila wajah Halmy Ikram datang menyinggah di ruang minda.

“Si Wan dan si Fizi tu memang meluat dengan kita sebab kawan baik dia orang makin rapat dengan kita. Susah juga hidup kalau kena hadap manusia spesis Fizi tu!” Bella menjulingkan mata ke atas. Betul juga tu.

  “Alahai, lepas ini kita jumpa si Fakhrul tu, kita pesan dengan dia jangan rapat dengan kita lagilah. Aku tak sukalah orang benci aku sebab salah anggap macam tu!”

Aku memberi cadangan spontan kepada Bella. Dia hanya mengangguk setuju.

Aku tak sukalah kalau orang membenci semata-mata sebab seorang rakan. Aku tak nak hubungan orang lain renggang kerana aku.

“Tapi aku nak rapat dengan engkau orang. Alahai, kalau aku boleh hadap perlian dia orang, takkan engkau tak boleh?” 

Alamak, bila masa pula si Fakhrul ni muncul. Alahai makin stress aku di buatnya.

 “Buat apa engkau nak rapat dengan kita orang kalau hati engkau yang sakit?” tempelakku. 

Aku mula menarik nafas dalam ketika memandang Fakhrul yang berbaju melayu biru laut.

Eh, betul ke biru laut tu? Aku ni dah tahu buta warna, confident pula nak sebut pasal warna.

“Sebab Halmy yang suruh aku rapat dengan korang. Dia suruh aku berdakwah. Dia pesan, kalau kita ada Ilmu kita perlu sebarkan. Aku nampak korang ni baik sangat. Cuma …” Aku gumam. Bella pula mula tercengang. 

Mula terfikir dalam benak, mengapa Halmy ingin rakannya berdakwah sedangkan dia pun boleh berdakwah sendiri.

Bukankah itu lebih baik?

“Cuma apa?” Keningku terjongket mengutarakan persoalan.

“Cuma keadaan yang membuatkan kau orang jadi diri yang sekarang,” jawapan Fakhrul masih tergantung.

“Ha … Terus terang je boleh tak? Janganlah cakap sekerat sekerat,” tegasku. Alahai, teknik suspen dia membuat aku yang tertekan.

“Hari itu dia dengar perbualan kau orang dekat surau siswi. Dia kata kau orang cuba untuk berubah ke arah lebih baik, tapi tak berani nak hampiri siswi-siswi pengajian Islam sebab segan. Jadi aku yang sememangnya dah biasa dengan dunia dakwah ni cuba untuk dekati korang walaupun ada dalam kalangan kawan-kawan aku perli aku sebab aku tak jaga ikhtilat.”

Panjang lebar Fakhrul menerangkan tujuan sebenar.

“Hurm, Halmy fikir pasal kitorang? Dia itu kan anti perempuan? ada masa pula dia berfikir tentang kita orang?” soalku yang semakin musykil dengan Si Halmy Ikram.

“Aku pun tak tau Aj. Tapi apa yang aku tahu, si Halmy tu selalu pesan tolong perhatikan engkau Aj. Dia selalu pesan, jangan biarkan Fizi dan Wan lukakan hati engkau.” Bella di sebelah mula mencuit-cuit pinggangku.

Dah kenapa Bella tayang wajah gedik pula ni? Tak faham aku.  

“Dia suruh jagakan aku? Tapi kenapa?” Fakhrul hanya menjongket bahu tiada jawapan. Aku melepaskan nafas berat. Berjeda sekejap.

“Untungnya engkau Aj, ramai yang ambil berat pasal kau.”

Bella bersuara nada ceria. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.

“Eleh, dia cakap macam tu sebab dia tahulah tu aku tak ramai kawan. Maklumlah, yang sudi berkawan dengan aku dalam kolej ni kau, Suzana dengan Fakhrul je. Orang lain pandang aku macam pandang kuman.” Aku senyum tawar.

“Kita tak tahukan hati manusia? Entah crush kau pun ada hati dekat kau.” Bella masih menyakat aku.

Haih dia ni punya perangai boleh tahan gedik juga. Depan Fakhrul pun sibuk nak bercerita hal Halmy.

Kalau dia dapat tahu yang aku ni crush dekat kawan dia tu, malulah aku. Mana nak sorok muka nanti?

Crush? Aj memang sukakan si Halmy tu ke?”

“Eh, ma mana ada. Pandai-pandai je Bella ni.” Tergagap-gagap aku menjawab. Aku perasaan, Fakhrul menyungging senyum di pinggir bibirnya.

“Kau pahal senyum-senyum pula ni Fakhrul? Kau ada sembunyikan sesuatu dari kitorang ke?”

Bella ni suka sergah-sergah melulu. Terkejut Fakhrul bila suara Bella bertempik di telinganya.

“Kau ni Bel, cakap macam nak bergaduh. Terkejut jantung Fakhrul dengar suara petir kau tu.”

Bella terkernyih-kernyih bila aku kata begitu. Eeh, suka pula dia ni.

“Halmy tu seorang lelaki dan kawan aku yang paling baik dalam dunia ni. Memang patut pun kau jatuh hati dengan dia, Aj. Dia tu memang calon suami yang terbaik,” ujar Fakhrul memuji Halmy Ikram.

Hei, bila Fakhrul pun sudah memberitahu tentang kebaikan Halmy Ikram, sah-sah jiwa aku semakin disapa perasan indah dan bahagia.

“Dah nak sampai hostel dah ni, kau boleh berhenti dekat sini ya wahai Fakhrul.”

Aku mematikan langkah buat seketika bila kami bertiga sudah tiba di pondok pengawal.

“Hurm, kau orang memang nak balik hostel ke? Jomlah kita lepak dulu dekat kafe.” Meleret-leret suara Fakhrul bertanya. Aku dan Bella bertatapan sebelum memberi jawapan sebenar.

“Tadi aku dengan Bel dah lepak dekat kafe fakulti pendidikan, jadi aku malas nak lepas kat kafe ni pula. Lebih baik aku balik hostel, tidur.” Aku menjawab jujur.

Lebih baik aku balik hostel dan menghabiskan masaku dengan tidur yang tertangguh dari pada sibuk menempel dekat kafe sampai ke petang. Buang masa juga tu.

 “Oh, kalau macam tu take care ya bakal jodoh Halmy Ikram.” Terletus tawaku bila Fakhrul gurau begitu. Eeh dia ni, sempat pula nak bergurau.

BELUM sempat kami masuk ke dalam hostel, satu tangan menarik aku dan Bella dari belakang. Terpusing tubuhku tiga ratus enam puluh darjah bila ditarik begitu. Rasa nak gugur jantung aku dibuatnya.

“Aj … kau ada cerita hot tak nak share dengan aku, kan?” suara itu bersuara lagak bersahaja depanku. Siap bercekak pinggang.

Sedetik, aku dan Bella memandang sesama sendiri sebelum menghala pandangan kepadanya.

“Kau ni kalau nak tegur kitorang, kau tak boleh beri salam dulu ke?” Aku menjerkah geram.

Huh, siapa je tak geram kalau orang tarik tangan sehinggakan urat saraf rasa nak terputus.

Finaz … jiran yang duduk bersebelahan hostel kami. Dia seorang siswi yang agak sibuk dengan urusan orang lain.

Dia wartawan bergerak di kolej kami. Kalau nak mengumpat hal orang lain, memang dialah antara orang terawal yang akan berkumpul. Perangai dia ni kadang-kadang menyakitkan hati juga.

“Aku tak ada cerita hot.” Malas aku nak berbual bersama Finaz. Aku bukannya tak kenal perangai kepochi dia.

Kadang-kadang, dia suka menokok tambah cerita sehinggakan orang lain salah faham dan saling membenci.

Sejujurnya, aku tidak suka berkawan rapat dengannya. Lebih baik aku bergaul bersama Bella dan Suzana sahaja. Itu sudah memadai dan cukup membuatkan aku tidak sunyi di sini.

“Aku dengar tadi, Almy sibuk mengata kau dekat kafe. Dia cakap, yang kau ni sengaja cari perhatian jantan dekat kelas.” Dia menggarit kening ketika bercerita. Dia membelit tubuh seraya mata fokus menatapku.

“Betina tu cakap apa lagi? Dia tu memang tak ada life. Suka nak mengganggu hidup Aj.” Bella di sebelahku bersuara.

“Perhatian? Maksudnya?” aku menyoal pula.

“Betul ke yang Halmy backup kau dekat dalam kelas? Dia cakap, Halmy bergaduh dengan Fizi disebabkan kau.” Aku perhatikan bibir Finaz yang terkumat-kamit bercerita gayanya sentiasa berlebih-lebihan ketika menyampaikan sebuah cerita.

Finaz ni salah ambil bidang. Sepatutnya dia jadi wartawan, bukannya bakal pendidik. Kerja sebagai wartawan lebih sesuai dengan karakternya.       

“Benda kecil macam tu pun boleh jadi kecoh ke?” keningku bercantum. Tayang wajah aneh.

“Mestilah kecoh kalau hot student macam Halmy bergaduh dengan student kaki buli macam Fizi tu,” cantasnya laju. Aku mencebik bibir.

 “Alahai, benda tak ada apa pun.” Tangan menepuk dahi.

Rimasnya dengan orang sekeliling yang suka menjadikan sebuah cerita menjadi sensasi.

Suka sangat menjaga tepi kain orang lain.

“Jangan disebabkan engkau, Fizi tu berdendam dengan Halmy.”

Aku tersentak mendengar lemparan kata Finaz. Membulat bibirku memandangnya. Mata juga terjegil besar.

Perempuan ni nak cakap aku ni bawa aura negatifkah?

“Kau nak cakap yang aku ni punca dorang bergaduh ke?” jantung berdegup kencang. Suara aku sedikit keras ketika menimbul persoalan.  

“Kalau bukan disebabkan engkau, mesti dorang tak bergaduh.”

“Bella! Buka pintu rumah ni cepat. Aku nak masuk sekarang juga.” Aku sudah bersuara separa teriak. Darah bagai tersirap ke seluruh wajah.

Tidak betah aku mendengar kata-kata Finaz yang sudah berbaur sinis.

Dia memang sengaja agaknya kata begitu semata-mata nak menyakitkan hati aku. Mesti perempuan ni berkomplot dengan Almy untuk membakar jiwaku.

Manusia talam dua muka seperti Finaz memang suka mencari masalah dengan orang lain!

Perangai tak semegah.

Comments (2)
goodnovel comment avatar
ALISSA ALEE
wawan nm adik bongsu kak lisa hihih
goodnovel comment avatar
ALISSA ALEE
sambung lg ya.. bes bca
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status